Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


31 Oktober 2008

Saya pantang diusik. Bila diusik, saya akan melawan!

Hanya tinggal lagi 24 jam menjelang Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Sementara menanti tarikh persidangan, kedua-dua belah pihak yang bertanding semakin rancak menguruskan tempat tinggal dan sebagainya demi menjaga kebajikan para perwakilan.
Mereka juga turut memantau pergerakan para perwakilan kerana khuatir ada segelintir yang mungkin sudah “masuk angin”. Pada pandangan Pemuda IKS, ini memang akan berlaku kerana ada perwakilan yang cuba “bermain-main” untuk mendapatkan imbuhan lebih walaupun pada hakikatnya hati mereka tidak mempunyai semangat perjuangan yang utuh.
Ada pula yang Pemuda IKS dengar, terdapat pihak yang cuba main kotor dengan mengupah orang luar kawasan untuk menjalankan kerja sewaktu persidangan berlangsung nanti. Tetapi Pemuda IKS masih kurang pasti akan motif tindakan tersebut. Tolonglah wahai manusia, umat Adam, terima sahaja keputusan yang dipilih oleh para perwakilan!
Jangan dek kerana gila kuasa, sanggup melakukan apa sahaja. Dek kerana inginkan pangkat, sanggup salah guna kuasa untuk menipu! Inikah calon pemimpin yang kita cari selama ini? Pemimpin yang gila kuasa. Tolonglah wahai orang-orang atasan, biarlah kita dipilih kerana perwakilan menggemari cara kita berkerja, bukannya dipilih kerana kita sendiri yang memilih diri kita.
Kepada calon Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Yahya Mat Ghani serta Kekanda Ramlan Salleh, anda punyai peluang yang cerah jika jalan yang digunapakai selama ni digunakan untuk berjuang. Jangan lupa untuk menjaga serta mempertahankan hak-hak orang Melayu di Bahagian Batu. Insya-Allah, kejayaan akan memihak pada anda semua jika anda benar-benar tulus dan ikhlas dalam perjuangan ini.
Teringat kata-kata Kekanda Ramlan Salleh, “Saya pantang diusik. Bila diusik, saya akan melawan!”. Mari kita bersama-sama berganding bahu dan menggembling tenaga menempuhi apa jua cabaran yang mendatang. Pemuda IKS mewakili perwakilan Bahagian Batu akan memastikan semua yang mengenali anda berdua menyokong perjuangan anda dengan sepenuh hati. Allahuakbar!
Baca selanjutnya...

30 Oktober 2008

Kita Kena Jaga Ekonomi Kita, Bukan Orang Lain

Setelah tamatnya PRU ke-12 pada bulan Mac '08 tempoh hari pelbagai isu-isu sensitif telah ditimbulkan hingga membuatkan ISLAM dan Melayu itu sendiri seperti telah hilang dan semakin dihina di bumi sendiri.
Kesan daripada tumbangnya 5 negeri yang berpengaruh dan kuat (seketika dahulu) dan timbulnya seorang yang amat bijak dan berpengaruh untuk mencapai dan merealisasikan cita-citanya inilah antara punca-punca bangsa asing semakin berani dengan mengenepikan ISLAM sebagai agama rasmi, mencabar ketuanan Melayu dan menghilangkan pegangan ekuiti bangsa Melayu itu sendiri di bumi sendiri.
Jika dilihat secara keseluruhan senario yang berlaku dengan pelbagai cubaan bangsa asing terhadap ISLAM, Melayu dan negara, acap kalinya timbul pelbagai tomahan terhadap ISLAM dan Melayu itu dan tidak ramai yang berani menyuarakan dan mempertahan hak-hak tersebut dan jika ada yang menyuarakan, semestinya orang itu akan menerima hukuman yang kononnya untuk menjaga keharmonian kaum.
Tidakkah itu tandanya kita menjadi penakut dan mengapa ini berlaku? Tidakkah bangsa asing juga perlu diambil tindakan? Jika diambil tindakan pun ianya seperti menjalankan tugas semata dan bukannya untuk memberikan hukuman sebenar.
Mungkin ini adalah hukuman sebenar kepada bangsa Melayu yang kononnya hidup selesa dan semakin hilang personaliti. Melayu itu sendiri yang bersalah dalam hal yang sebegini. Kita dapat lihat bangsa asing sentiasa bersatu dalam menguruskan perniagaan dan saling tolong menolong bagi meningkatkan ekonomi mereka sendiri kerana mereka tahu mereka sebenarnya hanya menumpang dan tiada hak-hak istimewa di negara ini maka naluri "survivality" perlu tinggi untuk terus hidup dan berjaya di negara ini.
Melayu terkenal dengan sikap tamak dan hasad dengkinya. Lebih rela meng-Ali-Baba-kan kepada bangsa asing dari memberi kepada bangsa sendiri. Di sini Pemuda IKS selaku Pemuda yang prihatin ingin mengemukakan beberapa cadangan atau idea bagi meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu.
1. Memupuk semangat berniaga sesama seagama dan sebangsa untuk mewujudkan "networking" perniagaan.
2. Berkongsi nikmat perniagaan atau keuntungan dengan membantu rakan perniagaan seagama dan sebangsa.
3. Berdakwah mengenai kebaikan agenda "Seagama dan Sebangsa Dalam Kehidupan Harian" dikalangan sahabat handai, masyarakat setempat dan amnya se-Malaysia.
Renung kembali kedudukan kita hari ini dan rangka satu pelan tindakan untuk mempertingkatkan ekonomi kita. Janganlah ketuanan melayu itu hanya ada pada nama tetapi hakikatnya pelaksanaan amat mendukacitakan. Akhir kata, berjuanglah untuk orang Melayu dengan penuh keikhlasan.
Baca selanjutnya...

29 Oktober 2008

Diorang ni tak paham bahasa ke, buat-buat tak paham?

Malam tadi Pemuda IKS ada menerima SMS daripada seorang ahli berkaitan isu MCA yang mengusulkan supaya pemilikan 30% pegangan ekuiti Islam Melayu dalam syarikat senaraian awam dihapuskan. Berharap Pemuda IKS dapat mengupas isu ini dengan lebih terperinci. Jika disemak di laman web Bursa Malaysia, kebanyakannya dikuasai oleh syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina. Pemilikan 30% itu sepatutnya dikuasai oleh orang Islam Melayu.
Kesimpulannya pada pandangan Pemuda IKS adalah secara tersurat, kaum Cina di Malaysia secara terang-terangan menggambarkan bahawa orang Melayu itu tidak bagus di dalam bidang perniagaan dan juga pengurusan. Secara tersiratnya pula, ini adalah agenda utama sejak dulu lagi untuk menguasai Tanah Melayu dgn menjalankan "ethnic cleansing" secara terhormat. Mari kita tunggu dan lihat apakah komen dari Ahli Majlis Tertinggi, sayap-sayap UMNO serta Parti yang berteraskan Islam tentang perkara ini.
Pemuda IKS juga berhasrat mengemukakan satu lagi cadangan di mana sepatutnya ketika inilah masa yang paling sesuai untuk berdebat untuk mempertahankan ketuanan Islam dan Melayu di Malaysia. Inilah gelanggang yang Pemuda IKS fikirkan sangat sesuai untuk 'bakal pemimpin UMNO' memperlihatkan misi, visi dan objektif mereka. Bukan berdebat sesama sendiri.
Perlu diingatkan, Majlis Raja-Raja telah menyatakan bahawa jangan menimbulkan isu-isu sensitif menyentuh Hak Islam dan Melayu. Parti-parti komponen Barisan Nasional juga tidak boleh menimbulkan isu-isu yang melibatkan sensitiviti perkauman. Mungkin 'mereka' ini tidak faham Bahasa Malaysia atau buat-buat tidak faham? Wallahualam.
Pemuda IKS nak lihat sendiri berapa ramai yang akan membidas isu ini. Adakah orang-orang UMNO memandang serius tentang perkara ini ataupun hanya berdiam diri sahaja. Bak kata pepatah, "bagai si Kaduk, menang sorak kampung tergadai" Apakah tindakan kita dalam menangani isu ini? Apakah langkah-langkah yang akan dan perlu diambil oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Barisan Nasional?
Baca selanjutnya...

28 Oktober 2008

Kami Sokong Perjuangan Abas & Ramlan!

Kekuatan di UMNO Bahagian Batu yang terlihat kala ini lebih menyebelahi kepada kepimpinan Datuk Yahya Mat Ghani (UMNO TKP2) serta gandingannya, Kekanda Ramlan Salleh (UMNO Tmn IKS) untuk merangkul kemenangan sebagai Ketua dan juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu.
Saya selaku salah seorang wakil G10 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu merangkap AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu mendoakan semoga barisan yang saya perjuangkan selama ini memperoleh kejayaan besar pada persidangan yang akan datang.
Saya juga amat berharap barisan ini tidak akan lupa pada usaha dan pengorbanan 21 cawangan dalam UMNO Bahagian Batu yang menyokong secara terang-terangan serta beberapa cawangan yang berjuang dalam diam menyokong kepimpinan Datuk Yahya Mat Ghani serta Kekanda Ramlan Salleh.
Siapa yang mengenali rapat Kekanda Ramlan Salleh sudah tentu mengerti sikap beliau terhadap perjuangan UMNO Bahagian Batu selama ini. Cara Kekanda memang tidak ubah seperti pejuang UMNO sejati yang tidak pernah kenal erti penat lelah dan sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Hari ini saya berani bercakap sebegini kerana saya sudah berjuang bersama-sama Kekanda selama dua penggal dan telah menghadapi dua musim Pilihan Raya. Selama itulah, semangat perjuangan yang kekanda tunjukkan tidak pernah mengecewakan Pemuda IKS.
Alhamdulillah, Insya-Allah barisan Datuk Yahya Mat Ghani akan menguasai UMNO Bahagian Batu menjelang tarikh persidangan nanti sekiranya tiada apa aral melintang. Kepada mereka yang tidak memahami erti dasar perjuangan, fahamilah bahawa ini bukannya satu permainan malah ini bukan juga pentas mencari kemasyhuran.
Saya bermohon sepenuh hati pada semua pengikut barisan ini agar menguatkan semangat dan cekalkan hati untuk menghadapi persidangan hari Sabtu ini. Ingatlah, undi anda amat bernilai untuk memilih calon berwibawa dan berhemah yang akan menerajui UMNO Bahagian Batu di masa hadapan. Mulai saat ini, mari kita bersama-sama berkerja keras untuk memenangi kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Baca selanjutnya...

25 Oktober 2008

Tun Musa Hitam: UMNO Sudah Tua

Pemuda IKS bersetuju dengan kenyataan mantan Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam (gambar) semalam mengenai “UMNO Sudah Tua” dan sepatutnya mula memberi peluang kepada generasi muda untuk memikul tanggungjawab besar dalam UMNO bagi mendapatkan sokongan rakyat. Adalah diingatkan bahawa tindakan ini tidak mengenepikan kebolehan dan pengalaman golongan senior tetapi hanya usul menerapkan golongan muda dalam setiap pelan tindakan UMNO di masa hadapan.
Pemuda IKS juga merasakan parti-parti lain juga perlu mengambil langkah yang sama seperti kenyataan Tun Musa Hitam memandangkan bilangan calon pilihan semakin berkurangan. Inilah di antara sebab mereka memilih calon yang “boleh diharap” dan menyingkirkan calon yang “tidak boleh diharap”. Nak buat macam mana lagi?
Jika kita mencari kepemimpinan dengan langkah sebegini, kita tidak akan ke mana berikutan memang lumrah manusia untuk menyemat sifat perkauman dalam diri serta jiwa mereka. Kita sentiasa berdoa untuk masa depan Malaysia yang lebih baik tetapi tidak cukup dengan hanya berdoa, kita perlu bertindak!
Baca selanjutnya...

24 Oktober 2008

Contohi Kredibiliti Pembangkang

Saudara Zulkifli Noordin (gambar), dari PKR, ahli Parlimen kerusi Kulim Bandar Bharu telah menarik perhatian Pemuda IKS sejak kebelakangan ini. Dengan keberanian yang beliau ada, peguam yang bersifat terbuka ini telah mengecam tindakan pihaknya, Pakatan Rakyat. Duduk bersama-sama Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tidak pernah menghalang beliau untuk mengkritik tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memperkenalkan diri sebagai seorang Muslim terlebih dahulu sebelum menghentam tindakan Teresa Kok, ahli Parlimen kerusi Seputeh yang dilabelkan sebagai biadap, sombong dan telah memperlekehkan kedudukan agama Islam. Ini adalah simbolik kepada dasar demokrasi dan rakyat sudah mula sedar akan perkara ini.
Beliau juga telah mengusulkan pembinaan Masjid Cina pertama di Kuala Lumpur dan mencadangkan Khutbah dibacakan dalam bahasa Mandarin. Masjid India sudah pun didirikan untuk India Muslim tetapi kita terlepas pandang kaum Cina. Ingatlah bahawa agama Islam bukan sahaja untuk orang Melayu dan tidak pernah dimiliki oleh mana-mana kaum.
Pemuda IKS mengatakan semua ini kerana kagum melihat kredibiliti beliau sebagai pihak pembangkang dan mungkin mampu mencorakkan lagi kewibawaan kerajaan BN. Akan tetapi, terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai diri beliau sebaik mungkin.
Inilah pemimpin yang dinanti-nanti, Pemuda IKS yakin kita semua perlu berkerjasama untuk mencapai keamanan dan keharmonian, melihat kepada konflik perkauman yang menular hari ini dan amat penting untuk membuang sifat perkauman itu sekarang. Pemuda IKS menghormati keputusan beliau untuk duduk bersama PKR memandangkan isu perkauman dan agama ini tiada kaitan dengan parti serta ideologi politiknya.
Jika Anwar Ibrahim berani meminggirkan beliau dari angkatan Pakatan Rakyat diatas tindakan beliau, Pemuda IKS mencabar Anwar Ibrahim bertindak sedemikian kerana beliau akan kehilangan salah seorang ideologis hebat yang mampu memberikan nafas baru kepada integrasi nasional. Alangkah baiknya jika dapat digandingkan beliau bersama Dato' Mukhriz Mahathir menerajui kepimpinan kita. Sudah tentu dapat memberi harapan baru untuk rakyat Malaysia.
Baca selanjutnya...

22 Oktober 2008

Agenda Pergerakan

Majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 1429H akan diadakan pada 25/10/2008 di kediaman saudara Mohd Faizal Anuar beralamat di No. 5 Jalan 44/10 Taman Koperasi Polis Fasa 2 68100 Kuala Lumpur. Dijemput semua ahli Pemuda IKS untuk memeriahkan majlis yang dijadualkan bermula pada pukul 12.00 tgh - 6.00 ptg.
Saudara Azizi Abdul Hamid menjemput rakan-rakan seperjuangan Pemuda IKS ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 1429H yang akan diadakan pada 26/10/2008 di kediaman beliau beralamat di No. 7 Jalan 44/10 Taman Koperasi Polis Fasa 2 68100 Kuala Lumpur. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 5.00 ptg - 12.00 mlm.
Sekian, terima kasih. Apa jua perubahan akan diberitahu kelak.
Baca selanjutnya...

21 Oktober 2008

Pandangan Masyarakat Terhadap UMNO

Dikesempatan ini Pemuda IKS ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon yang telah berjaya dalam pemilihan semasa persidangan pada tempoh hari.
Sebenarnya Pemuda IKS bukanlah seorang yang pakar dalam arena politik dan boleh dikategorikan sebagai 'setahun jagung' jika dibandingkan dengan kepimpinan pihak UMNO, khususnya Bahagian Batu yang ada pada masa kini.
Akan tetapi pengamatan di sekeliling dan acara 'analisis kedai kopi' bersama rakan-rakan menyebabkan rasa terpanggil untuk menghamparkan isi hati, pandangan dan buah fikiran tentang politik.
Kenapa berpolitik? Adakah kita benar-benar kenal dan fahami akan maksud politik itu? Adakah berpolitik itu dipraktikkan secara membuta tuli atau dipengaruhi rakan-rakan? Atau pun ingin menunjukkan rasa protes terhadap mana-mana pihak atau individu yang membuatkan kita berasa tidak puas hati? Atau dendam kisah lama?
Kenapa berpolitik? Rata-rata kelompok masyarakat hari ini gemar berbicara tentang politik, tetapi dari dimensi yang berbeza-beza.
"Ko dapat job ni sebab main politik ke?"
"Dato' tu ade ejas barang baik tuk kite kalau join die"
"Y.B. tu ade kene mengene dengan famili aku, tu pasal aku dapat job ni!"
"Hari-hari citer pasal politik, tak boring ke? Bukan dapat ape pun!"
Kenapa perlu berunsur kepentingan individu? Jelas menunjukkan bahawa masyarakat kurang sedar (walaupun mereka mengaku tahu tentang politik!) akan maksud ianya itu. Bagi Pemuda IKS politik ini adalah ibarat pisau tajam yang mana ianya berfungsi untuk membantu tugas-tugas harian dan pada masa yang sama boleh dijadikan senjata yang dahsyat untuk mencederakan, malah boleh membunuh.
Sebagai sebuah komuniti yang bertanggungjawab, maka kita perlu merubahnya. Metaforanya adalah seperti membiarkan seorang buta melintas jalan tanpa tongkat sedangkan kita berada di situ dan hanya memerhatikan dia.
Biar pun misi ini agak berat, dengan hubungan keakraban yang dipupuk dikalangan ahli-ahli, Insyaallah ianya akan berjaya. Dengan barisan kepimpinan yang baru dan mantap, sinergi itu diharap dapat berkembang dan melakar sejarah.
Akhir kalam, sebagai salah seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS, harapan untuk melihat pembaharuan dalam perspektif masyarakat terhadap parti politik, khususnya UMNO akan memberi satu persepsi yang lebih berwarna tentang pemahaman masyarakat tentang politik. Salam.
Baca selanjutnya...

20 Oktober 2008

Datuk Yahya Mat Ghani lwn Datuk Yusuff Hamid

Awal bulan hadapan akan menyaksikan pertarungan hebat antara dua pemimpin terulung Bahagian Batu bagi mendapatkan undi untuk pemilihan Ketua UMNO Bahagian Batu di Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu. Tidak sabar rasanya untuk menanti tarikh keramat ini menjelang tiba. Kedua-dua mereka yang bertanding untuk jawatan tertinggi ini merupakan orang lama dalam dunia politik, khususnya di Bahagian Batu.
Mereka sudah pasti mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Datuk Yusuff Hamid adalah penyandang Ketua UMNO Bahagian Batu, merangkap Ketua UMNO Cawangan Desa Batu Muda dan penyandang Timbalannya saudara Johari Md Isa, Ketua UMNO Cawangan Bandar Baru Sentul 1A manakala Datuk Yahya Mat Ghani adalah penyandang AJK UMNO Bahagian Batu, merangkap Ketua UMNO Cawangan Taman Koperasi Polis 2 dan calon Timbalannya saudara Ramlan Salleh, Ketua UMNO Cawangan Taman IKS.
Dalam pemilihan pada penggal ini, Datuk Yusuff Hamid menerima tamparan hebat daripada AJK Bahagiannya, setelah ahli-ahli dari peringkat akar umbi mempersoalkan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin. Walau bagaimanapun, beliau tetap mempertahankan kedudukan beliau kerana beliau percaya beliau mampu memenangi hati dan jiwa ahli-ahli UMNO Bahagian Batu. Terpulang kepada pucuk pimpinan serta perwakilan-perwakilan yang akan menghadiri persidangan yang akan datang. Berharap ianya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Dari pemerhatian Pemuda IKS, Datuk Yahya Mat Ghani mempunyai peluang besar untuk memenangi pemilihan kali ini kerana majoriti perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri (G10) yang akan ke Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu lebih memihak kepada beliau. Berharap semua perancangan dan strategi yang diatur rapi oleh beliau untuk memenangi pemilihan ini tidak dilanda masalah yang tidak diduga di saat-saat akhir.
Kejutan di saat-saat akhir sering berlaku di dalam arena politik tempatan di mana perwakilan boleh beralih arah pada bila-bila masa sahaja. Tetapi apa yang lebih menyedihkan dan menyakitkan hati adalah golongan yang selalu “main dua kolam” kerana mereka inilah yang akan memburukkan imej politik tempatan. Dek kerana termakan duit sogokkan, sanggup ketepikan soal maruah perjuangan.
Perjuangan kita hari ini adalah berdasarkan ketulusan dan keikhlasan untuk membela agama, bangsa dan negara. Adalah amat perlu dititikberatkan setiap elemen yang diperjuangkan dalam tiga perkara itu. Jika kita mudah dipengaruhi kuasa dan kemewahan dalam politik, maka pincanglah segala agenda perjuangan yang dicatur rapi.
Pemuda IKS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Yahya Mat Ghani diatas usaha dan pengorbanan Datuk semasa menubuhkan UMNO Cawangan Taman IKS dan juga saudara Khalim Rohani, mantan Ketua UMNO Cawangan Taman IKS yang meneruskan perjuangan cawangan ini. Perlu diingatkan bahawa penubuhan IKS adalah hasil usaha Datuk Yahya Mat Ghani bagi memelihara kesejahteraan UMNO Cawangan Taman Koperasi Polis 2 pada masa itu.
Tidak lupa juga kepada kekanda Ramlan Salleh, penyandang Ketua UMNO Cawangan Taman IKS, merangkap calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu di atas jasa dan pengorbanan kekanda sepanjang perjuangan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS. Semoga perjuangan Pemuda IKS yang ikhlas ini diberkati Allah s.w.t. dan Pemuda IKS akan sentiasa menyokong pendirian kekanda. Pemuda IKS percaya kekanda boleh menerajui kepimpinan Bahagian Batu dengan cemerlang dan membawa Pemuda IKS selangkah kehadapan dari kedudukan hari ini. BERANI BERUBAH!
Baca selanjutnya...

19 Oktober 2008

Laporan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia-Nya, Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu berlangsung dengan lancar dan sempurna. Pemuda IKS ingin mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada pihak urusetia yang mengelolakan majlis tersebut.
Tanpa mereka yang sanggup meluangkan masa, menyumbangkan tenaga dan wang ringgit dari mula penyediaan hinggalah ke penutup majlis, tidak tercapai hasrat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu untuk menjayakan persidangan ini dengan penuh gemilang.
Pemuda IKS diwakili oleh (dari kiri gambar) saudara Shafril Yizmier Mohd Yusoff (Ketua Biro Penerangan), saudara Fakhrulzaman Mohd Fadzil (Ketua Pergerakan Pemuda) dan saudara Faeizal Dzaidi Md Zin. Beberapa orang AJK Pemuda IKS juga turut hadir bagi memeriahkan dan menunjukkan sokongan terhadap persidangan ini.
Pertarungan sengit yang sihat diantara kedua-dua calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dan naibnya telah mencorakkan lagi arena politik di Bahagian Batu. Adat pertandingan, ada yang menang dan pastinya ada yang kalah. Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu telah memilih saudara Azniee Abdullah, dari UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dan saudara Sariful Akmal Mokhtar dari UMNO Cawangan Sentul Selatan sebagai naibnya dengan 85 undi daripada jumlah 151 undi keseluruhannya.
Tahniah diucapkan kepada mereka berdua daripada Pemuda IKS dan kepada saudara Amilludin Latip dari UMNO Cawangan Rumah Pangsa Sri Kelantan dan saudara Anuar Mohd Seh dari UMNO Cawangan Kampung Medan Wira Utama, jangan berhenti berjuang dan jangan jemu mentelaah kerenah akar umbi. Berharap perjuangan kita diteruskan dengan bersungguh-sungguh dan penuh muafakat.
Selesai sahaja persidangan tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dengan rasminya mencalonkan Dato' Dr. Mohamad Khir Toyo sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan akan datang. Walaupun banyak menimbulkan kekeliruan dan persoalan, Pemuda IKS pasti bahawa pucuk pimpinan mempunyai agenda tersendiri yang dicatur dengan rapi untuk memberi kebaikan kepada akar umbi pada masa hadapan.
Pemuda IKS juga ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Fakhrulzaman Mohd Fadzil kerana terpilih sebagai salah seorang AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu dan kepada mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS, saudara Abu Bakar Ithnin yang berjaya dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Berharap dengan tanggungjawab besar yang diberi, kedua-dua mereka ini akan membawa Pemuda IKS selangkah kehadapan dari kedudukan hari ini dalam perjuangan dan dapat mengotakan segala janji yang dipatri serta memberi impak positif kepada Bahagian Batu.
Setelah penat lelah menjayakan persidangan ini, Pemuda IKS menaruh harapan tinggi kepada pucuk pimpinan agar dapat menghapuskan pertelingkahan diantara pemimpin-pemimpin dan merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
Misi besar kita pada penggal ini adalah untuk mengembalikan kerusi Perlimen Batu ke tangan UMNO pada pilihanraya akan datang. Kita sedar ini adalah satu tugas yang berat untuk dipikul. Adalah diingatkan bahawa kita perlu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional dari aspek ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Perjuangkan apa yang dijanjikan!
Baca selanjutnya...

18 Oktober 2008

Ingat Fakta Sejarah Tanah Melayu - Tidak Logik

Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.
Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.
Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.
Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.
Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".
Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115).
Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.
Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.
Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.
Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.
Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.
Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.
Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-olah merekalah sahaja pejuang rakyat di negara. Tetapi berfikirlah lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini.
MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Baca selanjutnya...

17 Oktober 2008

Ingat Fakta Sejarah Tanah Melayu - Diterima

Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.
Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.
Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.
Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).
Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).
Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah.
British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.
British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien.
Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.
Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.
Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.
Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).
Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka.
Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.
Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan.
MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Baca selanjutnya...

16 Oktober 2008

Ingat Fakta Sejarah Tanah Melayu - Kenyataan

Kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe telah mengundang kontroversi. Pertama, berdasarkan sejarah kata beliau, orang Melayu adalah juga pendatang sama seperti orang Cina dan India. Kedua, dengan nada sinis beliau menyindir UMNO bahawa parti Gerakan selama ini berada dalam telunjuk UMNO. Gerakan tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.
Publisiti murahan jelas menunjukkan bahawa beliau seolah-olah pakar dalam bidang sejarah dan menarik perhatian serta sokongan orang Cina yang telah kecewa dengan Gerakan. Saya tidak pasti apakah latar belakang sebenar kelulusan Lian Hoe sehingga menyebabkan kenyataan seperti ini dikeluarkan.
Saya mungkin dapat menerima serba sedikit pendapat ini jika beliau adalah pakar sejarah. Jika tidak, mungkin ada agenda tersembunyi yang perlu kita lihat secara serius.
Ini kerana selepas pilihan raya umum baru-baru ini, ada beberapa parti komponen Barisan Nasional cuba menggunakan kesempatan ini untuk mengugut UMNO dan kerajaan. Mereka tahu, UMNO kini berada dalam kedudukan yang agak lemah. UMNO memerlukan sokongan parti-parti komponen bukan Melayu untuk memerintah. Justeru, peluang ini digunakan untuk mencapai hasrat yang sekian lama terpendam, termasuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.
Lian Hoe perlu sedar bahawa kemenangan beliau di Parlimen Gerik dalam pilihan raya lalu adalah hasil sokongan pengundi Melayu UMNO. Jika kerusi Gerik itu tidak diberikan kepada Gerakan dan UMNO tidak mengundi beliau, tidak mungkin ada Lian Hoe pada hari ini sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Itupun beliau masih tidak bersyukur dan amat kiasu.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.
Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).
Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.
Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.
Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.
Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.
MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Baca selanjutnya...

14 Oktober 2008

Berani Berubah!

Tatkala menjelang tarikh Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, ramai tertanya, siapakah yang akan dicalonkan oleh pucuk pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Tetapi apa yang pasti adalah di antara dua calon hebat penggal ini, Dato' Mukhriz Mahathir (Berani Berubah!), ataupun saudara Khairy Jamaluddin (Setiakawan).
Selesai sudah Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS pada 10/08/2008 yang lalu dan kesemua perwakilan dan ahli jawatankuasa cawangan sudah pun dibentuk. Berharap sangat agar pembentukan baru ini dapat membawa kita selangkah kehadapan dari kedudukan kita hari ini.
Jangan terlalu ghairah merebut peluang, mengejar nama dan menjaga kepentingan diri. Jika benar ketulusan kita dalam perjuangan dan berkat usaha kita bersama dalam pergerakan ini, Allah s.w.t akan membalasnya dengan kebaikan. Berharap ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS akan terus menyokong perjuangan ini dengan hati yang ikhlas.
Berkenaan pencalonan di peringkat bahagian, Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS dengan rasa rendah diri, mencalonkan DATO' MUKHRIZ MAHATHIR sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Adalah diingatkan pada semua, Pemuda IKS tidak boleh dijual beli. BERANI BERUBAH!
Baca selanjutnya...

13 Oktober 2008

Pencalonan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Setakat ini, pada persidangan perwakilan di peringkat bahagian, Wilayah Persekutuan, baru satu bahagian yang telah pun mencalonkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Bahagian-bahagian dalam Wilayah Persekutuan yang lain masih menanti tarikh pemilihan masing-masing.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa telah mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir dalam persidangan perwakilan pada 12/10/08 sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Saudara Azmi Badarudin, penyandang Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa telah dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa.
Bagaimana pula dengan pencalonan dari bahagian-bahagian yang lain khususnya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu? Kita berharap pucuk pimpinan yang dipengaruhi akar umbi akan mencalonkan calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang terbaik setelah diteliti setiap usul, pembaharuan dan dan ideologi yang akan dibawa oleh beliau.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu juga tentu tidak sabar menanti tarikh persidangan perwakilan yang akan menjelang pada hari Ahad ini, 19/10/08. Siapa bakal menerajui kita? Saudara Azniee ataupun saudara Amir? Marilah kita bersama-sama, khususnya Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS hadir sebagai pemerhati supaya kita dapat memberi sokongan pada majlis tersebut serta memperoleh pengalaman yang mampu mendewasakan kita semua.
Baca selanjutnya...

12 Oktober 2008

Isu-isu Di Bahagian Batu WP

Salam Perkenalan,
Saya berasa terpanggil untuk memeriahkan lagi percambahan idea dan pendapat di ruangan ini. Saya bersetuju dengan Saudara Ghulam yang mengajak kita mengutamakan kekuatan daripada menyerlahkan keburukan saingan masing-masing. Dalam kegawatan politik yang melanda negara kita dan kerusi kita parlimen Batu sendiripun dah 'tergadai' maka lebih baik kita bermuhasabah dan bersatu untuk mencapai matlamat yang sama.
Saya bukannya bijak berpolitik dan pandai untuk berkata-kata. Sekadar untuk berkongsi pemerhatian terhadap beberapa isu yang saya rasa sangat relevan dan patut dijuarai oleh kita Pemuda UMNO Batu. Oleh kerana saya sangat baru dalam perjuangan kita ini, maka cawangan saya terlepas untuk membahaskan isu ini sebagai usul pada kali ini. Mungkin cawangan-cawangan yang lain boleh tolong mengenengahkan isu-isu ini dan dapat kita bincangkan di persidangan Pemuda Bahagian nanti.
1. Isu Kemiskinan Bandar (Urban Poverty)
Terdapat percanggahan pendapat yang ketara tentang garis kemiskinan ataupun poverty line di bandar. Indikator yang digunakan sekarang meletakkan pendapatan isi rumah RM800 sebulan sebagai 'benchmark'! Saya merasakan angka ini adalah sangat tidak logik dan mungkin Pemuda Bahagian Batu boleh memangkinkan satu kajian menyeluruh oleh agensi-agensi terbabit dan memberi input.
Bukannya nak berlagak sombong, tetapi cuba kita renungkan nilai RM800 itu untuk kegunaan sebulan (isirumah), belanja dapur dan sewa pun saya rasa boleh 'miss'. RM1000? RM1500/sebulan? bilangan anak? Perlu ada satu pengiraan yang lebih realistik (macam perndapatan perkapita) untuk mengukur garisan ini. Mungkin kita di Batu (Pemuda khususnya) boleh mengeluarkan 'Penyata Batu' seperti Penyata Razak yang terkenal itu untuk menganalisa isu ini.
2. Isu Belia Dalam Bandar (Inner City Youth)
Isu ini berkait rapat dengan isu pertama tadi tetapi lebih kepada analisa sosial dan demographic di Batu. Kajian yang sudah dijalankan masih terdapat kekurangan data dan fakta. Saya rasa saudara-saudara dan rakan-rakan lebih mengerti isu ini dan implikasinya terhadap struktur sosial di Batu ini.
Seperti yang selalu dikatakan oleh Saudara Azniee "Aku budak Flat macam diaorang, aku faham macam mana diaorang fikir, apa yang diaorang nak". Akan tetapi penyelidik yang melakukan kajian-kajian ini semua tidak pernah merasai apa yang saudara-saudara semua lalui!
Sebab itu kebanyakan teori (yang menjadi polisi) kurang efektif dan boleh lagi diperhalusi. Nurul Izzah cuba menjuarai isu ini, tetapi telah dipangkah di Parlimen dengan kata-kata "You've been chaffeuring in your daddy's merc all the while, don't talk about 'unfortunate'".
Obama juga dalam kempen presiden US memberi penekanan terhadap isu ini. Saya rasa tidak ada yang lebih layak sebenarnya untuk mengulas isu ini di Malaysia amnya dan di Kuala Lumpur khususnya melainkan kita warga Batu.
Isu-isu ini perlu ditangani bukan secara retorik dan kita mampu mencipta satu 'approach' yang berguna untuk merampas semula kerusi parlimen Batu. Tian Chua juga cuba mememainkan isu-isu ini di parlimen untuk nak bagi nampak macam dia faham dan efektif sebagai wakil rakyat Batu.
Terima kasih sekiranya ada yang memanjangkan isu-isu ini sebagai usul untuk persidangan yang akan datang.
Norhisham Abdul Mutalib
Naib Ketua Pemuda
UMNO Cawangan KOP Business Centre
Bahagian Batu WP
Baca selanjutnya...

11 Oktober 2008

Dilema Pemuda Batu: Kebimbangan Terhadap Politik Wang

Politik wang boleh memburukkan keadaan apabila ramai yang cuba bertanding akan mengaburi mata penyokong tentang apa jua kekurangan dan kelemahan calon yang mereka sokong. Ini menunjukkan kesan politik wang terhadap proses pemilihan anggota Majlis Tertinggi Pemuda UMNO tidak kira di peringkat nasional, bahagian mahupun cawangan khususnya di Wilayah Persekutuan.
Pemuda IKS tidak begitu yakin sistem kuota boleh menjadi tapisan kepada yang layak sahaja bertanding jika politik wang berleluasa di dalam Pergerakan Pemuda Wilayah. Pemuda IKS khuatir jika wang boleh membeli kuota dan jawatan, maka Pemuda Wilayah akan hilang penghormatan dan kredibilitinya dalam kalangan anggota dan masyarakat sebagai pergerakan yang mampu menerajui anak-anak muda.
Pemuda IKS juga tidak mahu pertandingan untuk jawatan-jawatan tertinggi Pemuda Wilayah ini menjadi bahan cakapan sinis dan menarik komen negatif masyarakat seolah-olah ia terbuka untuk sesiapa sahaja. Kita sering terdengar perbualan tentang perkara ini di kedai-kedai kopi dan ini mampu menjejaskan kredibiliti Pemuda Wilayah serta kepercayaan rakyat di masa hadapan.
Di peringkat nasional pula, jangan sekali-kali lupa bahawa kedua-dua pemimpin Pemuda UMNO yang dipilih untuk dua jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda ialah mereka yang bakal memimpin anak-anak muda pada generasi yang akan datang. Perlulah diyakinkan rakyat akan kredibiliti pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO dahulu supaya rakyat tidak ragu-ragu menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.
Baca selanjutnya...

08 Oktober 2008

Agenda Pergerakan

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 1429H akan diadakan pada 18/10/2008 di bengkel kereta Fakhrulzaman Auto. Dijemput semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS dan pelanggan-pelanggan bengkel untuk memeriahkan majlis. Majlis dijadualkan bermula pada pukul 8.30 mlm.
Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu WP akan diadakan pada 19/10/2008 pada pukul 8.30 pagi bertempat di Dewan Kuala Lumpur, PWTC. Dijemput semua AJK Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS untuk hadir ke sana sebagai pemerhati serta memberi sokongan di majlis tersebut.
Sekian, terima kasih. Apa jua perubahan akan diberitahu kelak.
Baca selanjutnya...

07 Oktober 2008

Politik UMNO Bahagian Batu Bagaikan "Gunung Berapi", Tunggu Masa Untuk Meletup! - Wilayahkini

Persaingan di Batu dikatakan semakin membara bagaikan gunung berapi dimana Yahya Mat Ghani atau lebih dikenali sebagai "Abas Batu" memberikan saingan yang sengit kepada penyandang Ketua Bahagian Datuk Yusuf Hamid. Malah Datuk Yusuf Hamid dikatakan terdesak sehingga mendapatkan bantuan dan sokongan daripada mantan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Azrat Gull untuk mempertahankan jawatannya.
Sudah ada cakap-cakap di Coffeehouse dan beberapa tempat lain bahawa kepimpinan Yusuf Hamid tidak begitu menonjol serta tidak berketerampilan jika dibandingkan zaman Azrat Gull dan Allahyarham Datuk Azman Attar. Apakah firasat ini betul?
Pemerhati politik pula berpendapat, jika suatu ketika dulu nama UMNO Bahagian Batu begitu popular bukan sahaja di Wilayah Persekutuan malah telah mengegarkan politik negara tetapi kini namanya kian merudum. Kini UMNO Bahagian Batu yang suatu ketika dulu merupakan perintis kepada bahagian-bahagian lain di Wilayah Persekutuan sudah mula kehilangan taringnya.
Kekalahan BN di Parlimen Batu pada PRU yang ke 12 juga telah menambahkan keperitan UMNO Bahagian Batu. Malah, semasa PRU yang lepas banyak cerita-cerita politik mengenai UMNO Bahagian Batu kedengaran sehingga dikatakan Pemuda, Wanita dan Puteri tidak sehaluan dengan kepimpinan Bahagian.
Rata-rata perwakilan dari UMNO Bahagian Batu mengharapkan satu sinar harapan baru di Bahagian Batu selepas pemilihan bahagian dan mereka mahukan satu kepimpinan yang lebih dinamik dan terbilang serta sekaligus dapat mengangkat nama UMNO Bahagian Batu selepas ini.
Apakah Yahya Mat Ghani dapat melakukan kejutan ataupun Yusuf Hamid dapat mengembalikan zaman kegemilangan politik Bahagian Batu selepas ini? Apapun, Wilayahkini berharap semua pemimpin yang bertanding dapat bertekad untuk mengembalikan era kegemilangan UMNO Bahagian Batu selepas ini.
Baca selanjutnya...

06 Oktober 2008

Tindakan Hindraf Adalah Hak Demokrasi?

Video di atas adalah kenyataan dan reaksi presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu berkenaan tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Ahli Kabinet di PWTC pada hari Rabu lepas.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula telah menyelar kenyataan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengkategorikan tindakan Hindraf adalah sebagai hak demokrasi. Tindakan Hindraf adalah bertujuan untuk mendesak pihak kerajaan supaya membebaskan lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember tahun lalu.

Ketua Setiausaha MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam juga menggelarkan tindakan Hindraf "menyerbu" majlis rasmi tersebut sebagai bukan budaya orang India di Malaysia. Beliau menyatakan bahawa majlis seumpama itu sepatutnya menjadi medan pertemuan pelbagai bangsa yang meraikan Aidilfitri bersama-sama, bukannya tempat mencetuskan rasa benci terhadap bangsa masing-masing.
Pemuda IKS benar-benar tidak setuju dengan kenyataan ini. Bagaimana tindakan sebiadap ini boleh dikategorikan sebagai hak demokrasi? Jika Hindraf mempunyai apa jua masalah dengan pentadbiran kerajaan hari ini, berurusanlah dengan cara yang betul, bukan dengan mengganggu majlis rasmi sambutan perayaan orang Islam di Malaysia. Kita tidak pula lihat pengikut-pengikut Hindraf ditahan di hadapan Batu Caves tatkala menyambut perayaan Deepavali atau Thaipusam. Pokok pangkalnya adalah soal hormat menghormati antara sesama kita.
Jika presiden parti komponen pembangkang mengeluarkan kenyataan ini demi meraih sokongan dari orang-orang Hindraf, di mana maruah beliau yang sepatutnya membela kepentingan orang-orang melayu Islam di Malaysia? Pemuda IKS berasa pemahaman beliau terhadap soal hak demokrasi itu masih cetek.
Baca selanjutnya...

03 Oktober 2008

Dilema Pemuda Batu: Perlu Perubahan Atau Baikpulih?

Perubahan bermaksud mewujudkan sesuatu yang baru dan memansuhkan perkara yang lama sama ada individu, sesebuah sistem ataupun persekitaran. Baikpulih pula bermaksud menggunakan prinsip atau polisi yang sama tetapi mengaplikasikan pelaksanaan yang lebih efisyen serta efektif.
Satu temubual bersama seorang calon Ketua Pemuda Bahagian telah membuatkan Pemuda IKS ingin berkongsi ideologi yang ingin beliau ketengahkan, iaitu petikan dari ikrar Tunku Abdul Rahman:
1. Pelihara serta lindungi kebajikan dan hak istimewa orang-orang Melayu.
2. Menjaga nama baik dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
3. Memantapkan dan meningkatan tahap pendidikan orang-orang Melayu.
4. Menjaga kepentingan orang-orang Melayu terhadap tanah mereka sendiri.
Beliau berpendapat, polisi atau prinsip yang diamalkan oleh Pemuda Wilayah hari ini tidak memerlukan sebarang perubahan kerana ianya sudah sedia kukuh tetapi memerlukan implementasi kepimpinan yang lebih baik untuk menjamin masa depan agama, bangsa dan negara.
Seorang lagi calon Ketua Pemuda Bahagian pula menyatakan, prinsip yang diamalkan hari ini oleh Pemuda Wilayah sudah lapuk ditelan zaman. Kita memerlukan perubahan pada prinsip serta kaedah pelaksanaan kerana dunia moden hari ini memaksa kita bertindak sedemikian. Tambahan pula kita hari ini hidup dalam masyarakat majmuk dan adalah perlu untuk kita menitikberatkan keperluan bangsa-bangsa lain.
Dari aspek pucuk pimpinan pula, pemilihan Ketua Pemuda lebih menitikberatkan soal kekukuhan kewangan individu, masalah kehidupan sosial beliau serta asal usul dirinya. Apabila soal keperibadian individu diketengahkan untuk dijadikan aspek penilaian penamaan calon, di mana letaknya sikap profesional para ahli parti kita? Bukankah lebih baik kita memandang pada keterampilan serta kebolehan memimpin dan menjalankan tanggungjawab?
"Even in a handful of corrupted politicians lies a good seed"
Hari ini ahli politik kita digelar dengan bermacam-macam nama. Dituduh melakukan pelbagai perkara sumbang dan latar belakangnya juga dicaci. Isu politik wang, wanita simpanan dan "takde-otak" sering dikaitkan pada ahli politik kita. Selagi boleh disebarkan rahsia peribadi seseorang itu, selagi itu perkara ini akan berlanjutan.
Mengapa kita tidak memandang pada ideologi yang ingin diketengahkan oleh beliau serta kredibiliti beliau melaksanakan tugas? Bukankah ini asas yang paling penting pada seorang pemimpin? Kita gemar meniliti keperibadian seseorang dan mungkin memang dasar orang melayu suka menjatuhkan satu sama lain.
Semangat persaingan itu bagus, tetapi bukankah lebih baik jika ia dipraktikkan pada parti komponen pembangkang? Perjuangan sebenar adalah diluar sana, bukan di dalam parti. Jika di dalam parti bangsa sendiri sudah berpuak-puak, bagaimana kita hendak menyatukan rakyat yang berbilang bangsa?
Pemuda IKS amat menyokong jika perbahasan di khalayak ramai diadakan antara pemimpin yang bertanding seperti pertembungan DSAI dan DASC untuk membenarkan rakyat meniliti sendiri kewibawaan seseorang calon. Usah berbicara di peringkat nasional, tetapi di peringkat cawangan dan bahagian. Perbahasan ini boleh dijadikan pentas untuk pemimpin tersebut menyampaikan ideologi yang akan dibawa.
Hari ini kita menyokong seseorang pemimpin tertentu menerajui perjuangan kita tetapi adakah kita sudah meniliti setiap usul yang dibawa oleh beliau? Atau kita hanya mengikut rentak rakan-rakan seperjuangan yang lain tanpa memikirkan tentang perkara ini?
Baca selanjutnya...