Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


03 Oktober 2008

Dilema Pemuda Batu: Perlu Perubahan Atau Baikpulih?

Perubahan bermaksud mewujudkan sesuatu yang baru dan memansuhkan perkara yang lama sama ada individu, sesebuah sistem ataupun persekitaran. Baikpulih pula bermaksud menggunakan prinsip atau polisi yang sama tetapi mengaplikasikan pelaksanaan yang lebih efisyen serta efektif.
Satu temubual bersama seorang calon Ketua Pemuda Bahagian telah membuatkan Pemuda IKS ingin berkongsi ideologi yang ingin beliau ketengahkan, iaitu petikan dari ikrar Tunku Abdul Rahman:
1. Pelihara serta lindungi kebajikan dan hak istimewa orang-orang Melayu.
2. Menjaga nama baik dan kedaulatan Raja-raja Melayu.
3. Memantapkan dan meningkatan tahap pendidikan orang-orang Melayu.
4. Menjaga kepentingan orang-orang Melayu terhadap tanah mereka sendiri.
Beliau berpendapat, polisi atau prinsip yang diamalkan oleh Pemuda Wilayah hari ini tidak memerlukan sebarang perubahan kerana ianya sudah sedia kukuh tetapi memerlukan implementasi kepimpinan yang lebih baik untuk menjamin masa depan agama, bangsa dan negara.
Seorang lagi calon Ketua Pemuda Bahagian pula menyatakan, prinsip yang diamalkan hari ini oleh Pemuda Wilayah sudah lapuk ditelan zaman. Kita memerlukan perubahan pada prinsip serta kaedah pelaksanaan kerana dunia moden hari ini memaksa kita bertindak sedemikian. Tambahan pula kita hari ini hidup dalam masyarakat majmuk dan adalah perlu untuk kita menitikberatkan keperluan bangsa-bangsa lain.
Dari aspek pucuk pimpinan pula, pemilihan Ketua Pemuda lebih menitikberatkan soal kekukuhan kewangan individu, masalah kehidupan sosial beliau serta asal usul dirinya. Apabila soal keperibadian individu diketengahkan untuk dijadikan aspek penilaian penamaan calon, di mana letaknya sikap profesional para ahli parti kita? Bukankah lebih baik kita memandang pada keterampilan serta kebolehan memimpin dan menjalankan tanggungjawab?
"Even in a handful of corrupted politicians lies a good seed"
Hari ini ahli politik kita digelar dengan bermacam-macam nama. Dituduh melakukan pelbagai perkara sumbang dan latar belakangnya juga dicaci. Isu politik wang, wanita simpanan dan "takde-otak" sering dikaitkan pada ahli politik kita. Selagi boleh disebarkan rahsia peribadi seseorang itu, selagi itu perkara ini akan berlanjutan.
Mengapa kita tidak memandang pada ideologi yang ingin diketengahkan oleh beliau serta kredibiliti beliau melaksanakan tugas? Bukankah ini asas yang paling penting pada seorang pemimpin? Kita gemar meniliti keperibadian seseorang dan mungkin memang dasar orang melayu suka menjatuhkan satu sama lain.
Semangat persaingan itu bagus, tetapi bukankah lebih baik jika ia dipraktikkan pada parti komponen pembangkang? Perjuangan sebenar adalah diluar sana, bukan di dalam parti. Jika di dalam parti bangsa sendiri sudah berpuak-puak, bagaimana kita hendak menyatukan rakyat yang berbilang bangsa?
Pemuda IKS amat menyokong jika perbahasan di khalayak ramai diadakan antara pemimpin yang bertanding seperti pertembungan DSAI dan DASC untuk membenarkan rakyat meniliti sendiri kewibawaan seseorang calon. Usah berbicara di peringkat nasional, tetapi di peringkat cawangan dan bahagian. Perbahasan ini boleh dijadikan pentas untuk pemimpin tersebut menyampaikan ideologi yang akan dibawa.
Hari ini kita menyokong seseorang pemimpin tertentu menerajui perjuangan kita tetapi adakah kita sudah meniliti setiap usul yang dibawa oleh beliau? Atau kita hanya mengikut rentak rakan-rakan seperjuangan yang lain tanpa memikirkan tentang perkara ini?

2 ulasan:

  1. Salam perjuangan,

    Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ucapan sekalung tahniah kepada penulis artikel ini. Bagi saya ianya adalah satu bahan artikel yang cukup baik, matang, intelek dan bersifat liberal.

    Bagi saya secara jujur dan ikhlas dengan percaturan dan senario politik sekarang tindakan "perubahan" dan "baik pulih" perlu diambil kira dan seharusnya berjalan secara seiring. Ini kerana ada perkara "pro" dan "kontra" yang perlu kita semua teliti dan nilai sebelum sebarang keputusan dan pendirian diambil. Ini belum termasuk lagi tentang persepsi, penerimaan dan permahaman yang mungkin berbeza diantara ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi adakah ianya perlukan "perubahan" atau "baikpulih"?

    Cuma disini, saya ingin berkongsi sama dengan semua pembaca. Konsep ini juga saya pernah berbincang dengan calon Ketua Pemuda Bahagian dan beliau amat bersetuju untuk melaksanakannya demi kebaikan parti terutamanya peringkat sayap Pemuda.

    Oleh itu izinkan saya terangkannya secara ringkas. Konsepnya amat mudah iaitu "Start, Stop & Continue". Maksudnya adalah sebegini:-

    a) Start - lakukan perkara, langkah, pendekatan, nafas dan idea yg serba baru untuk "meremajakan" pergerakan pemuda. Ini perlu untuk kesinambungan dan "survival" parti dan juga mampu membawa pemuda ke satu dimensi yang lebih berdaya saing, dinamik, progresif dan mampu menyokong dan memperjuangkan agenda atau aspirasi parti yang disebutkan di dalam artikel ini.

    b) Continue - teruskan usaha-usaha yang baik dan masih boleh diterima pakai oleh ahli dan masyarakat dan masih mampu memberi kesan politik secara langsung dan kebaikan kepada bangsa, agama dan negara.

    c) Stop - hentikan perkara, langkah, polisi dan pendekatan yang telah ketinggalan zaman dan tidak langsung memberi faedah kepada parti atau memberi beban atau liabiliti kepada kita semua sebagai ahli atau rakyat

    Insya-allah, sekiranya semua kita mengambil pendekatan konsep ini. Kita semua pasti akan berjaya tetapi cuma satu sahaja yang menjadi kekhuatiran dan halangan besar iaitu PENGORBANAN.

    Oleh itu untuk "berubah" dan "dibaikpulih" kita semua orang yang berada memainkan peranan di dalam parti dan perlu bersedia untuk berkorban demi kesinambungan parti pada masa depan. Persoalannya adakah kita sanggup berkorban?

    Bak kata pepatah "Tepuk dada tanya Selera", Wallahualam...

    GULAM MUSZAFFAR HJ GULAM MUSTAKIM

    BalasPadam
  2. saya berpendapat untuk menjadi seorang pemimpin, kita perlu menilai dan memilih dari sudut keperibadian seseorang. Ini berdasarkan kepada ciri - ciri amirul mukminin yang telah digariskan didalam Al Quran dan Hadis. Betul apa yang dikatakan "even in a handful of corrupted politicians lies a good seed" tapi benih itu hanyalah benih yang tidak berapa subur dan tidak memudaratkan kepada orang yang menanamnya. cuba renungkan semula..

    BalasPadam