Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


30 November 2009

Kursus Kefahaman Kaunseling

Terikh: 7 - 10 Disember 2009
Masa: akan diberitahu kelak
Tempat: Golf & Country Club, Port Dickson

Kursus anjuran Jabatan Belia & Sukan ini akan menutup penerimaan penyertaan pada 1 Disember 2009. Baca selanjutnya...

27 November 2009

Salam Aidil Adha 1430H

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia. Semoga kita mendapat berkat dari-Nya di atas ibadah Qurban dan Haji yang kita tunaikan. Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah pada orang yang tersayang.

Pemuda IKS akan menyertai Program Ibadah Qurban bersama UMNO Bahagian Batu seperti butiran berikut:

Tarikh: 29 November 2009 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu

Seluruh warga kota kawasan Parlimen Batu dijemput hadir.
Baca selanjutnya...

24 November 2009

Gerakan Belia 4B: Program Integriti Belia

Tarikh: 24 November 2009 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Menara Integriti, Institut Integriti Malaysia, Jalan Duta

Program ini adalah terhad kepada 10 orang sahaja. Elaun akan diberikan. Kepada yang berminat, sila hubungi AJK Gerakan Belia 4B di kawasan anda. Baca selanjutnya...

23 November 2009

Gerakan Belia 4B: Program Ibadah Korban

Tarikh: 29 - 30 November 2009
Masa: akan diberitahu kelak
Tempat: Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara

Program ini adalah anjuran Jabatan Belia & Sukan untuk para belia. Makan, minum dan tempat tinggal akan disediakan. Tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 23 November 2009. Baca selanjutnya...

22 November 2009

Seminar Pemantapan dan Cintai Negara

Tarikh: 22 November 2009 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan An-Nuur, Fasa 8 & 9, Sentul Bahagia

Program ini adalah anjuran Jabatan KEMAS dan Biro Putera Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan. Seminar ini terbuka kepada semua pemuda dan puteri yang berumur 18 tahun dan ke atas tidak mengira keahlian parti. Bersama kita memupuk semangat sayangkan negara dan bangsa pada pemuda dan puteri kita. Baca selanjutnya...