Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


25 Mac 2010

Gotong Royong & Jamuan Ramah Mesra

Tarikh: 27 Mac 2010 (Sabtu)
Masa: 08.00 pagi
Tempat: Pejabat Baru Gerakan Belia 4B WP

Alamat: No. 64, Jalan Bukit Ledang, Off Jalan Duta

Pada semua AJK Gerakan Belia 4B Kawasan Batu, Ketua-ketua Cawangan, AJK dan ahli-ahli Cawangan dijemput untuk ke program gotong royong di sebelah pagi dan jamuan di sebelah petang. Matlamat program ini adalah untuk mengenali satu sama lain dan mengeratkan silaturrahim di antara Exco Kawasan dan Cawangan bersama Exco Negeri.

Sila bawa peralatan mengecat (jika ada) untuk bersama bergotong royong. Kepada Pemuda IKS, tempat berkumpul akan diberitahu kelak.
Baca selanjutnya...

05 Mac 2010

Kelab Sukan Ragbi "IKS Sharks"

Satu kelab sukan ragbi telah ditubuhkan atas usaha pemuda-pemuda di dalam Pemuda IKS. Idea dan konsep kelab ini adalah hasil cetusan oleh Saudara Shahir Omar (Hans), yang merupakan Pengerusi Biro Pendidikan & Latihan Pemuda IKS. Walaupun skop kerja beliau dilihat berbeza daripada objektif penubuhan kelab ini, Pemuda IKS tetap berbangga dengan pencapaian beliau hari ini.

Sukan ragbi kebiasaannya popular di peringkat sekolah dan universiti. Namun, setelah tamat pengajian, kebanyakan pemain ragbi jarang meneruskan tradisi sukan ini. Anak-anak zaman muda hari ini juga lebih gemar bermain futsal dan badminton. Ini mungkin disebabkan oleh kemudahan yang disediakan (fasiliti, lokasi) untuk sukan-sukan ini.

Saudara Hans berpendapat bahawa tidak salah untuk mewujudkan kembali budaya bermain ragbi di kalangan pemuda hari ini. Ia boleh menjadi satu aktiviti sukan alternatif selain futsal dan badminton. Selain itu, budaya bersukan sebegini dapat mengelakkan anak-anak muda daripada terjebak dengan gejala-gejala tidak sihat. Syabas diucapkan kepada usaha beliau.

Jika kelab ini diruruskan dengan baik, kemungkinan besar kelab ini akan pergi lebih jauh daripada yang dirancangkan. Mungkin mereka boleh menganjurkan pertandingan ragbi? Bergantung kepada kata putus mereka semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kelab Sukan Ragbi IKS Sharks, sila layari laman facebook mereka di sini.
Baca selanjutnya...

03 Mac 2010

Majlis Jalinan Mesra Penduduk TKP2

Tarikh: 03 Mac 2010 (Rabu)
Masa: 08.30 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Seluruh warga Pemuda IKS dijemput hadir ke majlis ini. Sila hebahkan kepada pemuda-pemuda yang lain. Semoga anda semua dapat hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Baca selanjutnya...