Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


05 Mac 2010

Kelab Sukan Ragbi "IKS Sharks"

Satu kelab sukan ragbi telah ditubuhkan atas usaha pemuda-pemuda di dalam Pemuda IKS. Idea dan konsep kelab ini adalah hasil cetusan oleh Saudara Shahir Omar (Hans), yang merupakan Pengerusi Biro Pendidikan & Latihan Pemuda IKS. Walaupun skop kerja beliau dilihat berbeza daripada objektif penubuhan kelab ini, Pemuda IKS tetap berbangga dengan pencapaian beliau hari ini.

Sukan ragbi kebiasaannya popular di peringkat sekolah dan universiti. Namun, setelah tamat pengajian, kebanyakan pemain ragbi jarang meneruskan tradisi sukan ini. Anak-anak zaman muda hari ini juga lebih gemar bermain futsal dan badminton. Ini mungkin disebabkan oleh kemudahan yang disediakan (fasiliti, lokasi) untuk sukan-sukan ini.

Saudara Hans berpendapat bahawa tidak salah untuk mewujudkan kembali budaya bermain ragbi di kalangan pemuda hari ini. Ia boleh menjadi satu aktiviti sukan alternatif selain futsal dan badminton. Selain itu, budaya bersukan sebegini dapat mengelakkan anak-anak muda daripada terjebak dengan gejala-gejala tidak sihat. Syabas diucapkan kepada usaha beliau.

Jika kelab ini diruruskan dengan baik, kemungkinan besar kelab ini akan pergi lebih jauh daripada yang dirancangkan. Mungkin mereka boleh menganjurkan pertandingan ragbi? Bergantung kepada kata putus mereka semua.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kelab Sukan Ragbi IKS Sharks, sila layari laman facebook mereka di sini.

4 ulasan:

  1. Terima kasih.

    Usaha ini tercetus dengan izin ALLAH S.W.T dan sokongan pengurusan UMNO serta ahli - ahli Cawangan, Wanita dan Pemuda IKS dan juga Belia 4B cawangan Taman IKS.

    Semoga usaha - usaha ini diharap mendapat sokongan yang berterusan daripada semua pihak.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama09 Mac, 2010

    Syabas kepada Saudara Hans dan para Pemuda IKS yang terlibat dalam penubuhan Team Sharks ini. Kami diperingkat pengurusan Pemuda IKS sentiasa menyokong terhadap aktiviti2 yang dianjurkan oleh pemuda-pemuda.

    Insyallah, sejajar dengan penubuhan Gerakan Belia 4B akan membawa pasukan ini diperingkat lebih tinggi. Kekalkan prestasi dan saya akan cuba untuk membawa program ini secara menyeluruh supaya ramai lagi ahli-ahli boleh terlibat.

    Sekian, terima kasih.

    Ali Imran Hassan

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama24 Mac, 2010

    Suka dicadangkan pihak tuan mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Group nie terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka hanya perlu sponser tempat tinggal, duit minyak dan sagu hati (sekadarnya) aje. Jika berminat, boleh hubungi Sdra. Saiful di talian 013-3655 715 untuk perbincangan lanjut

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Saiful..

    Insyaallah, satu cadangan yang menarik dan akan saya usulkan dengan kadar segera.

    Terima Kasih

    Mohd Shahir Bin Omar

    BalasPadam