Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


23 November 2010

SPR

Pemuda IKS yg masih belum daftar pemilih (SPR) sila inbox nama penuh, no kad pengenalan dan alamat untuk tindakan kami selanjutnya. Baca selanjutnya...

Mengubah Destini Anak Bangsa.

Kemasukan ke Program Pra Diploma UiTM untuk lepasan SPM (1998 sehingga 2009). Untuk keterangan lanjut sila hubungi Shahir di 012 264 0437

Kepada pemuda-pemuda IKS sila ambil perhatian akan pengumuman ini jika ingin melanjutkan pelajaran. Peluang yang baik utk anak bangsa.. Baca selanjutnya...

Skim Prihatin peringkat Cawangan Taman IKS

Skim Prihatin peringkat Cawangan Taman IKS akan dilancarkan tidak lama lagi. Borang skim tersebut akan diedarkan kepada ahli-ahli cawangan untuk tindakan selanjutnya.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saudara Ali Imran Hassan 0193085552.

Syarat untuk menjadi ahli skim ini, perlu daftar pemilih di wilayah persekutuan.. Kepada yang belum daftarkan diri sila berbuat demikian dengan kadar segera.. Boleh berhubung dengan saya atau Abg Burn..
Baca selanjutnya...

SPM 2010

Kepada anak-anak ahli Taman IKS dan Belia Taman IKS yang menduduki Peperiksaan SPM 2010. Pihak pengurusan Pemuda IKS mengucapkan 'Selamat Maju Jaya'.. Baca selanjutnya...

22 November 2010

Majlis Khatan Beramai-ramai

Pihak UMNO Bahagian Batu akan mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai dalam masa terdekat ini. Mohon kerjasama barisan Pemuda IKS untuk turut serta dalam menjayakan majlis ini.

Kepada pemuda-pemuda IKS ataupun penduduk setempat yang mempunyai anak lelaki yang ingin berkhatan sila berhubung dengan Naib Ketua Pemuda IKS, Saudara Ali Imran Hassan ditalian 019-308 5552 untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. Baca selanjutnya...

16 November 2010

Program Korban Perdana Aidiladha

Tarikh: 17 November 2010
Masa: 1.30 petang
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Program anjuran UMNO Bahagian Batu. Semua dijemput hadir.

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

Baca selanjutnya...