Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


24 November 2009

Gerakan Belia 4B: Program Integriti Belia

Tarikh: 24 November 2009 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Menara Integriti, Institut Integriti Malaysia, Jalan Duta

Program ini adalah terhad kepada 10 orang sahaja. Elaun akan diberikan. Kepada yang berminat, sila hubungi AJK Gerakan Belia 4B di kawasan anda. Baca selanjutnya...

23 November 2009

Gerakan Belia 4B: Program Ibadah Korban

Tarikh: 29 - 30 November 2009
Masa: akan diberitahu kelak
Tempat: Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara

Program ini adalah anjuran Jabatan Belia & Sukan untuk para belia. Makan, minum dan tempat tinggal akan disediakan. Tarikh tutup penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 23 November 2009. Baca selanjutnya...

22 November 2009

Seminar Pemantapan dan Cintai Negara

Tarikh: 22 November 2009 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan An-Nuur, Fasa 8 & 9, Sentul Bahagia

Program ini adalah anjuran Jabatan KEMAS dan Biro Putera Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan. Seminar ini terbuka kepada semua pemuda dan puteri yang berumur 18 tahun dan ke atas tidak mengira keahlian parti. Bersama kita memupuk semangat sayangkan negara dan bangsa pada pemuda dan puteri kita. Baca selanjutnya...

26 Oktober 2009

Kempen DAFTAR & UNDI - Berdaftarlah Dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Mesti semua orang tahu pasal kes YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu) gigit polis suatu ketika dahulu. Keputusan kes dah dapat. Kalau beliau hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen, kita akan menyaksikan satu lagi Pilihan Raya Kecil untuk tahun 2009.

Itu pun kalau jadilah. Kalau rayuan beliau diterima, dan beliau masih layak untuk memegang jawatan dalam Parlimen, kita tunggu sahaja penggal seterusnya (PRU-13) untuk berentap kembali.

Pemuda IKS tak nak memperbesarkan isu-isu yang pelik-pelik ni sepertimana yang sering digunapakai oleh pihak pembangkang untuk mendapatkan sokongan. Dah dia nak gigit, kita nak buat macam mana?

Kita berbalik kepada asas perjuangan kita. Tak payah pergi jauh-jauh. Nak buat apa pun, buat penat dan pening sahaja nanti. Macam tak percaya pulak. Ada juga golongan belia yang sudah layak untuk pergi mengundi, tapi masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Memang benar bahawa mengundi itu adalah hak individu. Tapi sekurang-kurangnya, jalankanlah tanggungjawab anda sebagai Rakyat Malaysia. Sebab itu adalah penentu masa depan kita, 1Malaysia.

Tanya diri sendiri, apa sumbangan kita terhadap negara kita, Malaysia? Anda main badminton? Anda perwakilan antarabangsa ke konvensyen di Geneva? Anda angkasawan negara?

Kalau bukan, sedarlah sikit diri itu siapa. Kalau mintak itu, mintak ini kat kerajaan anda memang paling terer. Mengundi tak nak pergi. KELUAR KAU PERGI MENGUNDI! Tapi tiada paksaan dalam hal ini. Suka hatilah Labu, ikut kau lah nak buat macam mana.

Apa kata kita berkorban sedikit demi negara yang tercinta (lagu Sejahtera Malaysia bergema).

Jadi di kesempatan ini, Pemuda IKS ingin menyeru kepada semua golongan belia tidak mengira jantina dan kerjaya. Berdaftarlah sebagai seorang pengundi yang sah. Terutamanya mereka yang berada di kasawan Parlimen Batu. Kalau yang kerja merantau tu, pulanglah ke kasawan Batu.

Nak berdaftar pun tak susah. Bagi IC sahaja dah cukup. Pandailah orang SPR tu ejas. Oleh itu, sempena kempen Pemuda IKS menggesa golongan belia berdaftar dengan SPR, Pemuda IKS akan menggembeling tenaga bersama-sama barisan Pemuda Batu untuk pergi ke kawasan perumahan dalam Parlimen Batu agar proses pendaftaran dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Ada alasan lain untuk tidak mendaftar? Selalunya kena pergi ke pejabat pos. Sekarang ni kitorang nak datang kepada anda. Kan menyenangkan tu. Tapi kalau dah daftar, tak keluar mengundi, tak guna juga. Dah lah, letihlah ulang benda sama. Lu pikirlah sendiri!

Persoalan sekarang, kalaulah jadi Pilihan Raya Kecil P.115 Batu tahun ni, siapa agaknya calon dari Barisan Nasional? Lim Si Pin ataupun ada orang lain? Kita tunggu dan lihat.
Baca selanjutnya...

25 Oktober 2009

Kursus Biro Tata Negara

Tarikh: 30 Oktober 2009 - 02 November 2009
Masa: Akan Diberitahu Kelak
Tempat: Kem Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan

Kursus ini diwajibkan kepada semua barisan AJK UMNO Bahagian Batu, Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri arahan daripada Presiden Parti. Satu perjumpaan khas akan diadakan berkenaan dengan hal ini pada 27hb Oktober 2009. Masa dan tempat akan diberitahu perjumpaan ini akan diberitahu kelak. Mohon kerjasama semua. Terima Kasih. Baca selanjutnya...

21 Oktober 2009

Kenduri Doa Selamat Datuk Ramlan Salleh

Tarikh: 22 Oktober 2009 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Desa Pinggiran Putra, Putrajaya

Datuk Ramlan Salleh, Ketua UMNO Cawangan Taman IKS, merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu akan mengadakan satu kenduri do selamat sempena memanjatkan kesyukuran ke atas pencapaian beliau serta mendoakan keselamatan beliau pergi dan pulang menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. Seluruh warga Pemuda IKS dijemput hadir. Baca selanjutnya...

19 Oktober 2009

Datuk Yahaya Mat Ghani Kini Menjadi Perhatian

Susulan daripada ucapan beliau di Persidangan Tahunan Perwakilan UMNO Malaysia 2009 di PWTC tempoh hari, beliau kini menjadi perhatian kerana isu-isu yang dibahaskan mampu memperkasakan lagi parti keramat orang Melayu ini.



Pemuda IKS amat berbangga kerana mempunyai seorang Ketua UMNO Bahagian yang cukup berkaliber dan berkarisma.



Tambahan pula, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 1430H yang diadakan mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat. Antara dif kehormat yang turut hadir adalah Dato' Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YB Khairy Jamaluddin.



Walaupun sesak, barisan ahli UMNO Bahagian Batu yang menjayakan majlis tersebut tetap berusaha untuk memberi yang terbaik dalam majlis itu.

Berikut adalah antara "highlight" yang diterima oleh Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani:

Umno General Assembly 09: Delegates Raise 'Crucial' Issues
NST Online, 18 Oktober 2009

Federal Territory delegate Yahaya Mat Ghani (Batu division Umno head) said Umno must be brave in initiating changes, not only in the party but also in the government sector.

He suggested that top positions in government-linked companies be filled by Umno members. “We must not allow the top brass in GLCs to openly support the opposition and hold ceramah in their building.”

Buang pengaruh pembangkang di GLC –wakil UMNO
Malaysia Today, 17 Oktober 2009

Wakil UMNO Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani menyarankan agar menolak pihak syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang mempunyai kaitan dengan pembangkang. Beliau menegaskan ianya adalah penting bagi memastikan sokongan terhadap UMNO akan utuh. Beliau berkata, kumpulan tersebut mempunyai ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangannya yang menyokong pembangkang.

"Mereka membenarkan ceramah pembangkang dalam premis mereka sendiri. Berikan perhatian kepada ahli Umno yang setia kepada parti dan yang berkelayakan, agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan GLC," katanya. Di samping itu beliau turut berharap agar pimpinan UMNO dapat memberikan pengiktirafan kepada ketua cawangan Umno di Wilayah Persekutuan.

Umno should not be 'showy'
The Star Online, 16 Oktober 2009

KUALA LUMPUR: Umno leaders and members must change their personality of being too showy and this is keeping people away from the party, Yahya Mat Ghani from Batu division said.

He said people were staying away from the party as there was a perception that Umno was infiltrated by the rich and elite group.

He said the perception must change as the party had lost its morals, especially during nomination and polling day for elections.

"This perception must be changed immediately. We must thank our president for changing the perception of the people through spot checks on the ground," he said when debating the presidential address.

He said there were five "Ps" which Umno should emphasise on.

They were persepsi (perception), perpaduan (unity), peruntukan (allocation), perkhidmatan (service) and pengiktirafan (recognition).

Yahya criticised some leaders and members who could not accept the facts when they could not secure any positions or defend their positions in party elections in March, and stayed away from the party.

He said some even left their branches and divisions.

"The self-centred attitude causes the party to be weak," he said.

Meanwhile, Kedah delegate Datuk Paduka Md Rozai Shafian took a swipe at Barisan component parties, blaming them for the coalition's loss in the last general election.

"The ones who brought us down are the component parties, not Umno.

"We have hit ourselves and given a wake up call. Until today, they did not do anything about their party," he said.

Singkir anasir pembangkang di GLC
Malaysiakini, 16 Oktober 2009

Kerajaan digesa supaya melakukan proses pemutihan terhadap syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang didakwa menyokong pembangkang.

Gesaan tersebut oleh wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani ketika membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

Beliau berkata, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno.

Ini kerana, katanya, terdapat di kalangan ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan dan kakitangannya yang menyokong pembangkang.

"Mereka membenarkan ceramah pembangkang dalam premis mereka sendiri.

"Berikan perhatian kepada ahli Umno yang setia kepada parti dan yang berkelayakan, agar dapat menjalinkan hubungan baik dengan GLC," katanya.

Yahya juga juga mendesak pucuk pimpinan parti untuk menimbang memberi pengiktirafan kepada ketua cawangan Umno di Wilayah Persekutuan.

"Dengan nada sedih dan kecewa terdapat kementerian dan agensi kerjaaan apabila ada surat daripada ketua-ketua cawangan, tidak pernah diendahkan dengan alasan politk tidak boleh masuk campur urusan kerajaan.

"Oleh itu saya harap lepas ini surat, pandangan dan tandatangan ketua cawangan diguna pakai," kata Yahaya Mat Ghani sambil menambah bahawa ia penting untuk memastikan sokongan mereka terhadap Umno.

Yahaya juga menasihati ahli Umno agar menunjukkan sikap yang kuat terhadap perjuangan Umno yang dillihatnya semakin longgar dan longlai.

Sehubungan itu, beliau mnecadangkan agar kursus-kursus kepimpinan diberikan kepada ketua-ketua cawangan untuk merapatkan hubungan dengan akar umni bagi menghadapi pilihan raya ke-13.

Beliau juga meminta kepada pucuk pimpinan pusat agar menyalurkan peruntukan berdasarkan kepada jumlah ahli di cawangan bagi menggerakkan usaha untuk menarik ahli baru dan menubuhkan cawangan baru.

Govt should stop funding PR seats, says Umno man
The Edge, 16 Oktober 2009

Several speakers today also opened fire at government-linked companies (GLCs), including Batu Umno division chief Yahaya Mat Ghani who called for more top positions in GLCs to be given to Umno loyalists.

"Give positions in GLCs to Umno members who are loyal to the party in order to maintain good ties between the GLCs and Umno," he said.

Photo-photo dari Razali Mohaiyin
Baca selanjutnya...

17 Oktober 2009

Tahniah Kekanda Ramlan Salleh Diatas Pencapaian Kekanda Hari Ini

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu, Kekanda Ramlan Salleh, merangkap Ketua UMNO Cawangan Taman IKS telah menerima anugerah sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.



Tahniah diucapkan kepada Datuk Ramlan Salleh! Berikut adalah petikan akhbar online yang membuat liputan mengenai majlis penganugerahan tersebut:

MB Perak ketuai senarai penerima darjah kebesaran Melaka
MStar Online, 10 Oktober 2009

Seramai 75 orang pula menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk. Mereka adalah...

...Pengarah Urusan Syarikat Perniagaan Muhar Sdn Bhd Muhar Hussain, Pengerusi Gema Padu Sdn Bhd Ng Bon Chong, Pakar KanakKanak Putra Specialist Hospital Sdn Bhd Dr Ng Kock Chai, Naib Ketua Wanita Umno Melaka Nor Adibah Abdullah, Setiausaha Bahagian Kementerian Pertahanan Nordin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Pembangunan Keluarga Melaka Norpipah Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Melaka R.Perumal, Timbalan Ketua Umno bahagian Batu Ramlan Salleh, Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn Bhd Datuk Rashpal Singh a/l Jeswant Singh, Pengarah Urusan Percetakan Surya Sabdin Osman.

Photo: Razali Mohaiyin
Baca selanjutnya...

10 Oktober 2009

Rumah Terbuka UMNO Bahagian Batu

Tarikh: 17 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa: 5.00 ptg - 12.00 mlm
Tempat: Dewan Komuniti DBKL, Taman Koperasi Polis Fasa 2

Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani dan Timbalannya, Kekanda Ramlan Salleh ingin menjemput semua ke Remuah Terbuka UMNO Bahagian Batu seperti butiran di atas. Baca selanjutnya...

07 Oktober 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pemuda Wilayah bersama YBKJ

Tarikh: 07 Oktober 2009 (Rabu)
Masa: 9.00 mlm
Tempat: TTDI

Majlis di bawah kelolaan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut ini turut mengadakan taklimat kepada para perwakilan yang akan menghadiri Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Syabas diucapkan!


YBKJ pun ade.


Barisan Ketua Pemuda UMNO Bahagian dalam Wilayah Persekutuan.


Barisan Ketua Pemuda UMNO Bahagian dalam Wilayah Persekutuan.
Baca selanjutnya...

04 Oktober 2009

Taklimat 1Malaysia & Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Tarikh: 06 Oktober 2009 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Kompleks Belia Bukit Kiara

Majlis anjuran Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur ini menjemput semua AJK dan ahli NGO belia. Ini adalah salah satu usaha oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, Saudara Azniee Abdullah dalam membangunkan golongan belia di kawasan Parlimen Batu. Syabas diucapkan! Baca selanjutnya...

02 Oktober 2009

FACTBOX - Five risks to watch in Malaysia

Following is a summary of key Malaysia risks to watch:

* POLITICAL CONFLICT

Prime Minister Najib Razak is trying to assert his authority on the ruling coalition and stop the opposition from engineering a change in government. The National Front recorded its worst defeats in last year's general election, losing control in five states and its once iron-clad two-thirds control of parliament. Voters, especially the Chinese and Indian ethnic minorities, abandoned the National Front in favour of former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim's opposition. The political situation is likely to remain fluid, and the trial of Anwar on renewed sodomy charges will provide a flashpoint. Malaysia's political stability has deteriorated significantly over recent years, and investment will be further damaged if that trend continues.

Key issues to watch:

-- Najib will be looking to retain a state seat in Negeri Sembilan in an Oct. 11 by-election to give him a stronger hand in pushing forward reforms to UMNO at its Oct. 12 annual meeting. A drift away from reform pledges by UMNO, would worry investors.

-- The Malaysian Chinese Association, the second-biggest party in Najib's coalition, holds an extraordinary meeting for a confidence vote on its president on Oct. 10. Divisions in the MCA are a further headache for Najib's efforts to bolster support.

* ECONOMIC REFORM

The government has promised further economic reform to attract increased foreign investment. Najib has rolled back elements of a four-decades old Malay affirmative action policy, including relaxing a rule that companies must offer stakes to indigenous ethnic Malays. Despite the moves, Najib is wary of upsetting Malays, a critical vote bank, and treads carefully on economic reform. This may cause him to dilute or abandon his plans as he attempts to remain in power.

Key issues to watch:

-- Government policy announcements. Markets will react negatively if Najib appears to be backing away from reform. Portfolio investors have pulled out of Malaysia and show few signs of coming back and really want to see reforms being executed rather than just promises.

* RACE AND RELIGION

Race and religion have always been explosive issues in Malaysian politics, and although Najib took power pledging a more inclusive approach to ethnic Chinese and Indian minorities, UMNO may cast this approach aside to try to prevent further loss of support amongst its Malay powerbase.

Key issues to watch:

-- If the government tries to woo Muslim voters with more conservative policies based on Islam, investors may be spooked.

* CORRUPTION

Malaysia used to be regarded as one of the region's more reliable countries but worsening corruption and a perceived lack of judicial independence have damaged investment. UMNO's policy of handing out government contracts to what critics say are cronies of the government under a long-entrenched system of patronage within the party has hit Malaysia's competitiveness.

Key issues to watch:

-- How Najib handles the dilemma of bolstering his core support bloc while also cracking down on corruption. Investors are watching to see whether promised reform materialises.

* SECURITY

The insurgency in southern Thailand has implications for Malaysia, particularly if it starts to draw more attention and sympathy from Malaysians for the ethnic Malay fighters across the border. A less likely danger is that al Qaeda-linked groups manage to establish a foothold in the area. Key issues to watch:

-- Signs that the insurgency is becoming more of a political issue in Malaysia.

-- Any evidence al Qaeda is gaining traction in the region.

Source: Yahoo! News Asia
Baca selanjutnya...

25 September 2009

Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan SPM & Universiti

Peluang pekerjaan untuk lepasan SPM dan lepasan Universiti di sektor pentadbiran akuan, khidmat pelanggan, pemasaran dan lain-lain. Temuduga terus akan diadakan di:

Volt Asia Enterprises di 879,
1st Floor Komplex Antarabangsa,
Jalan Sultan Ismail, KL

Isnin - Jumaat, 9.30pg - 4.30ptg

Tel No.: 03-21418658 >>>> sebarkan kepada ahli-ahli yang lain.
Baca selanjutnya...

20 September 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Di kesempatan ini, Pemuda IKS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pemuda IKS berharap dengan amalan dan budaya bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi di hari yang mulia ini akan dapat merapatkan lagi ukhuwah di kalangan kita umat Nabi Muhammad s.a.w.



Pesanan kepada semua:

1. Berhati-hatilah di jalan raya.

2. Membazir itu amalan syaitan.

3. Lawat pusara mereka yang terdahulu.

4. Bersedekah membawa berkat.

5. Tunaikan zakat fitrah.
Baca selanjutnya...

17 September 2009

1Malaysia F1 Team...

Salam Perjuangan!!!

1Malaysia F1 Team. Penulis rasa tidak perlu dan belum sampai masa lagi untuk kita membentuk pasukan F1 hanya semata - mata untuk menyebarkan tema 1Malaysia ke mata dunia.

Ianya dari sudut pandang penulis adalah membazir dan membuang masa kerana kos penyelenggaraan sesebuah pasukan F1 ini adalah berjuta - juta ringgit untuk tempoh semusim. Itu baru kos penyelenggaraan, belum lagi kos - kos lain.

Ya, mungkin ada mengatakan bahawa ianya satu langkah pelaburan jangka panjang. Tapi kita juga perlu membuat pertimbangan, sekiranya kewujudan pasukan F1 ini semata - mata untuk menyampaikan 1Malaysia, seperti apa yang ditulis di perenggan pertama...sila hentikan.

Adalah lebih bagus sekiranya wang yang dilaburkan itu disalurkan kepada rakyat untuk menaiktaraf hidup rakyat. Sesuai dengan motto 1Malaysia- Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Selain itu apa yang penulis bimbangkan adalah projek ini hanya dibuat sekerat jalan. Selepas satu dua musim..bungkus..alasannya..tak mampu nak menanggung kos penyelenggaraan pasukan. Kalau dilihat dari sudut pelaburan teknologi ianya sangat bagus tetapi penulis memikirkan akan 'jangka hayat' projek ini kerana pengalaman dari perlumbaan itulah diterjemahkan dalam pembangunan teknologi dan pengalaman itu tidak dapat diperolehi dalam tempoh satu dua musim sahaja.

Lihat sahaja pada pasukan yang mengungguli tempat teratas GP F1. Ferrari, Mercedes, Renault, Toyota & Honda (Brawn GP) dan lihat juga pada pasukan Force India & Torro Rosso. Kita akan melihat 2 kelompok pasukan yang berbeza.

Di satu kelompok, ianya terdiri daripada pasukan yang veteran dari segi penyertaan, pengalaman, nilai pelaburan dan pembangunan teknologi dan pada satu pihak yang lain lebih kepada menonjolkan gaya hidup pemilik, mempromosikan jenama pemilik pasukan (Kingfisher - jenama bir) dan hanya sekadar aktiviti promosi. Dua pemahaman yang berbeza.

Dimanakah kedudukan pasukan 1Malaysia F1 Team kita? Akhir kata, penulis berharap agar perkara ini dapat di beri perhatian, dikupas dan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi.

Emperorhan - 16/09/09
Baca selanjutnya...

15 September 2009

Kenyataan Perwakilan MIC - Satu Tindakan Yang Bodoh & Biadap

Salam Perjuangan!!!

Kenyataan hendak mengkalungkan selipar yang telah dikeluarkan oleh perwakilan MIC pada mesyuarat agung yang lalu terhadap YAB Tun Dr Mahathir Bin Muhammad menunjukkan kebodohan & bersifat kurang ajar.

Kadang - kadang penulis berasa hairan, kenapa UMNO terlalu menghormati parti - parti komponen yang lain sedangkan mereka tidak ambil pusing & sama sekali tidak menghormati apabila mengeluarkan kenyataan - kenyatan yang mengguris perasan orang lain.

Selain itu, dalam kes demonstrasi kepala lembu, mengapa perlu menjaga hati sedangkan sudah terang - terangan kes itu perlu diselesaikan oleh geng - geng yang pandai tabur janji/buat apa sahaja asalkan menang tapi tak reti apa pun yang sebenarnya untuk diselesaikan.. lagi satu biar kan penduduk di situ tahu & faham sekiranya nak pilih pemimpin, biarlah orang yang hendak dipilih itu mempunyai otak & akal..bukannya setakat ada mulut macam pembesar suara!

Perumpamaan rakyat sekarang sudah pandai menilai, sebenarnya perlu ditukarkan kepada rakyat sekarang semakin bodoh dalam membuat penilaian kepimpinan. Propaganda - propaganda pakatan rakyat adalah mainan semata - mata.

Dalam Harakah hari ini kepimpinan PAS menyeru SPR agar menghormati hak undi pos. Inilah kesan akibat daripada penggunaan otak & akal yang minimum. Apabila keputusan tidak memihak kepada mereka, maka SPR & kerajaan dituduh terlibat, kafir, laknat dan lain - lain. Akan tetapi sekiranya keadaan sebaliknya, SPR telus dan berhemah

Emperor Han - 15/09/2009
Baca selanjutnya...

13 September 2009

Majlis Iftar Pemuda Batu

Tarikh: 13 September 2009 (Ahad)
Masa: 06.30 petang
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru

Barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu akan mengadakan satu majlis berbuka puasa seperti butiran di atas. Majlis ini adalah di atas usaha dan kelolaan Ketua Pemuda, Saudara Azniee Abdullah dan turut menjemput Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani bersama Timbalannya, Kekanda Ramlan Salleh.

Untuk gambar, sila klik di sini.
Baca selanjutnya...

09 September 2009

15Malaysia

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ianya merangkumi 15 buah filem pendek yang dihasilkan oleh 15 orang pengarah filem. Filem-filem ini bukan sahaja menceritakan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah menampilkan beberapa muka-muka terkenal dalam negara, termasuklah pelakon, ahli muzik dan pemimpin politik. Anda mungkin akan berasa ianya 15 buah filem pendek yang menarik dan menyuarakan kata hati rakyat Malaysia.

Sila kunjungi 15Malaysia.com dan layarinya sendiri.

Tontoni filem mereka. Perhatikan gambar-gambar mereka. Tinggalkan komen anda. Ataupun tayangkan filem anda sendiri. Dapatkan hadiah menarik. Sertai pertadingan. Temui orang mereka. Bantu mereka menyebarkan cerita. Muat turun apa yang anda suka.

Tiada sebarang caj dikenakan.
Baca selanjutnya...

07 September 2009

Politik Bubur Lambuk

Pemuda IKS perasan perkara ini dari awal bulan Ramadhan lagi. UMNO Bahagian Batu ada membuat pengagihan bubur lambuk secara percuma sepanjang bulan Ramadhan. Akan tetapi, pada setiap bungkusan terdapat logo UMNO yang cukup besar. Perlukah kita meletakkan logo tersebut?

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264) dipetik dari AmalanSedekah.blogspot.com

Anggaplah ini sebagai teguran dan peringatan untuk kita semua agar kita tidak terpesong dari hala tuju yang asal.
Baca selanjutnya...

06 September 2009

Belia 4B WP: Pertandingan Al-Quran & Nasyid

Tarikh: 06 September 2009 (Ahad)
Masa: 2.00 petang
Tempat: PPR Pantai Permai, Pantai Dalam

Majlis anjuran Pertubuhan Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan ini akan berakhir dengan majlis berbuka puasa dan Solat Tarawikh bersama-sama. Semua dijemput hadir bagi menyerikan lagi majlis ini. Baca selanjutnya...

05 September 2009

YBKJ is coming to town!

Tarikh: 12 September 2009 (Sabtu)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Kampung Batu

Majlis Berbuka Puasa ini adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut yang diketuai oleh Saudara Mahadhir Sulaiman. Pemuda IKS berterima kasih kepada beliau kerana menjemput YB Khairy Jamaluddin ke majlis ini. Tambahan pula, majlis ini diadakan di kawasan Parlimen Batu.

Ini adalah kunjungan pertama YB Khairy Jamaluddin ke kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan untuk bulan Ramadhan. Kepada Pemuda UMNO yang anti-KJ, inilah peluang untuk mengenali KP UMNO Malaysia. Jangan kata "pemimpin tak turun jumpa akar umbi", sedangkan kita yang sebenarnya menyombong diri. Berilah beliau peluang dan ruang untuk berkhidmat demi Agama, Bangsa dan Negara.
Baca selanjutnya...

04 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Pemuda IKS & Rakan-Rakan

Tarikh: 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430H
Masa: 7.00 ptg - 10.30 mlm
Tempat: Kelab Golf Titiwangsa

Bersesuaian dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pemuda IKS & Rakan-Rakan.

Bayaran adalah sebanyak RM35.00 untuk setiap seorang dewasa (kanak-kanak akan diberitahu kelak). Kepada sesiapa yang berminat, sila berikan nama dan bayaran boleh dibuat kepada AJK-AJK yang bertugas di 'pejabat tapak dan pengaduan' Pemuda IKS, Restoran Thaqwa, Taman Bullion Mewah.

"Hayatilah Bulan Ramadhan ini kerana ianya adalah bulan yang penuh dengan ganjaran dan kenikmatan..."
Baca selanjutnya...

03 September 2009

Majlis Perasmian Bubur Lambuk dan Berbuka Puasa UMNO Bahagian Batu Bersama Seniman

Tarikh: 05 September 2009 (Sabtu)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu

Majlis ini adalah anjuran UMNO Bahagian Batu dan akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fuad Abdullah. Semua warga Parlimen Batu dijemput hadir. Baca selanjutnya...

29 Ogos 2009

Tapak Berniaga Untuk Disewa

Lokasi: Di hadapan Maju Junction
Saiz Lot: 8' x 8'
Fasiliti: Lampu (2) & Kipas (1)
Harga: RM5000 berserta permit

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Baharudin Ramli di +60129255598. Baca selanjutnya...

28 Ogos 2009

Allahyarham Mohd Arif bin Yusof

"Dari Allah kita datang dan pada Allah kita kembali..."

Pada tanggal 28 Ogos 2009 (Jumaat), jam 7.00malam, Pemuda IKS telah kehilangan seorang sahabat pejuang bangsa. Allahyarham merupakan seorang Mahasiswa Sarjana Muda di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur menemui keluarga tersayang apabila menjadi mangsa kemalangan langgar lari di Jalan Sungei Besi. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian. Allahyarham yang baru berumur 22 tahun pergi meninggalkan kedua ibubapanya, dua orang kakak dan seorang adik lelaki.

Pemuda IKS mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon kepada para pembaca agar meluangkan sedikit masa untuk sedekahkan ummul kitab Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang Soleh.
Baca selanjutnya...