Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


31 Oktober 2008

Saya pantang diusik. Bila diusik, saya akan melawan!

Hanya tinggal lagi 24 jam menjelang Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Sementara menanti tarikh persidangan, kedua-dua belah pihak yang bertanding semakin rancak menguruskan tempat tinggal dan sebagainya demi menjaga kebajikan para perwakilan.
Mereka juga turut memantau pergerakan para perwakilan kerana khuatir ada segelintir yang mungkin sudah “masuk angin”. Pada pandangan Pemuda IKS, ini memang akan berlaku kerana ada perwakilan yang cuba “bermain-main” untuk mendapatkan imbuhan lebih walaupun pada hakikatnya hati mereka tidak mempunyai semangat perjuangan yang utuh.
Ada pula yang Pemuda IKS dengar, terdapat pihak yang cuba main kotor dengan mengupah orang luar kawasan untuk menjalankan kerja sewaktu persidangan berlangsung nanti. Tetapi Pemuda IKS masih kurang pasti akan motif tindakan tersebut. Tolonglah wahai manusia, umat Adam, terima sahaja keputusan yang dipilih oleh para perwakilan!
Jangan dek kerana gila kuasa, sanggup melakukan apa sahaja. Dek kerana inginkan pangkat, sanggup salah guna kuasa untuk menipu! Inikah calon pemimpin yang kita cari selama ini? Pemimpin yang gila kuasa. Tolonglah wahai orang-orang atasan, biarlah kita dipilih kerana perwakilan menggemari cara kita berkerja, bukannya dipilih kerana kita sendiri yang memilih diri kita.
Kepada calon Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Yahya Mat Ghani serta Kekanda Ramlan Salleh, anda punyai peluang yang cerah jika jalan yang digunapakai selama ni digunakan untuk berjuang. Jangan lupa untuk menjaga serta mempertahankan hak-hak orang Melayu di Bahagian Batu. Insya-Allah, kejayaan akan memihak pada anda semua jika anda benar-benar tulus dan ikhlas dalam perjuangan ini.
Teringat kata-kata Kekanda Ramlan Salleh, “Saya pantang diusik. Bila diusik, saya akan melawan!”. Mari kita bersama-sama berganding bahu dan menggembling tenaga menempuhi apa jua cabaran yang mendatang. Pemuda IKS mewakili perwakilan Bahagian Batu akan memastikan semua yang mengenali anda berdua menyokong perjuangan anda dengan sepenuh hati. Allahuakbar!

2 ulasan:

  1. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang kecil.Barisan Pemuda IKS sentiasa menyokong perjuangan ini. Moga-moga jalan yang diambil akan dirahmati Allah SWT. Insyaallah.

    BalasPadam
  2. Bekerja la demi anak bangsa. Bukan kerana wang dan kepentingan sendiri. Terlalu ramai pemimpin sekarang yang lebih pentingkan keuntungan dari memajukan anak bangsa.

    Irwan DBOS

    BalasPadam