Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


30 Oktober 2008

Kita Kena Jaga Ekonomi Kita, Bukan Orang Lain

Setelah tamatnya PRU ke-12 pada bulan Mac '08 tempoh hari pelbagai isu-isu sensitif telah ditimbulkan hingga membuatkan ISLAM dan Melayu itu sendiri seperti telah hilang dan semakin dihina di bumi sendiri.
Kesan daripada tumbangnya 5 negeri yang berpengaruh dan kuat (seketika dahulu) dan timbulnya seorang yang amat bijak dan berpengaruh untuk mencapai dan merealisasikan cita-citanya inilah antara punca-punca bangsa asing semakin berani dengan mengenepikan ISLAM sebagai agama rasmi, mencabar ketuanan Melayu dan menghilangkan pegangan ekuiti bangsa Melayu itu sendiri di bumi sendiri.
Jika dilihat secara keseluruhan senario yang berlaku dengan pelbagai cubaan bangsa asing terhadap ISLAM, Melayu dan negara, acap kalinya timbul pelbagai tomahan terhadap ISLAM dan Melayu itu dan tidak ramai yang berani menyuarakan dan mempertahan hak-hak tersebut dan jika ada yang menyuarakan, semestinya orang itu akan menerima hukuman yang kononnya untuk menjaga keharmonian kaum.
Tidakkah itu tandanya kita menjadi penakut dan mengapa ini berlaku? Tidakkah bangsa asing juga perlu diambil tindakan? Jika diambil tindakan pun ianya seperti menjalankan tugas semata dan bukannya untuk memberikan hukuman sebenar.
Mungkin ini adalah hukuman sebenar kepada bangsa Melayu yang kononnya hidup selesa dan semakin hilang personaliti. Melayu itu sendiri yang bersalah dalam hal yang sebegini. Kita dapat lihat bangsa asing sentiasa bersatu dalam menguruskan perniagaan dan saling tolong menolong bagi meningkatkan ekonomi mereka sendiri kerana mereka tahu mereka sebenarnya hanya menumpang dan tiada hak-hak istimewa di negara ini maka naluri "survivality" perlu tinggi untuk terus hidup dan berjaya di negara ini.
Melayu terkenal dengan sikap tamak dan hasad dengkinya. Lebih rela meng-Ali-Baba-kan kepada bangsa asing dari memberi kepada bangsa sendiri. Di sini Pemuda IKS selaku Pemuda yang prihatin ingin mengemukakan beberapa cadangan atau idea bagi meningkatkan ekonomi orang-orang Melayu.
1. Memupuk semangat berniaga sesama seagama dan sebangsa untuk mewujudkan "networking" perniagaan.
2. Berkongsi nikmat perniagaan atau keuntungan dengan membantu rakan perniagaan seagama dan sebangsa.
3. Berdakwah mengenai kebaikan agenda "Seagama dan Sebangsa Dalam Kehidupan Harian" dikalangan sahabat handai, masyarakat setempat dan amnya se-Malaysia.
Renung kembali kedudukan kita hari ini dan rangka satu pelan tindakan untuk mempertingkatkan ekonomi kita. Janganlah ketuanan melayu itu hanya ada pada nama tetapi hakikatnya pelaksanaan amat mendukacitakan. Akhir kata, berjuanglah untuk orang Melayu dengan penuh keikhlasan.

3 ulasan:

  1. Setuju dengan pandangan saudara. Teruskanlah perjuangan dengan penuh keikhlasan. Salam.

    BalasPadam
  2. Tuan,

    Saya dah masukkan blog tuan dalam blogroll saya (25 posting terkini). Sekiranya ada kelapangan, jemputlah ke blog saya di htpp://nobisha.blogspot.com

    BalasPadam
  3. ekonomi kita rosak,lingkup disebabkan semua pemimpin-pemimpin united malays national organisation adalah PENCURI BESAR,mencuri hak-hak rakyat sejak 51 tahun..Hidup Sosialisma..!!

    BalasPadam