Politik wang boleh memburukkan keadaan apabila ramai yang cuba bertanding akan mengaburi mata penyokong tentang apa jua kekurangan dan kelemahan calon yang mereka sokong. Ini menunjukkan kesan politik wang terhadap proses pemilihan anggota Majlis Tertinggi Pemuda UMNO tidak kira di peringkat nasional, bahagian mahupun cawangan khususnya di Wilayah Persekutuan.
Pemuda IKS tidak begitu yakin sistem kuota boleh menjadi tapisan kepada yang layak sahaja bertanding jika politik wang berleluasa di dalam Pergerakan Pemuda Wilayah. Pemuda IKS khuatir jika wang boleh membeli kuota dan jawatan, maka Pemuda Wilayah akan hilang penghormatan dan kredibilitinya dalam kalangan anggota dan masyarakat sebagai pergerakan yang mampu menerajui anak-anak muda.
Pemuda IKS juga tidak mahu pertandingan untuk jawatan-jawatan tertinggi Pemuda Wilayah ini menjadi bahan cakapan sinis dan menarik komen negatif masyarakat seolah-olah ia terbuka untuk sesiapa sahaja. Kita sering terdengar perbualan tentang perkara ini di kedai-kedai kopi dan ini mampu menjejaskan kredibiliti Pemuda Wilayah serta kepercayaan rakyat di masa hadapan.
Di peringkat nasional pula, jangan sekali-kali lupa bahawa kedua-dua pemimpin Pemuda UMNO yang dipilih untuk dua jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda ialah mereka yang bakal memimpin anak-anak muda pada generasi yang akan datang. Perlulah diyakinkan rakyat akan kredibiliti pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO dahulu supaya rakyat tidak ragu-ragu menyokong Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.
mungkin kita kerap kali terdengar ungkapan 'nak buat mcm mane aku ikut sebab nak cari makan'dijadikan sebagai alasan..di dalam hal ini kita perlu yakin keatas Allah swt didalam menentukan rezeki hamba2nya.Apa yang perlu adalah kebijaksanaan kita untuk memilih pemimpin yang boleh memimpin dengan adil dan saksama dan juga tahu akan kehendak golongan akar umbi yang mula meretak kepercayaannya. Masa depan agama Islam dan bangsa melayu terletak di atas di atas bahu kita..jangan jadi seperti kaduk yang menang sorak kampung tergadai dek kerana alasan 'nak cari makan'..fikir2kanlah.Wallahualam
BalasPadam