Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


30 April 2009

Agenda Pergerakan

Program Pembangunan Kepimpinan Asas

Tarikh: 8 - 10 Mei 2009 (Jumaat - Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Gemencheh, Negeri Sembilan

Program anjuran Jabatan Belia & Sukan ini memberi fokus terhadap belia yang masih belum berpersatuan. Tiada bayaran dikenakan dan keutamaan diberi kepada cawangan yang ingin menubuhkan pertubuhan belia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil di talian +60136666665.

Kursus Asas Perniagaan

Tarikh: 9 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Pusat Komuniti MAKPEM Bandar Baru Sentul

Kursus ini memberi tumpuan kepada golongan belia berumur 25 tahun dan ke bawah. Setiap cawangan dalam UMNO Bahagian Batu hendaklah menghantar 2 orang peserta selewat-lewatnya 30 April 2009. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil di talian +60136666665.

Kursus Usahawan IT - Road to Success

Tarikh: 16 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Hotel Sri Petaling

Pihak penganjur, Equity Drive Sdn Bhd mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM150 termasuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Untuk penyertaan 50 orang terawal, bayaran yang dikenakan cuma RM50 sahaja. Kursus ini terhad kepada 50 penyertaan sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Jamalullail Sulaiman di talian +60122506197.
Baca selanjutnya...

29 April 2009

Program Hujung Minggu Pemuda IKS

Liga Sukan Komuniti 2009 Parlimen Batu

Tarikh: 25 April 2009 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Padang Bolasepak DBKL Kampung Batu Muda Tambahan

Liga sukan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Kuala Lumpur disertai oleh pasukan-pasukan dari sekitar Parlimen Batu. Pemuda IKS menghantar tiga pasukan - Bola Sepak: Remaja IKS, Belia IKS dan Futsal Bawah 12 Tahun: Belia Muda IKS. Remaja IKS tewas di peringkat suku akhir, Belia IKS tewas di peringkat kumpulan dan Belia Muda IKS tewas di peringkat separuh akhir.

Program Gaya Hidup Sihat

Tarikh: 26 April 2009 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi - 6.00 petang
Tempat: Padang Kolej UNIKOP

Program anjuran Jabatan Kesihatan DBKL dan Persatuan Penduduk Taman Koperasi Polis Fasa 2 ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Pelbagai acara sukaneka, pertandingan dan perkhidmatan diadakan sepanjang program dijalankan. Program ini turut mendapat sambutan daripada Kelab PROSTAR KL, Kolej UNIKOP, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Bandar Baru Sentul, Rakan Muda dan Pertubuhan Belia 4B.


Pemuda IKS telah menghantar pasukan IKS HeavyDuty A dan HeavyDuty B untuk acara tarik tali dan menang tempat pertama dan kedua. No wonder lah boleh menang, tengok lah saiz masing-masing besar mane. Memang takde chance lah team lain.
Baca selanjutnya...

28 April 2009

"Kelantan Bodoh, Kelantan Balik!!!"

Pada malam perlawanan akhir Piala FA yang lalu, Pemuda IKS hanya dapat menonton di kaca televisyen di kedai makan kerana tidak berpeluang mendapatkan tiket. Dahsyatnya perlawanan kali ini, tiket habis dijual. Mereka seri 1-1 pada akhir masa tambahan, Selangor menang penalti 4-2.

Tentu Indraputra tertekan kerana tendangan penalti beliau terkena palang dan beliau pula merupakan di antara pemain tempatan yang dibayar dengan harga tertinggi. Ramai yang menaruh harapan yang tinggi menggunung terhadap persembahan dan prestasi beliau.

Habis cerita bola, Pemuda IKS pun bersembang-sembang lah pasal politik, kehidupan kengkawan, hantu kampung lah, roadblock banyak lah dan game bola tadi. Kebanyakan ahli Pemuda IKS kini menjadi newlyweds dan menanti saat menimang cahaya mata. Untuk pengetahuan semua, barisan Pemuda IKS adalah barisan pemuda yang termuda di dalam barisan Pemuda Batu. Lalu masing-masing menceritakan pengalaman masing-masing mengenai perjalanan hidup yang menarik ini.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Pemuda IKS ternampak sekumpulan matrempit dari arah belakang yang kelihatan menyorak kegembiraan bersama-sama bendera negeri Selangor. Apabila mereka melalui sebuah medan selera mereka menjerit, "Kelantan bodoh, Kelantan balik!". Apa punya perangai la budak-budak ni?

Tindakan mereka bukan sahaja provokatif malahan terlalu pendek akal. Mereka bukan sahaja ofensif terhadap orang Kelantan, malah tidak menghormati mereka sebagai masyarakat. Pasal bola pun sampai nak mencaci? Yang paling bes, sesama Melayu. Lantaklah mereka, belum cukup matang lah tu.

Lepas tu pulak, ada seorang lagi mat motor sedang dikejar patrol car. Polis tersebut menyalakan lampu dan membunyikan siren namun tidak diendahkan oleh budak ni tadi. Untuk jadikan situasi ni lagi menarik, macam biasa budak-budak rempit ni buat, dia masuk lane menentang arus. Lepas tu dah tak tau apa jadi kat dia ngan polis tu.

Inikah generasi masa hadapan yang kita harapkan? Jikalau kita, golongan pemuda tidak berjaya mengemudi hala tuju mereka ini, bagaimana dengan masa depan masyarakat kita? Jadi ayuhlah kita mendekati golongan ini kerana bak kata Emperor Han, dalam setandan pisang, tak semestinya semuanya busuk!

Sekarang ni memang banyak roadblock. Pihak PDRM kini menegetatkan lagi kawalan di sekitar ibu kota dan kawasan perumahan ekoran peningkatan kadar jenayah secara mendadak. Pemuda IKS menyokong penuh usaha pihak polis dalam menangani masalah jenayah di Kuala Lumpur.

Pada malam Sabtu juga, Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) telah mengadakan satu gathering dan majlis pembukaan gelanggang silat bertempat di Taman Pinggiran Batu Caves, Gombak, Selangor. Seramai lebih kurang 5000 orang ahlinya dan masyarakat setempat hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis ini dikatakan membuat jemputan satu Malaysia. Syabas diucapkan kepada PEKIDA Malaysia di atas usaha mereka mendekatkan diri dengan masyarakat.
Baca selanjutnya...

27 April 2009

Terima Kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin!

Pada hari Jumaat yang lepas, bersamaan 24 April 2009, UMNO Bahagian Batu telah menganjurkan satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PMR & SPM 2009 Parlimen Batu bertempat di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam.

Seluruh warga UMNO Bahagian Batu hadir bagi menjayakan dan menyokong majlis ini. Dif kehormat yang turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi menyempurnakan majlis ini. Majlis ini adalah usaha gigih warga UMNO Bahagian Batu yang diketuai oleh Datuk Yahya Mat Ghani dan Timbalannya, Kekanda Ramlan Salleh. Syabas diucapkan.

Matlamat penganjuran majlis sebegini adalah untuk memberi galakkan kepada golongan pelajar di Parlimen Batu untuk berusaha lebih gigih dan rajin dalam mengulangkaji pelajaran. Para pelajar yang diraikan adalah mereka yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2008. Galakkan sebegini turut membantu Parlimen Batu melahirkan golongan intelek dan profesional.

Alhamdulillah, majlis berjaya disemprunakan dengan baik pada malam itu. Cuma yang hairannya, barisan Pemuda Batu, yang ramainya adalah Pemuda IKS dan Pemuda PKNS. Adakah Pemuda Cawangan lain tidak diberitahu berkenaan perkara ini?
Baca selanjutnya...

26 April 2009

DUKE: Lebih Mudah Atau Lebih Menyusahkan?

Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang kini menanti masa untuk dibuka sepenuhnya mengundang banyak persoalan. Sebahagian laluannya yang kini beroperasi dijangka akan dibuka sepenuhnya pada Mei 2009. DUKE menghubungkan Jalan Duta ke Sentul, Setiawangsa, Setapak dan Jalan Semarak. Tol sebanyak RM2 dikenakan bagi setiap laluan.

Setelah melaluinya sendiri, DUKE ternyata lebih menjimatkan masa, namun sebaik sahaja melintasi susur keluar, jalannya tiba-tiba jadi sempit. Contohnya di susur keluar Jalan Semarak dan AU2 Setiawangsa. Oleh yang demikian, perjalanan yang lancar tadi menjadi terbantut dek kerana deretan kenderaan yang tiba dari arah yang berlainan.

Ada di kalangan penduduk membantah projek pembinaan DUKE kerana khuatir ianya akan menyumbang kepada tragedi banjir kilat seperti yang berlaku di Jalan Ipoh pada bulan Mac yang lalu. Namun pihak Projek Konsortium Lebuh Raya Utara-Timur Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (Kesturi) menafikannya dan menyatakan banjir kilat tersebut berpunca dari beberapa faktor lain.

Okay ke tol RM2? Dulu penduduk di kawasan Lembah Pantai membantah kutipan tol di Lebuhraya Pantai Baru (NPE). Penduduk kawasan Batu macam mana? Tak payahlah timbulkan kekecohan dan akur saja (hehehe). Tetapi tanya diri anda, wajarkah laluan dalam bandar (inner city route) dikenakan tol? Tapi kebiasaannya Expressway mesti dikenakan tol. Nama pun ekspres, mana ada free.

Apa pun jua persepsi orang, Pemuda IKS berbangga dengan pembangunan yang dijalankan dan berjaya dicapai hari ini, khususnya di kawasan Parlimen Batu. Banyak infrastruktur dan hartanah dibangunkan di kawsan ini. Cuma yang peliknya, kebanyakan kawasan yang dikatakan tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini menjadi tapak pembinaan kondo mewah milik YTL Corporation Berhad. Ada apa-apa ke?
Baca selanjutnya...

25 April 2009

Jom Tengok Bola: Piala FA - Selangor lwn Kelantan

Skuad Kijang yang akhirnya berjaya meredah halangan untuk melangkah ke Stadium Nasional, Bukit Jalil merebut Piala FA, turun padang memulakan sesi latihan, semalam sebagai persiapan menanti hari paling getir.

Tentu ramai yang menonton Barclay's Premier atau UEFA berbanding Piala FA dan Liga Super. Liga dan piala bola sepak nasional masih kurang mendapat sambutan. Pemuda IKS berasa sesuatu perlu dilakukan untuk menarik minat peminat sukan bola sepak.

Hari ini, mereka yang benar-benar "die hard fan" sahaja yang mengikuti perkembangan bola sepak tempatan. Mungkin kerana prestasi, politik dalaman dan kurang popular menyebabkan sambutan hambar di kalangan peminat. Ini terbukti kerana stadium hanya akan penuh apabila tibanya perlawanan akhir.

Skuad Kijang (KAFA) kini mengorak langkah jauh kerana buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan bola ini sampai ke perlawanan akhir. Walaupun diselubungi kontroversi dan pelbagai isu hangat, Skuad Kijang tetap menyerlah pada musim ini. Ramai yang menaruh harapan tinggi terhadap pencapaian mereka. Sehinggakan Kerajaan Negeri Kelantan turut menawarkan imbuhan (RM30,000) jika Skuad Kijang berjaya merebut Piala FA.

Pasukan Selangor yang terkenal selaku pasukan pilihan dan mempunyai kelab penyokong terbesar akan berhadapan dengan cabaran hebat menentang pasukan Kelantan. Prestasi kedua-dua pasukan ini yang amat memberangsangkan pada musim ini membuatkan ramalan keputusan akhir sukar ditaakul untuk menentukan pemenang Piala FA.

Pemuda IKS ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong perlawanan yang akan diadakan pada malam ini. Pada mereka yang tinggal berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil bolehlah turun ke padang menyaksikan perlawanan ini. Dikatakan deretan bas penyokong akan tiba di perkarangan stadium menjanjikan suasana yang cukup meriah.

Jangan ada yang menimbulkan kekecohan sudah. Bersukan adalah satu budaya yang sihat dan kita tidak mahu ianya dicemari oleh "hooligans" tempatan yang kurang bertanggungjawab. Jangan kita ulangi peristiwa di Stadium Kelantan. Pasukan FRU kini bersiap sedia mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal keadaan di Stadium Nasional. Amaran juga telah dikeluarkan kepada mereka yang berniat untuk merusuh.

Marilah kita bersama menyokong arena sukan tempatan. Para ibubapa dinasihatkan untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak agar budaya sukan tempatan kita tidak luput dek zaman. Kepada kaki lepak, jom lepak stadium. Kepada pasangan kekasih, jom dating di stadium. Majulah sukan untuk negara.
Baca selanjutnya...

24 April 2009

N.12 Penanti: Pemuda Sedia Gempur!

Kawasan DUN Penanti, menyaksikan tiga pilihanraya dalam masa yang begitu singkat. Mula-mula PRU-12, kemudian PRK P.44 Permatang Pauh dan kini PRK N.12 Penanti. Namun apa yang memeranjatkan adalah BN dikatakan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK kali ini.

DUN Penanti yang dikatakan kawasan PKR menyebabkab BN, khususnya UMNO tidak yakin untuk bertanding. PM masih lagi belum membuat keputusan rasmi tentang perkara ini. Ianya mungkin berpunca dari pendapat Tun M yang mencelah mengatakan BN perlu berjuang di DUN Penanti. Dalam erti kata lain, beliau bermaksud, dalam sesebuah perjuangan, walaupun kalah, biarlah kalah bermaruah.

Jangan kita terlalu mudah mengalah. Rapatkan barisan, perkasakan pergerakan dan sahut cabaran dalam menempuh perit getir perjuangan. Barisan sayap Pemuda, yang diketuai oleh Saudara KJ perlu gempur habis-habisan.

Ada pula yang berkata PRK sebegini hanya akan menelan belanja yang tinggi tanpa hasil yang memuaskan. Adakah UMNO ingin berjimat? Sejak bila kos menjadi isu dalam perjuangan UMNO? Jika kos menjadi persoalan, mengapa BN berani bertanding di N.25 Bukit Selambau dan N.59 Bukit Gantang walaupun mereka sedar bahawa kawasan itu adalah bukan kawasan UMNO?

Oleh itu, apa jua dugaan yang perlu dihadapi, UMNO perlu menempuhinya kerana ianya adalah sebahagian daripada deretan episod perjuangan. Pemuda UMNO perlu bersedia untuk gempur PRK ini. Kita nantikan keputusan "orang atas" terhadap perkara ini.
Baca selanjutnya...

23 April 2009

MITI: Skim Bantuan Khas Untuk Usahawan Wanita

"Bagaimanapun di Kelantan, hanya 30 permohonan daripada syarikat milik usahawan wanita saja diluluskan membabitkan nilai RM2.24 juta dan saya mengesyorkan lebih ramai usahawan wanita negeri ini mendapatkan bantuan yang disediakan kerajaan," - Datuk Mukhriz Mahathir

MITI tertumpu kepada bantuan kewangan yang diberikan kepada kaum Hawa. Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan antara masalah yang dihadapi adalah penyampaian maklumat yang kurang berkesan menyebabkan pemohon tidak dapat mengenalpasti maklumat tepat mengani dana yang disediakan.

Syabas diucapkan kepada Datuk Mukhriz Mahathir kerana berjaya memberi penjelasan terhadap kaedah penyelesaian masalah ini. Inilah yang kita mahukan daripada jemaah Menteri dan Timbalannya - maklumat dan penjelasan.

Pemuda IKS percaya Datuk Mukhriz Mahathir dapat menjalankan tanggungjawab beliau dengan penuh dedikasi. Beliau yang berpengalaman luas dalam industri dan perniagaan pasti dapat memenuhi keperluan Kementerian tersebut.

Dalam komen beliau mengenai PRK N.12 Penanti, beliau menyatakan bahawa ADUN yang dengan sesuka hatinya meletakkan jawatan perlu didenda kerana membazirkan dana awam dan mencabuli kepercayaan rakyat. Ternyata jelas pihak PKR sedang mempolitikkan situasi di N.12 Penanti. Suruhanjaya Pilihanraya perlu mengambil tindakan terhadap mereka ini.

Beliau diberitahu bahawa PKR merancang untuk mengadakan PRK setiap bulan sebagai agenda politik mereka. Jika ini dibiarkan berterusan, wang rakyat akan dibazirkan begitu sahaja demi kepentingan mereka.
Baca selanjutnya...

22 April 2009

Agenda Pergerakan: Majlis Kunjung Hormat UMNO Bahagian Batu

Satu Majlis Kunjungan Hormat UMNO Bahagian Batu oleh Pemuda IKS akan diadakan pada 22 April 2009 (Rabu) bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Batu. Semua ahli terutamanya AJK Pemuda IKS dipohon untuk berkumpul di Restoran Thaqwa, Taman Bullion Mewah pada jam 8.00 malam untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

Selepas itu, Pemuda IKS akan mengadakan mesyuarat 3 Serangkai bersama-sama Pergerakan Wanita dan UMNO Cawangan Taman IKS. Terdapat beberapa isu penting dalam mesyuarat ini yang memerlukan perhatian Pemuda IKS.
Baca selanjutnya...

21 April 2009

Dilema Pemuda Batu: Hasil Yang Diperoleh Bukan Seperti Yang Diharapkan

Posting sebelum ini menghuraikan bagaimana bezanya harapan Pemuda IKS terhadap Proton Exora dan hasil keluaran sebenar model kenderaan nasional itu. Ramai tertanya, mengapa buat posting berkenaan automotif sedangkan blog ini adalah blog politik. Sebenarnya, cerita Proton tu sekadar pembuka cerita kepada kekeluhan asal Pemuda IKS.

Pemuda IKS cuma ingin mengaitkan cerita Proton tu dengan apa yang berlaku dalam Pemuda hari ini. Hasil yang diperoleh bukan seperti yang diharapkan. Hasil apa? Harapan siapa? Mari kita kupas satu per satu.

Terdapat dua hasil yang ingin diketengahkan. Hasil pertama yang dimaksudkan adalah intipati perjuangan politik yang diagendakan hari ini. Hasil kedua pula adalah kesinambungan ke atas pemilihan pemimpin tempoh hari. Letakkan objektif posting ini pada peringkat umum dan tidak menyentuh mana-mana pihak. Namun, siapa makan cili, terasa pedasnya.

Apakah intipati sebenar yang ingin kita perjuangkan? Kembali kepada asas perjuangan. Demi Agama, Bangsa dan Negara. Walaupun terdapat segelintir individu yang menyertai parti politik untuk kepentingan peribadi, masih terdapat mereka yang lurus dalam garis perjuangan. Ramai yang menyangkakan penyertaan terhadap UMNO akan menggiatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Tetapi zahirnya melihatkan kronisme.

Apakah hasil terhadap pemilihan pemimpin yang menjadi tumpuan semua? Adakah kita menyokong seseorang kerana terikut orang lain atau ianya satu arahan ataupun memang ikhlas? Ini dipersoalkan kerana apabila terlantiknya seseorang itu selaku pemimpin kita, walhal semasa musim pemilihan kita langsung tidak mengenal erti budi dirinya, akhirnya kita meragui sifat kepimpinannya, keikhlasan hatinya dan arah tuju perjuangannya. Ini sering berlaku, menyokong seseorang tanpa siasat, dan kecewa dengan hasilnya.

Harapan yang diberikan juga ada dua kategori. Harapan pemimpin kepada pengikutnya dan harapan pengikut kepada pemimpinnya. Ada pemimpin yang letih melayan anak buahnya yang "sembang lebih, tapi meeting tak datang" dan "datang kalau makan ada makan free". Ada pengikut pula yang bosan dengan ideologi kuno yang dibawa oleh pemimpinnya sedangkan dialah yang mengundi mereka.

Perkara yang perlu ditegaskan di sini adalah harapan daripada golongan di peringkat akar umbi. Dan selalunya, perkara ini diambil remeh. Bak kata orang di peringkat akar umbi, "Siapa nak dengar suara kita? Diorang tuh sibuk dengan hal kat atas".

Inikah caranya untuk kita menarik minat masyarakat untuk menyertai parti keramat ini? Mereka sudah mual dengan agenda, sikap dan budaya orang UMNO. Terpulang kepada kita untuk memperbetulkannya. UMNO perlu ada tarikan untuk menarik minat golongan muda. Ini juga salah satu punca mengapa orang yang sedia ada di dalam UMNO berputus asa dengan UMNO itu sendiri.

Kita ada lebih kurang tiga tahun untuk memperkasakan UMNO sebelum PRU seterusnya. Kita nak tunggu musim pilihanraya ke nak gerak sekarang?
Baca selanjutnya...

20 April 2009

Berikan PROTON Ruang dan Peluang Untuk Membangun

Proton, syarikat pengeluar kereta nasional telah mengeluarkan satu model baru untuk genre baru iaitu MPV, Proton Exora. Namanya begitu unik sehingga sebuah pertandingan menamakan model kenderaan ini diadakan di peringkat umum. Ramai menaruh harapan pada model ini agar dapat melonjakkan kedudukan Proton dari kedudukannya hari ini.


Walau bagaimana pun, posting ini adalah pendapat peribadi Pemuda IKS terhadap mobil nasional ini. Pada keseluruhan, jika dibandingkan dengan model yang satu kelas dengannya, Proton Exora jauh lebih baik. Ini dari segi prestasi, ekonomi dan rekabentuk. Namun ianya tidak dapat memenuhi harapan Pemuda IKS.

Jika dibandingkan prestasi, ada beberapa akhbar menyiarkan perbandingan statistik terhadap Proton Exora, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Ternyata MPV nasional ini lebih 'boleh pergi' berbanding yang lain. Soal penjimatan pula, selain penggunaan minyak secara efisyen, Proton Exora lebih murah berbanding lawannya.

Pemuda IKS mengharapkan sesuatu yang mengujakan dari Proton tetapi seperti biasa, ianya akan 'kureng sikit'. Perkara yang menjadi perhatian Pemuda IKS adalah rekabentuk keseluruhan. Ianya seperti MPV biasa. Ianya tidak mempunyai daya tarikan seperti Toyota Wish dan Nissan Murano yang kelihatan sungguh bergaya dan lebih menonjol berbanding dengan kenderaan model lain yang satu kelas dengannya. Sesuai dengan generasi hari ini yang menilai aspek gaya dalam kehidupan.

Seperti gambar di atas, itulah hasil rekaan Proton untuk MPV nasional. Walau bagaimana pun, seperti orang lain, Pemuda IKS turut mendapat kunjungan emel-emel yang menyebarkan ura-ura dan gambaran bagaiman rupa bentuk MPV Proton yang dinanti ramai. Tentu anda ada menerima gambar-gambar seperti di bawah.


Dapat lihat perbezaan rekabentuk yang diimaginasikan dan keluaran sebenar? Inilah yang dimaksudkan oleh Pemuda IKS. Kita mengharapkan sesuatu yang sleek and trendy namun 'biase jer' yang kita dapat.

Rekabentuk Proton Exora yang agak tinggi membuatkannya menjadi typical MPV dan membuatkan kita menyamakannya dengan MPV yang satu kelas dengannya. Diameter ruang tayar yang kecil juga menyumbang kepada persepsi yang sama. Tidak seperti Proton Gen-2 yang mempunyai imej dan daya tarikannya tersendiri.

Pemuda IKS cuma ingin menyatakan bahawa selain prestasi dan ciri ekonomi, rekabentuk juga memainkan peranan yang penting dalam menguasai pasaran. Tidak adil rasanya jika kita membandingkan apa jua aspek Proton dengan pengeluar kereta dari negara lain kerana perbezaan ketara usia pengalaman dan penemuan teknologi. Namun itu tidak bermakna kita tidak mampu melonjakkan diri dan bersaing dengan mereka.

Buat masa ini, Pemuda IKS berpuas hati dengan pencapaian Proton setakat ini. Pemuda IKS akan memberi ruang dan peluang kepada Proton untuk terus membangun agar dapat bersaing dengan para pengeluar kereta yang lain di peringkat antarabangsa.

Pemuda IKS ada juga menerima emel gambar SUV yang bakal dikeluarkan Proton. Adakah ianya akan kelihatan secanggih seperti gambar di bawah atau 'biasa jer' jugak?

Baca selanjutnya...

19 April 2009

Agenda Pergerakan: Mesyuarat Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS

Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS yang dipengerusikan oleh Saudara Norzaman Ismail akan mengadakan satu mesyuarat berhubung perkembangan aktiviti dan agenda biro tersebut untuk tahun 2009. Mesyuarat itu akan diadakan pada 19 April 2009 bersamaan dengan hari Ahad pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Komuniti Taman IKS. Barisan AJK Pemuda IKS dijemput hadir untuk membincangkan isu-isu yang bakal diutarakan. Di antara perkara yang akan dibincangkan adalah pengurusan biro dan pengelolaan program Sukan Rakyat Komuniti IKS 2009. Sekian, terima kasih.
Baca selanjutnya...

17 April 2009

Pasar Malam Taman IKS

Untuk pengetahuan semua, Taman IKS mengadakan pasar malam pada setiap hari Jumaat bertempat di jalan utama Kawasan Perindustrian MIEL. Pasar malam ini sudah mula beroperasi sekitar tahun 2003 sehingga kini. Sambutan yang menggalakkan daripada pihak masyarakat setempat serta para pelajar UNIKOP dan IIC membuatkan komuniti di Taman IKS meneruskan pengurusan pasar malam ini.

Pada malam ini juga Pemuda IKS akan berada di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2 pada jam 10.00 malam hingga 12.00 malam untuk menjalankan program Klinik Badminton.
Baca selanjutnya...

16 April 2009

Gagasan 1Malaysia vs Malaysian Malaysia

Konsep Satu Malaysia tidak boleh disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu umpama pembangkang kata bahawa ia sama dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’. Ia tak sama.

Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.

Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep Satu Malaysia.

Banyak spekulasi timbul apabila PM kita memperkenalkan konsep 1Malaysia kepada rakyat. Macam biasa, pihak pro-kerajaan akan kata ianya bagus dan efektif, pihak anti-kerajaan pula mengkritik selagi boleh dikritik. Pemuda IKS ingin mengucapkan tahniah kepada PM kita kerana berjaya menghasilkan satu konsep yang menerapkan nilai-nilai perpaduan.

Pembangkang kata, PM meniru konsep Malaysian Malaysia yang menegaskan kesamarataan. Namun PM membidas dengan menerangkan perbezaan ketara di antara kedua-dua konsep tersebut. Dah nama pun pembangkang, membangkang memang kerja mereka. Terpulang kepada kita untuk menguruskannya.

Pemuda IKS menyokong penuh pelaksanaan gagasan 1Malaysia dan berharap ianya dapat mengembalikan keharmonian dan perpaduan rakyat. Jika terdapat sebarang kecacatan atau kekurangan terhadap pelaksanaan gagasan ini, pihak yang terbabit haruslah membetulkannya agar ianya sesuai dan mendapat penerimaan yang baik di hati rakyat.
Baca selanjutnya...

15 April 2009

Kanak-Kanak Hilang: Nurhidayah Binti Surip

Kepada sesiapa yang ada terjumpa adik Nurhidayah binti Surip, berumur 11 tahun yang telah hilang dari Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur sejak dari 6 April 2009 (Isnin) yang lalu, sila hubungi bapa saudaranya, Abdul Razak bin Salim di talian +60177011038 atau +60169326003 dengan kadar segera.
Baca selanjutnya...

14 April 2009

Agenda Pergerakan

Mesyuarat Khas Biro Belia, Sukan & Rekreasi
Tarikh: 16 April 2009 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Komuniti Taman IKS

Klinik Badminton Pemuda IKS
Tarikh: 17 April 2009 (Jumaat)
Masa: 10.00 malam - 12.00 malam
Tempat: Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2

Kursus 'Road to Success' Usahawan IT
Tarikh: 18 April 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Penganjur: Equity Drive Sdn Bhd
Motivator: En. Zakaria bin Abdul Majid Al Haj
Yuran: RM150.00
Kehadiran anda akan melayakkan diri sebagai ahli Koperasi Amal Malaysia Berhad. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Jamalullail bin Sulaiman di talian +60122506197.
Baca selanjutnya...

11 April 2009

Kompang EZHAR Taman Koperasi Polis Fasa 2

Persatuan Silat Seni EZHAR Suci / Setia Hati dan Kompang Taman Koperasi Polis Fasa 2 telah ditubuhkan seawal tahun 1993. Kini persatuan ini giat membuat persembahan di majlis-majlis rasmi. Penyertaan dari golongan remaja amat menggalakkan. Selain mengasah kemahiran bermain kompang, ahlinya turut didedahkan dengan sejarah penubuhan, pengetahuan tentang seni silat dan semangat berpasukan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi, Saudara Wan Amizulkhidi di talian +60129749450.




Baca selanjutnya...

10 April 2009

Kenduri Kahwin: Nazrul Izwan bin Zainal & Nor Azren binti Hj Abu Hassan

Seluruh warga Pemuda IKS dijemput untuk menghadiri Majlis Persandingan salah seorang ahli Pemuda IKS, Nazrul Izwan bin Zainal dan pasangannya, Nor Azren binti Hj Abu Hassan yang akan diadakan pada tarikh 11 April 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur. Majlis dijadualkan akan berlangsung dari pukul 12.00 tgh - 4.00 ptg.

Ketibaan pengantin bersama-sama rombongan pihak pengantin perempuan disambut meriah oleh tuan rumah. Pengantin lelaki, yang lebih dikenali dengan nama Is Che Nal kelihatan berseri-seri di samping isterinya.
Sejurus selepas ketibaan, kedua mempelai disandingkan di atas pelamin yang dihias cantik oleh pihak tuan rumah.
Selepas selesai sahaja upacara merenjis, pengantin dijemput untuk upacara makan beradab di meja khas buat mereka.
Di antara tetamu yang hadir adalah (dari kiri) Ketua UMNO Bahagian Batu - Yahya Mat Ghani, Timbalannya - Ramlan Salleh, Penyimpan Kira-kira - Abang Yeop dan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Batu - Saudara Abu Bakar Ithnin.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis adalah Ketua Pemuda IKS - Saudara Fakhrulzaman dan Setiausahanya - Saudara Faeizal Dzaidi bersama-sama rombongan Pemuda IKS.
Tidak ketinggalan juga, Naib Ketua Pemuda IKS - Saudara Ali Imran Hassan.
Yang bersebelah dengan Faeizal tu adalah Ali Polis dan Naib Ketua Pemuda TKP2 - Saudara Shaifudin.
Ramai juga rakan-rakan Pemuda IKS yang hadir - Atim, Acat, Ali Fitri dan Fizam.
Yang tengah bercakap guna telefon itu adalah adik kepada pengantin lelaki, merangkap pengapitnya.
Yang ditengah-tengah gambar nih (baju coklat), adalah rakan karib pengantin lelaki - Ajid.
Kelihatan Pengerusi Biro Belia, Sukan & Rekreasi - Saudara Norzaman Ismail membisikkan sesuatu kepada Saudara Faeizal.
Yang kat bawah nie pulak, di antara ahli Pemuda IKS, dari kiri - Atim, TakTauName ngan Joy.
Yang pandang kamera - Fizam (kanan). Yang tak pandang kamera - Acat ngan Zaimi (kiri). Yang tengah-tengah tu bini Angah ngan dua anaknya.
Start dari seluar belang (heheheh...) - Atim. Baju hijau - GG. Baju hitam depan skali - Mie. Baju hitam putih (kanan sekali) - Bell.
Yang posing time tengah baca doa kat bawah nih (dari kiri) - Joy, Nuzul, Ntah, Atim ngan Ntah.
Si baju hijau yang sedang basuh pinggan kat bawah nih, Apis.
Bawah ni pulak, GG (baju hijau) ngan kawan dia. Yang sebelah kanan tuh, Mie.
Pastu, dari kiri - Achik, Faiz Jaafar dan Ketua Wanita KBC.
Pada malam ini, 10 April 2009 (Jumaat), Pemuda IKS akan berada di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2 untuk program Klinik Badminton bermula pada pukul 10.00 mlm - 12.00 mlm. Pengerusi Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS, Saudara Norzaman Ismail mengalu-alukan kehadiran para ahli Pemuda IKS untuk menjayakan program ini.
Baca selanjutnya...

09 April 2009

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Sejuta ucapan tahniah diucapkan kepada Datuk Mukhriz Mahathir daripada Pemuda IKS di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tahniah juga diucapkan kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Muar, di atas perlantikan beliau selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd Puad Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran yang baru. Berharap barisan Menteri Kabinet yang baru ini akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Pemuda IKS memberi sokongan penuh terhadap pembentukan ini.
Bercakap mengenai barisan Kabinet yang baru, Pemuda IKS ingin menyentuh sedikit tentang agenda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kini diketuai oleh YB Khairy Jamaluddin. Langkah yang diambil oleh YAB Perdana Menteri adalah satu langkah strategik untuk mencapai matlamat 1Malaysia. Langkah yang dimaksudkan adalah memberi ruang kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin supaya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pergerakan tersebut.
Seperti yang kita semua tahu, selepas PRU-12, masyarakat umum rata-ratanya menolak kerajaan BN. Oleh itu, adalah perlu untuk Pemuda UMNO berusaha keras untuk memantapkan pergerakan dan memenangi semula hati rakyat. Tanggungjawab besar ini terletak di atas bahu YB Khairy Jamaluddin dan jentera Pemuda UMNO. Mari bersama melaksanakannya.
Pemuda IKS amat bersetuju di atas perlantikan Datuk Mukhriz Mahathir dalam barisan menteri Kabinet yang baru. Beliau yang cukup berpengalaman dalam bidang perniagaan dan perdagangan adalah individu yang paling sesuai untuk menjawat jawatan tersebut. Penglibatan beliau dalam industri tertentu mengukuhkan lagi kelayakan beliau. Pemuda IKS berharap dengan kemunculan muka-muka baru di dalam barisan menteri Kabinet akan memberi nafas baru kepada kerajaan BN.
Perlantikan Datuk Mukhriz Mahathir juga menampakkan sifat kepimpinan dan kebijaksanaan YAB Perdana Menteri yang tidak mengenepikan golongan muda dalam barisan menteri Kabinet. Inilah perubahan yang perlu dilakukan untuk merubah imej Kerajaan BN. Golongan muda hari ini perlu diberikan perhatian. Golongan muda perlu diberikan peluang untuk menimba pengalaman. Ini kerana penglibatan awal dalam barisan Kabinet dapat memupuk sifat kepimpinan yang baik dan sekaligus dapat melatih barisan pemimpin untuk masa hadapan.
Baca selanjutnya...

05 April 2009

Dari Mana Dapat Ilham Untuk Menulis?

Salam perjuangan kepada semua. Untuk dua tiga hari nih, Pemuda IKS kebuntuan idea untuk menulis. Walaupun isu-isu hangat berkenaan PRK sedang hebat dibincangkan di blog-blog lain, Pemuda IKS berasa ada sesuatu yang menghalang daya kreativiti minda Pemuda IKS. Sekaligus merencatkan penerbitan artikel-artikel di blog Pemuda IKS.
Mungkinkah kesibukan kehidupan seharian yang memberi impak kepada situasi ini? Mungkinkah semangat BERANI BERUBAH! sudah luntur lantaran kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lalu? Apa pun jua, Pemuda IKS tetap berasa terpanggil untuk menulis posting "kosong" ini.
Pada hari Jumaat yang lalu, beberapa ahli Pemuda IKS bersama Ketua Pemuda IKS ada duduk bersembang-sembang di Restoran Thaqwa, Taman Bullion Mewah. Pada malam tersebut, Pemuda IKS sedang berkumpul sebelum bertolak ke Bukit Gantang. Walaupun bersembang kosong, ada juga terselit topik-topik berat berkenaan perkara tertentu.
Selain bertukar pendapat mengenai perkembangan semasa terhadap PRK, Pemuda IKS ada juga menyentuh tentang keputusan pemilihan UMNO yang lalu. Banyak spekulasi daripada para ahli Pemuda IKS yang hadir ke persidangan tersebut sebagai pemerhati. Oleh itu, banyaklah cerita yang dapat dikongsi. Namun, Pemuda IKS tidak dapat menyatakannya dalam artikel ini. Takut-takut ada pihak yang terasa hati dan mungkin akan menjerumus kepada masalah yang lebih besar.
Selain itu, hal-hal dalaman Pemuda IKS juga diketengahkan. Soal penubuhan pertubuhan belia, pengurusan biro-biro dan soal masalah peribadi yang sering dicampur aduk dalam perjuangan murni ini. Persoalan utama yang bermain di fikiran para AJK Pemuda IKS adalah, mengapa biro-biro Pemuda IKS tidak mula menjalankan aktiviti sedangkan sudah berbulan lamanya ianya tertubuh?
Aktiviti yang dijalankan sebelum ini adalah usaha dari Biro Sukan dan Rekreasi Pemuda Batu yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil. Selain itu, Pengerusi Biro Belia, Sukan dan Rekreasi Pemuda IKS, Saudara Norzaman Ismail turut giat menjalankan aktiviti.
Biro Latihan dan Pendidikan Pemuda IKS yang dipengerusikan oleh Saudara Shahir Omar sudah pun merangka kertas kerja dan kelas tuisyen yang dicadangkan dijadualkan akan bermula pada awal bulan Jun 2009. Bagaimana pula dengan biro-biro yang lain? Baik di peringkat cawangan mahupun di peringkat bahagian.
Naib Ketua Pemuda IKS, Saudara Ali Imran mengatakan bahawa para pengerusi biro masih sedang sibuk merangka taqwim untuk biro masing-masing. Bukan mudah untuk merangka aktiviti kemasyarakatan dalam masa terdekat ini. Hal ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda IKS yang seterusnya.
Ada juga yang mempersoalkan kredibiliti individu yang menjawat jawatan tertentu dalam Pemuda IKS. Adakah mereka mahukan jawatan untuk kemasyhuran semata-mata? Masyhur apa benda? Bukan ada gaji pun jika menyertai Pemuda IKS. Pokok pangkalnya keikhlasan hati dalam berjuang bak kata Piggy Singh.
Jangan menjawat jawatan tertentu jika kita tidak mampu untuk melaksana. Apa gunanya menubuhkan sebuah organisasi pergerakan jika ianya tidak bergerak? Penyataan misi dan visi memang canggih. Bersembang memang hebat dan gah. Tapi sayang, tidak berisi. Ada pula yang tak dapat jawatan dan terus merajuk. Macam-macam hal. Berhentilah berkelakuan seperti kanak-kanak Ribena dan matangkanlah diri.
Pemuda IKS sudah pun menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menubuhkan pertubuhan belia. Organisasinya juga sudah dirangka. Pemuda IKS kini menanti kelulusan pihak atasan sebelum dapat menggiatkan aktiviti-aktiviti berkatian dengan pertubuhan belia.
Pemuda IKS juga ingin mengingatkan kepada para ahli supaya jangan sesekali mencampuradukkan urusan atau kehidupan peribadi ke dalam perjuangan ini. Seorang yang profesional tidak sepatutnya melakukan sedemikian. Perkara ini turut akan mengaitkan soal emosi. Dato' Fadzilah Kamsah juga ada berkata "Jika anda inginkan kejayaan, jangan memberi alasan. Jika anda kerap memberi alasan, sampai bila pun anda tidak akan berjaya".
Pemuda IKS kini menempah baju rasmi untuk para AJK. Baju rasmi ini akan menjadi imej Pemuda IKS dalam majlis-majlis rasmi. Kepada AJK Pemuda IKS yang belum pergi membuat tempahan, sila berbuat demikian secepat mungkin. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil.
Berbalik kepada tajuk posting ini, Pemuda IKS ingin mengumpul suara daripada para blogger berkenaan ilham untuk menulis. Para blogger bolehlah berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergiat dalam bidang blogging ini di ruangan komen. Dari mana anda semua mendapat ilham untuk menulis posting tertentu?
Baca selanjutnya...

01 April 2009

Nombor Keramat Pemuda UMNO - 304

Pemuda UMNO kini diselubungi misteri 304 perwakilan yang mengundi Saudara KJ pada pemilihan yang lalu. Siapa mereka? Tuhan saja yang tahu. Namun insiden "swing vote" ini berlaku di mana-mana. Ini termasuklah parti politik yang lain dan di peringkat akar umbi.
Saudara Wenger J. Khairy ada membuat posting berkenaan keberkesanan konsep branding yang digunakan oleh Saudara KJ semasa berkempen dalam musim pemilihan Pemuda UMNO. Beliau menyatakan bahawa kritikan dan kutukan dari para blogger telah menaikkan nama Saudara KJ di alam maya. Oleh itu, populariti pasti milik Saudara KJ dalam proses ini. Ditambah pula dengan sokongan padu para blogger pro-KJ. Tu lah sebab dia boleh dapat 304.
Walau bagaimanapun, Saudara Piggy Singh mencelah dan mengatakan branding SETIAKAWAN hanya laku di kalangan perwakilan dan bukan di hati semua ahli Pemuda UMNO. Apatah lagi jika hendak dikaitkan dengan pilihan rakyat. Beliau mengambil contoh kekalahan jentera BN di dalam pilihanraya kecil yang sebelum ini. Tu lah sebab Saudara KJ dapat 304 je.
Bercerita tentang branding, liputan media dan pengiklanan, Pemuda IKS ingin berkongsi satu pendapat daripada seorang tokoh perniagaan yang berurusan dengan pelanggan yang paling mencabar - pihak umum. Ini bukan 304, tetapi berjuta-juta. Beliau adalah individu yang membeli syarikat yang bakal kecundang dan merubahnya menjadi satu fenomena. Berikut adalah pendapat beliau mengenai baik buruk sesebuah liputan media.
"They always say as long as you're getting press, whether it's good or bad, it's a positive thing. I've never agreed with that. I think that too much bad press can kill you. The thing that was great for us coming in and buying a company that had tons of bad press was we could come in and be the knight in shining armor. You could be the guy that comes in and says, "This is what they used to do, but this is what we're going to do now." Basically tell everyone how you're going to change it." - Dana White, UFC President, Entrepreneur.com
Mengikut pemahaman Pemuda IKS, beliau menyatakan liputan negatif yang melampau mampu menjatuhkan seseorang. Namun beliau menegaskan, apa jua yang buruk boleh diubah menjadi lebih baik. Seburuk mana pun, masih ada harapan. Contoh - dari pencalonan yang paling rendah kepada 304 undi majoriti.
Apa kata kita beri peluang kepada Saudara KJ mengetuai Pemuda UMNO pada penggal ini. Kita lihat saja sejauh mana kemampuannya dan seutuh mana kredibilitinya. Jika sebelum ini beliau masih dibayangi bapa mertua dan bos, Dato' Hishammudin. Mari kita teliti gerak gerinya berada di tempat sekarang bersama-sama 304 penyokong kuatnya.
Pemuda IKS berasa, jika dalam perlawanan tinju, di antara BERANI BERUBAH!, SETIAKAWAN dan PEMUDA BERANI, stamina adalah di antara perkara yang terpenting. Jika cepat pancit, cepatlah tersungkur. Walau sekuat mana tumbukan kita, jika dilawan dengan stamina dan kecekalan hati, kejayaan pasti berpihak kepada lawan. Ini kerana stamina menunjukkan konsistensi. Dan kerana stamina, 304 akan terhasil.
Oleh itu, BERANI BERUBAH! perlu berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh untuk berdepan dengan lawannya di perlawanan yang akan datang. Perlu cari punca kepada 304. Apa pun jua, beringatlah bahawa ada banyak cara untuk kita berbakti kepada Pemuda UMNO selain menyandang jawatan.
Baca selanjutnya...