Sejuta ucapan tahniah diucapkan kepada Datuk Mukhriz Mahathir daripada Pemuda IKS di atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tahniah juga diucapkan kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Muar, di atas perlantikan beliau selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd Puad Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran yang baru. Berharap barisan Menteri Kabinet yang baru ini akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Pemuda IKS memberi sokongan penuh terhadap pembentukan ini.
Bercakap mengenai barisan Kabinet yang baru, Pemuda IKS ingin menyentuh sedikit tentang agenda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang kini diketuai oleh YB Khairy Jamaluddin. Langkah yang diambil oleh YAB Perdana Menteri adalah satu langkah strategik untuk mencapai matlamat 1Malaysia. Langkah yang dimaksudkan adalah memberi ruang kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin supaya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pergerakan tersebut.
Seperti yang kita semua tahu, selepas PRU-12, masyarakat umum rata-ratanya menolak kerajaan BN. Oleh itu, adalah perlu untuk Pemuda UMNO berusaha keras untuk memantapkan pergerakan dan memenangi semula hati rakyat. Tanggungjawab besar ini terletak di atas bahu YB Khairy Jamaluddin dan jentera Pemuda UMNO. Mari bersama melaksanakannya.
Pemuda IKS amat bersetuju di atas perlantikan Datuk Mukhriz Mahathir dalam barisan menteri Kabinet yang baru. Beliau yang cukup berpengalaman dalam bidang perniagaan dan perdagangan adalah individu yang paling sesuai untuk menjawat jawatan tersebut. Penglibatan beliau dalam industri tertentu mengukuhkan lagi kelayakan beliau. Pemuda IKS berharap dengan kemunculan muka-muka baru di dalam barisan menteri Kabinet akan memberi nafas baru kepada kerajaan BN.
Perlantikan Datuk Mukhriz Mahathir juga menampakkan sifat kepimpinan dan kebijaksanaan YAB Perdana Menteri yang tidak mengenepikan golongan muda dalam barisan menteri Kabinet. Inilah perubahan yang perlu dilakukan untuk merubah imej Kerajaan BN. Golongan muda hari ini perlu diberikan perhatian. Golongan muda perlu diberikan peluang untuk menimba pengalaman. Ini kerana penglibatan awal dalam barisan Kabinet dapat memupuk sifat kepimpinan yang baik dan sekaligus dapat melatih barisan pemimpin untuk masa hadapan.
"Don't just do the right thing but do the thing right.".. you said.
BalasPadamYou said... Najib bijak sebab tak lantik Khairy jadi menteri supaya dia dapat tumpukan Pemuda dan bijak lantik Mukhriz sebab dia takde jawatan apa-apa...
Apakah Hishamuddin gagal tumpukan Pemuda selama ini... Mukhriz dalam MITI bermakna makin banyak projek untuk kroni..
Soalan,
BalasPadamBagaimana KJ akan memimpin Pemuda jika dia tidak mendapat penghormatan sebagai Menteri/Timbalan Menteri?
Inginkah dia berganding dengan TKPU dan Mukhriz yang didalam Kabinet?
Memang sukar untuk dia kan?
Sudah tentu sokongan akan berpecah jika suara nya tidak boleh di dengar di peringkat atas.
Saya pasti akan berlaku perpecahan di sayap Pemuda sama seperti perpecahan yang berlaku pada masa yang silam.
Itu belum lagi membabitkan Negeri Melaka...
Kata saudara, untuk memantapkan dan menawan semula hati rakyat...
BalasPadamSaya rasa anda tidak berpijak di bumi nyata, bagaimana boleh, sedangkan kalian sendiri semua sedang berpecahan.Dan bagaimana seorang ketua duduk di bawah pengikutnya dalam kerajaan.
Kenapa harus diperdebatkan dan dipertikaikan? Khairy sendiri menyatakan Pemuda tidak akan meminta jawatan menteri, kerana itu hak Perdana Menteri untuk menentukannya.
BalasPadamSebagaimana penyokong Khairy meminta penyokong Mukhriz dan Khir Toyo menerima kenyataan, sebagaimana itu jugalah harus apabila berlaku ke atas Khairy.
Biarlah barisan menteri baru dan Perdana Menteri buat kerja mereka untuk rakyat. Rapatkan barisan, sebagaimana yang anda juga serukan..
saya menyokong penuh barisan yg pm susun utk memantapkan negara malaysia.semoga pm najib memperolehi kejayaan dgn jayanya..hidup malaysia hidup umno hidup najib.pada yg di beri jawatan selamt maju jaya.kj anda mempunyai tugas yg amat berat utk pastikan pemuda dlm malaysia menyokong anda...plan2 buat utk menyatukan blh tapi keje kuat sikit..mcm mane anda blh menang jawatan kp mcm tu la anda kena keje or lbh kuat utk pemuda.hidup umno hidup malaysia
BalasPadamKenapa kan bila terang lagi bersuluh...
BalasPadamWaktu dah terang, semua orang boleh nampak.
Bagaimana anda kalian berharap untuk rapatkan barisan, sedangkan kalian sendiri tidak mengutamakan Ketua anda sendiri dan tidak berjuang untuk menyokong Ketua anda sendiri.
Lemahlah barisan kalau ketua anda sekarang tidak di sokong sepenuhnya.
Bagaimana Ketua anda akan boleh membuat perubahan, kalau dia sendiri boleh di picit...?
jangan salah fakta
BalasPadamnampak sangat kebodohan
timbalan menteri bukannya jawatan kabinet
kabinet hanya dianggotai oleh menteri sahaja
sebab itu masa Isa Samad digantung, jawatan menteri WP dipangku oleh Shahrizat, Zulhasnan masih timbalan menteri lagi pada masa itu!
Timbalan Menteri juga tidak boleh ikut serta dalam mesyuarat kabinet. Fakta bukan Auta.
aku nampak ketiadaan pemuda dalam kabinet adalah satu signal kepada semua pemuda yang cakap pandai tapi tak ada substance supaya jangan syiok sendiri. Termasuk lah pemuda batu dan iks sendiri. Semalam KP PJ Selatan Latt Shahrizan, ada dalam wawancara live di astro awani mengenai cabaran kabinet baru malaysia.
KP Batu bila nak keluar TV? ada kaliber ker? Pemuda UMNO lah punca kebencian pengundi terhadap BN. Dan ijoi yang kaya raya lepas jadi G2
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan!
BalasPadamKomen tuan tanpa nama ada asasnya dan saya fikir tuan juga bukanlah calang - calang orangnya.
Bagi saya jawatan timb. menteri juga merupakan satu tanggungjawab yang diberikan atas penilaian - penilaian dan beberapa kriteria yang melayakkan individu itu dipilih. Bukan mempersoalkan kenapa YB KJ tidak terpilih tetapi beliau memerlukan masa dan penumpuan yg lebih untuk menyegar dan menyuntik semangat baru dalam Pemuda UMNO.
Mengenai ketiadaan 'subtance' di kalangan Pemuda Batu dan IKS, saya menafikan tuduhan tuan. Pemuda IKS sendiri mempunyai beberapa agenda yang disusun secara rapi yang melibatkan proses melihat semula kepada kehendak asas dan mendekati hati masyarakat. IKS juga berharap perkara ini dapat dikembangkan. Dan saya yakin idea perubahan dapat diterima di peringkat Pemuda Bahagian.
Kami berharap tuan tanpa nama dapat memberikan pandangan dan cadangan untuk menjayakan agenda di atas.
Mengenai perkara keluar TV.Kalau itulah yang dijadikan kayu pengukur untuk menilai kebolehan dan kepimpinan seorang individu, berikan sedikit masa lagi untuk Ketua Pemuda Batu muncul di tv.
Sekali lagi saya berharap agar tuan tanpa nama dapat memberikan cadangan dan idea untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada BN.
Mengenai perkara Sdr.Ijoi..Saya rasa tuan tanpa nama lebih mengenali dia daripada kami.
Berani Berubah!
Kepada Tanpa Nama,
BalasPadamTolong senaraikan perkara yang Pemuda IKS "cakap tak serupa bikin". Boleh kita teliti bersama satu persatu. Ini kerana dari pemahaman dan pengetahuan saya, Pemuda IKS telah melaksanakan setiap yang diucapkan.
Saya tidak mengatakan Pemuda IKS adalah yang terbaik. Setiap perkara pasti ada cacat celanya. Namun Pemuda IKS tetap tidak pernah jemu memantapkan dan memajukan perjuangan.
Akhir kata, saya setuju dengan Emperor Han supaya Tanpa Nama dapat memberi cadangan dan idea untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.
Terima kasih diatas komen yang dilontarkan kepada kami. Tetapi komen atau tuduhan tersebut harus membina supaya kami dapat mengubah kesilapan yang telah kami lakukan.
BalasPadamTelah kami nyatakan lebih awal bahawa kami (PemudaIKS) amat berharap jika Datuk Mukhriz menjadi KP kerana idealogi dan perjuangan yang bersesuaian dengan kami. Namun setelah apa yang berlaku kami tetap akur dengan keputusan itu. Buat apa kita ambil pertelingkahan baik berkerjasam. Bukan kerana Saudara KJ tidak bagus, ada beberapa aspek kelebihan beliau dan kami pun tidak menolak beliau. Pendekatan yang telah kami capai adalah cuba mendapat panduan, bimbingan serta berjuang bersama KJ dengan berkongsi bersama beliau. Yang penting kita masih berlandaskan erti perjuangan sebenar.
Akhir kata, jika pendekatan ini boleh direalisasikan tidak retak lah UMNO ini. Kita boleh bagi peluang pada KJ takkan kita tidak boleh bagi peluang kepada KP Batu atau mana-man KP. Tiada ketua yang terbaik jika dibelakangnya bukan dikalangan yang terbaik.
Sekian, terima kasih.