Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


05 April 2009

Dari Mana Dapat Ilham Untuk Menulis?

Salam perjuangan kepada semua. Untuk dua tiga hari nih, Pemuda IKS kebuntuan idea untuk menulis. Walaupun isu-isu hangat berkenaan PRK sedang hebat dibincangkan di blog-blog lain, Pemuda IKS berasa ada sesuatu yang menghalang daya kreativiti minda Pemuda IKS. Sekaligus merencatkan penerbitan artikel-artikel di blog Pemuda IKS.
Mungkinkah kesibukan kehidupan seharian yang memberi impak kepada situasi ini? Mungkinkah semangat BERANI BERUBAH! sudah luntur lantaran kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir pada pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lalu? Apa pun jua, Pemuda IKS tetap berasa terpanggil untuk menulis posting "kosong" ini.
Pada hari Jumaat yang lalu, beberapa ahli Pemuda IKS bersama Ketua Pemuda IKS ada duduk bersembang-sembang di Restoran Thaqwa, Taman Bullion Mewah. Pada malam tersebut, Pemuda IKS sedang berkumpul sebelum bertolak ke Bukit Gantang. Walaupun bersembang kosong, ada juga terselit topik-topik berat berkenaan perkara tertentu.
Selain bertukar pendapat mengenai perkembangan semasa terhadap PRK, Pemuda IKS ada juga menyentuh tentang keputusan pemilihan UMNO yang lalu. Banyak spekulasi daripada para ahli Pemuda IKS yang hadir ke persidangan tersebut sebagai pemerhati. Oleh itu, banyaklah cerita yang dapat dikongsi. Namun, Pemuda IKS tidak dapat menyatakannya dalam artikel ini. Takut-takut ada pihak yang terasa hati dan mungkin akan menjerumus kepada masalah yang lebih besar.
Selain itu, hal-hal dalaman Pemuda IKS juga diketengahkan. Soal penubuhan pertubuhan belia, pengurusan biro-biro dan soal masalah peribadi yang sering dicampur aduk dalam perjuangan murni ini. Persoalan utama yang bermain di fikiran para AJK Pemuda IKS adalah, mengapa biro-biro Pemuda IKS tidak mula menjalankan aktiviti sedangkan sudah berbulan lamanya ianya tertubuh?
Aktiviti yang dijalankan sebelum ini adalah usaha dari Biro Sukan dan Rekreasi Pemuda Batu yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil. Selain itu, Pengerusi Biro Belia, Sukan dan Rekreasi Pemuda IKS, Saudara Norzaman Ismail turut giat menjalankan aktiviti.
Biro Latihan dan Pendidikan Pemuda IKS yang dipengerusikan oleh Saudara Shahir Omar sudah pun merangka kertas kerja dan kelas tuisyen yang dicadangkan dijadualkan akan bermula pada awal bulan Jun 2009. Bagaimana pula dengan biro-biro yang lain? Baik di peringkat cawangan mahupun di peringkat bahagian.
Naib Ketua Pemuda IKS, Saudara Ali Imran mengatakan bahawa para pengerusi biro masih sedang sibuk merangka taqwim untuk biro masing-masing. Bukan mudah untuk merangka aktiviti kemasyarakatan dalam masa terdekat ini. Hal ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pemuda IKS yang seterusnya.
Ada juga yang mempersoalkan kredibiliti individu yang menjawat jawatan tertentu dalam Pemuda IKS. Adakah mereka mahukan jawatan untuk kemasyhuran semata-mata? Masyhur apa benda? Bukan ada gaji pun jika menyertai Pemuda IKS. Pokok pangkalnya keikhlasan hati dalam berjuang bak kata Piggy Singh.
Jangan menjawat jawatan tertentu jika kita tidak mampu untuk melaksana. Apa gunanya menubuhkan sebuah organisasi pergerakan jika ianya tidak bergerak? Penyataan misi dan visi memang canggih. Bersembang memang hebat dan gah. Tapi sayang, tidak berisi. Ada pula yang tak dapat jawatan dan terus merajuk. Macam-macam hal. Berhentilah berkelakuan seperti kanak-kanak Ribena dan matangkanlah diri.
Pemuda IKS sudah pun menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan untuk menubuhkan pertubuhan belia. Organisasinya juga sudah dirangka. Pemuda IKS kini menanti kelulusan pihak atasan sebelum dapat menggiatkan aktiviti-aktiviti berkatian dengan pertubuhan belia.
Pemuda IKS juga ingin mengingatkan kepada para ahli supaya jangan sesekali mencampuradukkan urusan atau kehidupan peribadi ke dalam perjuangan ini. Seorang yang profesional tidak sepatutnya melakukan sedemikian. Perkara ini turut akan mengaitkan soal emosi. Dato' Fadzilah Kamsah juga ada berkata "Jika anda inginkan kejayaan, jangan memberi alasan. Jika anda kerap memberi alasan, sampai bila pun anda tidak akan berjaya".
Pemuda IKS kini menempah baju rasmi untuk para AJK. Baju rasmi ini akan menjadi imej Pemuda IKS dalam majlis-majlis rasmi. Kepada AJK Pemuda IKS yang belum pergi membuat tempahan, sila berbuat demikian secepat mungkin. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil.
Berbalik kepada tajuk posting ini, Pemuda IKS ingin mengumpul suara daripada para blogger berkenaan ilham untuk menulis. Para blogger bolehlah berkongsi pengalaman mereka sepanjang bergiat dalam bidang blogging ini di ruangan komen. Dari mana anda semua mendapat ilham untuk menulis posting tertentu?

5 ulasan:

  1. hang bagi 1001 sebab kenapa perlu tolak calon PAS...BN tetap kalah.

    Ir Nizar bukan setakat calon PAS tapi mewakili PAKATAN

    Dulu masa PAKATAN pandai merangkak, BN hampir tumpang dalam PRU 13, sekarang PAKATAN dah pandai berjalan.

    BN kalah.... mereka dah tahu, cuma melayu bodoh macam hang masih melalak kat blog...

    Bodoh punya melayu!


    No to oral sex. Hormati isteri anda

    BalasPadam
  2. hang bagi 1001 sebab kenapa perlu tolak calon PAS...BN tetap kalah.

    Ir Nizar bukan setakat calon PAS tapi mewakili PAKATAN

    Dulu masa PAKATAN pandai merangkak, BN hampir tumpang dalam PRU 13, sekarang PAKATAN dah pandai berjalan.

    BN kalah.... mereka dah tahu, cuma melayu bodoh macam hang masih melalak kat blog...

    Bodoh punya melayu!


    No to oral sex. Hormati isteri anda

    BalasPadam
  3. limbiskuttkp07 April, 2009

    pada tokmudim berkata kata tu biar la waspada..jgn kemuadian hari binasa..kami bersuara adelah hak kami k.blog kami dan ape yg kami masukkan tajuk semua adelah urusan kami.anda tokmudim yg menyokong pas ke ape ke to hak anda..tapi jgn smpai hak kami terusik.
    kami pemuda adelah hak kami utk menyokong mane k..tolong fahm wahai tokmudim...kalau babmelayu bodoh tu anda yg nyatakan.sebelum cakap tgk diri anda dulu k

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum..

    Tok Mudim,

    Dari nama samaran, gambar profile, loghat & ayat yg digunakan, nmpk gayenye Tok Mudim ni orang "melayu" yg beragama Islam.. Jadi, ape yg sy dpt ulaskan dr komen Tok Mudim di atas, "cuma melayu bodoh macam hang masih melalak kat blog..." maknenya, Tok Mudim la yg sedang memperBODOHkan diri kat blog Pemuda IKS. Sebabnye..Tok Mudim dok memekak sendirian kt blog ni.. Kata2 yg tak berasas juga turut dilontarkan..

    Jadi, jaga lah setiap ayat yg hendak disampaikan.. Tunjukkan siapa anda sebenarnye.. Tidak perlu samaran andainya segale yg ingin disampaikan adalah benar.. Pihak kami pun takde mengutuk pihak lain.. Jadi, tak elok rasanya kite melayu gune bahase kurang sopan ye..

    Sekian, wassalam..

    BalasPadam