Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


24 April 2009

N.12 Penanti: Pemuda Sedia Gempur!

Kawasan DUN Penanti, menyaksikan tiga pilihanraya dalam masa yang begitu singkat. Mula-mula PRU-12, kemudian PRK P.44 Permatang Pauh dan kini PRK N.12 Penanti. Namun apa yang memeranjatkan adalah BN dikatakan tidak akan meletakkan calon untuk bertanding pada PRK kali ini.

DUN Penanti yang dikatakan kawasan PKR menyebabkab BN, khususnya UMNO tidak yakin untuk bertanding. PM masih lagi belum membuat keputusan rasmi tentang perkara ini. Ianya mungkin berpunca dari pendapat Tun M yang mencelah mengatakan BN perlu berjuang di DUN Penanti. Dalam erti kata lain, beliau bermaksud, dalam sesebuah perjuangan, walaupun kalah, biarlah kalah bermaruah.

Jangan kita terlalu mudah mengalah. Rapatkan barisan, perkasakan pergerakan dan sahut cabaran dalam menempuh perit getir perjuangan. Barisan sayap Pemuda, yang diketuai oleh Saudara KJ perlu gempur habis-habisan.

Ada pula yang berkata PRK sebegini hanya akan menelan belanja yang tinggi tanpa hasil yang memuaskan. Adakah UMNO ingin berjimat? Sejak bila kos menjadi isu dalam perjuangan UMNO? Jika kos menjadi persoalan, mengapa BN berani bertanding di N.25 Bukit Selambau dan N.59 Bukit Gantang walaupun mereka sedar bahawa kawasan itu adalah bukan kawasan UMNO?

Oleh itu, apa jua dugaan yang perlu dihadapi, UMNO perlu menempuhinya kerana ianya adalah sebahagian daripada deretan episod perjuangan. Pemuda UMNO perlu bersedia untuk gempur PRK ini. Kita nantikan keputusan "orang atas" terhadap perkara ini.

4 ulasan:

  1. saya rasa BN perlu ltk calon dalam DUN penanti.. Jgn megalah sebelum bertanding.. Jika dilihat bukan BN saja yang kini goyah, akan tetapi PR juga sedang bermasalah.. PR tidak kuat mereka ambil kesempatan atas kelemahan BN sahaja..
    UMNO masih kukuh, cuma kompenen yang lain perlu buktikan kesetiaan mereka terutama MCA..
    PRK P059 Bukit gantang menyaksikan cina penyebab kekalahan BN.. Pemuda pula perlu beri tumpuan rapatkan dan curi perhatian di saluran 3 dan 4..
    Jika kita berstu kita akan teguh dan mampu menewaskan pesaing, jika kita bercerai maka akan pupuslah hak dan keistewaan org melayu dan tidak mustahil pati UMNO akan terkubur

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama24 April, 2009

    pembetulan ismail safian adalah calon di Bukit Gantang bukan di bukit selambau..Bahagian Merbok pula adalah bahagian di kawasan bukit selambau...

    BalasPadam
  3. Saya amat bersetuju dgn panglima.. kita tidak boleh lupakan rakan-rakan seperjuangan kita disana.. Harap KETUA PEMUDA kita dapat fikirkan jalan terbaik supaya Datuk Najib boleh buat keputusan.. Insyaallah kami disini tetap akan memberi support sepenuhnya pada PRK Penanti.. Kalau pihak PKR merasakan mereka nak test gelombang mereka.. Kita tidak gentar.. Pemuda UMNO akan bangkit..

    BalasPadam
  4. Gempur pejuang bahasa jauh melangit lebih bermakna tiada tolok bandingya.............

    BalasPadam