Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


21 April 2009

Dilema Pemuda Batu: Hasil Yang Diperoleh Bukan Seperti Yang Diharapkan

Posting sebelum ini menghuraikan bagaimana bezanya harapan Pemuda IKS terhadap Proton Exora dan hasil keluaran sebenar model kenderaan nasional itu. Ramai tertanya, mengapa buat posting berkenaan automotif sedangkan blog ini adalah blog politik. Sebenarnya, cerita Proton tu sekadar pembuka cerita kepada kekeluhan asal Pemuda IKS.

Pemuda IKS cuma ingin mengaitkan cerita Proton tu dengan apa yang berlaku dalam Pemuda hari ini. Hasil yang diperoleh bukan seperti yang diharapkan. Hasil apa? Harapan siapa? Mari kita kupas satu per satu.

Terdapat dua hasil yang ingin diketengahkan. Hasil pertama yang dimaksudkan adalah intipati perjuangan politik yang diagendakan hari ini. Hasil kedua pula adalah kesinambungan ke atas pemilihan pemimpin tempoh hari. Letakkan objektif posting ini pada peringkat umum dan tidak menyentuh mana-mana pihak. Namun, siapa makan cili, terasa pedasnya.

Apakah intipati sebenar yang ingin kita perjuangkan? Kembali kepada asas perjuangan. Demi Agama, Bangsa dan Negara. Walaupun terdapat segelintir individu yang menyertai parti politik untuk kepentingan peribadi, masih terdapat mereka yang lurus dalam garis perjuangan. Ramai yang menyangkakan penyertaan terhadap UMNO akan menggiatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Tetapi zahirnya melihatkan kronisme.

Apakah hasil terhadap pemilihan pemimpin yang menjadi tumpuan semua? Adakah kita menyokong seseorang kerana terikut orang lain atau ianya satu arahan ataupun memang ikhlas? Ini dipersoalkan kerana apabila terlantiknya seseorang itu selaku pemimpin kita, walhal semasa musim pemilihan kita langsung tidak mengenal erti budi dirinya, akhirnya kita meragui sifat kepimpinannya, keikhlasan hatinya dan arah tuju perjuangannya. Ini sering berlaku, menyokong seseorang tanpa siasat, dan kecewa dengan hasilnya.

Harapan yang diberikan juga ada dua kategori. Harapan pemimpin kepada pengikutnya dan harapan pengikut kepada pemimpinnya. Ada pemimpin yang letih melayan anak buahnya yang "sembang lebih, tapi meeting tak datang" dan "datang kalau makan ada makan free". Ada pengikut pula yang bosan dengan ideologi kuno yang dibawa oleh pemimpinnya sedangkan dialah yang mengundi mereka.

Perkara yang perlu ditegaskan di sini adalah harapan daripada golongan di peringkat akar umbi. Dan selalunya, perkara ini diambil remeh. Bak kata orang di peringkat akar umbi, "Siapa nak dengar suara kita? Diorang tuh sibuk dengan hal kat atas".

Inikah caranya untuk kita menarik minat masyarakat untuk menyertai parti keramat ini? Mereka sudah mual dengan agenda, sikap dan budaya orang UMNO. Terpulang kepada kita untuk memperbetulkannya. UMNO perlu ada tarikan untuk menarik minat golongan muda. Ini juga salah satu punca mengapa orang yang sedia ada di dalam UMNO berputus asa dengan UMNO itu sendiri.

Kita ada lebih kurang tiga tahun untuk memperkasakan UMNO sebelum PRU seterusnya. Kita nak tunggu musim pilihanraya ke nak gerak sekarang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan