Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


19 April 2009

Agenda Pergerakan: Mesyuarat Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS

Biro Belia, Sukan & Rekreasi Pemuda IKS yang dipengerusikan oleh Saudara Norzaman Ismail akan mengadakan satu mesyuarat berhubung perkembangan aktiviti dan agenda biro tersebut untuk tahun 2009. Mesyuarat itu akan diadakan pada 19 April 2009 bersamaan dengan hari Ahad pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Komuniti Taman IKS. Barisan AJK Pemuda IKS dijemput hadir untuk membincangkan isu-isu yang bakal diutarakan. Di antara perkara yang akan dibincangkan adalah pengurusan biro dan pengelolaan program Sukan Rakyat Komuniti IKS 2009. Sekian, terima kasih.

2 ulasan:

  1. Salam Perjuangan,

    Jutaan Terima Kasih kerana memberi maklum balas positif melalui komen yang telah anda berikan di dalam blog kami.

    Di harap persahabatan akan terjalin dan dapat kita merealisasi perjuangan parti kita melalui blog.

    Kami ingin membuat sedikit pembetulan dimana utk pengetahuan saudara, kami merupakan UMNO dari Cawangan Gombak Selatan. Bukan Pemuda Wangsa Maju. Di harap tidak timbul sebarang kekeliruan mengenai blog kami.

    Sekian, semoga Allah merahmati perjuangan kita. Teruskan usaha.. Insyaallah, di 1 masa nanti, kita dapat bertemu dan berkongsi pendapat mengenai maklumat politik tanah air..

    HIDUP UMNO.... HIDUP BN..

    Ikhlas dari,

    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
    BAHAGIAN WANGSA MAJU

    BalasPadam
  2. Salam perjuangan,

    Memandangkan kami tidak dapat mengesan laman blog Pemuda Wangsa Maju, kami mengambil kira laman blog saudara sebagai sumber saluran maklumat Pemuda Wangsa Maju. Ini juga berlaku kepada Pemuda Putrajaya, Segambut dan Kepong.

    Walaupun laman blog yang direkodkan bukanlah laman blog rasmi Pemuda, kami mengambil kira ianya adalah sumber terdekat yang diperolehi.

    Berharap saudara tidak terkilan dengan tindakan kami kerana ini adalah cara kami untuk menyimpan rekod buat masa kini. Kami memohon maaf jika kami ada menyinggung pihak saudara. Terima kasih.

    BalasPadam