Pada hari Jumaat yang lepas, bersamaan 24 April 2009, UMNO Bahagian Batu telah menganjurkan satu Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PMR & SPM 2009 Parlimen Batu bertempat di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2. Majlis bermula pada pukul 9.00 malam dan berakhir pada pukul 11.00 malam.
Seluruh warga UMNO Bahagian Batu hadir bagi menjayakan dan menyokong majlis ini. Dif kehormat yang turut hadir adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi menyempurnakan majlis ini. Majlis ini adalah usaha gigih warga UMNO Bahagian Batu yang diketuai oleh Datuk Yahya Mat Ghani dan Timbalannya, Kekanda Ramlan Salleh. Syabas diucapkan.
Matlamat penganjuran majlis sebegini adalah untuk memberi galakkan kepada golongan pelajar di Parlimen Batu untuk berusaha lebih gigih dan rajin dalam mengulangkaji pelajaran. Para pelajar yang diraikan adalah mereka yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun 2008. Galakkan sebegini turut membantu Parlimen Batu melahirkan golongan intelek dan profesional.
Alhamdulillah, majlis berjaya disemprunakan dengan baik pada malam itu. Cuma yang hairannya, barisan Pemuda Batu, yang ramainya adalah Pemuda IKS dan Pemuda PKNS. Adakah Pemuda Cawangan lain tidak diberitahu berkenaan perkara ini?

Syabas juga kepada pimpinan negara berjaya melambatkan mansuh PPSMI dan kembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti.........Tunggulah tsunami bahasa bakal melanda.............Bahasa ada rohnya..Bahasakuuuuuu............kuseru semangatmu rasuklah setiap hati anak bangsa meresap ke jiwanya martabatkannya.........
BalasPadam