Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


16 April 2009

Gagasan 1Malaysia vs Malaysian Malaysia

Konsep Satu Malaysia tidak boleh disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu umpama pembangkang kata bahawa ia sama dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’. Ia tak sama.

Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.

Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep Satu Malaysia.

Banyak spekulasi timbul apabila PM kita memperkenalkan konsep 1Malaysia kepada rakyat. Macam biasa, pihak pro-kerajaan akan kata ianya bagus dan efektif, pihak anti-kerajaan pula mengkritik selagi boleh dikritik. Pemuda IKS ingin mengucapkan tahniah kepada PM kita kerana berjaya menghasilkan satu konsep yang menerapkan nilai-nilai perpaduan.

Pembangkang kata, PM meniru konsep Malaysian Malaysia yang menegaskan kesamarataan. Namun PM membidas dengan menerangkan perbezaan ketara di antara kedua-dua konsep tersebut. Dah nama pun pembangkang, membangkang memang kerja mereka. Terpulang kepada kita untuk menguruskannya.

Pemuda IKS menyokong penuh pelaksanaan gagasan 1Malaysia dan berharap ianya dapat mengembalikan keharmonian dan perpaduan rakyat. Jika terdapat sebarang kecacatan atau kekurangan terhadap pelaksanaan gagasan ini, pihak yang terbabit haruslah membetulkannya agar ianya sesuai dan mendapat penerimaan yang baik di hati rakyat.

3 ulasan:

  1. Salam,

    Saya ada menulis ulasan ringkas tentang konsep Satu Malaysia dalam blog saya: http://sangka-kala.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama17 April, 2009

    Blog baru berkaitan AJK PKR Putrajaya bernama Jamil Kucing di http://jamilismail.blogspot.com

    Hantam produk munafik itu cukup cukup

    BalasPadam
  3. Pada pendapat saya konsep ini ditonjolkan sebagai satu batu asas bagi kita untuk mencapai perpaduan atau KENEGERAAN diperingkat bangsa dan kaum di Malaysia, selaras dengan misi kita menuju Wawasan 2020 hanya satu bangsa iaitu "Bangsa Malaysia". Ini adalah satu pendekatan yang paling bagus memandangkan negara kita adalah unik dengan masyarakat yang muhibbah.

    Apa yang dinafikan oleh pembangkang mengenai konsep ini membawa kearah kesamarataan.. tetapi bagi saya tidak, ianya adalah perpaduan..

    BalasPadam