Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


28 Februari 2009

Agenda Pergerakan: Larian Amal Palestin

Pemuda IKS akan menyertai Larian Amal Palestin anjuran bersama Kelab Rakan Muda Kawasan Batu dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu yang akan diadakan pada hari ini (28 Februari 2008 - Sabtu) bermula jam 8.00 pagi. Larian ini akan bermula dari Pejabat UMNO Bahagian Batu, Taman Bullion Mewah dan berakhir di Pejabat Khidmat Barisan Nasional, Sentul Raya. Pengisian untuk program larian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan belia dan remaja terhadap penderitaan rakyat Palestin khususnya di Gaza. Kutipan derma juga akan diadakan semasa berlangsungnya program ini. Setakat ini, program ini telah mendapat sambutan baik daripada badan-badan NGO, para pelajar Kolej Islam Antarabangsa dan Kolej Unikop. Orang ramai dijemput hadir bagi memberi sokongan terhadap program ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi Biro Pembangunan & Pemantapan Belia Pemuda UMNO Bahagian Batu, Saudara Gulam Muszaffar di talian +60192510880.
Baca selanjutnya...

27 Februari 2009

Jahanamlah Karpal "Si Celaka" Singh

Inikah pemimpin yang perlu dihormati? Di mana letaknya sikap profesional singh nih? Adakah dengan mencerca Pemuda UMNO dapat membawa perubahan yang baik? Ataupun ianya sekadar mencerminkan ke-tidak-senonoh-an pihak pembangkang? Apa pun jua, barisan kepimpinan pihak pembangkang semakin hari semakin bercelaru. Agak-agaknya macam mana lah jikalau mereka ini mentadbir negara. Tentu huru hara dibuatnya.
Pemuda IKS merujuk kepada isu kenyataan MP Bukit Gelugor, Karpal Singh yang melemparkan kata-kata berbunyi "pemuda celaka" ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang Di-pertuan Agong di dalam sidang Dewan Rakyat tempoh hari. Beliau berkata begitu sebagai tanda mengkritik tindakan Pemuda UMNO berdemonstrasi di Pulau Pinang. Beliau turut menyatakan bahawa dua butir peluru yang dikirimkan kepada beliau adalah angkara Pemuda UMNO.
Walau bagaimanapun, MP Kuala Krau, Ismail Mohamed Said dan MP Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi telah mendesak beliau supaya menarik balik kenyataan dan pertuduhan yang telah dilemparkan kepada barisan Pemuda UMNO. Jika si Karpal mengingatkan Pemuda UMNO supaya jangan main-main dengan beliau, beliau juga perlu beringat supaya jangan mempermainkan barisan pejuang Pemuda UMNO. Padah jawabnya nanti.
Seluruh warga Pemuda UMNO giat berdemonstrasi di serata pelusuk tanahair kerana membantah tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mentitahkan perletakan jawatan MB Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
Saudara Khairy Jamaluddin telah memberi si Karpal tempoh 24 jam untuk menampilkan bahan bukti bahawa kiriman peluru itu adalah perbuatan Pemuda UMNO. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa pula mengingatkan Karpal bahawa keceluparan beliau boleh memakan dirinya sendiri.
Setelah mengkritik kepimpinan Anwar Ibrahim yang mengetuai barisan Pakatan Rakyat, kini beliau cari pasal pula dengan Pemuda UMNO. Pemuda IKS berasa beliau adalah individu yang patut berundur. Berharap para pemimpin pembangkang yang bijaksana dapat menasihati si tua yang tidak sedar diri ini.
Baca selanjutnya...

26 Februari 2009

9 Cabaran Utama Untuk Mencapai Wawasan 2020

1. Mewujudkan Bangsa Malaysia bersatu yang mempunyai maltamat di kongsi bersama.
2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan yang di capai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.
3. Mewujudkan dan membangungkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan kesetian mereka kepada satu negara.
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyi daya perubahaan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
7. Menyujudkan masyarakat penyayang dan budaya meyayangi, iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyi ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Baca selanjutnya...

23 Februari 2009

Laman Blog Pemuda IKS Kurang Mendapat Sambutan

Alhamdulillah, sudah hampir lima bulan laman blog Pemuda IKS beroperasi. Namun, adat bagi setiap perkara yang tentu ada naik turunnya.
Ini cerita benar. Tolak tepi dahulu sambutan daripada para blogger yang sedia ada dan sebilangan golongan masyarakat umum yang gemar melayari internet. Apa kata kita persoalkan sambutan di kalangan ahli Pemuda IKS itu sendiri? Setakat ini, sokongan hanya diperoleh daripada barisan AJK Pemuda IKS. Malah, seorang ahli Pemuda IKS yang kini menetap di Sudan kerana bertugas turut memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap penubuhan laman blog ini. Bagaimana dengan ahli-ahli yang lain yang tinggal sekawasan dengan para AJK Pemuda IKS? Mungkin mereka belum diberitahu berkenaan hal ini.
Seorang AJK Pemuda IKS berpendapat, di antara faktor yang menyebabkan perkara sebegini berlaku adalah kerana artikel-artikel yang diterbitkan oleh Pemuda IKS terlalu berunsur politik. Oleh itu, sudah tentu isi kandungannya mencabar pemikiran normal sesetengah individu sehinggakan golongan ini "malas nak layan" isi kandungan laman blog Pemuda IKS.
Apa buktinya? Lihat sahaja di ruang komen/ulasan. Kebanyakan komen/ulasan terhadap artikel yang diterima Pemuda IKS adalah daripada para blogger yang sudi mengikuti perkembangan Pemuda IKS. Adakah ahli-ahli Pemuda IKS tidak mempunyai tindak balas atau perasaan terhadap artikel-artikel yang disiarkan? Ini belum lagi disebut tentang sesetengah ahli Pemuda IKS yang memperlekehkan dan memandang rendah terhadap penubuhan laman blog ini. Apapun jua, jutaan terima kasih diucapkan kepada para blogger di atas sokongan yang diberikan.
Mungkin sesetengah ahli-ahli Pemuda IKS lebih berminat dengan majlis keramaian (makan free) dan aktiviti sukan (kalau boleh nak free jugak). Bukankah di antara misi perjuangan Pemuda IKS untuk penggal ini adalah bergembeling tenaga untuk merampas kembali kerusi Parlimen Batu daripada pihak PR? Jika kita tidak membina kesedaran dari dalam hati mulai sekarang, logikkah misi ini dapat dikecapi? Oleh itu, artikel-artikel terbitan Pemuda IKS berhasrat untuk mewujudkan kesedaran di kalangan ahlinya sendiri terhadap perkara ini.
Antara alasan lain yang semakin popular adalah kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Pemuda IKS bersetuju. Tidak semua rumah/orang mempunyai sambungan internet jalur lebar seperti yang dipromosikan oleh Streamyx, Maxis, Celcom dsb. Kalau pergi ke HotSpot pun perlu ada komputer riba. Cuma satu perkara yang perlu direnung kembali, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih".
Kita sering memperlekehkan keadaan sesebuah organisasi dan menegaskan bahawa perubahan perlu dilakukan. BERANI BERUBAH! konon. Kalau kita sekadar mengucap di bibir tapi dusta pada tingkah laku, apa gunanya memperjuangkan cogankata sedemikian? Kita selalu meminta perubahan. Apabila perubahan dibuat, mengapa tidak turut serta?
Sedarlah semua bahawa mesej ini bukan mengkritik ahli-ahli Pemuda IKS ataupun para pengikut gerakan BERANI BERUBAH! tetapi mengingatkan pada mereka yang alpa. Ingatlah, jika anda mahukan perubahan, anda perlu bersedia dengan perubahan yang akan dilakukan yakni, menyesuaikan diri dengan perubahan yang bakal diimplemen.
Matlamat utama penubuhan laman blog ini adalah untuk menyampaikan informasi kepada masyarakat umum berkenaan perkembangan terkini pergerakan Pemuda IKS. Selain itu, Pemuda IKS turut ingin melontarkan pendapat dan mengketengahkan pandangan terhadap isu-isu semasa. Dari segi kebaikan untuk para ahli Pemuda IKS pula, selain memudahkan bahagian penyampaian maklumat, laman blog Pemuda IKS turut ingin menggalakkan minat membaca di kalangan ahli. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk menarik minat ahli-ahli Pemuda IKS terhadap laman blog ini?
Baca selanjutnya...

22 Februari 2009

Agenda Pergerakan: Kursus Pengurusan Program

Satu Kursus Pengurusan Program anjuran Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan diadakan pada 23 Februari 2009 sehingga 26 Februari 2009 bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dickson. Bas yang disediakan akan bertolak pada 23 Februari 2009 pada jam 1.00 petang di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Pemuda IKS bakal menghantar tiga orang peserta untuk menghadiri kursus ini.
Baca selanjutnya...

21 Februari 2009

Aktiviti Petang Hujung Minggu Pemuda IKS

Salam perjuangan kepada semua ahli Pemuda IKS. Dewan Komuniti Taman IKS kini dilengkapi dengan peralatan permainan pingpong, carrom, catur dan papan dart yang baru. Semua ahli-ahli Pemuda IKS dijemput untuk menyertai aktiviti petang (4.00 ptg - 7.00 ptg) di hujung minggu (Sabtu & Ahad). Pemuda IKS turut mengalukan jika ahli-ahli mempunyai peralatan persendirian yang ingin dibawa sekali.
Cadangan untuk aktiviti petang di hujung minggu adalah dari Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil. Setelah berbincang dengan para AJK Pemuda IKS, ramai bersetuju untuk meneruskan aktiviti ini. Beliau berpendapat, adalah lebih baik untuk mengadakan aktiviti sebegini daripada duduk berbual-bual di kedai kopi pada petang hari, terutamanya di hujung minggu.
Matlamat jangka masa panjang beliau adalah untuk mengadakan pertandingan permainan-permainan yang disebutkan di atas di kalangan penduduk setempat. Tentu mendapat perhatian dan penglibatan golongan senior di kawasan perumahan berdekatan.
P.S.: Jangan korang jahanamkan barang-barang nie dah la.
Baca selanjutnya...

20 Februari 2009

Himpunan Menjunjung Kasih di PWTC!

Berikut adalah secara ringkas dari permerhatian Pemuda IKS sepanjang Program Himpunan Menjunjung Kasih yang diadakan di PWTC anjuran Pemuda UMNO Malaysia dan NGO Malaysia. Barisan Pemuda Batu diketuai oleh Saudara Azniee Abdullah dan dibantu oleh AJK Pemuda Batu seperti Saudara Zainuddin, Ijoy dan ramai lagi. Terdapat seramai 70 orang Pemuda daripada Bahagian yang menyertai program ini. Program bermula pada pukul 9.00 malam.
Perhimpunan dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Hishamuddin Tun Hussein. VVIP yang turut hadir sama memberi sokongan adalah Dato' Mukhriz Mahathir, Saudara Khairy Jamaluddin, Dato' Seri Dr. Khir Toyo, MB Perak - Dr. Zambry, Ketua Pemuda Sabah, Ketua Pemuda MCA, Ketua Pemuda MIC, Presiden Pesaka - Datuk Omar Din dan YB-YB yang lain.
Barisan Pemuda Batu versi control hensem.

Intipati program adalah untuk menunjukkan sokongan yang padu oleh barisan Pemuda terhadap Intitusi Raja-raja Melayu. Penekanan terhadap Rukun Negara yang pertama (Kepercayaan kepada Tuhan - Islam sebagai agama rasmi negara) dan yang kedua (Kesetiaan kepada Raja dan Negara). Perhimpunan ini turut menunjukkan penentangan terhadap penderhaka yang berani mencabar Raja-raja Melayu (diingatkan bahawa jika tiada Raja Raja Melayu maka tidak terlahirlah sebuah negara yang aman seperti sekarang).
Barisan Pemuda Batu versi Sedia Gempur!

Imbasan cerita dan video mengenai Institusi Raja-raja Melayu juga ditayangkan untuk tontonan barisan Pemuda. Selain itu, ikrar taat setia dibacakan sebagai salah satu pengisian program. Pemuda Sabah juga memberikan ikrar taat setia kepada Sultan Perak. Program ini telah meniup semangat untuk mempertahan kedaulatan Raja-raja Melayu. Program berakhir pada pukul 11.30 malam. Pemuda IKS bersurai dan menjamu selera di Yoep Tom Yam.
Barisan Pemuda IKS yang paling cool.
Baca selanjutnya...

Agenda Pergerakan: Program Pembentukan Jatidiri dan Personaliti Diri

Satu Program Pembentukan Jatidiri dan Personaliti Diri anjuran Jabatan Komuniti & Sosial DBKL akan diadakan pada 27 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 bertempat di Glory Beach Resort, Pulau Pangkor.
Biro Pembangunan & Pemantapan Belia Pemuda Batu akan mengelola dan diberi mandat oleh pihak DBKL untuk mencari peserta yang berminat untuk menyertai program yang disebutkan di atas. Menurut pengerusi biro tersebut, Saudara Gulam Muszaffar, setakat ini seramai 29 orang belia/pemuda dari kalangan Pemuda Cawangan telah menghantar peserta dan dijangka akan meningkat dalam sehari dua lagi walaupun kuota yang diperuntukkan hanya sebanyak 15 orang sahaja.
Ini menunjukkan kita tidak ketandusan belia/pemuda yang berminat dengan aktiviti kelolaan Pemuda UMNO di peringkat cawangan dan ini adalah petanda baik hasil pendekatan yang diilhamkan oleh Saudara Azniee Abdullah - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Beliau turut percaya bahawa golongan belia/pemuda akan lebih dekat dan seterusnya berminat dengan UMNO jika pendekatan yang sesuai digunapakai. Insya-Allah.
Baca selanjutnya...

19 Februari 2009

Memartabatkan Bahasa Melayu

Merujuk kepada siaran berita Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam pada 16 Februari 2009 mengenai pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang akan diteruskan. Beginikah caranya kita memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia? Ini kerana persetujuan memartabatkan Bahasa Melayu telah dicapai sejak dari zaman kemerdekaan lagi. Perkara ini terkandung di dalam Perlembagaan Kerajaan Persekutuan (Perkara 152) dan telah pun dipersetujui oleh tiga kaum majoriti semasa pemerintahan British.
Pemuda IKS meragui status Bahasa Melayu di masa hadapan kerana mengurangkan penggunaannya memungkinkan rakyat Malaysia tidak lagi dapat bertutur, membaca dan menulis dengan sempurna. Dalam erti kata lain, jika keadaan ini berterusan, Bahasa Melayu berkemungkinan untuk menghadapi kepupusan. Bukankah soal bahasa ini akan memberi kesan terhadap soal Hak Istimewa Orang Melayu? Lalu bangsa asing akan mempertikaikan kerakyatan orang Melayu di Tanah Melayu setelah bahasa ibundanya dihapuskan.
Soal kerakyatan ini turut dinyatakan di dalam Perlembagaan Kerajaan Persekutuan, Hak Kerakyatan Malaysia (Perkara 14). Seorang warganegara Malaysia mestilah boleh bertutur, menulis dan memahami Bahasa Melayu. Kaum Melayu tidak akan diiktiraf sebagai Kaum Melayu jika tidak dapat memahami konteks Perlembagaan Kerajaan Persekutuan Malaysia (Perkara 160(2)).
Segala maklumat ini dapat diperoleh apabila menghadiri Seminar Kenegaraan BTN anjuran Biro Tata Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Adakah kita mahu dijajah kembali dan Perlembagaan Malaysia dipertikaikan? Kita telah dijajah selama 446 tahun. Adakah perlu untuk kita mengulangi sejarah untuk memberi kesedaran kepada kita? Mungkin masyarakat hari ini kurang mengerti, akan tetapi, bertanyalah sendiri kepada golongan senior yang pernah hidup di zaman itu.
Pemuda IKS tidak berniat untuk mewujudkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat umum tetapi bimbang akan kedudukan Hak Orang Melayu (Perkara 153) yang semakin digugat. Fikirkan bersama, perkara ini berkait rapat dengan Perkara 160(2). Dengan cara tidak langsung, ketidaksedaran dari pihak kita menunjukkan kita tidak berpegang kepada Perlembagaan yang diperjuangkan oleh Melayu, Cina dan India pada suatu ketika dahulu. Hargailah perjuangan nenek moyang kita.
Baca selanjutnya...

17 Februari 2009

Siapa Yang Layak Untuk Memimpin?

Salam perjuangan. Hari ini Pemuda IKS ingin mengupas antara kriteria pemimpin yang menjadi pilihan rakyat. Menjelang tarikh Perhimpunan Agung Tahunan UMNO Malaysia pada 24 Mac 2009 dan tarikh penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang & DUN Bukit Selambau pada 29 Mac 2009, soal kepimpinan memang menjadi fokus utama serta topik bualan ramai.
Tak perlu pergi jauh untuk bercerita mengenai tajuk ini. Ambil kira sebuah organisasi kecil sahaja seperti Pemuda IKS ataupun Gerakan Belia 4B sesebuah tempat. Setiap individu yang ingin menjawat satu jawatan hendaklah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tertentu. Yakni, ianya bergantung kepada skop kerja jawatan tersebut ataupun kemahiran yang dimiliki individu itu.
Berikut adalah panduan utama dalam memilih seseorang pemimpin iaitu sifat-sifat wajib seorang Rasul: Siddiq, Amanah, Tabligh & Fatanah.
Namun, dunia hari ini lebih mempercayai bahawa untuk pergi lebih jauh, kriteria berikut hendaklah dipenuhi:
1. Pengaruh
2. Masa
3. Kewangan
4. ________
Pengaruh yang dimaksudkan adalah pengaruh terhadap orang "atasan" dan juga orang "bawahan" ataupun jaringan kenalan. Pengaruh sebegini difahamkan akan memudahkan kerja dan melicinkan pentadbiran. Dalam erti kata lain, pengaruh bermaksud "disukai ramai".
Masa dan kelapangan turut menjadi bahan ukuran dek kerana perjuangan sesetengah organisasi memerlukan seseorang itu meluangkan masa yang banyak. Ini merupakan salah satu pengorbanan yang diperlukan untuk memberi komitmen penuh kepada organisasi.
Pemimpin perlu berduit? Zaman sekarang, ya. Hampir segalanya memerlukan duit. Terutamanya untuk bergerak seperti majlis makan-makan, program kemasyarakatan dan sebagainya. Belum dikira makan minum, petrol dan rokok. Tambahan pula, manusia hari ini juga sanggup melakukan apa sahaja kerana duit. Oleh itu, duit merupakan kuasa besar dalam organisasi tertentu.
Akan tetapi sedarlah, kita memilih pemimpin yang terdiri daripada golongan manusia biasa dan bukannya Nabi dan Rasul. Sudah tentu ada cacat celanya. Namun jika menggunakan kaedah moden seperti disebutkan di atas, agak sukar mencari pemimpin yang benar-benar sejati. Kupasan kali ini tidak tertumpu pada ketua sahaja. Malah turut menyentuh ahli-ahli majlis tertinggi dan jawatankuasa sesebuah organisasi.
Apakah sifat ke-4 seorang pemimpin moden?
Baca selanjutnya...

16 Februari 2009

Agenda Pergerakan: Himpunan Menjunjung Setia

Satu perhimpunan akan diadakan bertujuan menunjukkan taat setia rakyat kepada Raja-raja Melayu. Perhimpunan anjuran Pemuda BN dan NGO ini juga menampakkan usaha membantah tindakan segelintir rakyat Malaysia yang tidak akur dengan titah Baginda dan ada juga yang bertindak "menyerang" baginda dengan memfailkan saman.
Tarikh: 19 Februari 2009
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Merdeka, PWTC
Seluruh ahli Pemuda IKS dijemput hadir untuk memberi sokongan kepada perhimpunan ini. Sila berkumpul di Restoran Thaqwa sebelum pukul 7.00 petang. Sila berpakaian lengkap seorang Pemuda, selamat berjuang!
Baca selanjutnya...

15 Februari 2009

Agenda Pergerakan: Seminar Kepimpinan

Satu seminar kepimpinan telah diadakan pada 15 Februari 2009 bertempat di Melaka anjuran Yayasan GPMS untuk Pemuda berumur 25 thn dan ke bawah. Pemuda IKS telah menghantar penyertaan seramai 3 orang di atas pilihan Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil. Seminar ini adalah hasil kelolaan Biro Pemantapan & Pembangunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu yang dipengerusikan oleh Saudara Gulam Muszaffar. Pemuda IKS berharap program bercorak latihan dan ilmiah sebegini akan diperbanyakkan untuk melahirkan generasi pelapis yang mantap dan perkasa.
Baca selanjutnya...

Agenda Pergerakan: Jom Boling!

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu akan menganjurkan satu Kejohanan Boling di antara cawangan-cawangan di dalam UMNO Bahagian Batu. Kejohanan tertutup ini adalah untuk penyertaan ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu sahaja. Setiap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan diwajibkan untuk menyertai kejohanan ini bersama-sama dua orang ahli dari cawangannya untuk membentuk satu pasukan.
Tarikh: 28 Februari 2009 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh
Kejohanan ini adalah hasil usaha Biro Sukan & Rekreasi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu. Pengerusi Biro tersebut, yang juga Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil memaklumkan bahawa kejohanan seperti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan budaya bersukan di kalangan ahli-ahli.
Ahli-ahli yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan daripada Biro tersebut, atau sila lihat pautan "Muat Turun Borang" pada sebelah kanan bentangan laman blog ini. Borang yang lengkap boleh diserahkan bersama-sama bayaran yuran pendaftaran kepada Biro tersebut selewat-lewatnya 22 Februari 2009.
Pada malam ini, Pemuda IKS akan menyertai perlawanan futsal persahabatan dengan Pemuda Rumah Pangsa PKNS. Ini semua adalah usaha awal Biro tersebut untuk menerapkan cara hidup yang sihat melalui bersukan di kalangan masyarakat. Saudara Fakhrulzaman Fadzil turut berhasrat untuk mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti anjuran bironya supaya mendapat sambutan daripada penduduk setempat.
Baca selanjutnya...

13 Februari 2009

Inilah Yang Dinamakan Demokrasi Terpimpin!

Sejak kejayaan kerajaan BN merampas semula negeri Perak dari tangan pihak pembangkang, ramai yang menyatakan rasa bimbang, tidak puas hati dan berbagai lagi reaksi dapat dirakamkan dari setiap lapisan masyarakat. Kebimbangan menular di kalangan golongan pro-BN di mana mereka bimbang kerajaan BN merisikokan kedudukannya di hati rakyat menjelang PRU-13. Kebanyakan ahli masyarakat umum tidak berpuas hati dengan tindakan "jalan belakang" kerajaan BN.
Pemuda IKS mendapatkan reaksi rakyat setempat. Ini semua adalah luahan isi hati mereka yang bergelar pengundi. Mereka menyatakan, pengundi mempunyai dua kriteria utama ketika mengundi, iaitu pemimpin dan parti. Pemimpin tersebut haruslah mempunyai sifat kepimpinan yang utuh dan Parti tersebut perlu mempunyai agenda perjuangan yang jelas. Setelah dinilai kedua-dua kriteria tersebut, barulah keputusan dibuat, lalu kertas undi dipangkah.
Apabila rakyat mengundi, pemimpin yang mewakili apa jua parti mahupun bertanding secara bebas dipilih melalui kriteria yang disebutkan di atas. Apabila soal lompat parti, yakni berpindah dari sebuah parti ke parti yang lain, kriteria yang diterangkan di atas telah dicabuli. Namun jika melompat dari kedudukan bebas ke penyertaan sebuah parti, rakyat menganggap tindakan tersebut sebagai satu usaha peningkatan yang baik kerana dasar perjuangan semakin kukuh apabila diperjuangkan di atas landasan yang bersesuaian. Bagaimana jika keluar parti dan berpijak di atas platform bebas?
Kenang kembali kisah Ho Yip Kap yang bertanding untuk kerusi ADUN Tanah Rata, Cameron Highland melalui tiket calon bebas. Beliau pada asalnya dilucutkan keahlian MCA kerana bertanding menentang calon yang diketengahkan MCA. Namun, beliau diterima semula selepas memenangi kerusi tersebut. Ini juga diklasifikasikan sebagai lompat parti tetapi bukanlah dari sebuah parti kepada yang parti yang lain. Ini juga menunjukkan rakyat mengutamakan pemimpin daripada partinya sendiri.
Apa yang ingin Pemuda IKS tekankan di sini adalah kerusi pemimpin (ADUN atau MP) yang melompat parti seharusnya dikosongkan dan pilihanraya kecil sepatutnya diadakan bagi memastikan konsep demokrasi sentiasa dipraktikkan. Kita tidak mahu apabila seorang pemimpin melompat parti dan kawasan yang beliau menangi sebelum ini bertukar "wajah" secara automatik. Inikah yang dinamakan demokrasi?
Jangan terlalu ghairah dengan semua kenyataan Pemuda IKS di atas. Seperti yang disebutkan, ini adalah hasil pengamatan Pemuda IKS terhadap pandangan masyarakat setempat yang dikumpul dari masa ke semasa. Kita tidak melihat pemimpin PR melompat ke dalam pasukan BN, mereka cuma keluar PR, lalu menjadi calon bebas. Tiada apa yang menjadi isu dengan tindakan yang mereka ambil. Namun tindakan susulan mereka yang membuatkan ramai meragui status dan kedudukan mereka, iaitu menyokong kerajaan BN.
Pendirian mereka mengejutkan ramai pihak. Lantas menjerumus kepada majoriti berpihak kepada BN dan seterusnya sudah diketahui umum dan tidak perlu dikupas lagi. Pemuda IKS cuma meluahkan pendapat, mari fikirkan bersama. Janganlah sempitkan fikiran, buka lebaran ideologi anda semua dan renungkan: inikah yang dinamakan demokrasi? Inikah persediaan untuk memenangi kepercayaan dari rakyat menjelang PRU-13?
Di kala ini persoalan undang-undang anti lompat parti akan berkisar di fikiran kita. Samaada ianya relevan atau tidak, apakah impak terhadap keadaan politik sekarang, baik buruk terhadap penggubalannya dan sebagainya.
Baca selanjutnya...

11 Februari 2009

Agenda Pergerakan: Jom Futsal!

Satu perlawanan persahabatan futsal akan diadakan diantara Pemuda IKS dan Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS. Perlawanan tersebut dijadualkan pada 15 Februari 2009 (Ahad) bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching. Untuk makluman semua, UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS adalah cawangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu iaitu Saudara Azniee Abdullah.
Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli cawangan dan menggalakkan cara hidup yang sihat di kalangan masyarakat. Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil akan mengetuai pasukan futsal Pemuda IKS yang dikatakan terdiri daripada AJKnya sendiri. Larat lagi ker ngkorang nak main nih?
Baca selanjutnya...

10 Februari 2009

Bantahan Terhadap Karpal Singh

Satu demonstrasi menyuarakan bantahan terhadap kebiadaban Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh oleh Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Selangor. Ini berikutan tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman DYMM Sultan Selangor. Tindakan beliau dianggap satu tindakan biadap dan derhaka. Butiran perhimpunan ini adalah seperti berikut:
Tarikh: 10 Februari 2009 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Menara Maybank
Perhimpunan yang diadakan di Menara Maybank ini akan berarak ke Pejabat Karpal Singh yang terletak di Jalan Pudu. Pemuda yang hadir akan lengkap berpakaian kemeja putih berserta songkok.
"Sedia Gempur! Daulat Tuanku!
Tangkap! Tangkap! Tangkap Karpal!
Hancur! Hancur! Hancur Anwar!
Laknat! Laknat! Laknat PR!"
Baca selanjutnya...

09 Februari 2009

Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat Perak

Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil bersama barisan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu yang diketuai oleh Ketua Pemuda Batu, Saudara Azniee Abdullah telah menyertai perhimpunan Menjunjung Kasih Rakyat Perak.
Perhimpunan tersebut telah diadakan bersama Ketua Pemuda Ipoh Barat, Saudara Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi dan ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang lain di Dataran Dewan Bandaraya Ipoh pada pukul 2.00 petang, 09 Februari 2009 bersamaan dengan hari Isnin.
Matlamat perhimpunan ini adalah untuk menyerahkan Memorandum Taat Setia kepada wakil DYMM Sultan Selangor. Ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang hadir di perhimpunan tersebut lengkap berpakaian kemeja/baju melayu putih serta bersongkok sebagai tanda sokongan terhadap majlis penyerahan memorandum.
Baca selanjutnya...

06 Februari 2009

Kerajaan Baru Perak: Teori Konspirasi?

Banyak blog sosio-politik mengupas isu kerajaan baru negeri Perak. Bermacam-macam spekulasi, pendapat dan luahan dapat dibaca di pelbagai laman blog. Sekarang, giliran Pemuda IKS nak test market.
Barisan Nasional (BN) hari ini secara rasmi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat apabila Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar yang baru.
Zambry, 47, adalah bekas anggota exco kerajaan negeri selama satu penggal dari tahun 2004 hingga 2008 sebelum Perak jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas. Beliau merupakan Menteri Besar Perak ke-11.
Zambry lulusan ijazah doktor falsafah dari Temple University Amerika Syarikat dalam bidang politik kontemporari, merupakan seorang penulis yang aktif dan ahli politik pertama negara diberikan tauliah sebagai Leftenan Komander Kehormat Tentera Diraja Laut Malaysia (TLDM).
Locengwangsa mempersoalkan kewibawaan beliau dan melihatkan beliau sebagai klon Anwar. Seperti biasa, blog yang pro-UMNO bersorak bagai nak rak, blog yang anti-UMNO membantah selagi boleh. Macam-macam cerita dalam pergolakan politik nasional hari ini. Ada yang ingkar titah Sultan, ada yang nak kumpul peguam untuk kaji semula dan ada pula yang nak saman kerajaan BN.
Bermula dengan kes transfer ADUN Bota ke PKR, lepas tu patah balik. Timbul pula cerita ADUN-ADUN dari PKR yang letak jawatan. Lepas tu cancel jugak, tapi ada yang confirm. Pagi-pagi pergi kerja mesti terdengar cerita ADUN di stesen radio tempatan. Mula-mula dengar, macam mengujakan, tapi kalau disajikan dengan cerita ADUN setiap pagi, mual juga akhirnya.
Kebimbangan Pemuda IKS hari ini berkisar pada kaedah dan pelaksanaan Kerajaan BN untuk menawan semula Negeri Perak Darul Ridzuan. Menang memang tetap menang. Tetapi adakah kemenangan kita itu kemenangan yang gemilang? Menang bermaruah? Atau kemenangan kita tidak disukai dan tidak dihormati rakyat negeri tersebut?
Sukar untuk membuat spekulasi apabila sudah sampai ke tahap ini memandangkan Pemuda IKS cuma sebuah organisasi tempatan yang kecil dan menitikberatkan kepentingan penduduk setempat sebagai titik fokus perjuangan. Ada yang akan bersetuju dan ada yang akan membantah pendapat Pemuda IKS ini. Akan tetapi Pemuda IKS masih boleh melontarkan pendapat tersendiri memandangkan hak kebebasan bersuara semakin diperluaskan di alam maya ini.
Macam-macam cerita boleh didengari bermula dari rumah, ke pejabat, ke kedai kopi, mahupun di tepi jalan. Pungutan suara yang diteliti oleh Pemuda IKS menampakkan rata-rata rakyat Malaysia semakin jelik dengan tindakan kerajaan BN. Tambahan pula dengan kerajaan negeri Perak yang baru ini, semakin ramai mengkritik, mempersoalkan, dan meragui kepimpinan kerajaan BN. Yang kekal menyokong kerajaan BN cuma ahli-ahli parti komponennya, khususnya orang-orang UMNO. Bagaimana pula dengan pihak masyarakat umum?
Apa yang paling dirisaukan oleh Pemuda IKS, jika kaedah sebegini berterusan, bak kata orang putih, "One down, four more to go.", kerajaan BN akan terus berusaha keras untuk merampas kembali negeri-negeri yang ditawan pihak pembangkang. Rakyat mungkin akan terus mengecam barisan kepimpinan kerajaan BN di atas segala "usaha" yang dijalankan. Jika ini adalah di antara persediaan kerajaan BN menjelang PRU-13, bolehkah kerajaan BN kembali bertahta?
Baca selanjutnya...

03 Februari 2009

Senjata Pengecut: Anti-Lompat Parti

Kebanyakan blog yang bersifat sosio-politik membincangkan hal Undang-undang Lompat Parti. Mereka masing-masing menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini. Pemuda IKS berasa mewujudkan polisi sedemikian menampakkan sifat pengecut. Kadangkala ianya juga menampakkan seperti tidak redha dengan ketentuan Ilahi (Qada' dan Qadar).
Pemuda IKS berkata sebegini kerana soal lompat parti adalah pilihan peribadi atau pendirian individu tersebut. Ini semua adalah ketentuan Allah s.w.t. Setuju? Tidakkah undang-undang sebegini menunjukkan kita takut pada risiko. Risiko yang dimaksudkan adalah perpindahan parti oleh pemimpin sesebuah parti. Itulah risiko yang perlu ditanggung sesebuah parti politik apabila ia memilih orang-orangnya untuk diketengahkan sebagai Wakil Rakyat. Oleh itu, adalah wajar untuk ia menanggung risiko sekiranya pemimpin tersebut berubah hati. Tentu ada sebab munasabah mengapa beliau "melompat".
Kerajaan digesa meminda segera Perkara 10 2(c) Perlembagaan Persekutuan bagi menyekat budaya melompat parti sama ada di kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau pembangkang. Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu juga akan dapat memastikan kewibawaan Parlimen dan Dewan undangan negeri di seluruh negara terus terpelihara. Menurutnya, cadangan agar perkara itu dipinda pernah disuarakan di Parlimen oleh beberapa anggota BN tidak lama dahulu tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas kerajaan.
Ia adalah ekoran tindakan ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim bertindak keluar BN dan menyertai untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini. Pemimpin UMNO yang melompat parti dilabel sebagai individu yang tiada 'nilai kemanusiaan', tidak bermaruah dan seperti seekor katak.
Rasanya cerita lompat parti ini adalah cerita lama. Hari ini ianya menjadi sebuah isu hangat kerana ianya semakin hari semakin serius dan menjadi-jadi. Pemuda IKS percaya bahawa sekiranya kita menjaga askar kita sebaiknya, tidak mungkin askar-askar kita akan belot terhadap pasukan tenteranya sendiri.
Baca selanjutnya...

01 Februari 2009

Selamat Hari Wilayah Persekutuan

Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan diucapkan kepada semua warga kota Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Semoga tahun 2009 akan membawa kebahagiaan kepada seluruh penghuni Wilayah Persekutuan. Memandangkan esok diisytiharkan hari bercuti untuk para buruh yang bekerja di Wilayah Persekutuan, Pemuda IKS ingin mengingatkan pada semua agar berhati-hati dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakan. Samaada pulang ke kampung halaman, bercuti di tempat peranginan mahupun duduk berehat di rumah sahaja. hendaklah sentiasa menjaga keselamatan diri. Jangan lupa juga untuk bersyukur ke hadrat Ilahi di atas pencapaian kita hari ini dan ingatlah bahawa masih ada yang kurang bernasib baik berbanding dengan situasi dan kedudukan kita.
Pada hari Jumaat yang lalu, Pemuda IKS pergi menunaikan Solat Jumaat di Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan tersentuh dengan isi kandungan khutbah yang disampaikan. Tajuk khutbah minggu ini adalah "Manusia dan Kemanusiaan". Imam yang menyampaikannya sentiasa mengingatkan kita agar memperkukuhkan keimanan kita pada yang Maha Esa, memantapkan ibadah dan sentiasa bersyukur. Imam tersebut turut menambah, sempena tanggal Hari Wilayah Persekutuan yang bakal tiba, rakyat Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan harus sentiasa mengukuhkan perpaduan untuk mencapai keamanan sejagat.
Soal kemanusiaan di antara manusia juga dititikberatkan agar kita tidak memusuhi serta menzalimi diri sesama manusia yang bertindak selaku makhluk Allah yang kerdil. Jika kita mangambil contoh perbalahan Palestin-Israel, mereka yang pada asalnya datang dari satu bangsa yang sama telah berpecah belah dek kerana perebutan kuasa. Fahaman keagamaan turut mempengaruhi kepincangan perpaduan di antara mereka. Bagaiman pihak Yahudi yang hanya wujud dalam sebilangan kecil di Bumi ini dapat menjadi satu kuasa yang cukup kuat? Ini kerana mereka (Yahudi) sentiasa bersatu tidak kira di mana mereka berada.
Bagaimana pula dengan umat Islam? Mengapa kita hari ini hanya dapat menyaksikan perpecahan di kalangan saudara seIslam kita dek kerana berasal dari bangsa yang berbeza? Perbalahan diantara kaum-kaum Arab di Timur Tengah sudah cukup untuk membuktikan perpecahan umat Islam di akhir zaman. Mengapa kita tidak dapat bersatu? Faktor ekonomi, sosial atau politik? Terpulanglah kepada pemimpin-pemimpin Islam untuk menentukannya.
Menyentuh soal perpecahan, terdetik pula kisah-kisah dalaman UMNO di peringkat akar umbi. Dek kerana perebutan jawatan, sanggup bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Ini belum lagi disentuh soal dendam dan iri hati. Pelbagai kaedah akan digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Sedarkah mereka bahawa perbalahan kecil-kecilan seperti ini yang akan memusnahkan UMNO dari dalam. Pemuda IKS berharap agar para pemimpin akan dapat menyelesaikan masalah yang semakin serius ini.
Ada juga diantara ahli UMNO yang berjawatan masih tidak mahu melepaskan jawatan yang disandang sekian lama walaupun sifat kepimpinan beliau sudah menampakkan cacat cela. Ada yang sudah melabelkan pemimpin sebegini sebagai liabiliti dalam UMNO. Yang paling pelik, beliau turut menang tanpa bertanding dalam musim pemilihan kerana tiada seorang pun yang tampil memberi saingan. Adakah soal setiakawan? Adakah anda tidak berani kerana si penyandang terlalu "kuat"? Sampai bila harus kita tunggu untuk si penyandang "mengalah"?
Ramai mengatakan UMNO memerlukan wajah baru, peremajaan semula dan perubahan. Sebelum kita mahu di peringkat atas melaksanakan semua ini, kita di peringkat akar umbi perlu memulakannya dahulu. Bagaimana untuk mengetahui jika UMNO di tempat anda memerlukan perubahan? Mudah saja. Lihat saja PRU-12. Jika BN kawasan anda kalah, faham-faham sendiri sahajalah.
Baca selanjutnya...