Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


23 Februari 2009

Laman Blog Pemuda IKS Kurang Mendapat Sambutan

Alhamdulillah, sudah hampir lima bulan laman blog Pemuda IKS beroperasi. Namun, adat bagi setiap perkara yang tentu ada naik turunnya.
Ini cerita benar. Tolak tepi dahulu sambutan daripada para blogger yang sedia ada dan sebilangan golongan masyarakat umum yang gemar melayari internet. Apa kata kita persoalkan sambutan di kalangan ahli Pemuda IKS itu sendiri? Setakat ini, sokongan hanya diperoleh daripada barisan AJK Pemuda IKS. Malah, seorang ahli Pemuda IKS yang kini menetap di Sudan kerana bertugas turut memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap penubuhan laman blog ini. Bagaimana dengan ahli-ahli yang lain yang tinggal sekawasan dengan para AJK Pemuda IKS? Mungkin mereka belum diberitahu berkenaan hal ini.
Seorang AJK Pemuda IKS berpendapat, di antara faktor yang menyebabkan perkara sebegini berlaku adalah kerana artikel-artikel yang diterbitkan oleh Pemuda IKS terlalu berunsur politik. Oleh itu, sudah tentu isi kandungannya mencabar pemikiran normal sesetengah individu sehinggakan golongan ini "malas nak layan" isi kandungan laman blog Pemuda IKS.
Apa buktinya? Lihat sahaja di ruang komen/ulasan. Kebanyakan komen/ulasan terhadap artikel yang diterima Pemuda IKS adalah daripada para blogger yang sudi mengikuti perkembangan Pemuda IKS. Adakah ahli-ahli Pemuda IKS tidak mempunyai tindak balas atau perasaan terhadap artikel-artikel yang disiarkan? Ini belum lagi disebut tentang sesetengah ahli Pemuda IKS yang memperlekehkan dan memandang rendah terhadap penubuhan laman blog ini. Apapun jua, jutaan terima kasih diucapkan kepada para blogger di atas sokongan yang diberikan.
Mungkin sesetengah ahli-ahli Pemuda IKS lebih berminat dengan majlis keramaian (makan free) dan aktiviti sukan (kalau boleh nak free jugak). Bukankah di antara misi perjuangan Pemuda IKS untuk penggal ini adalah bergembeling tenaga untuk merampas kembali kerusi Parlimen Batu daripada pihak PR? Jika kita tidak membina kesedaran dari dalam hati mulai sekarang, logikkah misi ini dapat dikecapi? Oleh itu, artikel-artikel terbitan Pemuda IKS berhasrat untuk mewujudkan kesedaran di kalangan ahlinya sendiri terhadap perkara ini.
Antara alasan lain yang semakin popular adalah kesukaran untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Pemuda IKS bersetuju. Tidak semua rumah/orang mempunyai sambungan internet jalur lebar seperti yang dipromosikan oleh Streamyx, Maxis, Celcom dsb. Kalau pergi ke HotSpot pun perlu ada komputer riba. Cuma satu perkara yang perlu direnung kembali, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih".
Kita sering memperlekehkan keadaan sesebuah organisasi dan menegaskan bahawa perubahan perlu dilakukan. BERANI BERUBAH! konon. Kalau kita sekadar mengucap di bibir tapi dusta pada tingkah laku, apa gunanya memperjuangkan cogankata sedemikian? Kita selalu meminta perubahan. Apabila perubahan dibuat, mengapa tidak turut serta?
Sedarlah semua bahawa mesej ini bukan mengkritik ahli-ahli Pemuda IKS ataupun para pengikut gerakan BERANI BERUBAH! tetapi mengingatkan pada mereka yang alpa. Ingatlah, jika anda mahukan perubahan, anda perlu bersedia dengan perubahan yang akan dilakukan yakni, menyesuaikan diri dengan perubahan yang bakal diimplemen.
Matlamat utama penubuhan laman blog ini adalah untuk menyampaikan informasi kepada masyarakat umum berkenaan perkembangan terkini pergerakan Pemuda IKS. Selain itu, Pemuda IKS turut ingin melontarkan pendapat dan mengketengahkan pandangan terhadap isu-isu semasa. Dari segi kebaikan untuk para ahli Pemuda IKS pula, selain memudahkan bahagian penyampaian maklumat, laman blog Pemuda IKS turut ingin menggalakkan minat membaca di kalangan ahli. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk menarik minat ahli-ahli Pemuda IKS terhadap laman blog ini?

12 ulasan:

  1. Sabarlah. Itulah hakikat sebuah perjuangan. Pasang surut dah jadi lumrah. satu lagi, tak semua ahli-ahli kita yang cukup faham dengan kemudahan teknologi ICT nie.

    Mohon maaf, sebab di tpt saya juga kami menglamai masalah yang sama. Nak bagi email pada semua AJK dan Ketua Pemuda Caw pun, jangan harap mereka akan buka.

    BalasPadam
  2. Assalamualikum dan salam perjuangan!

    Inilah antara hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO. Sebabnya, jangan menuding jari pada ahli itu sendiri tetapi kita telah diasuh untuk bertindak sedemikian.

    Ini adalah antara cabaran yang perlu ditempuh oleh barisan pengurusan UMNO dan perkara ini bukannya agenda jangka pendek. Ianya memerlukan satu 'force dynamic' yang berterusan untuk memberi kesedaran berpolitik secara matang kepada ahli - ahli UMNO itu sendiri.

    Ahli - ahli UMNO (maaf, tapi ini adalah hakikat!) lebih cenderung untuk membaca, menganalisis dan akhirnya membuat kesimpulan kepada berita - berita yang mengaibkan dan menelanjangkan seseorang daripada melakukan sessi percambahan idea di kalangan ahli UMNO sendiri demi kebaikkan Agama, Bangsa dan Negara.

    Natijahnya, masyarakat akan memandang buruk terhadap orang - orang UMNO itu sendiri.Oleh itu, setiap ahli UMNO tidak kira di setiap lapisan perlu menggerakan tenaga untuk mencapai matlamat perjuangan parti.

    BERANI BERUBAH!

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..
    Biasalah inilah perangai segelintir orang UMNO dan elayu khususnya. Mereka lebih gemarkan sesuatu bahan yang menyeronokkan daripada bahan berbentuk ilmiah.

    kalau tak percaya cuba lihat berapa ramai orang melau khususnya golongan muda membeli dan membaca buku/majalah ilmiah berbanding dengan majalah hiburan.

    Lagi satu, masyarakat lebih suka melayari blog blog yang menyiarkan cerita cerita "sensasi" tentang ahli politik walaupun cerita itu tidak semestinya benar. Aku sendiri tak paham kenapa orang melayu ni suka benar akan cerita cerita memburukkan orang lain, gosip murahan, fitnah dan sebagainya.

    Bila diajak membaca dan berfikir, mereka menjadi malas. Inilah realiti sebenar. Orang melayu sebenarnya malas berfikir. Mereka lebih sukakan hiburan yang ntah apa apa.

    Yb Raz
    http://malaysiaheaven.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...

    Bagi saya antara sebab blog pemuda iks kurang mendapat sambutan kerana ada artikel2 yang di terbitkan terlalu berat untuk di fikirkan oleh mereka.Kadang2 ade yang tak tercapai dek akal mereka.

    Bukan saya memperlekeh tahap atau memperkecilkan daya pemikiran seseorang tetapi adakalanya para bloggers x suka memikirkan secara lebih mendalam tentang ape yang mereka baca di dalam blog ini.

    Kerana kita sedia paham, setiap orang ade banyak lagi perkara yang lebih penting perlu difikirkan.

    Bila keadaan ini berlaku, agak sukar untuk kita
    terus memperjuangkan ape jua misi dan cogankata yang selalu bermain di bibir kita.Betul kata founder blog ini `nak seribu daya x nak seribu dalih`,tapi lagi banyak yang berdalih dari mencuba.

    Saya mencadangkan artikel2 yang bakal di terbitkan pada masa akan datang dapat di ringankan sedikit cara penulisannya supaya ianya dapat difahami dengan mudah dan para bloggers tidak perlu `berkerut dahi` untuk memikirkan tentang mesej yang hendak disampaikan.

    Sekian , Kerima Kasih.

    BalasPadam
  5. Hello encik, jangan berputus asa. Kurang atau lebih sambutan, itu tak penting. yang penting, matlamat anda untuk menulis dan memberi pendapat. jangan mengalah. Pasti suatu hari nanti, blog anda akan berjaya.

    BalasPadam
  6. limbiskuttkp24 Februari, 2009

    buat angah yg menguruskan blogges dan byk memcari idea utk pengisian tajuk..u are the best pemuda iks.jgn fikir pasal turun naik adat ni semua...yg ptg kte nak ade blog dan pengisian utk menyampaikan segala info utk yg melayani blog kte..Pada pemuda yg blm melayani blog kte stil beri peluang..pejuang belum selesai...memang byk dugaan..

    BalasPadam
  7. Salam.. Teruskan sahaja penulisan saudara, mungkin hari ini mereka masih kurang arif tentang kepentasan komunikasi dialam maya ini.. tetapi percayalah inilah salah satu arus perubahan yang tidak boleh ditolak oleh segenap lapisan masyarakat, akan tiba harinya mereka akan merasai nikmatinya berada di alam maya...

    BalasPadam
  8. Kepada saudara Angah,

    Terima kasih diatas peringatan yang terus menyedarkan rakan-rakan seperjuangan kita yang sedang tidur.. Saya akan jawab segala persoalan ini dalam mesyuarat kita kemudian. Bukan salah ahli yang tidak sedar akan kewujudan blog ini, tetapi penggerak (kita) masih belum bergerak kerana kita masih dalam fasa pertama program.. Jgn risau segalanya mengenai blog tetap akan menjadi pautan setiap program yg kita akan anjur... Sekian, terima kasih.. Ali Imran Hassan NKP Pemuda Taman IKS

    BalasPadam
  9. Bro, pedulikan diorang yang x support lu. Yang penting, lu jangan give up. Pemuda IKS ade potensi. Teruskan dan lipat gandakan usaha.

    BalasPadam
  10. Salam perjuangan Pemuda IKS,
    Nampak gaya, nukilan kali ini mendapat perhatian, walaupun Pemuda IKS berpendapat ianya tidak mendapat sambutan.

    Sekadar pandangan buat renungan.

    Blog ini pada pandangan saya membawa pandangan dan suara Pemuda UMNO cawangan IKS. Dengan menggunakan "pemuda IKS", ianya seolah-olah wacana rasmi Pemuda UMNO IKS. Jika anda berhenti dan mengalah, secara tidak langsung boleh memberi imej UMNO mudah berputus asa.

    Blog ini ternyata berbeza dengan blog pro UMNO kerana anda terang-terang menggunakan UMNO sebagai nama. Oleh itu, blog ini harus bertindak lebih dari sekadar suara Pemuda UMNO IKS. Hujah-hujah anda harus konsisten dan berilmiah. Anda tiada ruang untuk berhujah seperti Parpu Kari mahupun SUKJ, kerana, sebarang kelancangan tanpa budi bahasa boleh menjejaskan UMNO.

    Blog ini mungkin sedar bahawa saya menitik beratkan budi bahasa dalam berhujah, kerana, jika anda perasan, "kekurangan" budi bahasa boleh membawa orang lebih jauh daripada UMNO. Tengok sahaja berapa ramai orang meluat terhadap penyokong-penyokong KJ, kerana budi bahasa dan idea yang agak berbeza caranya tetapi kurang diterima pendekatan mereka. Berhujahlah secara berhemah dan berilmu, sebagaimana yang anda lakukan sekarang.

    Tentang pendedahan, tidak mengapa. Kembali kepada tujuan asal blog ini dibuat. Apakah blog ini bertujuan medapat populariti, jutaan hits, ataupun menjadi wadah penyampaian mesej?

    Tentang isi kandungan, saya fikir Pemuda IKS boleh berbincang sesama sendiri. Sekadar pandangan. Mungkin, penyampaian harus lebih santai. Jangan terlalu formal macam buletin mahupun media cetak formal. Anda golongan pemuda, dan seharusnya anda tahu bagaimana pemuda pemudi biasa berkomunikasi. Betul?

    Teruskan usaha dan jangan berputus asa.

    Ikhlas,
    ODS

    BalasPadam
  11. Salam Perjuangan,

    Apa terjadi pada korang ni? Kena faham yang kita bangsa yang pemalas untuk membaca dan lebih suka benda yg berbentuk berhibur!
    Orang yang taknak membaca dan berilmu biarkan lah dia tertinggal dan bagi yang nak membaca dan berilmu ajak lah bersama sama blog ini.
    Ini adalah maksud perjuangan kerana keadaan susah payah,perit jerih dan penat lelah lah adalah maksud bagi suatu perjuangan.
    Jangan cepat mengeluh kerana ianya menunjukkan perwatakan keseluruhan warga UMNO IKS yang cepat mengalah dan mengeluh.
    Mungkin saudara yang mengendali blog ini berusaha keras dalam menerbitkan artikel tapi saudara perlu sentiasa mengigatkan kawan kawan yang lain!
    Perjuangan perlu iklas dan bagi menjamin kejayaan di masa hadapan kerjasama amat diperlukan.
    Tunjukkan anda sikap 'Berpantang ajal sebelum maut'
    IKLAS DI SINI

    BalasPadam
  12. ` tiada cerita pasal faktor iks kini sampai peringkat antarabangsa ??

    BalasPadam