Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


03 Februari 2009

Senjata Pengecut: Anti-Lompat Parti

Kebanyakan blog yang bersifat sosio-politik membincangkan hal Undang-undang Lompat Parti. Mereka masing-masing menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini. Pemuda IKS berasa mewujudkan polisi sedemikian menampakkan sifat pengecut. Kadangkala ianya juga menampakkan seperti tidak redha dengan ketentuan Ilahi (Qada' dan Qadar).
Pemuda IKS berkata sebegini kerana soal lompat parti adalah pilihan peribadi atau pendirian individu tersebut. Ini semua adalah ketentuan Allah s.w.t. Setuju? Tidakkah undang-undang sebegini menunjukkan kita takut pada risiko. Risiko yang dimaksudkan adalah perpindahan parti oleh pemimpin sesebuah parti. Itulah risiko yang perlu ditanggung sesebuah parti politik apabila ia memilih orang-orangnya untuk diketengahkan sebagai Wakil Rakyat. Oleh itu, adalah wajar untuk ia menanggung risiko sekiranya pemimpin tersebut berubah hati. Tentu ada sebab munasabah mengapa beliau "melompat".
Kerajaan digesa meminda segera Perkara 10 2(c) Perlembagaan Persekutuan bagi menyekat budaya melompat parti sama ada di kalangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) atau pembangkang. Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu juga akan dapat memastikan kewibawaan Parlimen dan Dewan undangan negeri di seluruh negara terus terpelihara. Menurutnya, cadangan agar perkara itu dipinda pernah disuarakan di Parlimen oleh beberapa anggota BN tidak lama dahulu tetapi masih belum mendapat sebarang maklum balas kerajaan.
Ia adalah ekoran tindakan ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim bertindak keluar BN dan menyertai untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), baru-baru ini. Pemimpin UMNO yang melompat parti dilabel sebagai individu yang tiada 'nilai kemanusiaan', tidak bermaruah dan seperti seekor katak.
Rasanya cerita lompat parti ini adalah cerita lama. Hari ini ianya menjadi sebuah isu hangat kerana ianya semakin hari semakin serius dan menjadi-jadi. Pemuda IKS percaya bahawa sekiranya kita menjaga askar kita sebaiknya, tidak mungkin askar-askar kita akan belot terhadap pasukan tenteranya sendiri.

9 ulasan:

  1. Dia macam sorang majikanlah. Kalau dia pandai jaga pekerja, dah tentu pekerja tak cabut lari encik.

    BalasPadam
  2. bila dato nasa masuk pkr, nizar ckp hak dia untuk keluar parti. la ni bila adun pkr nak masuk umno, dia nak undang2 lompat parti disegerakan.

    BalasPadam
  3. Sebagai seorang pemimpin yang bermaruah yang dipilih rakyat berdasarkan parti, beliau kena letak jawatan dan bertanding semula atas parti barunya.

    BalasPadam
  4. Setuju dengan semua pendapat di atas. Adakah tindakan sebegini mencerminkan kepincangan dari segi pengurusan dan kepimpinan parti, ataupun segala persepsi dan spekulasi tertumpu kepada wakil rakyat tersebut sahaja?

    BalasPadam
  5. limbiskuttkp04 Februari, 2009

    buat datuk nasa... tahniah kerna anda berjaya bermain dgn api dan berjaya jadi hero utk agama bangsa negara..bukan senang nak jmpa gan org mcm dato...

    BalasPadam
  6. Apa suda jadi dengan UMNO dan Bn di Perak.. sanggup tubuh kerajaan dengan cara ini...

    BalasPadam
  7. wahai sang gagah hitam...adekah anda seorg yg terlibt dgn politik atau hanya mengikut sahaja dari jauh..?
    saya ingin bertanya adekah ade igin lihat negeri perak...seperti negeri pulau pinang??fikirla ni tanah melayu...

    BalasPadam
  8. Sokong otaibetong, ini tanah melayu. Kerajaan Perak yang bakal ditubuhkan adalah kerajaan melayu kerana dari jumlah YB BN dan penyokong BN (bebas) cuma 2 orang sahaja bukan melayu. Harap-harap kerajaan ini betul-betul jaga orang melayu dan jangan hanya jaga kroni melayunya sahaja.

    Tapi ontahler, kalau takat tanah jer melayu tapi tokeh tanah (sebab gadai kat bank) bukan melayu tara guna.

    BalasPadam
  9. Memang aku sokong kalau niat BN untuk kekalkan Tanah Melayu kepada orang Melayu. Tapi rasanya banyak lagi cara yang lebih "dihormati" rakyat.

    Rakyat hari ini tak sama dengan rakyat zaman dulu. Rakyat zaman sekarang rakyat intelek. Mereka menilai sesuatu sebelum membuat keputusan.

    Rakyat "ikut saja" sudah tak wujud kat Malaysia. Kita mengharapkan UMNO akan memulihkan semula imejnya, tapi rasanya dengan "merampas" kembali kerajaan negeri Perak dengan cara sedemikian sedikit sebanyak telah mencalarkan lagi imej kerajaan BN.

    BalasPadam