Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


11 Februari 2009

Agenda Pergerakan: Jom Futsal!

Satu perlawanan persahabatan futsal akan diadakan diantara Pemuda IKS dan Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS. Perlawanan tersebut dijadualkan pada 15 Februari 2009 (Ahad) bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Rumah Pangsa PKNS, Jalan Kuching. Untuk makluman semua, UMNO Cawangan Rumah Pangsa PKNS adalah cawangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu iaitu Saudara Azniee Abdullah.
Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli cawangan dan menggalakkan cara hidup yang sihat di kalangan masyarakat. Ketua Pemuda IKS, Saudara Fakhrulzaman Fadzil akan mengetuai pasukan futsal Pemuda IKS yang dikatakan terdiri daripada AJKnya sendiri. Larat lagi ker ngkorang nak main nih?

4 ulasan:

  1. limbiskuttkp12 Februari, 2009

    angah kau pun kena main k arahn biro sukan cwgan iks sape?hahaha

    BalasPadam
  2. Angah kaki bangku sejak dari bangku sekolah lagi.

    BalasPadam
  3. Bagus le amalkan cara hidup yg SIHAT di kalangan saudara Pemuda IKS...!!!

    BalasPadam
  4. Salam Perjuangan,

    Mulanya saya mewakili Pemuda PKNS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah sudi menerima jemputan kami utk mengadakan perlawanan persahabatan pada esok malam di tempat kami.

    Benar apa yang dikatakan oleh penulis blog, tujuan perlawanan ini adalah untuk mendekatkan sesama kita di kalangan Pemuda UMNO Bhg Batu dan ianya adalah salah satu idea bernas Sdr Azniee Abdullah yg inginkan pemuda-pemuda diperingkat Cawangan sentiasa mempunyai aktiviti dan sentiasa berhubung diantara satu sama lain di Peringkat Bhg. Ini adalah asas penting untuk merapatkan pemuda atau belia dan secara tidak langsung dapat menarik golongan muda atau belia utk bersama pemimpin Pemuda di peringkat Cawangan dan sekaligus menunjukkan kehadiran dan tanggungjawab Pemuda UMNO di kawasan setempat.

    Untuk aktiviti malam esok, kami di PKNS sudah bersiap sedia dan berharap perlawanan ini akan dapat memenuhi objektifnya dan mengambarkan perpaduan, keharmonian dan kerjasama erat di antara kita.

    Untuk rekod, perlawanan persahabatan yg akan dijalankan oleh Pemuda PKNS seperti berikut:-

    Tarikh Cawangan Keputusan
    9hb Feb - Pemuda Taman Melewar Menang (9-8)
    15hb Feb- Pemuda Taman IKS
    22hb Feb- Pemuda Kg Batu
    01hb Mar- Pemuda TKP 1
    08hb Mar- Pemuda KMWU

    terdapat lagi beberapa sesi perlawanan dgn Pemuda Cawangan yang akan diumumkan kelak.

    Kata-kata hikmat dari saya, "Keputusan perlawanan bukannya perkara pokok tetapi semangat dan komitmen itulah tanda kejayaan kita bersama"

    Sekian, terima kasih

    GULAM MUSZAFFAR HJ GULAM MUSTAKIM
    NAIB KETUA PEMUDA CAW. PKNS

    BalasPadam