Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


30 Mei 2009

Omar Anuar Roslay & Mariana Abdul Malik

Majlis persandingan salah seorang AJK Pemuda IKS, Saudara Omar Anuar Roslay dan pasangannya, Mariana Abdul Malik akan diadakan pada 30 Mei 2009 (Sabtu) bertempat di Pusat Komuniti DBKL, Taman Koperasi Polis Fasa 2. Majlis dijadualkan berlangsung dari pukul 12.00 tengahari hingga 4.oo petang. Semua ahli keluarga Pemuda IKS dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Baca selanjutnya...

29 Mei 2009

Letaklah Tajuk Apa Anda Suka, Asalkan Memberi Manfaat

Tibanya musim cuti persekolahan bererti seluruh warga masyarakat kota dan desa akan sibuk dengan program masing-masing. Ada yang pergi bercuti, berehat di kampung halaman dan menziarahi sahabat handai serta saudara mara. Tidak lupa juga kepada mereka yang melansungkan perkahwinan pada waktu ini. Jemputan akan lebih ramai jika dilangsungkan ketika musim cuti sekolah.

Selain segala program yang kita rancangkan, wujud juga pilihanraya kecil DUN N.12 Penanti. Ada pihak risau tentang pendirian orang UMNO di kawasan itu. Siapakah yang akan mereka undi? Seorang calon dari PKR, tiga calon Bebas. Atau mereka tidak akan keluar undi? Jika PKR yakin Penanti adalah kawasan mereka, apa yang perlu dirisaukan?

Setelah sebilangan pilihanraya kecil diadakan, ramai meragui strategi sebenar pihak Pakatan Rakyat. Namun UMNO tidak perlu gusar dengan status sedemikian. Terutamanya Pemuda UMNO, perlu tangkis segala tohmahan dan 'tackle' semua strategi pembangkang. Pemuda UMNO ditubuhkan untuk berjuang, bukan untuk berdiam diri.

Antara strategi pembangkang yang gagal ditentang Pemuda UMNO adalah kewujudan gelombang media alternatif. Laman blog menjadi pilihan berbanding media tempatan. Di laman blog mereka menghimpunkan ideologi para intelektual yang berbagai-bagai. Kebanyakan blog UMNO menyebarkan maklumat yang tidak memberi faedah seperti mengutuk (bukan mengkritik) individu tertentu. Kutuk gila-gila punya.

Pemuda UMNO masih belum gagal sepenuhnya. Usaha perlu ditingkatkan. Benar kata mereka. Blog pro-UMNO terlalu berat sebelah. Semuanya betul tanpa cacat cela. Strategi utama perang politik adalah menghebohkan kehebatan diri, mengkritik kelemahan lawan. Di samping itu, sembunyikan kekurangan diri dan kelebihan pihak lawan. Tapi janganlah 'obvious' sangat. Orang tak suka.

Selepas PRU-12, satu tiupan semangat baru telah wujud dalam Pemuda UMNO. Masing-masing ghairah dengan misi menawan kembali tempat-tempat yang berjaya dikuasai pihak pembangkang. Persoalannya, apa yang kita sudah lakukan? Demi perjuangan, apa yang kita rancangkan dan apa yang telah tercapai? Kita lebih ghairah melawan musuh dalam UMNO itu sendiri. Ternyata kem-kem musim pemilihan UMNO masih wujud. Sampai bila?

Kita giat menjalankan aktiviti dalaman yang kurang melibatkan masyarakat setempat. Kalau kawasan anda kawasan UMNO, memanglah ia akan dapat sambutan. Bagaimana pula dengan kawasan bukan UMNO? Para Ketua Pemuda UMNO perlu merantau dari cawangan ke cawangan untuk giat menjalankan aktiviti. Janganlah sesebuah aktiviti hanya tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja. Perlu seiring, termasuklah usaha pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi.

Usaha ini juga perlu diikuti secara berperingkat. Bermula dari peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat badan perhubungan negeri. Tawaf seluruh kawasan anda nescaya usaha anda ini akan menampakkan hasil. Beri perkhidmatan sebaiknya secara sama rata. Tabahkan hati, jangan putus asa. Kami sentiasa beri sokongan.

Ada di antara kita yang tidak bertegur sapa dek kerana keputusan pemilihan UMNO yang lalu. Ada yang tidak mahu memberi sambutan terhadap majlis yang dianjurkan hanya kerana pihak penganjur bukan dari kem yang sama. Jika ini berterusan, UMNO akan dinyahkan perlahan-lahan oleh ahlinya sendiri. Jika kita sendiri tidak bersatu, macam mana nak lawan PR? Mereka bukan calang-calang orangnya. Oleh itu, untuk membuktikan perpaduan kita di kalangan ahli, mari kita gempur PRK DUN N.41 Manik Urai!
Baca selanjutnya...

22 Mei 2009

Rakyat Perak: Menang Di Negeri Tak Bermakna Menang Di Hati

Alhamdulillah. Dengan keputusan rasmi Mahkamah Rayuan terhadap kes MB Perak, negeri Darul Ridzuan kini kembali ke tangan Kerajaan BN. Bermacam-macam pergolakan yang berlaku dari mula proses peralihan sehinggalah ke peringkat penentuan ini. Para blogger yang budiman turut tidak ketinggalan memberi pandangan, pendapat dan spekulasi.

Apa yang dikhuatiri adalah, adakah rakyat negeri Perak menerima keputusan ini dengan sebulat suara? Macam biasa, Pemuda IKS turun membuat kutipan suara. Kebanyakan di antara mereka yang berasal dari Perak dan kini menetap di KL menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Dr. Zambry sebagai MB Perak yang sah. Mereka mendakwa ini semua adalah "wayang" 1Malaysia. Rata-rata mereka ini masih mengundi di Perak.

Mulanya, tiga ADUN lompat keluar parti dan membuatkan BN mendapat majoriti mudah. Kemudian, selepas pelbagai huru hara dalam arena politik negeri Perak, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Ir. Nizar selaku MB Perak yang sah. Kini, selepas rayuan dibuat, Mahkamah Rayuan memberi keputusan yang berpihak kepada Kerajaan BN.

Ada yang mengatakan, semasa Ir. Nizar diumumkan selaku MB Perak yang sah, media banyak menekankan tentang ketelusan keputusan mahkamah sekaligus mencerminkan fungsi sistem perundangan yang baik. Namun, jika dalam masa beberapa minggu sahaja, keputusan beralih dari ketentuan asalnya. Apa reaksi utama rakyat? "Nie semue wayang la nie..."

Tetapi kita perlu akur dengan keputusan mahkamah. Penggubal undang-undang yang berada dalam institusi ini bukanlah di kalangan mereka yang dungu dan alpa. Sudah pasti perkara ini telah diteliti sebaiknya sebelum diumumkan. Ini adalah cabaran kepada Kerajaan BN, cabaran untuk memenangi hati rakyat.

Jika PKR di Selangor mahu "Merakyatkan Ekonomi Negeri", Perak perlu ada satu major rebranding agar kita tidak dinyahkan pada PRU-13 akan datang. Pemuda UMNO perlu bekerja keras untuk penggal ini kerana kedudukan UMNO hari ini semakin goyah dimakan tentangan hebat. Fikirkan bersama, kita memenangi kerusi kerajaan di negeri tidak bermakna kita memenangi hati rakyat di negeri itu.
Baca selanjutnya...

20 Mei 2009

KPI: Beberapa Menteri Bakal Digugurkan

Penunjuk Prestasi Utama (KPI) diimplemen bagi menganalisa prestasi sesebuah entiti dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Selaras dengan seruan dan gubalan 1Malaysia, KPI dapat membantu kerajaan memperbaiki mutu perkhidmatan dan meningkatkan prestasi dengan lebih telus dan effisyen.

Walau bagaimana pun, beberapa langkah rapi perlu diteliti agar objektif perlaksanaan KPI tidak melencong dari mencapai matlamat asalnya. Adakah benar ianya akan mengukur prestasi? Apa pula yang akan berlaku kepada mereka yang tidak berjaya mencapai tahap minima yang ditetapkan? Adakah data yang diperoleh akan didedahkan kepada umum? Wujudkan satu Suruhanjaya Penunjuk Prestasi Utama untuk memantau pengumpulan data yang sahih?

Persoalan ini banyak bermain di fikiran masyarakat selepas pengumuman perlaksanaan sistem baru ini terhadap barisan hadapan Kabinet Najib. Walaupun selepas perlantikan jawatan menteri dan timbalannya yang baru, masih wujud beberapa individu di dalam barisan Kabinet Najib yang tidak disenangi sesetengah pihak. Tun M turut memberi pandangan kurang mengalukan terhadap mereka ini. Selepas rombakan Kabinet yang terkini, banyak muka baru yang menjanjikan nadi baru. Namun masih ada lagi...

Apa yang dikhuatiri, selepas kebangkitan PR pada PRU-12, adakah langkah melantik 'orang lama' ini wajar? Bukankah rombakan besar-besaran dapat memberi satu nafas baru kepada Kabinet? Mungkin mastermind 1Malaysia mempunyai agenda tersendiri dalam mencaturi The Kabinet Frontline. Bukan apa, kalau dah rasa diri tu dah expired, baik berundur sahaja daripada diundurkan daripada barisan. Masalahnya, kebanyakannya tak sedor diri.

Kita mengharapkan perubahan. PM telah mengorak langkah pertama dengan perlaksanaan KPI. Berharap beliau akan menyingkirkan sisa-sisa reput yang melemahkan prestasi Kabinet dan UMNO. Mereka ini tidak diperlukan lagi selepas 'tarikh luput'. Expiry mereka bukan terletak pada umur atau usia berkhidmat, tetapi pada prestasi mereka itu sendiri. Telitilah saranan dan nasihat Tun M untuk melaksanakannya sebaik mungkin.

PAS pun ada bau-bau politik wang yang dianggap hadiah bukan rasuah. Pemuda IKS mencadangkan PAS untuk melaksanakan Key Bribery Indicator (KBI).
Baca selanjutnya...

17 Mei 2009

Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Batu 2009

Tarikh: 17 Mei 2009 (Ahad)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur

Setiap cawangan dikehendaki menghantar wakil seramai 15 orang. Pemuda IKS dikehendaki berkumpul di Restoran Thaqwa pada jam 8.00 malam sebelum bertolak ke lokasi majlis. Sila beri komitmen penuh terhadap perlaksanaan majlis seperti ini.



Baca selanjutnya...

15 Mei 2009

Norza Didakwa, Hindraf Dibebaskan

"TEMERLOH 14 Mei — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 9 Jun depan untuk sebutan semula kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria." - Utusan Malaysia

"TAIPING 9 Mei - Kesemua 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk tiga pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang ditahan di Kem Tahanan Kemunting di sini sejak Disember 2007 dibebaskan hari ini." - Utusan Malaysia
Mungkin ini adalah salah satu langkah baru yang ingin diimplementasi oleh kerajaan 1Malaysia. Dalam erti kata lain, bagi mendapatkan sokongan kaum India, bebaskan tahanan Hindraf di dalam ISA. Bagaimana dengan orang Melayu, khususnya UMNO? Dakwa mereka dengan tuduhan politik wang. Yang hairannya, sorang jer? Mungkin ini cara untuk memantapkan sokongan orang UMNO terhadap UMNO.

Kenapa mereka yang menyokong ISA tidak membantah pembebasan ini? Adakah mereka sekadar menyokong kerana ikut telunjuk atau menjaga kepentingan tertentu? Hairan. Semasa pihak pembangkang ketengahkan isu ISA, ramai tampil membidas dakwaan mereka. Tapi hari ini mereka diam saja. Patuh. Maknanya kalau pemimpin kata 'A', semua ikut 'A'. Kalau kata 'B', 'B' lah jawabnya. Tidak berpendirian dan mudah ditiup seperti lalang.

Perkara kedua yang dihairankan adalah, dimana Pemuda UMNO dalam membela dan memberi sokongan terhadap Datuk Norza? Pemuda UMNO seolah-olah membiarkan sahaja Datuk Norza terkuntang kanting walhal beliau baru didakwa, belum didapati bersalah. Tindakan membatu diri ini menampakkan Pemuda UMNO mengiyakan dakwaan yang dihadapi beliau.

Biasa lah, bila kita senang, ramai mendampingi. Bila kita susah, tiada yang ingin mendekati.
Baca selanjutnya...

14 Mei 2009

Rumusan Ucapan Presiden UMNO Malaysia

Berikut adalah antara beberapa rumusan yang diperolehi daripada teks ucapan Presiden UMNO Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak tempoh hari:

1. Ulangan terhadap peringatan kepada ahli UMNO supaya jangan dibuai oleh nostalgia. UMNO perlu berani berubah demi kepentingan Agama, Bangsa & Negara dan terus relevan dengan keadaan semasa.

2. Generasi pasca Kemerdekaan perlu menghayati kisah perjuangan UMNO dan Parti Perikatan serta bersyukur di atas nikmat kurniaan daripada Allah Ta'ala kepada generasi ini yang tidak datang bergolek tetapi diusahakan oleh pejuang-pejuang UMNO.

3. Dasar '1Malaysia' sebenarnya telah lama dipraktikkan melalui Parti Perikatan kemudian bertukar menjadi Barisan Nasional. Dasar ini akan senantiasa diperbaharui dan menjadi tunjang pembangunan serta kekuatan Malaysia kelak.
Baca selanjutnya...

11 Mei 2009

Contohi Usaha UMNO Bahagian Cheras Sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia

"KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang ibu yang tidak pernah kenal erti penat menjahit baju tempahan sehingga larut malam saban hari untuk membesarkan lima anaknya dipilih sebagai tokoh Ibu Mithali pada Sambutan Hari Ibu UMNO Bahagian Cheras hari ini." - Utusan Malaysia
Kita sepatutnya mencontohi usaha UMNO Bahagian Cheras dalam memberi penghargaan kepada golongan ibu dalam membesarkan keluarga mereka sempena sambutan Hari Ibu seluruh dunia. Penghargaan sebegini mampu membuka mata masyarakat untuk lebih menyedari bahawa masih ada yang kurang bernasib baik ari kita.

Selain daripada sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dan Hari Buruh juga perlu diberi penghargaan seumpamanya dalam usaha menghargai jasa-jasa insan tertentu dalam kehidupan seharian mereka. Usaha sebegini bukan sahaja dapat kerapatkan ukhuwah di dalam sesebuah komuniti malah mampu menyampaikan mesej tersirat kepada mereka yang menjayakannya.

Untuk memenangi hati penduduk setempat dalam memberi kepercayaan terhadap perjuangan UMNO, kita hendaklah mengusahakannya sebaik mungkin dari sekarang dan bukannya ketika musim pilihanraya sahaja. Mari kita bersama menyatukan semula masyarakat setempat bagi mewujudkan keharmonian sejagat.
Baca selanjutnya...

10 Mei 2009

Datuk Mukhriz Mahathir: Kursus Asas Perniagaan Pemuda Batu 2009

Barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu telah menganjurkan satu Kursus Asas Perniagaan pada 09 Mei 2009 (Sabtu) bertempat di Pusat Komuniti MAKPEM, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Kursus ini disertai oleh usahawan-usahawan tempatan di sekitar kawasan Parlimen Batu.

Di antara penceramah jemputan adalah Saudara Shuhaimi Shahdan, Ketua Pemuda Selayang yang merupakan seorang yang berpengalaman di dalam bidang perniagaan. Beliau berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang selok belok asas perniagaan. Banyak yang dapat dipelajari oleh para peserta hasil perkongsian tersebut.

Majlis turut dimeriahkan oleh barisan kepimpinan Pemuda Batu dan UMNO Bahagian Batu. Turut hadir adalah barisan kepimpinan Pemuda Wilayah yang diketuai oleh Saudara Rizalman Datuk Mokhtar. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir telah menyempurnakan kursus tersebut dengan merasmikan penutupan majlis tersebut. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau dan barisan Pemuda Wilayah yang sudi hadir.

Barisan Pemuda Wilayah yang hadir menampakkan bahawa Pemuda Batu kini menjadi tumpuan untuk aktiviti dan program Pemuda UMNO. Moga perhatian yang diberi ini akan membuatkan barisan Pemuda Batu untuk lebih bersemangat berkerja dalam bidang kemasyarakatan. Berharap kita dapat mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk menimba pengalaman dan memantapkan lagi intipati perjuangan Pemuda UMNO.
Baca selanjutnya...

07 Mei 2009

Barisan Kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan 2009

Ketua: Saudara Rizalman Datuk Mokhtar (Bandar Tun Razak)
Naib Ketua: Saudara Syed Medhar Syed Abdullah (Cheras)
Penolong Setiausaha: Saudara Mohd Taupik Hussain (Wangsa Maju)
Ketua Penerangan : Saudara Mahadhir Sulaiman (Segambut)
Bendahari : Saudara Sazali Kamilan (Lembah Pantai)

AJK :
Saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii (Seputeh)
Saudara Mohd Rafi Alli Hassan (Labuan)
Saudara Azniee Abdullah (Batu)
Saudara Azmi Badarudin (Setiawangsa)
Saudara Mohd Idham Yasser (Titiwangsa)
Saudara Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (Bukit Bintang)
Datuk Ahmad Zaki Zahid (Putrajaya)
Saudara Norizan Ali (Kepong)

Sumber: Razlan's

"Hope for the best, plan for the worst."
Baca selanjutnya...

02 Mei 2009

Majlis Doa Selamat

Tarikh: 2 Mei 2009 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Pejabat UMNO Bahagian Batu

Seluruh warga UMNO Bahagian Batu dijemput hadir ke majlis doa selamat yang akan diadakan. Kepada Setiausaha sayap Pemuda, Wanita dan Puteri diharap dapat memaklumkan kepada para AJK dan ahli UMNO yang lain. Kehadiran anda semua yang dialukan bakal melengkapkan lagi majlis yang mulia ini. InsyaAllah.

Malam tadi (1 Mei 2009) Program Klinik Badminton Pemuda IKS adalah yang paling hambar dalam sejarah. Cuma 4 orang sahaja hadir untuk sesi riadah. Berharap pihak pengelola dapat melakukan sesuatu untuk menarik lebih banyak penyertaan di kalangan ahli. Mungkin masing-masing sibuk dengan hal peribadi.

Pemuda IKS akan membuat pemantauan terhadap perkembangan kerjaya ahli-ahlinya dalam usaha membina masyarakat makmur yang berjaya. Kepada para ahli yang menghadapi masalah dengan kerjaya, sila berhubung terus dengan Biro Pendidikan & Latihan atau Biro Ekonomi. Semoga semangat bantu membantu di kalangan kita dapat melahirkan generasi produktif.
Baca selanjutnya...

01 Mei 2009

Ketua Pemuda UMNO Negeri & Exco Lantikan

“Mereka perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional menjadi kenyataan,’’ - Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid



Berharap mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah. Selamat menyambut Hari Buruh bagi tahun 2009 kepada seluruh warga pekerja di bumi bertuah ini. Ada yang balik ke kampung halaman, ada yang pergi bercuti dan ada yang berehat di rumah. Apa pun aktiviti anda, berhati-hatilah dalam setiap perkara yang dilaksanakan. Semoga Allah s.w.t. memberkati hidup kita semua. InsyaAllah.
Baca selanjutnya...