Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


11 Mei 2009

Contohi Usaha UMNO Bahagian Cheras Sempena Sambutan Hari Ibu Sedunia

"KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang ibu yang tidak pernah kenal erti penat menjahit baju tempahan sehingga larut malam saban hari untuk membesarkan lima anaknya dipilih sebagai tokoh Ibu Mithali pada Sambutan Hari Ibu UMNO Bahagian Cheras hari ini." - Utusan Malaysia
Kita sepatutnya mencontohi usaha UMNO Bahagian Cheras dalam memberi penghargaan kepada golongan ibu dalam membesarkan keluarga mereka sempena sambutan Hari Ibu seluruh dunia. Penghargaan sebegini mampu membuka mata masyarakat untuk lebih menyedari bahawa masih ada yang kurang bernasib baik ari kita.

Selain daripada sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dan Hari Buruh juga perlu diberi penghargaan seumpamanya dalam usaha menghargai jasa-jasa insan tertentu dalam kehidupan seharian mereka. Usaha sebegini bukan sahaja dapat kerapatkan ukhuwah di dalam sesebuah komuniti malah mampu menyampaikan mesej tersirat kepada mereka yang menjayakannya.

Untuk memenangi hati penduduk setempat dalam memberi kepercayaan terhadap perjuangan UMNO, kita hendaklah mengusahakannya sebaik mungkin dari sekarang dan bukannya ketika musim pilihanraya sahaja. Mari kita bersama menyatukan semula masyarakat setempat bagi mewujudkan keharmonian sejagat.

2 ulasan:

  1. Contohi Rasulullah kasihi ibu kandung dan ibu susu setiap masa serba sederhana........

    BalasPadam
  2. Syabas kepada UMNO Bahagian Cheras kerana mengadakan majlis dimana menghargai kaum ibu. Diharap usaha murni berterusan ini dapat diadakan bagi kelompok yang lain. Bagi saya ini satu perghargaan yang tidak ternilai dimana kita juga mengajar atau membuka ruang bagi mereka-mereka yang terlepas pandang sambutan ini.. Harapan yang tinggi disandarkan kepada Pemuda Batu agar dapat memikirkan untuk mengadakan sambutan seperti ini.

    BalasPadam