Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


29 Mei 2009

Letaklah Tajuk Apa Anda Suka, Asalkan Memberi Manfaat

Tibanya musim cuti persekolahan bererti seluruh warga masyarakat kota dan desa akan sibuk dengan program masing-masing. Ada yang pergi bercuti, berehat di kampung halaman dan menziarahi sahabat handai serta saudara mara. Tidak lupa juga kepada mereka yang melansungkan perkahwinan pada waktu ini. Jemputan akan lebih ramai jika dilangsungkan ketika musim cuti sekolah.

Selain segala program yang kita rancangkan, wujud juga pilihanraya kecil DUN N.12 Penanti. Ada pihak risau tentang pendirian orang UMNO di kawasan itu. Siapakah yang akan mereka undi? Seorang calon dari PKR, tiga calon Bebas. Atau mereka tidak akan keluar undi? Jika PKR yakin Penanti adalah kawasan mereka, apa yang perlu dirisaukan?

Setelah sebilangan pilihanraya kecil diadakan, ramai meragui strategi sebenar pihak Pakatan Rakyat. Namun UMNO tidak perlu gusar dengan status sedemikian. Terutamanya Pemuda UMNO, perlu tangkis segala tohmahan dan 'tackle' semua strategi pembangkang. Pemuda UMNO ditubuhkan untuk berjuang, bukan untuk berdiam diri.

Antara strategi pembangkang yang gagal ditentang Pemuda UMNO adalah kewujudan gelombang media alternatif. Laman blog menjadi pilihan berbanding media tempatan. Di laman blog mereka menghimpunkan ideologi para intelektual yang berbagai-bagai. Kebanyakan blog UMNO menyebarkan maklumat yang tidak memberi faedah seperti mengutuk (bukan mengkritik) individu tertentu. Kutuk gila-gila punya.

Pemuda UMNO masih belum gagal sepenuhnya. Usaha perlu ditingkatkan. Benar kata mereka. Blog pro-UMNO terlalu berat sebelah. Semuanya betul tanpa cacat cela. Strategi utama perang politik adalah menghebohkan kehebatan diri, mengkritik kelemahan lawan. Di samping itu, sembunyikan kekurangan diri dan kelebihan pihak lawan. Tapi janganlah 'obvious' sangat. Orang tak suka.

Selepas PRU-12, satu tiupan semangat baru telah wujud dalam Pemuda UMNO. Masing-masing ghairah dengan misi menawan kembali tempat-tempat yang berjaya dikuasai pihak pembangkang. Persoalannya, apa yang kita sudah lakukan? Demi perjuangan, apa yang kita rancangkan dan apa yang telah tercapai? Kita lebih ghairah melawan musuh dalam UMNO itu sendiri. Ternyata kem-kem musim pemilihan UMNO masih wujud. Sampai bila?

Kita giat menjalankan aktiviti dalaman yang kurang melibatkan masyarakat setempat. Kalau kawasan anda kawasan UMNO, memanglah ia akan dapat sambutan. Bagaimana pula dengan kawasan bukan UMNO? Para Ketua Pemuda UMNO perlu merantau dari cawangan ke cawangan untuk giat menjalankan aktiviti. Janganlah sesebuah aktiviti hanya tertumpu kepada kawasan tertentu sahaja. Perlu seiring, termasuklah usaha pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi.

Usaha ini juga perlu diikuti secara berperingkat. Bermula dari peringkat cawangan sehinggalah ke peringkat badan perhubungan negeri. Tawaf seluruh kawasan anda nescaya usaha anda ini akan menampakkan hasil. Beri perkhidmatan sebaiknya secara sama rata. Tabahkan hati, jangan putus asa. Kami sentiasa beri sokongan.

Ada di antara kita yang tidak bertegur sapa dek kerana keputusan pemilihan UMNO yang lalu. Ada yang tidak mahu memberi sambutan terhadap majlis yang dianjurkan hanya kerana pihak penganjur bukan dari kem yang sama. Jika ini berterusan, UMNO akan dinyahkan perlahan-lahan oleh ahlinya sendiri. Jika kita sendiri tidak bersatu, macam mana nak lawan PR? Mereka bukan calang-calang orangnya. Oleh itu, untuk membuktikan perpaduan kita di kalangan ahli, mari kita gempur PRK DUN N.41 Manik Urai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan