Kuala Lumpur - Gara-gara membuat aduan berkenaan sampah yang tidak dipungut, Ketua Pemuda Blok G Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak mendakwa dibelasah pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan mangga kunci dan pisau kecil.
Mangsa, Mohd Khaizam Kamisan, 30 (gambar), terpaksa menerima tujuh jahitan pada kepala, tiga jahitan pada pipi dan pemeriksaan lanjut mendapati dia juga mengalami keretakan pada pergelangan tangan kiri.
Menurutnya ketika sedang menulis laporan tersebut, tiba salah seorang pegawai DBKL mengherdik dengan mengeluarkan kata-kata; “Aku sudah lama tidak puas hati dengan engkau”.
“Saya tidak mengenali pegawai tersebut tetapi kenapa dia boleh berkata begitu sedangkan saya tidak sengaja tertinggi suara ketika sedang menulis aduan tersebut.
“Kemudian saya memohon maaf sebelum beredar namun kira-kira satu jam selepas itu saya menerima panggilan daripada pegawai tersebut yang mahu berjumpa saya dengan alasan mahu meminta maaf,” katanya. - Sinar Harian, 16 Mac 2009
kurang ajar.
BalasPadamMengambil kesempatan terhadap kuasa yang diberi.
BalasPadamKeputusan Lembaga
BalasPadamdisiplin UMNO yang telah diumumkan petang tadi, sungguh mengecewakan ramai orang2 melayu yg merasakan Lembaga ini seolah2 tidak sensitif dgn perasaan akar umbi..hukumann yg dikenakan seolah2melepaskan batuk ditangga sahaja..atau mungkin seolah2nak jaga hati seseorang..jika inilah bentuk hukumannya, sahlah politik wang tidak akan dapat dibendung jauh sekali untuk dihapuskan..Lembaga Disiplin sepatutnya menghukum perasuah2 ini dgn satu hukuman yg tegas dan keras..tak kiralah apa akibatnya..jika UMNO tidak berani mengambil risiko, percayalah hukuman saperti yg diputuskan hari ini hanya akan ditertawakan orang sahaja..situasi yg ada ini, saya percaya akan menjadikan ramai orang semakin jauh dari memilih UMNO sebagai wadah perjuangannya..
pada tanpa nama:
BalasPadammemang betol apa yang dikatakan saudara, memang Lembaga Disiplin UMNO langsung tidak menjaga hati akar umbi.... ada pihak yang buat onar kene tindakan yang tegas, ada pihak lain yang buat onar juga hanya bagi amaran.... pening kepala ahli UMNO sendiri....