Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


18 Mac 2009

Kami Mahu PPSMI Diteruskan!

1. Untuk mermartabatkan sesuatu Agama & Bangsa (dalam konteks ini Islam dan Melayu) kita perlu mendalami ilmu Sains dan Matematik. Lihat sahaja zaman kegemilangan Kota Baghdad suatu ketika dahulu yang pernah menjadi tempat pengumpulan dan penyebaran ilmu yang telah mengundang berbagai-bagai jenis bangsa walhal pada masa itu, orang Eropah (pada masa itu) berada dalam Zaman Gelap.
Kepelbagaian dan pertukaran ilmu (terutamanya ilmu orang Islam) telah menjadi titik tolak kepada kemajuan teknologi beberapa tamadun. Mengapa? Ianya berpunca daripada keazaman dan mengakui kelemahan yang ada pada sesuatu bangsa, telah mengakibatkan bangsa-bangsa lain berusaha untuk meniru dan menambahnilai pada ilmu yang dipelajari.
Apa yang ingin ditekankan di sini adalah budaya 'meniru perkara yang baik (mendalami/mengambil kembali ilmu) itu perlu diolah secara positif (menterjemah, menganalisa, mengkaji dan penyelidikan yang berterusan) untuk kesejahteraan Agama dan Bangsa itu pada masa akan datang. Kita perlu mengakui bahawa Islam dan Melayu (di Malaysia) pada masa kini berada dalam kedudukan yang amat mendukacitakan. Baik dari segi pencapaian ekonomi, ilmu, sukan dan lain-lain. Kekuatan untuk mendalami ilmu pengetahuan itu cuma sekadar 'cukup-cukup makan'.
2. Metaforanya adalah kita perlu menanam pokok dan berpenat lelah menjaga dan menyiramnya dahulu sebelum mendapatkan hasilnya. Inilah yang perlu dilakukan kepada anak-anak muda yakni generasi pelapis untuk masa hadapan. Seperti kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Setiap keputusan pasti ada kesan negatifnya, akan tetapi kita perlu meminimakan impaknya dan mencari jalan untuk menutup kesan itu sebaik mungkin.
Memberi pendedahan awal PPSMI ini diperingkat sekolah rendah adalah baik dan saya percaya, kanak-kanak ini akan berevolusi dan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan ini walaupun ianya akan mengambil masa yang lama.
3. Kita perlu melihat kesan jangkamasa panjang PPSMI ini dan kita tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat penilaian. Mengapa tidak memikirkan nasib mereka ini apabila berhadapan dengan situasi memohon kerja dan sesi temuduga. Impaknya amat jelas. Tidak mampu mendapatkan pekerjaan yang baik, beralih mencari duit dengan kerja yang mudah (kebiasaannya kerja yang senang ini berkait rapat dengan jenayah) akhirnya dihukum di atas perbuatan sendiri. Siapakah yang harus dipersalahkan? Mudah sahaja. Sudah pastinya kerajaan. Khususnya UMNO kerana tidak mampu membela nasib bangsa sendiri!
Penambahbaikan perlu dlakukan seperti:
i. Menyedia dan melengkapkan guru-guru dengan ilmu atau kemahiran berbahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik secara berterusan.
ii. Merangka modul yang lebih rapi dan merangkumi segala aspek pengunaan Sains dan Matematik.
iii. Galakan yang berterusan dan bersungguh-sungguh melalui kempen-kempen kesedaran PPSMI.
4. Memantau kesan perlaksanaan dari segenap aspek pendidikan: pemahaman, psikologi dan kognitif (ilmu dan daya pemikiran) pelajar.
5. Melakukan rombakan dengan meletakkan guru-guru dan penggerak di tempat betul dan pada masa yang tepat serta bersesuaian.
Diharap semoga buah fikiran dan pandangan ini sedikit sebanyak merealisasikan hasrat kita untuk menangkis dan mengukukuhkan Agama Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia pada masa akan datang.

5 ulasan:

  1. Hujah no 1 itu adalah hujah menantang PPSMI.

    Ternyata PPSMI tidak menggalakkan penterjemahan, & lebih suka ilmu dikekalkan dalam bahasa asal.

    Sekiranya kegemilangan itu diambil sebagai teladan, adalah Baitul Hikmah saudara adalah pusat penyimpanan ilmu dalam Bahasa Inggeris?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama18 Mac, 2009

    Assalamualaikum tuan Hasbullah Pit..

    Apa yang ingin dijelaskan pada artikel ini adalah eksplorasi dan tahap penguasaan ilmu.

    Kita perlu menguasaai ilmu Sains dan Matematik kerana ilmu ini adalah pemangkin kepada teknologi dan perubahan.

    Artikel ini juga menberi cadangan untuk menambahbaik perlaksanaan PPSMI juga.

    Saya juga benar - benar ingin mendengar apakah cadangan pihak tuan untuk memajukan bidang pendidikan di negara ini selain daripada cadangan memansuhkan PPSMI.

    Berani Berubah!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama18 Mac, 2009

    Apakah PPSMI ini cadangan daripada pihak berwibawa pendidikan. Dan telah dilakukan persidangan meja bulat misalnya. Atau projek tergesa-gesa kerajaan. Kerana yang menentangya para cerdik pandai negara, ilmuan negara, profesor-profesor. Sasterawan negara pun sama terlibat. Tidak adakah cara yang lebih baik daripada PPSMI.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama18 Mac, 2009

    Assalamualaikum Tanpa Nama..

    Kita perlu melihat kepada keperluan dan kesan perlaksanaan PPSMI. Sudah tentu ianya perlu melalui kajian & laporan daripada pihak yang terlibat.

    Cadangan ini wujud dan terhasil ketika Tun Dr. Mahathir menjadi P.M dan ianya melihat kepada keperluan untuk menguasai ilmu terutamanya Sains & Matematik. Kenapa? Ini disebabkan oleh kemajuan Sains & Teknologi pada masa kini kebanyakannya datang daripada dunia barat.(Walaupun ianya diceduk dari orang Islam suatu masa dahulu)dan kita (walaupun mengambil masa yang lama!) perlu mempelajarinya untuk setanding dengan mereka.

    Saya percaya, rata - rata ahli akademik bersetuju dengan alasan tersebut dan hanya ahli satera/pejuang bahasa sahaja yang tidak bersetuju kerana menganggap perkara ini akan mencabuli hak bahasa Melayu itu sendiri.

    Artikel ini juga memberi cadangan & idea untuk penambahbaikan kepada PPSMI. Sekiranya pihak tuan mempunyai cadangan yang lebih baik untuk mengubah nasib generasi pelapis negara..Kami juga berminat untuk mendengar.

    Berani Berubah!

    BalasPadam