Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


11 Mac 2009

Futsal 6 Penjuru Pemuda Batu

Pada tanggal 8 Mac 2009, AJK Pemuda IKS telah menyertai pertandingan Futsal Persahabatan 6 Penjuru/Cawangan yang dianjurkan secara bersama Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi Pemuda Batu, Saudara Fakhrulzaman Fadzil, para AJK Pemuda Batu seperti Saudara Gulam Muszaffar, Saudara Azman Sabidin, Saudara Hussein (Sentul Selatan) dan para Ketua Pemuda Cawangan lain yang terbabit.
Format asal pertandingan futsal ini ialah pemain-pemain hendaklah terdiri daripada Ahli MT dan AJK Pemuda bagi setiap cawangan. Tujuan futsal persahabatan 6 penjuru ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim diantara AJK setiap cawangan yang mengambil bahagian. Hadiah juga disediakan:
1. Pertama: Hamper + RM100
2. Kedua: Hamper + RM50
3. Ketiga: Hamper + Tunai
4. Keempat, Kelima dan Keenam: Tuala
Pertandingan futsal ini telah disertai oleh Pemuda PKNS, Pemuda IKS, Pemuda Sentul Selatan, Pemuda Wilayah Selayang, Pemuda Padang Balang dan Pemuda Desa Bakti. AJK Pemuda IKS telah menghantar pasukan yang terdiri daripada AJK (yang semput-semput belaka) bagi memeriahkan dan menyokong program tersebut. Walaubagaimana pun pertandingan ini membuktikan bahawa pengalaman (player Pemuda IKS adalah bekas pemain bola handalan) tidak cukup untuk mengalahkan pasukan yang bertanding (ramai yang muda dan bagus) dan akhirnya Pemuda IKS telah terkeluar di peringkat kumpulan lagi.
Pemuda IKS diletakkan di dalam kumpulan bersama Pemuda PKNS dan Pemuda Padang Balang manakala yang lainnya diletakkan dalam satu kumpulan lagi. Pemuda IKS ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat diatas usaha yang baik ini dan berharap ianya sentiasa dapat diteruskan bagi menggalakkan aktiviti di kawasan Batu dan akan menjadi pemangkin untuk menggukuhan silaturrahim sesama ahli di kawasan Batu.
Pemuda IKS amat berharap agar program sebegini dapat diperbanyakkan lagi dan berharap agar format pertandingan (penyertaan AJK Pemuda sahaja) dipatuhi supaya objektif kita dalam mengukuhkan ukhwah akan tercapai. Usaha ini juga akan menampakkan pengurusan yang lebih mudah dan kerjasama yang erat dapat terjalin untuk masa hadapan. Biarlah budak yang bagus main futsal dihantar ke pertandingan yang betul dan lebih kompetatif untuk lebih maju.
Tahniah kepada para pemenang. Keputusannya adalah:
Tempat Pertama - Pemuda PKNS
Tempat Kedua - Pemuda Padang Balang
Tempat Ketiga - Desa Bakti
Yang lain makan tuala je lah.

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama11 Mac, 2009

    Tahniah Pemuda Batu!!!
    Kawasan anda nampaknya terdapat pelbagai aktiviti yang sihat (alaa yg kalah jgn amik hati) dan ianya perlu diteruskan.
    Syabas bettey!

    BalasPadam
  2. limbiskuttkp11 Mac, 2009

    tipu buat tuan rumah dan team yg menghantar player pemuda bukan dikalangan ajk.akn dtg setiap team akn dipastikan dtg dgn surat pengesahan ajk yg dikuarkan oleh cwangan..mesti ade ketulusan dan kejujuran.jika formatnya player dari ajk pemudala...taniah pada yg menang.

    BalasPadam
  3. salam...

    syabas pada pemuda batu, pada yang kurang bernasib baik, saya ucapkan syabas juga..... semoga lebih banyak panganjuran aktiviti di kawasan kita.....

    InsyaAllah....

    salam takzim dan ziarah sharol.............

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama12 Mac, 2009

    PROTES!!!
    PROTES!!!
    PROTES!!!
    TIADA KEJUJURAN DALAM PENGANJURAN!!!

    BalasPadam