Isu ini sering dikaitkan dengan semangat jati diri dan kenegaraan. Namun hakikatnya, soal perlekehan bangsa Melayu adalah perkara pokok yang kita takutkan. Oleh kerana Bahasa Malaysia adalah bahasa ibunda kaum Melayu, ramai orang Melayu mempersoalkan kepentingan terhadap perlaksanaan PPSMI.
PPSMI yang dilaksana kini adalah wajib di kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah. Ramai mempersoalkan kesan terhadap perlaksanaan sistem baru ini. Bagaimana penerimaan oleh lapisan pelajar yang mentelaah buku-buku yang menggunakan sistem ini? Setelah sekian lama keberkesanannya kurang jelas dan belum terbukti, wujud satu gelombang menentang perlaksanaan sistem ini diteruskan.
Saudara Khairy Jamaluddin ada menyatakan bahawa perlaksanaan ini boleh ditingkatkan dengan mengkaji semula keberkesanannya. Beliau mencadangkan agar PPSMI hanya perlu dilaksanakan di peringkat sekolah menengah sahaja. Sekolah rendah akan meneruskan pembelajaran dan pengajaran dalam Bahasa Malaysia. Semua kenyataan beliau ini boleh kita dengari dalam program Hujah di TV9.
Semasa salah seorang ahli Pemuda IKS mengharungi Minggu Haluan Siswa (orentasi) di sebuah universiti tempatan, para siswa dan siswi diberitahu tentang kepentingan jati diri dalam setiap ahli masyarakat yang bergelar warganegara. Program tersebut telah membuka minda para peserta agar melihat sesuatu subjek dari satu sudut yang berbeza. Apa yang menarik adalah, program tersebut mengajar kita supaya menilai sesuatu dengan skop yang lebih luas.
Semasa berlangsungnya program tersebut selama satu minggu, seorang delegasi dari Kementerian Pengajian Tinggi dijemput untuk memberi ceramah dan beliau menyediakan sesi soal jawab untuk para siswa. Pemuda IKS sudah terlupa nama beliau namun kalau tak silap, beliau adalah SUK Kementerian tersebut.
Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan semangat patriotik perlu ada dalam diri setiap siswa dan siswi. Selain itu, para siswa dan siswi juga perlu berusaha ke arah menaikkan nama Malaysia di mata dunia dalam hasil kerja yang bakal dipersembahkan. Namun apabila disoal mengenai kepentingan PPSMI dalam sistem pendidikan, beliau memberi satu jawapan ringkas dan padat. Siswa dan siswi menegaskan mengapa tidak menggunakan Bahasa Malaysia sebagai satu tetapan dalam setiap institusi.
Menurut beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan bukannya sebuah negara yang maju seperti Jepun, Perancis dan Jerman. Untuk pengetahuan umum, negara-negara maju telah menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai medium komunikasi dominan dalam segala urusan di negara mereka. Malaysia masih bergantung kepada negara-negara maju. Ini termasuklah dalam penggunaan bahasa juga. Perkara ini akan berterusan sehinggalah Malaysia mampu berdikari sepenuhnya dalam bidang teknologi, pendidikan dan sebagainya.
Jika diteliti kembali, ada kesahihan dalam kenyataan beliau. Malaysia memang masih bergantung kepada negara lain dalam bidang-bidang tertentu. Bahasa Malaysia boleh dilaksanakan sepenuhnya jika Malaysia adalah sebuah negara maju dan negara membangun yang lain pula akan bergantung kepada Malaysia. Ketika inilah penguasaan bahasa lain diperlukan khususnya Bahasa Inggeris.
Sebab itulah di Sekolah Berasrama Penuh, pengambilan bahasa ketiga adalah elektif. Ini merupakan langkah kerajaan untuk mendidik para pelajar tentang kepentingan menguasai bahasa lain. Jika ingin menguasai bidang tertentu, adalah perlu untuk bermula dengan bahasa-bahasa ini. Selain Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Jerman dan Arab dipelajari untuk persediaan di masa akan datang. Ini kerana bahasa-bahasa yang dipelajari adalah bahasa negara-negara maju. Pada masa ini, kita masih membangun, nantikan tibanya waktu negara lain akan bergantung kepada kita. Tahun 2020 mungkin?
Ye ke....? Bagaimana kalau bahasa kita bila tiba 2020 nanti telah pun terhapus? Langkah untuk menaikkan bangsa itu giat dirangka tapi apa yang dibuat untuk mempertahankan Bahasa Melayu ?
BalasPadamBahasa Melayu terletak dalam perlembagaan negara dan tidak boleh sama sekali dipersoalkan dimana mana pun.
ok gak tu.. guna dulu BI sementara negara kita ni tak maju lagi.. nanti bila dah mencapai tahap negara maju.. baru la balik kepada BM...
BalasPadamtapi takutnya blom sempat maju.. BM dah terkubur..
camne plak tuhhh...
Assalmualaikum dan salam perjuangan!
BalasPadamberikut adalah pandangan peribadi saya.
Kepada tanpa nama, perkara 'mengubur dan terkubur'nya bahasa Melayu ini adalah terletak pada diri kita sendiri. Apakah yang telah dan akan saudara buat untuk mempertahankan bahasa ini.
Masalah ini bagi saya sangat kompleks (meminjam perkataan Inggeris) kerana ilmu pengetahuan moden ini kebanyakkannya dalam bahasa Inggeris. Kita perlu menguasai cabang - cabang ilmu ini tanpa mengenepikan hal - hal yang melibatkan Kemelayuan. Ini adalah sangat penting dan juga dapat disimpulkan sebagai 'situasi menang - menang'.
Natijahnya adalah, ianya terletak pada individu terbabit untuk membuat penilaian mengenai isu ini. Tepuk dada tanya selera. Adakah kita masih selesa dengan kedudukan kita? Adakah kita mampu bersaing atau setidak - tidaknya berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa - bangsa lain? Dan adakah kita hanya bersungguh - sungguh untuk mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu ini kerana jauh di sudut hati kita terpaksa mengakui bahawa hanya inilah sahaja legasi Melayu yang tinggal kerana kita tidak mampu bersaing.
Jangan jadi Kaduk. Menang sorak (mempertahankan bahasa Melayu) kampung tergadai (Adat, budaya, kekuatan ekonomi, sukan, negeri & negara dll) tergadai.
Perkara ini hanyalah polemik politik yang diciptakan oleh sesetengah individu untuk meraih sokongan. Apakah kesemua Ahli Parlimen mampu berbahasa Melayu? Mengaburi dan membutakan mata pihak lain dengan isu-isu yang bersifat liberal adalah taktik mereka - mereka ini.Fikirkan.
Berani Berubah!
salam.....
BalasPadammemang betol apa yang dikatakan dari Tanpa Nama dan Weber.... memang sekarang kita kononya nak menjadi negara maju perlu mempelajari bahasa orang lain, nanti malaysia dah maju, ntah2 rakyat malaysia sendiri dah tak kenal bahasa melayu.....
saya harap sangat kita sebagai bangsa melayu, janganlah ambil remeh perkara ni.... jangan sampai nanti anak cucu kita dah tak reti nak cakap melayu... asyik nak belajar bahasa inggeris je.... orang lain tu ada rakyat melebihi ratusan juta rakyat, Malaysia ni ader 27 juta jer, itu pun orang melayu separuh dari 27 juta..... kalau sumer orang melayu cakap Inggeris, habis hancur bahasa kita sendiri......
Salam Ta'zim sharol.....
Assalamualaikum Sharol..
BalasPadamYa, memang betul apa yang diperkatakan oleh saudara. Akan tetapi adakah kita hanya mempertahankan Bahasa Melayu sahaja? Bagaimana pula dengan adab resam, budaya dan norma - norma Melayu?
Pandangan saya jelas sekali tidak menolak bulat - bulat Bahasa Melayu. Tetapi melihat kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik itu penting.
Kita masih lagi mempunyai subjek Bahasa Melayu dan Kenegaraan. Kita juga masih lagi menerapkan program - program jatidiri kendalian Jab. Latihan Khidmat Negara dan juga Biro Tatanegara yang tujuannya menerap dan menimbulkan kesedaran mengenai hakikat anak bangsa dan negara.
Titik tumpuan di sini adalah mengenai kepentingan menjadi Melayu yang bukan hanya pandai bercakap/bertutur bahasa Melayu tetapi tidak mampu mencabar kebijaksanaan dan kepandaian bangsa - bangsa asing.Bagi saya,pengukukuhan dan menguasai ilmu adalah kunci kepada sesuatu bangsa & bahasa itu dihormati kelak.
Berani Berubah!
Berani Berubah!
MEMANG BENAR KATA EMPORER HAN...
BalasPadammengenai adat resam, budaya dan juga norma-norma melayu, dewasa ini pun anak muda kita dah tak tau mengenai adat-adat ketimuran yang ada dalam adat resam melayu.... kemungkinan kerajaan perlu main peranan aktif untuk mengembalikan semula norma-norma melayu dan juga adat resam kita untuk ikutan pada remaja2 melayu sekarang, tapi pada PPSMI, saya berharap kerajaan kita ambil sedikit alasan 'KENAPA IA PERLU DIMANSUHKAN' yang diberikan oleh rakyat jelata terutama orang melayu kenapa ia perlu dimansuhkan, dan diajar semula dalam bahasa melayu? kerana pelajar sendiri tidak mendapat kelebihan dalam PPSMI, saya bukan nak menghalanG kementeria pelajaran untuk mempertahankan PPSMI, tetapi lihatlah sekarang semua rakyat inginkan ppsmi di mansuhkan.....
dimasa akan datang jika bangsa melayu itu sendiri bangga dengan bangsa nya, jangan nak dikatakan mencabar bangsa lain, mungkin BANGSA MELAYU SENDIRI YANG AKAN MEMERINTAH DUNIA..... INSYAALLAH.........
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA, MALAH MELAYU BOLEH MEMERINTAH DUNIA.... INI BUKAN IMPIAN TETAPI BOLEH MENJADI KENYATAAN.....
HIDUP MELAYU!!!!!!!!3X
Salam,
BalasPadamKalau kita melihat penentang PPSMI adalah terdiri daripada 'pejuang bahasa'. Walaupun bergelar Prof dan sebagainya, kebanyakan mereka adalah tokoh2 sastera (arts). Tidak terdengar pula bantahan daripada tokoh-tokoh ataupun ilmuwan yang berlatarbelakang sains ataupun teknikal. Kenapa?
Apakah penaakulan mantik? janjang? pengamiran? haba pendam tentu pelakuran? Respirasi? sinus, kosinus?
Suatu ketika dulu (mungkin masih lagi sekarang) Anak2 kecil di Parit Wagiman di Batu Pahat, tercengang2 apabila cikgu mengajar mereka satu, dua, tiga. Kerana mereka hanya tahu siji, loro, telu, papat ... Tak tahu lah pulak saya pengiraan anak2 kecil di Long Pasia ataupun Bario.
Kita hanya menambah kekeliruan kepada bakal2 mahasiswa kerana istilah ini hanya setakat wujud di bangku2 sekolah kita! Seperti yg dinyatakan dalam posting ini. Istilah2 ini adalah sekadar pinjaman (teknologi orang lain) daripada istilah dlm bahasa inggeris dan bahasa2 lain. Istilah2 saintifik tidak rigid dan kebanyakan teori2 akademik menggunakan nama tokoh2 yg discover teori2 tersebut. Lihatlah jadual berkala (periodic table). Formula Einstein E=mc² contohnya.
Cukupkah buku2 rujukan dalam bahasa kita?
Cuba google
sistem pencernaan ---> 240,000 results found
digestion ---> 34 million results found siap dengan diagram dan details description dekat first page lagi ...
I did suffer during my first semester due to this 'funny' connotation and lack of references. During that time internet search engine untuk translate melayu-english lagi la teruk
Kenyataannya: Tidak ada satupun nama Melayu ataupun penemuan2 oleh orang Melayu. Hina sangat kah bangsa kita?
Sepatutnya kita menggalakkan penemuan2 terkini daripada orang kita, hukum-hakam yang baru dan ciptaan2 yang merevolusikan dunia.
Perkataan "Cuba kau google tengok benda ni" .. adalah contoh bagaimana sesuatu produk itu sinonim dengan perbuatan (adjective).
Dunia belum cukup lengkap lagi, penemuan2 saintifik (breakthrough) adalah melampaui batasan imaginasi kita dan masih ada ruang untuk istilah2 Melayu mendominasikan dunia.
Sementara ini, belajar lah dulu ilmu2 ini dalam bahasa asalnya. Bila kita dah pandai automatic Bahasa kita akan berdaulat semula.
Kalau kita lihat Algebra, Algorithm, Alkali dsb nya, masih menggunakan nama2 asalnya. Mat Saleh ni tak ubahpun until apabila diaorang dah improvise the breakthrough.
p/s: teringin jugak nak dengar: "selepas aku fakhrul kan enjin aku, terus jadi power ..."
Jangan menggelabah dan terlalu cepat melatah. Kerajaan hanya mahu Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris. Namun subjek Bahasa Melayu tetap diteruskan, bukannya dimansuhkan.
BalasPadam1. Belajar Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris.
2. Belajar Sejarah, Geografi, Agama & Kemahiran Hidup dalam Bahasa Melayu.
3. Bertutur di rumah guna Bahasa Melayu.
4. Pergi ke kedai guna Bahasa Melayu pasar.
5. Baca suratkhabar Bahasa Melayu.
6. Akad nikah dalam Bahasa Melayu.
7. Segala urusan kerajaan dalam Bahasa Melayu.
8. Rukun Negara dalam Bahasa Melayu.
9. TULIS BLOG GUNA BAHASA MELAYU.
Fikirkan. Bandingkan. Perjuangkan. Pertahankan.
Ish Ish..susah ye..belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris terus terhapus bahasa melayu...
BalasPadamMacam yang tukang sapu tulis, subjek lain dalam bahasa melayu. Dan dalam banyak-banyak subjek yang dalam bahasa melayu tu, pada saya pentingnya sejarah kerana, melalui sjeraha kita boleh kenal dan tahu adab resam melayu...sejrah melayu, sejarah malaysia dan sebagainya...
Hairan, hairan..terhapus terus ye bahasa melayu dengan sains dan matematik dalam bahasa inggeris...
formula sains dan perkiraan matematik mana yang kamu pakai?
ini semua mokhtar hj mansor punya angkara.....cuba tengok link ni...mokhtarmansor.blogspot.com
BalasPadam