Berikut adalah hasil kutipan suara yang dilakukan oleh Pemuda IKS terhadap isu-isu tertentu. Kutipan suara diadakan di kalangan masyarakat setempat. Mari kita dengarkan.
PPSMI
Isu ini timbul setelah pelaksanaannya yang sekian lama tidak memberi kesan yang baik terhadap kualiti dan prestasi pelajar di sekolah-sekolah tempatan. Malah sistem dan tahap pendidikan di negara kita dipersoalkan. Siapa yang perlu disalahkan? Daripada mencari kesalahan orang lain, lebih baik kita fikirkan bersama apa yang terbaik untuk generasi akan datang. Pemuda IKS berasa PPSMI ini boleh dilaksanakan tetapi memerlukan kajian yang lebih mendalam dan teliti. Namun Pemuda IKS bersetuju dengan pendapat Saudara Khairy Jamaluddin untuk menetapkan PPSMI di peringkat sekolah menengah sahaja.
Budak Sekolah Nakal
Semakin hari semakin menjadi-jadi. Generasi pelajar yang tidak dididik dengan rotan/hukuman kini semakin berani. Inikah golongan pelapis masyarakat yang kita semua mahukan? Tiada disiplin dan kesedaran dalam diri mereka. Jika masalah ini berterusan, nescaya kita akan melahirkan golongan pemberontak di masa hadapan. Ibubapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah ini. Para guru pula jangan mengambil kesempatan terhadap murid apabila diberi kuasa untuk merotan/menghukum. Selain mendisiplinkan mereka, cari jalan untuk menarik minat mereka bersekolah, seperti pendedahan terhadap bidang seni atau kemahiran.
DUN Perak
Rasa macam malas nak komen pun ada. Sebab perangai masing-masing macam budak-budak sedangkan semuanya terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi. Pandai-pandailah korang setelkan. Yang malangnya, rakyat akan jadi mangsa.
Perhimpunan Agung Tahunan
Ini hari istimewa untuk para ahli UMNO. Hari penentuan pemilihan barisan kepimpinan UMNO untuk penggal ini. Setelah penat lelah para calon berkempen, keputusan terletak pada tangan para perwakilan yang akan hadir. Walaupun pelbagai tohmahan dan cabaran menduga para calon, semangat perjuangan takkan hilang dalam diri mereka. Syabas diucapkan kepada semua calon yang bertanding dan berharap barisan kepimpinan UMNO yang baru akan membawa kami semua selangkah ke hadapan dari takuk lama.
Pilihanraya Kecil
Salam takziah diucapkan kepada keluarga ADUN yang telah meninggalkan kita semua. Berharap dengan pilihanraya kecil di beberapa kawasan DUN dan Parlimen kali ini akan mengekalkan semangat demokrasi di kalangan masyarakat setempat. Selamat berkempen diucapkan kepada jentera Barisan Nasional. Kalau boleh tak nak dengar kontroversi dari mana-mana pihak sepanjang proses pilihanraya ini.
bukan berkempen utk pemilihan agung..kena tukar ayat berkempen..tapi guna perkataan "setelah penat lelah menabur duit kepada perwakilan".itu baru betul...kita tgk siapa yang menang,dia tu la yang paling banyak tabur duit..hahaha...pemimpin harapan bangsa..
BalasPadamsalam...
BalasPadamPPSMI: sepatutnya jika dah ramai membantah tentang PPSMI, kan lebih elok jika kita mansuhkan sahaja... tak payah susah2 pun, kalau dulu masa dah buat, senang senang ajer tun mahathir wartakan kat seluruh negara, kenapa sekarang susah sangat? sepatutnya memorandum yang ingin disampaikan, tak perlu pada agung, tapi PAK LAH coz pak lah yang menentukan samada mansuh atau tak sesuatu perkara.... ingat tak masa tun mahathir bawa PPSMI kat parlimen? mana ader satu menteri pun yang bantah... sume setuju.... kenapa? kerana masa tun mahathir berkuasa, siapa nak nak lawan cakap tun... sekarang zaman paklah plak, pak lah terlalu baik dan membiarkan orang lain buat keputusan, tu yang banyak persoalan makin timbul... tentang bumuputera, tentang islam... masa zaman mahathir, ada pihak yang berani timbulkan? kalau timbul, tahulah tun mahathir 'settle'kan...
dun perak: saya berharap biarlah BN sahaja yang pegang tampuk pemerintahan... apa yang susah sangat, speaker dun perak kan sultan perak yang lantik, pecat sahaja speaker tu, lantik speaker baru... lau masa persidangan, jika YB PR tak nak join, biarlah mereka... janji BN dapat memerintah.... saya ta anggap yang BN ambil Perak dengan cara tipu, kerana memang 3 ADUN tersebutmenyebelahi BN dan UMNO....
perhimpunan agung UMNO: harapan saya agar dato seri najib dapat bawa keluar satu perubahan yang besar dalam kerajaan malaysia dan juga perubahan yang sangat ketara pada iklim politik negara kita... saya berharap sangat semua MP yang terlibat dengan rasuah dihapuskan supaya kredibiliti BN dan UMNO kembali pulih dan mendapat kembali sokongan rakyat...
salam takzim sharol..........
PPSMI - Susah lah budak2 kampung nak catch-up. Budak2 bandor memang ler terer.
BalasPadamBudak Sekolah Nakal - hambat jer budak2 nih cam zaman dulu2.
DUN Perak - Bior ler si lunchai dengan labu2nye.
UMNO AGM - MARI BERUBAH!
PRK - Hope BN menang. PR dah kacau bilau tu. Jangan tersilap langkah mcm P.036 sudah...
Salam,
BalasPadamPada pandangan saya, PPSMI hanya dilaksanakan pada peringkat menengah tidak akan mendatangan kesan yang baik dan efektif terhadap PPSMI ini. Perumpamaan ada menyebut 'melentur buluh biarlah dari rebung nya'. Maka jika peringkat menengah baru hendak mula kesan nya sama seperti yang berlaku sekarang mungkin bezanya.
Jika PPSMI ingin diteruskan mula dari peringkat bawah kerana penerimaannya akan lebih efisien bila pelajar ke peringkat menengah.
Iklas SY
Salam,
BalasPadamBudak Sekolah Nakal.
Pada pandangan saya guru sepatutnya diberikan lebih bidang kuasa untuk menghukum pelajar. Ini dapat dilihat dengan sangat ketara apabila satu ketika dahulu masyarakat lebih menghormati guru dan patuh terhadap guru berbanding sekarang.
Jika diteliti syarat larangan guru menghukum pelajar sekolah baru saja dilaksanakan dan tapi dalam masa yang sangat singkat terlalu banyak dan semakin melampau masalah pelajar nakal ini. Malah nilai menghormati orang tua dan adab adab ketimuran semakin nipis dalam pelajar zaman sekarang.
Oleh yang demikian apa salah nya jika kita membenarkan guru menghukum pelajar dan diberi kuasa untuk berbuat demikian. Ini untuk kebaikan pelapis negara dan bukan nye kerana tidak sayang kan mereka.
Renung dan fikirkanlah apa akan jadi jika mereka ini menjadi barisan peminpin masa hadapan???
Jangan kita terlalu manjakan mereka atas tiada sebab dan percayalah semua orang sayang kan anak mereka tapi biarlah mereka dihukum atas kesalahan yang dilakukan nya tanpa melampaui batas seorang pendidik.
Sebagai pendidik yang terlatih mereka lebih tahu apa yang terbaik bagi melahirkan pelajar yang terdidik.
Iklas SY