Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


09 Januari 2009

PAS: Boikot Produk Amerika & Jaringan Israel

Tarikh: 09 Januari 2009
Masa: 2.30 ptg
Tempat: Tabung Haji ke Kedutaan AS
Agenda: Menyerahkan Memorandum kepada Kerajaan AS
Selepas selesai Solat Jumaat, jemaah diseru supaya menunaikan Solat Sunat Hajat untuk mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat Palestin.
Selesai menunaikan Solat Sunat Hajat, seruan dilaungkan. Jemaah bermula berkumpul di hadapan Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL.
Kelihatan kebanyakan jemaah yang menyertai adalah para pekerja dari pejabat-pejabat berdekatan dan gabungan badan-badan NGO yang turut serta dalam perhimpunan kali ini meramaikan lagi keanggotaan.
Bendera Palestin diedarkan untuk dibawa bersama-sama dalam perarakan menuju ke Kedutaan AS. Poster, kain rentang dan papan tanda turut dibawa sekali. Ramai memakai t-shirt anti-Israel.
Selesai bertakbir dan melaungkan kata-kata mengutuk perbuatan Zionis, jemaah mula berarak ke arah Kedutaan AS. Lalu lintas di hadapan Bangunan Tabung Haji ditutup dan dikawal oleh pihak polis.
Setibanya di hadapan Menara See Hoy Chan (bersebelahan Kedutaan AS), pihak polis rusuhan membuat halangan menggunakan kenderaan mereka. Ini perhimpunan aman tetapi pihak berkuasa tetap berjaga-jaga.
Jemaah yang hadir tidak mengira jantina, usia, taraf dan bangsa. Turut kelihatan bangsa lain menyertai perhimpunan ini. Pemimpin PAS memberi ucapan mengutuk penyembelihan rakyat Palestin oleh Zionis. Pemimpin PAS yang dapat dikenalpasti adalah Husam Musa.
Kelihatan para jemaah berserta sepanduk dan papan tanda masing-masing. Dikatakan ramai mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai institusi pengajian menyertai perhimpunan kali ini.
Pemuda IKS memuji kesungguhan anak-anak muda yang menyertai perhimpunan ini tidak mengenal erti penat lelah dan berjemur ditengah-tengah cuaca yang panas terik. Allahuakbar!
Selepas selesai memberi ucapan, memorandum diserahkan kepada wakil Kedutaan AS. Patung replika pemimpin AS & Israel dibakar. Doa pun dibaca sebagai penutup perhimpunan kali ini. Ucapan yang diberi sering diselangi laungan takbir dan kata-kata mengutuk perbuatan AS & Israel. Allahuakbar!

4 ulasan:

  1. Mungkin boleh dimaafkan jika kita membeli peralatan yang canggih yang kita tidak ada kemampuan dan kepakaran untuk membuatnya dari negara Amerika, tetapi adalah keterlaluan kalau hendak menyediakan minuman (Coca-cola) dan menggorengkan ayam (Mc Donald) yang boleh kita lakukan sendiri itu pun kita menggunakan perkhidmatan syarikat Amerika.

    BalasPadam
  2. Benar saudara Alias. Jika kita pakat ramai-ramai untuk memboikot produk keluaran AS dan Israel, kita mampu memberi impak kepada pergerakan mereka. Jika semua negara Islam bersatu dalam hal ini, Pemuda IKS percaya kita akan lebih berkuasa.

    Kita perlu mengubah cara hidup kita supaya tidak lagi membeli produk-produk keluaran mereka. Ini adalah satu usaha kecil yang mampu kita semua lakukan.

    Ramai tertanya, mengapa Pemuda IKS mengketengahkan agenda PAS dalam artikel ini. Biar Pemuda IKS perjelaskan bahawa dalam perjuangan Islam, ia tidak mengenal parti politik. Kita berjuang di bawah satu Kalimah.

    BalasPadam
  3. Terharu aku baca komen ko Pemuda IKS. Menitis air mata aku membacannya. Juga aku terkilan kerana tak dapat menyertai bersama demonstrasi2 di Malaysia. Hanya melaihatnya dari jauh. Tetapi aku dekat sangat di Palestin. Rasa mahu sahaja ke sana sekarang.

    Dalam agenda Palestin, telah lama kita bersatu. teringat semasa syarahan perdana dahulu, antara almarhum Ust Fadzil Noor dan Tun Dr Mahathir.

    BalasPadam
  4. Ibnu Ali, terima kasih kerana menyokong perjuangan Pemuda IKS. Semoga dorongan dan sokongan saudara akan membuatkan Pemuda IKS lebih bersemangat dalam perjuangan ini.

    Salah satu matlamat Pemuda IKS menubuhkan laman blog ini adalah untuk mengubah persepsi masyarakat umum terhadap UMNO. Selain itu, Pemuda IKS ingin berkongsi pendapat dan memohon lontaran pendapat dari para pembaca.

    Berkenaan Palestin, hari ini (10 Januari 2009) Pemuda IKS akan menyertai Rapat Umum di Shah Alam. Walaupun saudara berjauhan dengan tanah air, kita pasti mempunyai cara dan kaedah masing-masing untuk menunjukkan penentangan terhadap rejim Zionis Laknatullah. Tidak kira di mana, dengan siapa dan pada bila-bila masa. Allahuakbar!

    BalasPadam