Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


10 Januari 2009

Jangan Pakai Baju UMNO!

Hari ini Pemuda IKS pergi menyertai perhimpunan Rapat Umum: Selamatkan Gaza. Pemuda IKS berkumpul dahulu di Restoran Thaqwa sebelum bertolak ke Stadium Melawati, Shah Alam.
Setibanya di sana, Pemuda IKS disambut baik di pintu masuk stadium. Para petugas menjemput Pemuda IKS untuk menurunkan tandatangan mempersetujui kempen boikot produk AS-Israel.
Di kawasan perkarangan, terdapat pelbagai bahan dan medium yang disediakan bagi menunjukkan penentangan terhadap rejim Zionis. Antara idea yang dipuji Pemuda IKS adalah menggunakan "karpet Israel" sebagai laluan masuk ke dalam stadium.
Selain itu, terdapat papan kenyataan yang membentangkan fakta dan sejarah negara Palestin dan wilayah-wilayahnya serta segala kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Laknatullah.
Terdapat gerai-gerai yang mengutip derma dan menjual barangan yang bermesejkan penentangan terhadap sekutu AS-Israel. Dikatakan setiap pembelian akan mempunyai nilai tertentu yang akan disedekahkan kepada tabung Aman Palestin. Syabas!
Selain kain banting dan pelbagai lagi papan tanda yang mengecam tindakan Zionis, terdapat juga acara membaling kasut ke muka Presiden AS, George W. Bush dan patung replikanya di perkarangan pintu masuk stadium.
Pemuda IKS terharu dengan tayangan media yang dipersembahkan bagi mendedahkan penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin. Para pemimpin PAS juga turut memberi ucapan kekesalan terhadap tindakan rejim Zionis. Laungan takbir dan "jahanam Israel" tidak putus kedengaran berselang seli dengan persembahan lagu-lagu kerohanian oleh Muadz.
Memang ramai yang hadir walaupun kapasiti stadium tidak dipenuhi. Banyak bendera Palestin dikibarkan dan rakyat Palestin yang bermastautin di Malaysia turut hadir memberi sokongan. Selesai sahaja membentangkan memorandum penentangan terhadap kerajaan AS-Israel, doa dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negeri Selangor sebagai penutup acara.
Sebaik sahaja Pemuda IKS beredar dan berlegar-legar di perkarangan pintu masuk stadium, muncul seorang Hamba Allah yang meninggikan suara. Berikut adalah sebahagian kata-kata yang dikeluarkan kepada Pemuda IKS:
"Korang dekat sini pun nak berpolitik ker? Sudahlah! Bukak baju tu, UMNO dah sesat! Baik korang balik lah"
Pemuda IKS hanya tersenyum pada beliau dan mengendahkannya. Lalu seorang petugas menasihati beliau supaya beredar agar tidak menimbulkan sebarang kekecohan. Setelah diherdik sebegitu, barulah Pemuda IKS menyedari bahawa hanya Pemuda IKS adalah penyokong UMNO yang hadir ke perhimpunan itu.
Pemuda IKS dengan sengaja memakai baju pergerakan sebagai tanda mewakili sebuah komuniti kecil dalam masyarakat. Salah ke? Memang misi pergerakan Pemuda IKS adalah untuk memulihkan imej UMNO yang tercalar selama ini. Mengapa ada sesetengah pihak sering mensalahtafsir niat asal Pemuda IKS? Wallahualam.
Semasa berada di sana, terdapat juga hadirin yang memakai pakaian yang berunsur parti PAS. Namun Pemuda IKS sedikit pun tidak mencurigai agenda mereka.
Seorang pemimpin yang telah memberi ucapan di perhimpunan ini menyatakan bahawa kita sepatutnya ketepikan soal pegangan politik dan fokus terhadap kesengsaraan saudara kita yang di bawah satu Kalimah, perjuangan Muslim! Adakah pemakaian Pemuda IKS melambangkan "tak sokong" terhadap Palestin?
Apa pun, Pemuda IKS memaafkan saudara tersebut dan sedikit pun tidak terasa hati terhadap tindakan beliau. Mungkin beliau masih belum cukup matang dalam mengekspresikan hasrat dan tujuan beliau hadir ke perhimpunan ini.
Yang hairannya, sambil beliau mencerca Pemuda IKS, beliau turut mengambil video menggunakan telefon bimbit. Apakah niat dan tujuannya? Adakah untuk merakamkan reaksi orang UMNO terhadap kenyataan beliau? Kita tunggu sahaja apa yang bakal muncul di YouTube.
Kepada para pembaca yang ingin menghulurkan derma ikhlas kepada rakyat Palestin, bolehlah dibuat menerusi penama akaun di bawah:
Aman Palestin Berhad
Maybank: 562263010787
Bank Islam: 12029010047880

6 ulasan:

  1. Saudara,

    Tahniah atas komitmen saudara. Saya turut melahirkan rasa kesal kerana ada manusia seperti yang saudara sebutkan dalam masyarakat kita. Nampaknya parti politik sudah menjadi satu BERHALA yang disembah. Ia bukan lagi satu wadah. Teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  2. ya, tahniah buat encik.

    BalasPadam
  3. Salam, tahniah kepada Pemuda IKS. Sikap inilah yang perlu ada kepada pemuda-pemuda UMNO. Kembalikan kesatuan demi Islam.

    Jika sikap ikhlas seperti pemuda IKS ni mejoritinya ada pada Pemuda UMNO. Mungkin UMNO boleh kembali kuat. Tapi pra syaratnya sangat ketat. Boleh fikir2kan sendiri.

    DR Zambri wakil UMNO tak berucap ke?

    Tahniah Aman Palestin

    BalasPadam
  4. Salam perjuangan,

    Terima kasih di atas sokongan saudara sekelian. Pemuda IKS akan menunaikan janji untuk merubah persepsi masyarakat terhadap UMNO kini.

    Pemuda IKS berasa tidak sabar untuk turut serta program Aman Malaysia (Malaysians for Peace) untuk bumi Palestin. Saudara Nobisha, bilakah agaknya menjelang tiba tarikh keramat ini?

    Ibnu Ali, Pemuda IKS tidak perasan kehadiran beliau di perhimpunan ini. Kebanyakan yang memberi ucapan adalah pemimpin PAS. Semuanya penuh isi dan bersemangat.

    BalasPadam
  5. wakil drp kita(umno), dr zambrey tidak berucap pada perhimpunan itu tetapi telah menghulurkan sumbangan peribadi beliau utk aman palestin sumbangan rm5000 dari elaun selaku MP dari pangkor.bersama-sama dgn ini,marilah kita menghulurkan bantuan dari segi fizkal&rohani kita selaku umat islam dalam penderitaan sahabat&saudara kita di bumiAlah Paestin.

    BalasPadam
  6. tahniah! teruskan perjuangan kita sebagai khalifah di muka bumi ini!

    BalasPadam