"Kononnya, pada waktu dahulu ada sebuah gua ajaib. Gua ini digelar batu belah batu bertangkup dan amat ditakuti oleh ramai penduduk kampung. Pintu gua ini boleh terbuka dan tertutup bila diseru dan sesiapa yang termasuk ke dalam gua itu tidak dapat keluar lagi."
Inilah label kepada UMNO Bahagian Batu. Terlalu banyak pergolakan di dalamnya sehingga ahlinya tidak sanggup meninggalkannya. Terbaru, ada ahli yang berhasrat untuk meninggalkannya sekiranya keputusan persidangan semula tidak diberi penjelasan sewajarnya dari UMNO pusat.
1. Persidangan semula?
Ramai mendakwa tidak tahu tentang persidangan semula seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian. Ramai mengatakan tiada notis dikeluarkan. Ada sesetengah pihak sudah pun melaporkan kepada polis. Jika benar adanya keikhlasan dan ketelusan dalam perjuangan, perkara ini tidak perlu dirahsiakan.

2. Tiada keterangan diberikan?
Samaada dari wakil Bahagian Batu mahupun UMNO Pusat, tiada penjelasan rasmi diberikan. Semua orang mahu dengar cerita sebenar. Adalah lebih baik untuk memberi keterangan kepada pihak umum daripada masyarakat membuat spekulasi tersendiri. Imej UMNO menjadi taruhan dalam hal ini.

3. Mengapa semua ini berlaku?
Pada persidangan lalu, Datuk Yusuff Hamid menang selaku Ketua UMNO Bahagian Batu menentang Yahya Mat Ghani (Abas Batu). Selepas kemenangan itu, beberapa sesi bantahan telah dibuat kepada UMNO Pusat oleh pihak Yahya Mat Ghani. Bantahan berpunca dari keputusan persidangan yang menampakkan kemenangan hampir keseluruhan barisan kepimpinan yang beliau bentuk tetapi beliau ditewaskan. Ramai tidak mengetahui tentang usul bantahan. Setelah diarahkan oleh UMNO Pusat supaya bersidang semula, Yahya Mat Ghani pula menang selaku Ketua UMNO Bahagian Batu yang baru. Kini, pihak penyokong Datuk Yusuff Hamid pula menimbulkan keraguan. Kita lihat sahaja apa kesudahan cerita ini.

Pemuda IKS tidaklah bersungguh sangat untuk mengupas cerita ini tetapi sekadar ambil tahu. Dapat juga belajar perkara tersurat dan tersirat dari kisah ini. Pemuda IKS memohon agar pihak tertentu tampil memberi keterangan secara rasmi kerana ramai sudah mula membuat spekulasi tersendiri.
Sedarkah kita bahawa pihak pembangkang sedang tergolek-golek mengetawakan gelagat kita dalam perebutan membentuk kerajaan kecil tempatan. Masyarakat umum pula sudah jelik melihat perilaku sebegini dan mengatakan, "Biasalah...orang UMNO".
Batu Belah Batu Bertangkup?
BalasPadamHehehe ... tajuk posting yang cukup menarik dan kreatif.
Teruskan memblog. Usah biarkan isu2 remeh menjadi masalah kepada perjuangan agama, bangsa dan negara. Pemimpin parti mestilah berjiwa besar.
Ya, kena bagi keterangan yang jelas o encik. Bahaya ni.
BalasPadamNobisha,
BalasPadamTerima kasih di atas sokongan saudara. Pemuda IKS memang penyokong kuat Abas Batu. Cuma ada beberapa perkara perlu dijelaskan untuk mengelakkan apa-apa yang tidak diingini di masa hadapan.
teringin lawat bahagian Pemuda IKS. moga2 tahun baru ni kurang kontroversi, lebih dedekasi! selamat tahun baru!
BalasPadamAssalamualaikum dan salam perjuangan!
BalasPadamSaya bimbang tapi yakin apabila bukti,hujah dan penjelasan dah ada depan mata, nanti ada pulak orang yang bertukar parti, sabotaj sana sini!
"Biasalah..orang UMNO!"
p/s: Makin meningkat umur kita makin keraplah kita perlu bermuhasabah diri! Wallahualam
*PEMUDA yang berotak!
Doc Sid, Pemuda IKS mengalu-alukan lawatan dari pihak luar. Moga kita dapat bertukar-tukar buah fikiran untuk kebaikan bersama. Piggy Singh juga berhasrat bertemu Pemuda IKS. Mungkin kita boleh atur satu temujanji di masa hadapan.
BalasPadammasuk pas je bro
BalasPadamsaya jawab sekadar yg saya tahu isu ini...
BalasPadamape yg berlaku ni semua benar kerna bantahan yg di buat oleh datuk abbas n barisannya ternyata berjaya membuktikn ade beberapa2 kesilapan yg dilakukan disebelah datuk yusuf seperti pewakilan bankrap dan bukan pewakilan tapi dijadikan pewakilan.ini antara sebb2 yg berjaya membuatkan pengerusi umno malaysia memberi kata 2 meluluskan persindangan bahagian batu.dismping itu datuk yusuf juga mengunakan rangkaiannya untuk menghalang untuk bersidang semula.
Tentang semua perwakilan tidak tahu akn persidangan diadekan semula sepatutnya yg harus dipersalhkan ialah datuk yusuf hmid.kelulusan dari umno mlysia ialah 18.12.08 jam 3 pt kerna surat telah difax di sms dan menhantar wakil mkt kebahagian batu tapi syg semua ditolak mudah oleh barisan datuk yusuf... kerja2 dilakukan oleh setiausaha kerja umno malaysia buka sebarang org .
10 hari punyai masa untuk kumpulkan blik jentera serta bina kekuatan yg dah menang sebelum ni tapi datuk memang penakut dgn byg2 sendiri.saje untuk panaskan keadaan fikir la blik smpai bila ingin begini caranya kalau ingikan umno ni kuat..
cuba anda fikir jika anda menang sebelum ni dgn jujur kenapa anda perlu takut dgn diri anda untuk turn sebagai pejuang umno.hidup ramlan saleh bos saya...