Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


31 Disember 2008

Siapa Lawan Datuk Wan Ahmad Farid?

Kerancakan musim pemilihan UMNO surut sebentar dengan kehangatan Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu. Semua tertumpu pada calon BN dan lawannya dari PAS. Seperti dimaklumkan, Datuk Wan Ahmad Farid akan mewakili BN dan PAS akan mengumumkan calonnya pada 1hb Januari 2008.
Siapa yang bakal dicalonkan oleh PAS? Pada PRU-12, Mohamad Sabu menjadi calon pilihan. Pada PRU-11 pula, Dr. Syed Azam Syed Ahmad. Berikut adalah analisis pada PRU yang lepas.
Daripada data yang diperoleh, terdapat peningkatan ketara dari sudut bilangan pengundi pada tahun 2008 berbanding 2004. Peratus pecahan orang Melayu juga meningkat akan tetapi jumlah undi majoriti susut secara drastik. Ternyata terdapat peningkatan dari segi sokongan terhadap PAS di Kuala Terengganu.
Adakah fenomena sebegini cuma protes rakyat kepada kerajaan BN seperti didakwa KJ pada wacana yang lepas? Ataupun ini adalah arus perubahan yang dimahukan rakyat? Banyak spekulasi timbul selepas PRU-12. Walau bagaimanapun, penentunya tetap rakyat Malaysia.
Setelah PAS dicabar oleh KJ untuk melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri pemerintahannya, PAS masih tunduk dengan telunjuk dan kehendak DAP. Di mana semangat perjuangan Melayu Islam yang dikatakan dominan di tanah air kita? Ini mungkin memberi kesan terhadap sokongan rakyat.
Adakah sikap sebegini yang akan menjadi pilihan rakyat? Tambahan pula, anak didik Tuan Guru telah menunjukkan sikap tidak profesionalnya dengan penuh emosi di wacana yang lepas anjuran PAS Kelantan. Bagaimana untuk menghadapi kerenah rakyat jika kerenah KJ pun tidak boleh dilayani dengan bijak?
Pemuda IKS banyak terjumpa gambar calon BN menyanyi karaoke yang diambil secara candid. Siapa empunya angkara? Wallahualam. Yang ingin ditegaskan adalah, lumrah manusia untuk menyebarkan perkara negatif daripada positif. Sama seperti kes Anwar berdansa. Salah ke?
Pemuda IKS bersama-sama barisan kepimpinan Pemuda UMNO Batu dan UMNO Bahagian Batu akan turun ke P.036 KT pada 5hb Januari 2009 bagi menyokong majlis penamaan calon untuk pilihanraya kecil kali ini. Bersama kita mendoakan kejayaan Datuk Wan Ahmad Farid.
Menjelang tahun baru keesokan hari, Pemuda IKS sentiasa mendoakan kesejahteraan UMNO dan menaruh harapan baru terhadap kepimpinan baru menjelang Mac 2009. Pada UMNO Bahagain Batu, jalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Tian Chua sudah mula bertindak terhadap masalah kemiskinan, apa tindakan kita? Selamat berjuang!

6 ulasan:

  1. mungkin pas akan memilih doctor tu..agak popular juga doctor tu. kita lihat

    BalasPadam
  2. Dr. Siddiq dari WrittenByHim ke? Hehe.

    BalasPadam
  3. Semoga Umno akan terus berjaya.

    BalasPadam
  4. Hehe. Pemuda IKS berharap UMNO berjaya dari segi perubahan dan pemantapan.

    BalasPadam
  5. UMNO akan berjaya kalau semua ahli dan jenteranya turut bersama-sama membina kekuatan dan membantu UMNO dengan seikhlas hati.

    Contoh 'Pemuda IKS'...bukan memuji sangat atau membodek... tapi Pemuda IKS telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan membantu cara memberi penerangan dalam blog ini.

    Inilah yang kita mahu. Kita kena melawan, masa untuk kita bertahan sudah berakhir.

    Tahniah buat Pemuda IKS

    BalasPadam
  6. Terima kasih kepada Sahabat Gunung di atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Berharap Pemuda IKS akan lebih mantap dan bersemangat memperjuangkan agenda Melayu pada masa hadapan.

    BalasPadam