Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


08 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha

Pemuda IKS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kepada pelayar laman blog pemudaiks.blogspot.com. Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini di samping ada yang diantara ahli keluarga tercinta pergi menunaikan fardhu Haji.
Disamping bergembira bersama keluarga, Pemuda IKS harap kita akan teruskan tradisi bergotong royong dalam menjalankan ibadah Qurban untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita dan mengutamakan pengagihan hasil Qurban kepada mereka yang memerlukan.
Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat. Pemuda IKS akan mengadakan majlis kesyukuran bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 13hb Disember 2008 bertempat di Dewan Taman IKS. Semua pengunjung laman blog ini dijemput hadir.
Kepada yang akan menyambut Aidiladha di kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan Pemuda IKS mendoakan perjalanan pulang yang selamat. Sekali lagi Pemuda IKS ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, selamat menunaikan Ibadah Haji dan Qurban.
Pemuda IKS bersama-sama Pemuda TKP2 dan Pemuda KBC telah bergotong-royong menjalankan kerja-kerja Ibadah Qurban sebanyak 14 ekor lembu di Surau Al-Karamiah, Taman Koperasi Polis Fasa 2. Hasil Ibadah Qurban tersebut telah diagihkan kepada fakir miskin dan penduduk Islam setempat.

2 ulasan:

  1. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua Pemuda IKS.. Semoga berjaya dengan Kejayaan anda sekian..

    BalasPadam
  2. Ok, selamat hari raya semua dari saya seorang yang oku penglihatan. Teruskan perjuangan semua.

    BalasPadam