Saudara KJ, salah seorang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia sering bersifat retorik terhadap ahli-ahli di peringkat akar umbi dan gemar menegakkan benang yang basah dalam perjuangan beliau. Kita perlu sedar, adakalanya tindak tanduk kita tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Tambahan pula, dunia politik hari ini sudah moden dan para pemuda juga semakin hari semakin matang.
Memang benar seorang pemimpin perlu menjaga anak buahnya, akan tetapi, selaku Wakil Rakyat, KJ seharusnya memperluaskan lagi skop tumpuan beliau, khususnya kepada golongan muda yang bukan ahli UMNO. Pemuda IKS percaya dengan cara ini, UMNO mampu memenangi hati barisan anak-anak muda sekaligus mengukuhkan kembali kedudukan kerajaan BN.
Saudara KJ juga menampakkan sifat suka campur tangan dalam pelbagai bidang. Sememangnya baik untuk berlaku sebegini kerana ianya dapat menonjolkan kredibiliti kita. Malangnya, ada sesetengah perkara yang dikira kurang sesuai untuk menerima perhatian dari kita. Adakah beliau sedar akan situasi ini atau lebih mengambil kira kedudukan beliau ketika itu?
Empayar kewangan beliau juga sudah gah dan tidak perlu diselindung lagi. Tuhan sahaja yang tahu akan jumlah sebenar keuntungan yang berjaya dikaut oleh ECM Libra. Itu adalah rezeki masing-masing, tetapi janganlah sumber pendapatan itu telah menutup pintu rezeki orang lain. Inikah cara beliau meningkatkan ekonomi pemuda dengan memperuntukkan hasilnya kepada individu tertentu sahaja?
Sokongan dari peringkat akar umbi? Tanya diri anda, adakah KP anda menyokong beliau atas dasar perjuangan tulus dan ikhlas atau hanya berpegang kepada janji-janji manis yang biasa ditabur tatkala musim pemilihan? Sudah tentu kroni beliau akan merasa dahulu habuannya sebelum sampai ke tangan anda. Di sinilah selalunya berlaku perpecahan di kalangan pemuda dek kerana terlalu menjaga kepentingan diri.
Satu perkara lagi, Saudara KJ dilihat seakan tidak menghormati orang-orang lama dalam politik sedangkan kedudukan mereka sudah tentu kukuh dan mempunyai sokongan yang cukup kuat di peringkat akar umbi. Jika beliau bekerjasama dengan mereka ini, sudah tentu laluan ke peringkat tertinggi akan dibuka dengan luas. Malangnya, penyampaian beliau yang kurang berkesan telah memakan dirinya sendiri. Pemuda IKS tertanya, siapa di kalangan orang lama yang benar-benar menyokong perjuangan KJ?
Penampilan KJ yang serba mewah dan ekslusif membuatkan para pengundi memandang serong terhadap personaliti beliau. Inikah cara kita mahu berdepan dengan rakyat? Adakah nombor kenderaan KJ1 hingga KJ10 akan menawan hati rakyat? Ianya seolah-olah merendahkan kedudukan rakyat dengan membezakan status dan menonjolkan sifat menunjuk-nunjuk. Ini semua telah menjadikan rakyat lebih jelik apabila memikirkan tentang KJ.
Sehingga hari ini, KJ masih tidak dapat menyampaikan arah tujuan dan keperkasaan pemuda. Apakah agenda sebenar beliau? Ramai yang tahu bahawa KJ hanya menjaga kepentingan setiakawannya. Bagaimana pula dengan pemuda yang lain? Sebelum ini Pemuda IKS mengharapkan satu pembaharuan daripada beliau tetapi malangnya perjuangan beliau tiada pengisian dan semakin mundur.
kita simpul kan cerita IKS, senang cerita, KJ bukanlah calon yang sesuai untuk memimpin barisan pemuda..
BalasPadamKeghairahan Hisham Pondan utk membodek Dolah telah menyebabkan KJ menang tanpa bertanding jawatan sekarang.
BalasPadamTeorinya mudah, kalau Razak ada Najib, Husin ada Hisham Pondan maka Dolah pun ada KJ.
Mungkin KJ berpotensi tapi kenapa tak nak usaha dari peringkat biasa.Kalau ternyata kehebatannya barulah kita wajar menyokong dia.
Orang muda yg terlalu tinggi cita2nya akan buat apa saja utk berjaya termasuk menjual bangsa dan negaranya.
Perjuangan yang tidak telus & ikhlas sebenarnya akan merosakkan imej UMNO. Ketika ini orang Melayu di luar UMNO sudah malas dengan parti Melayu ini, bukan kerana UMNO tetapi kerana perangi pewaris kepimpinan UMNO yang hilang arah perjuangannya...
BalasPadamSalam Perjuangan,
BalasPadamYour comment still ada lagi but it was directed to the same article that was previously published. Thanks a lot.
Saya banyak membuka blog dari semua fahaman politik. Antara sebab mereka menjauhi UMNO ialah fed up ngan KJ.
Wassalam.
Salam perjuangan,
BalasPadamSid, jangan lah macam tu, penat mengarang nih. Tapi memang betul pun ape Sid simpulkan. Hehe.
Tanpa Nama, mungkin ada kebenaran dan kedustaan dalam dakwaan saudara. Adalah diingatkan bahawa pegangan kita mestilah utuh dalam apa jua keadaan sekalipun supaya tidak mudah terpesong dari objektif asal.
Gagak, Pemuda IKS setuju benar dengan pendapat ini. Bersyukur sangat memperoleh rakan seperjuangan yang sealiran.
Piggy, please don't mind about the comments. Just teasing you. Small matter. Pemuda IKS was expecting that you would add up to what is written above. What the heck, you have loads of this type.
Thank you all for your neverending support!
Assalamualaikum dan salam perjuangan..
BalasPadamterpanggil untuk memberi komen kepada tanpa nama. Kalau nak diterjemahkan 'International School' tu membawa maksud SEKOLAH ANTARABANGSA. Jadi dalam konteks ni Dato' Mukhriz lebih berpandangan jauh dari sudut pembelajaran anak-anaknya.Sebabnya I.S (International School@Sekolah Antarabangsa) memberi lebih pendedahan dalam mata pelajaran yang diajar dan memupuk pesefahaman di kalangan pelajar-pelajar dari serata dunia.Guru dan pentadbir pun dari seluruh pelusuk dunia.
Malas nak tulis lagi,sebab saya cuma sekolah pondok kat Sintok dgn Arau je!!
Salam IKS,
BalasPadamJap lagi balik Kelantan for Raya Haji, also nak dengar cerita from my close friend who is now KP Bahagian at my home town, and Muhkriz man.
Though I'm not UMNO member, my wish is to see things are getting better. Perhaps the previous artticle make you understand. And jika ada kelapangan, perhaps I daftar kat cawangan IKS.
Salam Aidil Adha and Wassalam.
Salam Perjuangan,
BalasPadamTo: HanDynasty
Benar kata saudara, sistem sekolah antarbangsa memang berbeza daripada sekolah tempatan. Menerapkan sistem tersebut ke dalan sistem yang sedia ada mungkin dapat menaikkan taraf pendidikan di Malaysia.
Sudah tentu sistem pendidikan yang baik mampu meningkatkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat. Terpulang pada pihak kerajaan untuk merangka satu pendekatan yang efektif agar mendapat penerimaan yang baik di kalangan masyarakat.
DMM hanya bersekolah di MRSM Kota Bharu. Maka dakwaan orang tentang "kemewahan" bersekolah yang dialami oleh DMM hanya dusta belaka. Perjuangan ikhlas!
*************************************************
To: Piggy Singh
Set kito! Feels awkward to hear a BERANI BERUBAH! supporter from the East Coast. Heard that the SETIAKAWANs has "fed" each one of them. Send Pemuda IKS regards to your KP friend.
Pemuda IKS totally understand your situation regarding the participation towards the Malaysian politics. Pemuda IKS also have heard the same problems among the Pemuda IKS members. We really feel you, bro.
Pemuda IKS is currently recruiting new members to strengthen up the BERANI BERUBAH! movement. Pemuda IKS would be honoured to expect an involvement of an intelectual such as yourself. Feel free to consult Pemuda IKS in the future if you have made up your mind. At the time being, Pemuda IKS has 150+ (largest in UMNO Bahagian Batu) members and growing strong.
Selamat menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha. Please do come by at Pemuda IKS openhouse (refer post titled Agenda Pergerakan dated 02/05/2008).
Pada 17 Januari 2009, pengundi di Kuala Terengganu akan mengundi dalam pilihanraya kecil.
BalasPadamIsu 1: BN menang dalam pilihanraya 8 Mac lalu dengan 628 undi. Itu pun disebabkan oleh ketokohan calon, Dato' Razali Ismail.
Isu2: Daripada 4 DUN di parlimen Kuala Terengganu, BN tewas di tiga DUN & menang 1 saja di DUN Bandar (pengundi Cina ramai di DUN Bandar).
Isu 3: Pembangkang (DAP khususnya) dan parti komponen Cina dari BN (MCA dan Gerakan) tentu akan menggunakan isu kenyataan Mukhriz untuk "mengajar" pemimpin UMNO. Kita dapat melihat tren ini dalam PRU12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru2 ini.
Isu 4: Kalau BN kalah di Kuala Terengganu atau menang terlalu kecil di sana, ini menunjukkan pengundi Cina terus menjauhkan diri dari UMNO. Dalam PRU13 nanti, apa yang akan berlaku ialah pertandingan antara UMNO and the rest of the people. MCA dan Gerakan akan diassociate dengan UMNO, for their own survival.
Isu 5: Apakah manfaat kenyataan Mukriz selain mempopularkan dirinya tetapi pada masa yang sama merugikan BN / UMNO; sekaligus menjadikan UMNO "parti pariah" yang disisihkan oleh semua orang? His statement won't change anything! It does more harm than good.
Isu 6: Adakah pemimpin UMNO merasakan mereka terlalu cerdik sehingga hilang segala kebijaksanaan dalam bercakap dan bertindak?
Marilah kita sama2 berfikir.
Assalamualaikum buat saudara IKS dan pembaca blog IKS,
BalasPadamSuatu artikel yang baik untuk kita sama-sama fikirkan.
Contohnya, apakah erti 'SETIAKAWAN' pada KJ, kita dan umum? Setiakawan boleh jadi sesuatu yang baik, mahupun sebaliknya. Sama-sama berbakti dan sama-sama buat jahat, setiakawan juga namanya.
Menyentuh perjalan politik KJ, sememangnya, beliau cuba menampakkan beliaulah harapan Melayu generasi baru. Berimejkan lepasan Oxford, 'dalam' koceknya, dan bersemangat waja untuk 'mengubah' hala tuju Melayu khususnya, dan Malaysia umumnya. Masalahnya, imej yang cuba ditonjolkan itu terlalu nampak lakonannya, atau untuk saya, seolah mengadaptasikan cerita komik Hong Kong. Dalam cerita komik, bolehlah untuk menguasai politik dan perniagaan dalam masa yang sama, tetapi langkah itu tidak sesuai diadaptasi secara realitinya. KJ seharusnya memilih satu antara dua, bukan kedua-duanya sekali. Cuba kita lihat, sesiapa yang cuba memperoleh kedua-duanya, hayat pilihannya tidak lama. Contoh terbaik, bekas PM Thai, Thaksin yang kaya, tetapi hilang negara.
Yang saya pasti, kehadiran KJ betul-betul mengubah senario negara, cuma dalam keadaan yang kurang baik. "Kemenangannya" dipersoalkan, bukan kerana dia tidak layak, tetapi pelbagai persoalan hasil tindak tanduknya, pergerakannya dan latar belakangnya (baik latar belakang diri sendiri, mahupun keluarga dan keluarga mertuanya sekali).
Pasti, ramai yang ingat bagaimana dia menangis teresak-esak bertanya, apakah salah dia dalam memartabatkan melayu dan pada masa yang sama menjawab bidalan lama "masakan pokok tidak bergoyang kalau angin tidak bertiup" dengan bidalan baru "pokok bergoyang disebabkan beruk yang menggoyangkannya" (lebih kuranglah tu). Mungkin dia lupa, benar "beruk-beruk" yang menggoyangkan pokok, kerana "beruk-beruk" yang dilabel KJ itu marah kerana ada "beruk" yang memijak kepala mereka dalam pada hendak naik ke puncak pokok itu. Siapa "beruk" itu..saya pun tak tahu...
Berdasarkan kisah beruk itu, saya teringat sesuatu yang yang dipelajari dibangku sekolah dahulu - "Niat tidak menghalalkan cara". Mungkin niat KJ itu baik, tetapi caranya tidak kena. Mungkin beliau berjaya dalam UMNO dengan caranya sekarang, tetapi arus yang dibawanya membawa rebah bukan sekadar untuk UMNO, tetapi melayu secara umumnya.
Lagi satu yang buat saya terfikir..agaknya, dibangku sekolah dahulu, KJ ni dah biasa kena pulau dengan rakan-rakan sekolahnyakah? Kerana, kebiasaanya, apabila kita melakukan sesuatu yang amat tidak masuk dengan masyarakat sekeliling, kita akan dapat isyaratnya. Rasanya bukan di sekolah sahaja, dimana-mana pun, kalau cara kita langsung tidak masuk, isyarat 'tidak' selesa pasti diterima. Cuma, lepas tu, samada kita faham, tidak faham, atau buat-buat tak faham yang menentukan tindakan kita yang seterusnya.
Wallahualam...
Salam ukhuwah,
BalasPadamSama ada UMNO-BN diterima oleh para pengundi pada Pilihanraya kecil K. Terengganu atau PRU13 nanti, banyak faktor terpaksa diambil kira. Sebagai catatan nota kaki,dengan mengambil kira PRU12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, saya turut berfikir bahawa ada semacam 'gelombang rakyat'yang menolak UMNO-BN akibat sedia wujudnya critical mass untuk 'mengajar' establishment UMNO-BN, kecuali di beberapa Power State UMNO-BN seperti Johor, Sabah, Sarawak, Melaka dan Negeri Sembilan dengan pengecualian Selangor dan Perak. Apakah 'critical mass' tersebut? Ia mungkin:
1. Pendedahan salahguna kuasa dan korupsi yang berleluasa dalam kelompok UMNO-BN.
2. Faktor simpati kepada Anwar. Isu ini dimainkan habis-habisan oleh media alternatif.
3. Kelemahan yang begitu ketara terhadap kredibiliti kepemimpinan Pak Lah - nepotisme dan kronisme.
4. Media arus perdana yang stereo-type dan membosankan hingga rakyat beralih rujuk kepada sumber-sumber maklumat lain. Pendekatan dan persembahan mereka sudah boleh dibaca, usang dan sedikit jurasik.
5. UMNO sebagai wadah perjuangan tidak membentuk sahsiah ahli dan pengikut dengan program pendidikan parti yang all-inclusiveness, wholistic dan mendasar. BTN dan Kemas sudah ketinggalan zaman dengan tidak mempedulikan perubahan-perubahan besar dalam masyarakat - harping on old issues and quacking the same superstitous mindframe.
6. Kerana politik Malaysia adalah politik perkauman, kelemahan-kelemahan UMNO akan diambil kesempatan oleh kaum-kaum lain, termasuk dari parti-parti komponen BN sendiri.Ini manifestasi hukum rimba, 'might is right'. Lagipun perlumbaan UMNO dan parti-parti Melayu lain untuk mengambil hati dan meraih sokongan mereka dengan menawarkan bulan dan bintang juga menentukan darjah 'kesetiaan'mereka. They are the decisive chauvinist few. Sama ada Dato' Mukhriz melontarkan ide beliau tersebut atau tidak, keputusan sudah dibuat. Melayu melalui UMNO perlu diasak dan diganyang habis-habisan.Itu agenda agung mereka.
Wallahu'alam.
datukshaifulkamal, kita jangan menganggap kata-kata mukhriz itu memberi impak buruk kepada UMNO. jika kita nilai semula mengapa kenyataan tersebut dikeluarkan, kita dapati bahawa mukhrizmahu meyelelaraskan sistem pendidikan kebangsaan dan itu membawa kebaikan. tetapi orang2 seperti datuk melihat ini sebagai agenda politik, adalah tidak benar. datuk sudah masuk kumpulan orang seperti lim kit siang, pertubuhan NGO2 bukan melayu jika datuk beranggapan seperti itu.
BalasPadammengapa harus kita tunduk kepada desakan2 tersebut? niat mukhriz ikhlas dan jujur. kita boleh lihat sendiri bagaimana national unity yang boleh dicapai jika kita mempunyai sistem pendidikan bersepadu berasaskan satu bahasa iaitu bahasa melayu aka bahasa malaysia. susahkah mahu berfikiran begitu?
saya agak datuk juga tergolong dalam golongan yang menyokong ketuanan melayu bukan? jiki begitu, sistem satu bahasa lah akan mendidik generasi akan datang bahawa ketuanan melayu wujud. perlu diingatkan sekali lagi, ketuanan bukan bermaksud hamba juga wujud sekali, tidak.
jadi niat mukhriz harus disokong oleh seluruh ahli umno. pelik masih ada orang seperti datuk yang mencerca seorang yang mahu membawa kebaikan kepada keturunan datuk sendiri dan seluruh bangsa malaysia.
tambahan pula ia baru sekadar cadangan datuk..kalau tak setuju, kita tolak la elok2..berkenaan isu MCA atau Gerakan yang mahu keluar dari BN, kerat jari saya datuk, ia tidak akan berlaku. percayalah.
jika ia berlaku, datuk akan lihat PAS menyertai BN atas dasar Islam dan pergolakan perkauman lebih dahsyat akan berlaku apabila kerajaan terdiri daripada melayu dan pembangkang ialah bukan melayu.
saya pasti pemimpin MCA dan Gerakan masih waras dan mampu memikirkan kesan jangka panjang seperti saya fikirkan tadi.
salam datuk. btw, datuk yang datuk pakai ni anugerah negeri mana?
saya tidak terbabit dalam politik dan saya juga tidak menyokong mana-mana pihak, tapi saya berpendapat cadangan Mukhriz adalah antara cadangan paling bernas yg pernah saya dengar untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa sejak dari zaman persekolahan... cadangan sebegini pernah ada dulu, tapi mungkin tak dinyatakan secara jelas.
BalasPadamTetapi, adakah kerana cadangan itu keluar dari mulut Mukhriz, maka ia dikatakan untuk kepentingan peribadi... Adakah cadangan KJ ketika perhimpunan agung umno tahun lalu mengenai penstrukturan semula harga minyak yang kemudiannya disokong Pak Lah adalah cadangan yang bijak dan diterima rakyat? Hanya kerana dia KJ, maka cadangannya bagus?
Walaupun Mukhriz mendapat pencalonan tertinggi bagi merebut jawatan ketua pemuda Umno berbanding KJ dan Khir Toyo, tapi di lubuk naluri hati kecil saya yang paling dalam seolah-olah merasakan KJ akhirnya akan menang... sebab apa saya rasa KJ menang? sebab dia mengamalkan tema `SETIAKWAN' seperti entry di atas
Salam perjuangan,
BalasPadamTerima kasih kepada datukshaifulkamal kerana berkongsi spekulasi pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Moga para blogger yang lain dapat melakukan yang sama.
Terima kasih kepada Ondastreet, Burujerdi, Dr. Sid dan Mywanfai kerana menyokong usaha untuk merubah pandangan masyarakat terhadap UMNO. Moga usaha keras kita bersama dapat memulihkan semula imej dan kedudukan UMNO di masa hadapan.
Cadangan KJ untuk penstrukturan semula harga minyak pada Perhimpunan Agung yang lalu ternyata menampakkan kerakusan KJ dalam merebut kekayaan bumi Malaysia.
Ada pihak yang menyatakan bahawa DMM "copy-paste" cadangan DKT berkenaan penstrukturan semula sistem sekolah vernakular. Adalah diingatkan, ini menunjukkan DMM menyokong cadangan DKT yang semakin dilupakan. Memang ada persaingan di antara mereka memandangkan kini musim pertandingan. Yang penting, ini adalah cadangan daripada kekuatan Pemuda UMNO.
Diharapkan pertandingan yang sihat pada Mac 2009. Semoga semuanya berjalan dengan jayanya hendaknya.Insyaalaah.
BalasPadamLawatilah Blog Rasmi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Setiawangsa di http://economynentrepreneurship.blogspot.com
kj tak matured, 'chaos leader' buat kacau mcm Nuar.
BalasPadamItu adalah semua hanya kata-katanya sahaja, terpulang pada kita untuk ikut atau turut serta dengannya.. Jadilah manusia yang bijak untuk menentukan sesuatu yang elok atau tidak demi masa depan kita sendiri.. sekian..
BalasPadamHa, ini pendatang baru seorang oku penglihatan dan bukan melayu.
BalasPadamSebenarnya, saya menyokong penuh saranan Dato Mukhris tentang sekolah satu sistem. kenapa tidak? Di malaysia, kenapa mesti ada SJKC dan SJKT? Apa rasionalnya? Saya nak nasihatkan, melayu sekarang, jangan terlalu pemurah. masanya sudah sampai. melayu perlu berubah. kalau terlalu pemurah pun, orang tak hargai, buat apa?
Saya mengharapkan agar Dato Mukhris akan dapat jawatan ketua pemuda. jadi, sokonglah beliau ini.
Tempat saya, Bayan lepas, PKR menang gara-gara KJ. Banyak orang tak suka KJ dan malah ada berita mengatakan, masa kempen, ketua Umno bahagian tempat saya dengan lantang menyatakan, Umno tak perlukan undi bukan melayu untuk memenangi kerusi tersebut. Nah, akibatnya apa sudah berlaku? Kalau KJ masih belum sedar itu semua, tolonglah turunkannya. Orang seperti ini amat merbahaya buat Umno. Banyak berita mengatakan, kejatuhan lima negeri pada pembangkang adalah gara-gara KJ.
Sekian.
Sdr Sedingin Salju,
BalasPadamNik saudara ni semacam bas ekspress.., harap otak dalam keaadaan sempurna dan diselenggara.
Saya sebagai pemerhati KJ amat tidak setuju dengan segala tomahan tomahan yang dilemparkan dan terpaksa mengkikis satu demi satu.
Lets Go.......
Dahlil No#1 - #9 -Kourtesy Pengarang
1)Bersikap retorik
PAD : Retorik ni adalah cara penyampaian yg mencabar para pendengar untuk mendalami mesej yg. ingin disampai. Stail beretorik ni memang suka diguna pakai oleh pemimpin yg. berIQ tinggi.
Misalnya:
Jikalau P K R membina ladang, ladamg apa yg akan dibina?
2)Perjuangan beliau tidak diterima warga UMNO
Jikalau benar-benar KJ ini dipulaukan oleh ahli UMNO, macam mana beliau dapat menggondol sebegitu banyak pencalonan dari setiap penjuru?
Ayat diatas adalah rhetorikal statement..
3)Hanya menjaga anak buahnya e.g. Geng 77!
Takkan kita nak menjaga anak lawan pulak. Mereka mereka yg. dombakan kasih sayang dari KJ diminta terus mengisi borang menjadi ahli setiakawan. Harga borang tersebut bukannya mahal!
(lagi contoh menggunakan rhetorik...)
4)Sikap suka campur tangan
Kena memberi pendapat apabila ditanya. Kalau kata this not my problem itu sekadar melepaskan batuk ditangga...Terdapat bekas pemimpin yg. boleh berhujah tentang isu kewangan global sampai landasan kapal terbang..itu kita kata berkebolehan!
5)Empayar kewangan yg setanding IMF
Takkan hutang RM8 j yg dibayar balik dikatakan sumber kewangan yg. sebegitu besar. Komisen kapal selam dah sampai half-a-billion..
6)Tak berakar umbi..support dikalangan paku-pakis je
No komen.
7)Tak menghormati warga emas UMNO
Itu betul. Buat apa, mereka dah korek lama lama..takkan nak terus korek korek
8)Penampilan seperti Shah Rukh Khan
Absolutely!
9)Support Pemuda ke Support KJ?
Kalau support Pemuda, kita support KJ
Kalau support KJ, bermaksud kita support Pemuda.
Sama je.
To: Sedingin Salju
BalasPadamTerima kasih kerana menyokong perjuangan Dato' Mukhriz Mahathir. Jarang dapat dengar sokongan dari bukan Melayu.
************************************************
To: Mr. Padedoh
The article itself is meant to be rhetorical.
1) PAD : Retorik ni adalah cara penyampaian yg mencabar para pendengar untuk mendalami mesej yg. ingin disampai. Stail beretorik ni memang suka diguna pakai oleh pemimpin yg. berIQ tinggi.
Pemuda IKS: Rhetorical statements always tend to insult others' intelligence.
2) Jikalau benar-benar KJ ini dipulaukan oleh ahli UMNO, macam mana beliau dapat menggondol sebegitu banyak pencalonan dari setiap penjuru?
Pemuda IKS: Listen to "It's All About the Benjamins" by P. Diddy.
3) Takkan kita nak menjaga anak lawan pulak. Mereka mereka yg. dombakan kasih sayang dari KJ diminta terus mengisi borang menjadi ahli setiakawan. Harga borang tersebut bukannya mahal!
Pemuda IKS: The real enemies are the opposition.
4) Kena memberi pendapat apabila ditanya. Kalau kata this not my problem itu sekadar melepaskan batuk ditangga.
Pemuda IKS: It's either the Jack of All Trades or the Master of One.
5) Takkan hutang RM8 j yg dibayar balik dikatakan sumber kewangan yg. sebegitu besar.
Pemuda IKS: Cerita hutang dihebohkan. Cerita untung di______kan.
6) Tak berakar umbi..support dikalangan paku-pakis je. No komen.
Pemuda IKS: Thought so.
7) Tak menghormati warga emas UMNO. Itu betul. Buat apa, mereka dah korek lama lama..takkan nak terus korek korek.
Pemuda IKS: Learn to follow before you learn to lead.
8) Penampilan seperti Shah Rukh Khan. Absolutely!
Pemuda IKS: "Penampilan korporat MB Selangor tidak disenangi rakyat." - Dr. Khir Toyo
9) Kalau support Pemuda, kita support KJ
Kalau support KJ, bermaksud kita support Pemuda.
Sama je.
Pemuda IKS: Adolf Hitler committed suicide after the fall of the Nazi. The Ayyubid Dynasty collapsed after the death of Saladin.
Ask KJ if you don't get the picture. His IQ level is damn high.