Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


09 Disember 2008

Dato' Mukhriz Mahathir: Isu Ketuanan Melayu

UMNO harus bangkit bersuara dan parti-parti komponen di dalam BN pula harus tutup mulut dan jaga hal masing-masing. Orang luar dari UMNO, termasuk parti-parti komponen BN tidak seharusnya mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, khususnya ketuanan Melayu. Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh beberapa pemimpin parti komponen dalah tidak sihat dan boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti di dalam BN. Selama ini kita bersikap toleransi, tetapi kenyataan-kenyataan yang dibuat kebelakangan ini memang mengundang reaksi. Parti-parti komponen harus mengelak daripada terus bercakap mengenai isu ini yang mengguris hati UMNO. Isu ketuanan Melayu timbul akibat salah faham dan pengertian kerana setiap orang mempunyai kefahaman dan pandangan berbeza mengenainya, terutamanya penggunaan istilah “tuan”. Adalah lebih baik kita menumpukan perhatian mencari jalan cara terbaik menyatupadukan rakyat.

10 ulasan:

  1. ini lah yang harus dilakukan oleh kita semua sejak dari dahulu lagi. nasib baik pembangkang pun tempang, kalau mereka tidak tempang, mereka akan terus menjadi pilihan rakyat. umno perlu sedar segera dan bertindak!

    BalasPadam
  2. Salam ukhuwah,

    Saya sangat bersetuju dengan pendapat Dr Sid. UMNO perlu bangun dan mendapatkan kembali kekuatan dan keberaniannya. Kita kehilangan pemimpin yang lantang dan menyegat tetapi berprinsip. Mungkin kemunculan Dato' Mukhriz akan dapat mengisi kekosongan itu. Melayu wajib bersatu.

    BalasPadam
  3. Datukshaiful

    apa mukhriz cakap tu betul lah ...

    org lain dan rakan2 komponen BN sendiri tibai umno atas isu ketuanan melayu, khairy dan khir toyo diam saja.

    UMNO diam saja ...
    hingga imej, persepsi dan sentimen menjadi bertambah buruk.

    mukhriz sebut satu yg terus meletakkan mereka terdiam. mana tak ia mendedahkan hopokrit bangsa pendatang.

    sepatut kita semua menyambung apa yg dikatakan mukhriz. kuala tganu itu sesuatu yg tak dijangka. yg nyata kit adiserang dan kita tak defensif pun, jauh sekali attack.

    blog2 pro khairy pula tidak berjuang bersama menentang serang kaum pendatang, tapi mencemuh dan mengejek2 mukhriz.

    mereka mengambil peluang untuk mengkritik mukhriz. kelihatan blog pro-khairy ini melibatkan SUKJ yang pro-anwar ibrahim tapi kini berpura2 menyokong khiary dan pemimpin tertentu umno.

    dato pula (hai muda2 dapat dato. apa jasonyo?) yg mungkin dan kelihataan pro khairy berusaha spam sana sini komentar sama merata2 hanya untuk memburukkan mukhriz.

    lihat politik dan bukan isu. apa produk dan perjuangan umno nak di ragakan kepada pengundi. membela melayu pun dah dikatakan demikian rupa oleh dato'!!!!

    dgn berdiam seolah2 kita mcm bersalah, faham!?

    tahu tak dato', khairy jelas kata dia pro-multiracialism dan multiculturalism. paham kah dia apa maksud ini? pahamkah dia ia bercanggah dengan integrasi yg dijuangkan tun razak dan barnes??????

    kena faham integrasi bukan assimilasi. berbilang kaum dan budaya kita bermaksud integrasi dgn melayu menjadi teras.

    Tapi peliknya khairy sokong BM balik ke dalam bahasa melayu. Tapi dia sekolah omputih dan banggsa dgn latarbelakang sekolah antarabangsa.

    BalasPadam
  4. Yang ini untuk rakyat = setiarakyat. Yang itu untuk kawan = setiakawan. Yang ini aku boleh anggap diri aku sebagai rakyatnya walaupun dia tak kenal aku. Yang itu aku segan nak jadi kawannya, aku tak kenal dia, undi aku hanya satu, aku tak jual walau tukar ganti dengan nyawa.

    Di PWTC aku tak masuk tandas nak tukar tukar envelope kata Dato Sakmongkol.

    BalasPadam
  5. Tahniah. Sokong Dato Mukhris. Inilah pejuang sebenar. Ingatlah wahai orang melayu, hampa dah terlalu banyak berkorban. Cukup-cukuplah tu.

    Isu ketuanan ini, yang salah faham sebab pembangkang mengambil kesempatan atas lemahnya Umno. Sebab itu, Umno mesti kuat! Bersihkan Umno dari segala virus perosak. Bangkit kembali untuk membela rakyat. Umno bukan parti koperat. Tetapi virus-virus telah merosakkan imej Umno.

    BalasPadam
  6. Suka saya apabila membaca komen Datuk Shaiful.

    Semua calon mempunyai cara mereka berhujah dan memperjuangkan nasib bangsa melayu dan UMNO.

    Kita sering kali melihat dan memberi komen kepada mereka yang kita suka, tetapi datuk, Calon yang lain pun ada memperkatakan perkara ini. Melayu ULTRA, MELAYU Moderate dan Melayu Liberal.

    Semua calon mempunyai kredibiliti untuk memimpin dan mereka sudahpun mendapat tempat sebagai EXCO, NKP Msya dan Menteri Besar.

    Sekiranya kita bercakap tentang mereka yang menonjolkan diri didalam mendapat perhatian, saya akui, Mukhriz menjadi calon yang Popular.

    Tetapi, kita didalam memilih pemimpin, banyak perkara lagi kita perlu lihat, bukan semata-mata perjuangan di dada akhbar.

    Sekadar berkongsi ..

    BalasPadam
  7. Bukan semua pemimpin dalam UMNO layak untuk mengulas dan membincangkan tentang isu Ketuanan Melayu. Bukan apa, kerana terdapat dikalangan pemimpin UMNO yang sudah lupa apa itu Ketuanan Melayu. Dan mereka berjuang bukan untuk orang Melayu, dan lebih teruk tidak pun bertuankan orang Melayu. Sokong perjuangan Dato' Mukhriz kerana beliau antara pemimpin yang layak mempertahankan Ketuanan Melayu kerana tidak pernahpun bertopeng dalam mempertahankan bangsa Melayu.

    BalasPadam
  8. Respon dari pro kj yang tidak menyokong kenyataan DMM malah mencemuhnya amatlah kita kesali walaupun faham atas pendirian mereka menyokong kj. Berbanding dengan kebanyakan penyokong DMM spt saya yang tidak perlukan balasan material dari beliau dan hanya mendambakan kudrat beliau untuk memulihkan Pemuda UMNO dari era kelesuan kepada era Berani demi Perubahan positif, jika ada kenyatan kj yang positif, tidak pula saya nafikan walaupun saya mendiamkan.

    Tetapi jika ada kenyataan kj ataupun penyokongnya yang menjurus kpd keperibadian seperti kenyataannya kpd sinar harian mengenai pengalaman beliau selama lapan tahun dalam KABINET walaupun tanpa jawatan menteri ternyata telah memecahkan tembelang beliau....ini memang saya komen dengan komen yagn cukup keras!!!

    Dan untuk pengetahuan semua ahli UMNO, orang inilah(kj) yang membuat kenyataan dalam sebuah majalah ekonomi pada tahun sebelum TDM berundur yang berkata 'Tindakan terbaik untuk Dato Seri Dr Mahathir Muhammad buat ialah meletakkan jawatan". Dan kenyataan inilah yg membuatkan saya tidak pernah menyokong beliau dan tidak akan pernah menyokong beliau untuk menjadi pemimpin tertinggi UMNO.

    BalasPadam
  9. jadi, pemilihan nanti, saya mintak, tolonglah kalau nak perubahan, Mukhrislah orangnya.

    BalasPadam
  10. Ni aku tak paham...tajuknya lain, komen rakan rakan blogger lain pulak!
    Saya memang setuju dengan DM dan juga mesej yg ingin disampaikan oleh Pemuda IKS. Kalau anti-KJ, antilah.., tapi mendakwa bahawa KJ ni multi cultural ke, mulit etnik entah apa adalah sikap lari dari hakikat. Tidak boleh dinafikan bahawa KJ sendiri telah cuba mengikis sikap chauvenisma dengan cara yg berani , tetapi dipersendakan oleh akhbar akhbar seperti theStar! Akan tetapi, sebagai tanda setiakawan, saya malas nak balas, cuba kata
    Ikut suka hati you-lah!

    Memang DM telah menzahirkan pandangan yang hot! Dan diantara kita, tidak dinafikan kita naik berang jikalau pada saat Kit Siang begitu lantang mengkritik pandangan Dato' Ahmad Ismail yg. sebenarnya adalah komen diatas historical fact, pada waktu yg sama beliau begitu kuat mengkritik DM kerana melahirkan pendapat yg amat bernas dan logik!

    Saya confused seperti Confucius!

    BalasPadam