Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


11 Disember 2008

Rakyat Degil & Tidak Bertimbang Rasa

Pemuda IKS diberitahu oleh rakan seperjuangan yang bertugas dengan PBT di lokasi insiden tanah runtuh Bukit Antarabangsa bahawa terdapat penghuni di kawasan perumahan tersebut enggan mengosongkan kediaman mereka walaupun telah diberi amaran berjaga-jaga terhadap keselamatan mereka. Penghuni yang dimaksudkan termasuklah mereka yang menetap di kondominium, banglo dan rumah teres.
Rakan Pemuda IKS yang bertugas sebagai Pembantu Perubatan di HKL pula menyatakan rasa bingung terhadap pesakit luar dari lokasi insiden tanah runtuh Bukit Antarabangsa yang dirawat mempertikaikan mutu perkhidmatan yang disediakan di hospital tersebut. Beliau ingin mengingatkan bahawa segala kos perubatan adalah dibawah tanggungan pihak Kerajaan dan kesesakan yang berpunca dari insiden ini telah memberi impak terhadap kualiti kerja petugas di HKL.

Perkhabaran daripada seorang rakan yang bertugas sebagai pegawai polis pula menyatakan bahawa terdapat penunjuk perasaan yang didakwa ingin berbogel di Petaling Jaya berpunca dari rasa tidak puas hati terhadap PBT dan Kerajaan Negeri Selangor. Kejadian yang berulang kali ini terkini berlaku pada malam Hari Raya Aidiladha. Rakan Pemuda IKS menyatakan rasa kesal dan kecewa terhadap ahli demonstrasi tersebut kerana tidak memberi kerjasama kepada pegawai polis bertugas yang memohon agar mereka menuruti syarat permit perhimpunan yang dikeluarkan untuk mereka.

6 ulasan:

  1. haha, macam-macam kan?

    BalasPadam
  2. ni kes makanan terbuang ni melampau sgt ni...

    BalasPadam
  3. Salam IKS,

    Rich and famous, what can you expect from them?

    I live near the vicinity, but not the affected area, known as Bukit Mulia.

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. rich and famous..betul..derang tak pergi pusat bantuan..rata2 dok hotel je sign credit card..ihihihihi

    BalasPadam
  5. jangan marah nanti kene jual!

    BalasPadam
  6. pemuda iks... salam dari aberamly.wordpress.com dan ramlyotai.blogspot.com

    BalasPadam