Tindakan pembangkang bertentangan dengan hasrat mereka sendiri yang mahu melihat langkah-langkah konkrit diambil oleh kerajaan dalam membanteras isu rasuah di negara ini.
Dakwaan pembangkang bahawa akta ini tidak memberi kebebasan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan dakwaan, adalah tidak berasas sama sekali. Kononnya oleh kerana Yang di-Pertuan Agong melantik ketua suruhanjaya atas nasihat Perdana Menteri maka ini menunjukkan suruhanjaya itu tidak bebas.
Tetapi hakikatnya Suruhanjaya Bebas Pembanterasan Rasuah (ICAC) Hong Kong yang berjaya mencatat ranking keempat dalam indeks persepsi rasuah di Asia juga berkhidmat di bawah Ketua Eksekutif kerajaan Hong Kong malah ia juga diamalkan oleh negara-negara Komanwel.
SPRM tidak akan bebas daripada campur tangan selagi pemimpin pembangkang tidak mengetuai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah atau jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh suruhanjaya itu.
Tetapi saya percaya rakyat dapat melihat muslihat di sebalik tuntutan mereka. Mana mungkin jawatankuasa ini dilihat bebas jika ia dipengerusikan oleh pemimpin pembangkang yang pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas tuduhan salah guna kuasa.
Menurutnya, pembangkang tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak dapat apa yang dimahukan tetapi pada masa sama mereka juga mahu menumpang nama atas perubahan-perubahan yang dibuat oleh kerajaan.
Jika pembangkang tidak dapat menerima pengiktirafan pihak luar seperti ICAC Hong Kong terhadap SPRM, mereka perlu melihat terhadap struktur SPRM yang mewujudkan lima lembaga dan jawatankuasa panel yang menjalankan fungsi semak dan seimbang.
Setiap jawatankuasa mempunyai fungsi masing-masing malah keanggotaannya juga terdiri daripada wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta mereka yang berkewibawaan tinggi dalam bidang berkenaan.
Ini membuktikan kerajaan berani mengambil langkah konkrit untuk memastikan SPRM berfungsi dengan telus dan penuh akauntabiliti.
kalau sudah namanya pembangkang, sampai mati pun tetap akan bangkang..sudah saya katakan dahulu jangan terkejut jika ahli parlimen pembangkang menentang bill ini..
BalasPadamHhmm..rasanya tak sesuai pakai pembangkang..lebih baik letak b**g**g..lebih elok!
BalasPadamSalam IKS,
BalasPadamWalaupun kerajaan kini dibendung dengan amalan rasuah, paling tidak si perasuah yang dicekup pula itu sebagai sedekah.
Thanks for showing up at Wenger's. I guess you'll agree that he's twiting and spinning on the same wheel.
Wassalam.
Kalau perdana menteri dan kroninya sendiri yang melakukan rasuah, bolehkah suruhanjaya ini bertindak? Sedangkan PM yang mencadangkan perlantikan pengerusi suruhanjaya itu. Pi mai pi mai tang tu jugak. Jerung terlepas juga.
BalasPadamMemang pembangkang takkan berpuashati. Sebab apa? yang banyak akan kena ialah mereka. kalau mereka pegang, mereka akan berpuashati sebab tembelang mereka akan tersembunyi. mereka akan bebas merasuah sana-sini. Betul kan?
BalasPadamCakap x serupa bikin..
BalasPadamnamapun pembangkang..
Salam perjuangan,
BalasPadamPada pendapat anda semua, adakah penglibatan seorang wakil dari pihak pembangkang dalam majlis tertinggi SPRM akan membuatkan pelaksanaannya lebih telus?
Perlukah SPRM mewujudkan satu "Witness Protection Programme" seperti FBI di AS untuk melindungi mereka yang tampil memberikan maklumat berkenaan aktiviti rasuah "big players"?
Pada pendapat saya, hatta ada pembangkang kat dalam tu pun, takkan selesai masalah. mereka akan cari kesalahan lain jugak.
BalasPadam