Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


19 Disember 2008

Syabas Saudara KJ, Tunjukkan Semangat SETIAKAWAN!

Saudara KJ benar teruji kali ini kerana akan berdepan dengan "otai" parti PAS. Pasti Saudara KJ ada menyusun strategi untuk menempuh cabaran ini. Langkah ini mampu menaikkan nama Saudara KJ dalam musim pemilihan yang kian rancak. Peluang untuk membuktikan kewibawaan dan ciri-ciri kepimpinan Saudara KJ kepada para Pemuda UMNO terbuka luas.
Forum yang dianjurkan oleh PAS Kelantan akan membincangkan isu peralihan kuasa dan yang berkaitan di peringkat Kerajaan Pusat. Ramai memberi spekulasi terhadap kebolehan menantu Pak Lah ini dalam merangkul jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saudara KJ perlu menonjolkan diri memandangkan DKT berkempen hingga ke peringkat akar umbi dan DMM pula sudah memulakan gerak perubahan melalui kenyataan DMM mengenai sekolah vernakular.
Dalam lingkungan Pemuda UMNO, DMM dilabelkan seorang pejuang Melayu sejati kerana berani mengketengahkan idea penghapusan barisan kepimpinan yang tidak berfungsi. Semangat perjuangan DMM tidak akan luntur memandangkan warga asing kini kerap bersuara dan menimbulkan huru hara.
Hari Sabtu ini merupakan peluang Saudara KJ untuk meraih sokongan para perwakilan. Sudah lama Saudara KJ memerangi pemimpin PAS dan mereka tidak lekang mengkritik tindakan masing-masing. Kedua-dua mereka juga didakwa "cepat naik" melalui kabel masing-masing.
Saudara KJ tidak pernah berputus asa dalam usaha memenangi hati rakyat dan ahli UMNO dengan initipatinya tersendiri. Saudara KJ dikatakan bukan sahaja memperjuangkan hak orang Melayu, malah sanggup membela nasib warga asing dengan bijaksana.
"Saya nak lihat Pemuda UMNO menjadi satu gerakan nasional yang sejati. Sudah tentu agenda utama adalah agenda orang Melayu. Kita tidak dapat lari dari kenyataan. Tetapi kita perlu menjangkaui sempadan dan punyai pandangan yang menyeluruh. Pemuda UMNO seharusnya mewakili Malaysia dan pandangan rakyat Malaysia. Kita bukan sahaja perlu menarik minat orang atas pagar, malah perlu mampu menarik mereka yang berada di pihak pembangkang. Bukan itu yang kita lakukan kini. Pemikiran kita terlalu sempit, tiada sifat keterbukaan dan terlalu ekslusif." - Saudara KJ, penterjemahan Pemuda IKS dari The Star

10 ulasan:

  1. Salam,
    Hmm..nampak gaya, berdebat juga menjadi pilihan. Tak dapat Khir Toyo dan Mukhriz, dengan Husam pun jadi la. Nak juga berdebat. Kalau tidak pernah mencabar sesiapa, faham la juga.

    Bukan sinis, tetapi, boleh tidak sesiapa bagitahu, sejak PRU 12, siapa yang asyik ajak berdebat?

    Hairan, dengan kudrat muda dan otak yang bijak itu, kenapa tidak digunakan untuk membantu membangunkan ummah? Poket pun dalam..amal makruf, nahil mungkar..barulah boleh tarik penyokong PAS sokong UMNO..tak gitu?

    BalasPadam
  2. Diharap YB K.J dapat merubah pandangan dan persepsi ahli UMNO terhadap beliau selepas ini. Mungkin ada yang berpendapat tindakan beliau untuk berdebat hanya untuk meraih populariti semata- mata dan ada juga berpendapat yang ianya adalah satu langkah awal untuk membetulkan keadaan walaupun ianya di ibaratkan sebagai 'harakiri'..tepuk dada tanya selera.

    BalasPadam
  3. Tak apa, tunggu dan tengok.

    BalasPadam
  4. pernah lihat debat KJ dan tony phua? kalau belum harus lihat kehebatan KJ berhujah. setakat husam?aziz bari?alahai. mcm kacang putih je. KJ jentik sekali panas la pungkok masing2.

    tapi dia KJ. selagi dia KJ dan dibayangi oleh Pak Lah, dia masih belum mengharungi onah duri politik sebenar.

    BalasPadam
  5. jadi, kita harus BERANI BERUBAH!

    BalasPadam
  6. Salam IKS and friends,

    I just came back from Wenger's, having a hot debate until he chikened out. I should have listened to Doc, worth a try but not easy talking to a person who is in denial.

    My opinion, the debate is capable to lift the image of KJ. But having an orative skill does not translate to good leadership. Not easy to repair the damage done.

    We just wait and see.

    BalasPadam
  7. Salam perjuangan,

    Kpd: Ondastreet

    Jika benar KJ itu "amar makruf nahi mungkar", tidak akan timbul persoalan pro-KJ dan anti-KJ.

    Sudah tentu masyarakat akan memandang tinggi terhadap kedudukan dan kewibawaan KJ.

    Sikap sesetengah pihak yang tidak mahu melihat KJ lagi dalam perjuangan ini menunjukkan KJ mempunyai cacat cela yang bakal menyebabkan perjuangan ini terbantut.

    Daripada menarik ahli PAS masuk ke dalam UMNO, adalah lebih baik jika kedua-dua parti ini bergabung dan bersama-sama memperjuangkan Agenda Melayu. Tak gitu?

    *************************************************

    Kpd: HanDynasty

    Terima kasih kerana tidak pernah jemu menyokong perjuangan ini dan tidak pernah lesu melontar pandangan dan spekulasi terhadap isu-isu yang dikemukan oleh Pemuda IKS.

    Benar, ada sesetengah pihak mendakwa tindakan KJ kali ini adalah untuk meraih populariti semata-mata.

    Positifnya, KJ tetap mewakili UMNO dalam wacana kali ini. Cuma niat asalnya diragui para perwakilan.

    Sekian lama KJ cuba menonjolkan bakat "bercakap" yang kian pudar di kalangan masyarakat. KJ hanya dilihat di forum-forum dan belum muncul dalam sesi perbahasan umum.

    Mari kita doakan kesejahteraan KJ menjelang detik wacana ini dan berharap agar tindakan susulan KJ akan berasaskan kepentingan perjuangan.

    Persoalannya, DMM ketengahkan ideolginya, KJ ketengahkan bakatnya, DKT bagaimana?

    *************************************************

    Kpd: Sedingin Salju

    Memang semua sedang dan akan tunggu dan lihat. Apa pendirian saudara terhadap tindakan KJ untuk turut serta dalam perbahasan ini?

    *************************************************

    Kpd: Doc Sid

    Setuju 100%. KJ memang "terer" dalam hal berhujah. Ia bagaikan sifat semulajadi KJ. Pihak PAS dinasihatkan untuk "rehearse" untuk menghadap produk Oxford ini.

    Ini juga benar. Antara punca penentangan terhadap KJ adalah kerana kedudukan KJ sebagai menantu Pak Lah. Kerna ini menampakkan dengan ketara bahawa KJ adalah seorang "opportunist" yang ulung. Menggunakan ikatan kekeluargaan untuk mencapai kemasyhuran. Terpulang kepada KJ untuk mengikis persepsi ini terhadap dirinya.

    Sudah baca posting terkini di Rembau.net? KJ kelihatan sungguh "innocent".

    Jika ditakdirkan, dengan kedudukan, kekayaan dan rangkaian kenalan yang diperoleh, KJ menang selaku KP pada Mac 09. Apa tindakan susulan Doc?

    *************************************************

    To: Piggy Singh (natural fighter)

    "You guys got some hugging to do." - Russell Peters: Red, White & Brown

    Pemuda IKS really respect you both in your opinions. It's quite good to put up a "friendly" amongst us to spice up a bit. Carry on with the debate, Pemuda IKS learns a lot from you and Wenger.

    Wenger, pro-KJ. Piggy, anti-KJ. Wenger pro-PakLah. Piggy anti-PakLah. Pemuda IKS admire the spirit in both of these intelectual bloggers. Eventhough you guys are sometimes off-track, still manage to put on a great show!

    Agreed. Orative skills does not even reflect good leadership. If it is so, you guys should had seen the Undergraduates in their parliamentary debate competitions. They're damn good at it. Impressed!

    Of course Wenger's intention was to promote KJ in his postings but in a very creative and critical method. He knows how to attract and lure bloggers straight to him. Kudos!

    Wenger is just like KJ. Rhetoric, uses his intelligence to insult others' intelligence. Maybe they hang out together all the time.

    Picture it, smarty-pants in economics. Great form of words used. Always talks about his investments, etc. Promoting Rembau. Maybe they are the same guy. Or his twin? Better half?

    Have you read the latest posting in Rembau.net? He sounds so convincing regarding his innocence.

    BalasPadam
  8. Salam IKS,

    Got to agree that I'm anti pak lah. However, I like to emphasize that I was among the very faithful Pak Lah's supporters in early 2004, especially during election.

    When Khairy came to the scene, my view was neutral. But I did imagine he would be different kind of breed, the breed that might bring UMNO from typical stereotype through his wit.

    But it was later proven what really obvious was his greed. Did I just rely on rumours, nope. Even my circle of friends once invited me to participate in government contracts which they claimed endorsed by Khairy.

    I'll go through the latest posting from Khairy.

    BalasPadam
  9. Salam Pemuda IKS,
    Begitulah hendaknya, PAS dan UMNO kembali bekerjasama untuk kebaikan Malaysia.

    Tentang Khairy/KJ dan "amal makruf nahil mungkar", pendekatan ini pada saya merupakan senjata ampuh untuk mana-mana pemimpin Islam, tetapi harapnya, jangan jadi munafik pulak semata untuk mentadbir negara/negeri.

    BalasPadam
  10. kalau KJ jadi ketua mac 09 ni?kita terima keputusan akar umbi..

    BalasPadam