Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


16 November 2008

UMNO: Cosa Nostra Melayu?

Cosa Nostra atau nama lainnya Mafia yang berasal dari Italy bermakna "A Thing Of Ours". Ia merupakan satu organisasi sulit yang menjalankan aktiviti jenayah terancang. Jenayah-jenayah seperti rompakan, pelacuran, perjudian haram, peras ugut dan pengedaran dadah amat popular di kalangan organisasi ini. Keganasan adalah perkara biasa bagi mereka.
Walaupun jenayah sebegini berleluasa, perancangan terhadap jenayah ini dilakukan dengan terperinci agar kegiatan mereka tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Sudah tentu rasuah adalah senjata utama yang menjadi penggerak dalam organisasi ini. Ramai ahli politik, para hakim dan polis yang selalu menerima sogokkan dari organisasi ini.
Akan tetapi, organisasi ini juga menitikberatkan soal kekeluargaan dan budaya dalam setiap kegiatan mereka. Kehidupan dan tatatertib mereka masih berpegang pada prinsip dan pegangan yang dibentuk. Mereka sentiasa bangga dengan asal usul mereka. Mereka hanya menjaga kepentingan organisasi mereka.
Di Malaysia, soal Cosa Nostra tidak wujud seperti di Italy dan Amerika Syarikat. Pihak berkuasa negara berkenaan juga dengan segala daya dan usaha cuba mengekang aktiviti organisasi sulit ini. Sesetengah pihak melihatkan UMNO sebagai Cosa Nostra Melayu. Perbezaan diantara UMNO dan Cosa Nostra adalah UMNO bukannya sebuah organisasi sulit dan UMNO tidak menggunakan keganasan atau kekerasan.
Tetapi soal implementasi di peringkat akar umbi sudah menunjukkan ke-Cosa-Nostra-an UMNO. Budaya kronisme amat berleluasa. UMNO selalu menampakkan menjaga kepentingan ahli-ahli UMNO sahaja. Orang tertentu sahaja akan mendapat kelebihan tertentu. Tatkala musim pertandingan, ramai individu yang akan di-kambing-hitam-kan untuk menjaga kepentingan individu tertentu. Rasuah? Tak payah cerita panjang. Anda sendiri tahu. Pemimpin UMNO sering dikaitkan dengan semua kenyataan di atas, tetapi di mana buktinya?
"It's not about what you know, it's about who you know."
Inilah Cosa Nostra Melayu. Jika anda ingin menentang seorang pemimpin berbekalkan ilmu dan agenda baru untuk diperjuangkan, anda perlu mengharungi perit getir menentang orang-orang beliau dahulu. Belum dikira tentangan daripada "orang-orang atas". Belum dikira tentangan daripada orang-orang NGO yang berhubungkait dengan beliau. Pelbagai usaha akan dijalankan untuk menjatuhkan anda. Lebih ramai kenalan dari "orang-orang atas" akan menguatkan kedudukan seseorang dalam UMNO. Bukannya kredibiliti atau kepimpinan.
Walaupun UMNO dihujani pelbagai tohmahan dan anggapan negatif, UMNO tetap memperjuangkan agenda orang Melayu. Tanpa UMNO, orang Melayu akan hilang pegangan. Tanpa UMNO, hak orang Melayu tidak akan dipertahankan. Tanpa UMNO, kebajikan orang Melayu mungkin terabai. Tetapi jika segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap pemimpin UMNO adalah benar dan tidak seorang pun disabitkan dengan kesalahan, UMNO adalah Cosa Nostra Melayu.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam perjuangan..

    Saya pernah berborak dgn seorang veteran UMNO. Katanya UMNO ibarat telan pahit dibuang sayang. Ya, memang UMNO memperjuangkan nasib org Melayu selama 62 tahun. Akan tetapi perjuangan yg semakin lama semakin menyimpang dari tujuan dan niat asalnya.

    Mengapa perkara ini terjadi? Pada pandangan saya di antara sebab-sebabnya perkara ini terjadi ialah bila perasaan tamak haloba menguasai diri, tidak bertanggungjawab, tidak memikirkan kesan2 yg timbul dan paling nyata tidak takut kepada Yang Maha Esa.

    Apakah yang akan terjadi pada 10-20 tahun akan datang sekiranya UMNO masih dalam keadaan begini? Apakah kita akan menanggung akibat kesan drpd kebodohan dan tindakan pemimpin kita sekarang? dan bagaimana pula nasib generasi akan datang? Pernahkah kita fikirkan?

    Untuk melihat pemimpin pada masa hadapan, lihatlah generasi muda pada masa kini dan ihatlah apa yang telah dan akan kita semaikan pada generasi muda pada masa kini? Hanya sampah. Rasuah (bahasa yg indah-Politik Wang!), perasan dendam,tikam belakang,tamak, jahil ilmu dan berbagai-bagai lagi perkara yang menjengkilkan.

    Dimanakah kesudahannya? Fikir,renung,buatlah keputusan sewajarnya...

    Ikhlas,Berani Berubah,Berjuang!

    BalasPadam
  2. Strategi 'its who you know, not what you know' akan menyebabkan perpecahan dikalangan orang Melayu kerana mereka akan lebih cendurung bersaing melobi dari menimba ilmu pengetahuan. Pendekatan ni, secara long term tidak akan menguntugkan orang orang Melayu, maaf kalau tersinggung.

    BalasPadam