Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


15 November 2008

Dilema Pemuda Batu: Penglibatan Golongan Muda

Ada banyak kumpulan dalam golongan muda. Antara di antara mereka merupakan penganggur, berpendidikan, golongan profesional dan bermacam lagi. Akan tetapi sudah menjadi budaya orang Timur, "seniority" diperlukan dalam mentadbir atau mengelola sesebuah organisasi kerana pengalaman amat dititikberatkan. Ijazah yang diperoleh oleh golongan muda cuma hiasan tanpa pengalaman.
Tidak seperti di negara Barat, pencapaian akademik menjadi perhatian. Ini mungkin kerana institusi pengajian di sana amat berperstij. Dengan segulung ijazah kehormat dari sebuah institusi yang ulung dapat melonjakkan peranan golongan muda dalam komuniti.
Selain itu, kematangan dan pengalaman golongan muda sering dipersoalkan dan dipandang rendah. Ditambah pula dengan persepsi golongan muda bahawa UMNO berunsur kepentingan individu dan mementingkan kronisme. UMNO juga dilihat tidak menampakkan faedah dan kesan kepada golongan muda. Ada diantara mereka menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh UMNO amat membosankan dan tidak menarik. Yang malas tu, malaslah.
Ada di antara mereka berkelulusan dari luar negara. Adakah mereka berbakti kepada Malaysia selepas mendapat ijazah? Hasil dari menghantar penuntut ke luar negara ini masih diragui. Kurang pendedahan terhadap pergolakan politik nasional menyebabkan mereka kurang minat akan isu politik setelah pulang ke tanah air. Ditambah pula dengan pengaruh cerita-cerita kedai kopi.
Kebanyakan mereka mempunyai kesedaran yang lewat terhadap kepentingan politik dalam hidup. Tatkala mengejar kepentingan seperti projek, skim perumahan dan lain-lain subsidi yang memerlukan hubungan politik, barulah berminat dan mula mengikuti perkembangan politik tempatan. Mereka ini perlu diberi peluang dan ruang jika kita hendak melihat kemampuan mereka.
Soal penerimaan golongan muda bergantung kepada keberkesanan penyampaian ahli-ahli politik tempatan di peringkat akar umbi. Inilah tanggungjawab besar pemimpin di akar umbi, merekrut ahli-ahli baru. Para pemimpin perlu selalu memberi pendedahan terhadap perkembangan politik tempatan.
Apabila suara golongan muda ini tidak diendahkan, mereka mengambil media alternatif sebagai tempat meluahkan perasaan, mungutarakan pandangan dan memberontak! Kita perlu sedar, golongan muda juga merupakan satu pengaruh besar dalam PRU-12. Untuk PRU-13, walaupun kita tidak dapat memenangi hati golongan muda untuk menjadi ahli UMNO, pastikan mereka mengundi kerajaan Barisan Nasional. Berani Berubah!

2 ulasan:

  1. Setuju. Usaha yg berterusan perlu dilakukan untuk mendedahkan kepentingan berpolitik dan merapatkan jurang perbezaan di kalangan golongan muda ini

    BalasPadam
  2. pemuda batu perlu tunjukan komitmen yg baik agar pimpinan menjadi ikutan generasi akan datang bukan hanya cakap2 ditoret semata2.pimpinan pemuda perlu padukn barisan untuk memandu perjalanan yg amat sukar. perlu d ingatkn jgn sama sekali terpengaruh dgn sesaorang yg kita anggap baik dan hebat malahan hanyalah pura2

    BalasPadam