Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


17 November 2008

Kerjaya Bukan Penghalang Untuk Berpolitik

Kita semua sedar akan keadaan ekonomi semasa yang sedang "bergoyang" ini. Tatkala inilah kebanyakan individu bersungguh-sungguh mencari rezeki. Yang berniaga sendiri, rajin cari projek atau kontrak. Yang makan gaji, bersungguh kerja lebih masa atau cari duit tepi. Keadaan semasa memaksa kita bertindak sedemikian. Kos kehidupan di bandar-bandar besar memang memerlukan belanja yang banyak.
Kalau dah kerja banyak, tentu banyak masa digunakan dalam kehidupan seharian. Tidak dikira masa yang perlu diluangkan bersama keluarga, kekasih ataupun kawan-kawan. Mana ada masa nak berpolitik? Pemuda IKS sendiri dihuni oleh individu-individu dari pelbagai latarbelakang dengan kerjaya masing-masing. Tetapi konsep pendekatan yang digunapakai oleh Pemuda IKS adalah "kesedaran". Tiada paksaan atau desakan dalam berpolitik. Semuanya bertindak di atas "kesedaran".
Kesedaran yang dimaksudkan adalah kesedaran menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam, seorang Melayu dan seorang rakyat Malaysia. Tidak kira anda menyertai kem siapa, parti apa, mengambil tahu sahaja sudah menampakkan usaha anda. Adakah anda mempunyai kesedaran ini?
Tahniah kepada mereka yang sudah berdaftar sebagai pengundi di SPR. Jangan pula tidak keluar mengundi. Ada sesetengah di antara kita langsung tidak berdaftar walaupun sudah layak. Pemuda IKS boleh memahami segala alasan anda untuk tidak menyertai perjuangan parti politik tetapi untuk tidak mengundi menunjukkan anda tidak sayang pada tanahair. Jika benar sayang, sila jalankan tanggungjawab yang paling ringan ini.
Soal tiada masa kerana sibuk dengan kerjaya adalah persoalan yang tidak relevan. Anda berkerjaya pun kerana anda mempunyai "kesedaran" untuk mencari rezeki dan menyara kehidupan anda di bumi Allah s.w.t. ini. Jadi mengapa "kesedaran" jati diri itu tidak ada dalam diri anda?
Banyak cara untuk kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat. Selain mengharumkan nama melalui akademik, sukan dan teknologi, berpolitik merupakan salah satu medium sosial yang menghubungkan anda dengan sifat nasionalis. Sumbangan sekecil mana pun akan dihargai. Demi agama, bangsa dan negara!
Berpolitik dapat mengeratkan silaturrahim antara umat Islam. Berlainan fahaman politik tidak bermakna kita bermusuhan antara satu sama lain. Berpolitik dapat mewujudkan aktiviti sihat dalam sesebuah komuniti. Sifat tolong menolong antara satu sama lain memang menjadi budaya kita. Kenapa perlu pandang yang negatif tanpa menilai yang positif terlebih dahulu? Jangan mencaci perkara yang kita tidak pernah lalui.

3 ulasan:

  1. Fleksibeliti Dalam Memilih Kerjaya.

    Definisi kerja itu sendiri membawa maksud kegiatan atau urusan yang menghasilkan sesuatu. Di *zaman atom ini ia juga membawa maksud tugas atau urusan yang telah ditentukan sebagai tanggungjawab, kewajipan dan peranan ke atas individu itu sendiri.

    Kerja diperlukan oleh setiap individu untuk merealisasikan maksud sebenar sebuah kehidupan yang lebih terurus. Makan, minum, pakaian, perlindungan dan keselesaan hidup merupakan punca untuk kau dan aku perlu melakukan kerja. Dengan melakukan kerja kita boleh mendapatkan hasil atau habuan sebagai punca pendapatan.

    Apa yang aku cuba fokuskan ialah mengenai kerjaya iaitu profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai untuk nafkah. Ada perbezaan disini dimana kau perlu tahu hakikat maksud sebenar kerja dan kerjaya. Kerja yang kau sedang lakukan boleh dianggap kerjaya tetapi kerjaya disebaliknya.

    Persoalan disini apabila kau terlalu taksub melakukan kerja yang langsung menganggapnya sebagai suatu kerjaya. Ironinya ialah apabila kerjaya yang dilakukan tidak membawa makna kerja sebenar yang mewakili tanggungjawab atau profesion sebagai pekerjaan.

    Kerjaya merupakan sesuatu pekerjaan yang mampu membuatkan kau memiliki kejayaan dalam profesion yang kau miliki. Biasanya ia diselaraskan dengan visi atau matlamat setiap individu itu sendiri dan

    Kerjaya tidak berlaku semata kerana kau memilih bidang yang diminati atau berkaitan dengan ilmu yang dimiliki. Perlu ditegaskan supaya tidak menjadi pegangan kepada golongan yang baru mengenali dunia pekerjaan.

    Jadi, kau perlu fleksibel dalam memilih kerjaya supaya dapat membentuk sahsiah masyarakat yang semakin perlu diperbaiki disamping dapat manjana kehidupan yang lebih baik. Jangan terlalu memilih kerana ia dapat mengurangkan masalah pengangguran yang semakin menjadi dinegara kita. Buka minda dan menerima ubah persepsi hidup demi masa depan yang lebih gemilang!

    BalasPadam
  2. ramai tak nak mengundi mungkin kerana keliru dan tidak tahu mana satu intan mana satu kaca..jadi golongan-golongan ini mengambil sikap tunggu dan lihat.

    BalasPadam
  3. Dalam keadaan yang berlaku sekarang ini dimana Pak Lah pun pernah sekali menyuarakan dan memberi galakkan kepada kakitangan awam yang dalam kumpulan bawah meruangkan sedikit masa untuk mencari rezeki lebih dengan bekerja selepas waktu pejabat. Maka mungkin ramailah yang mendengar nasihat tersebut dan memulakan inisiatif masing-masing. Ada diantaranya menghabiskan hujung minggu dengan pergi ke Laut menangkap ikan, bertananam sayur di dusun dan ada juga diantaranya mengambil kerja-kerja sub-kontrak dari kontraktur-kontraktor yang mereka kenali. Mungkin juga mendapat kerja kontrak dari Majlis-majlis atau Pihak Berkuasa Tempatan kerana di Authoriti2 tersebut ada yang mempunyai kawan yang berkuasa. Pokoknya kerja yang diamanahkan kepada mereka berjalan dengan baik dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Rasa saya mereka yang mencari peluang halal seperti ini yang selalunya dikatakan kronis dan nepotis ini, bukan ahli UMNO sahaja yang terlibat, malah dari PKR, PAS dan DAP sekali terlibat. Salah kah tindakan yang diambil itu? Apakah ianya salah jika ahli UMNO mengambil peluang sebegini dan tidak salah jika PKR mengambil peluang tersebut.
    Maka disinilah kita kena berlaku adil.
    Banyak lagi tapi cukuplah setakat itu dulu. Thanks.

    BalasPadam