Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


21 November 2008

Dato' Mukhriz Mahathir: Jawatan Kabinet? Tak Mau La

Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan beliau tidak berminat untuk memegang jawatan dalam Kabinet sekiranya dipilih menerajui pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.
Pendirian itu dibuat kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh empat tahun sebelum pilihan raya umum akan datang. Lantikan dalam Kabinet dikhuatiri akan mengalihkan perhatian beliau untuk melakukan yang terbaik buat parti terlebih dahulu.
"Yang itu berat (anggota Kabinet), yang ini tak kurang berat (Ketua Pemuda), kalau nak buat dua-dua payah sikit. Bukan kerana saya rasa saya tidak mampu tetapi saya mahu beri masa dan tumpuan untuk meyakinkan semula rakyat di lima negeri dan tempat lain yang kita (BN) kalah."
Sementara itu, Dato' Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun mendesak pengurusan parti supaya bertindak tegas terhadap calon-calon pemilihan parti yang mengamalkan politik wang. Katanya, jumlah aduan politik wang yang diterima Lembaga Disiplin terlalu tinggi apabila telah melebihi 1,000 aduan walaupun UMNO hanya mempunyai 191 bahagian.

20 ulasan:

  1. Salam ukhuwwah,

    Kata-kata beliau melambangkan sikap seorang Negarawan tulen persis seperti ayahandanya. Kita harap beliau akan terus mampu membawa Pemuda ke era baru; set minda dan set nilai yang tahan uji dan lestari, golongan muda yang disebut sebagai pewaris dan pemusaka budaya bangsa dan risalah ilahiyah, generasi 'Rabbi Radhiya' seperti doa Nabi Ibrahim ke hadrat Allah. Mudah-mudahan Dato' Mukhriz mampu mengangkat kembali watak, maruah dan wibawa Pemuda.

    BalasPadam
  2. Salam Perjuangan..

    Insyaallah,moga2 UMNO dapat dipulihkan semula dan akan kembali kepada perjuangan asal iaitu menjaga kepentingan Islam, Melayu dan Tanahair serta mampu merapatkan kembali hubungan di antara kaum Cina dan kaum India serta lain2 bangsa yg berada di bumi Malaysia ini.

    BalasPadam
  3. Salam Saudara IKS,

    Believe it or not the setikawans are using this issue to demonize Mukhriz, I could not see any anything relevant, punya lah depa takde modal nak palam Mukhriz. Another insult to intelligent by them, I'm gonna write about this as well.

    Wassalam.

    BalasPadam
  4. hidup dato mukhriz hidup mukhriz....mari kte ikut seruan berani berubah..kami pemuda akn menyokong usaha dato untuk memimpin pemuda..kalau to la cara yg dipandang baik oleh dato teruskan mungkin menyenangkan dato melakukan kerja2 khasnya untuk pemuda umno..maju kehadapan dengan cemerlang gemilang mengikut agama bangsa negara.iks tetap gan berani berubah...

    BalasPadam
  5. Apa sahaja cabaran yang mendatang, siapa sahaja Ketua Pemuda, Pemuda UMNO perlu berani berubah. Tak guna kita nak setiakawan kalau kita takut untuk berubah.

    Jalan perjuangan masih panjang, jangan kita mudah gembira dengan kejayaan kita dalam PRU yang lalu. Kita perlukan Ketua yang berani bawa Pemuda menghadapi cabaran dari Pakatan Pembangkang.

    BalasPadam
  6. tahniah dato!

    BalasPadam
  7. Salam IKS,
    Adakah pendekataan ini bermaksud bahawa Dato' Mukhriz sanggup bercanggah pendapat dengan pentadbiraan DSN kelak?

    Wenger J Khairy

    BalasPadam
  8. Salam Perjuangan.

    Pemuda IKS khuatir bahawa Dato' Mukhriz Mahathir tidak dapat memberi fokus dan komitmen sepenuhnya sekiranya Dato' menjawat kedua-dua jawatan dalam Parti dan juga Kabinet.

    Ini sering berlaku kerana wujudnya "conflict of interests". Pemuda IKS bimbang keputusan atau tindakan Dato' ketika menjawat mana-mana jawatan tersebut dipengaruhi oleh jawatan yang satu lagi.

    Berharap pengikut Dato' memahami pendirian Dato' dan berharap pendirian ini tidak mempengaruhi kekukuhan sokongan yang ada hari ini.

    BERANI BERUBAH!

    BalasPadam
  9. Saudara Padedoh,

    Pendekatan sebegini tidak melambangkan sebarang percanggahan pendapat dan sebagainya. Ini kerana Mukhriz akan tetap bekerjasama dengan Najib sekiranya beliau memenangi jawatan tersebut memandangkan sayap Pemuda juga di bawah Presiden.

    Yang menjadi persolannya, mampukah beliau memikul kedua-dua tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda dan juga Menteri?

    Adakah anda berasa Hishamuddin telah menjalankan tugas dengan jayanya selaku Ketua Pemuda dan Menteri dalam penggal yang lalu? Atau beliau hanya tunggul/boneka?

    Jadi saya berpendapat bahawa dengan hanya menjawat satu jawatan sahaja akan dapat memberi Dato' ruang fokus dan komitmen yang secukupnya terhadap dasar/agenda perjuangan.

    BalasPadam
  10. salam semua...

    Saya menyokong tentang pendirian beliau kerana sememangnya dalam keadaan sekarang mana2 pemimpin yang akan menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO memerlukan masa lebih dan perlu meluangkan masa yang lebih supaya keretakkan pada barisan pemuda khususnya di lima negeri supaya ianya tidak menjadi lebih teruk....

    BalasPadam
  11. Tahniah untuk dato!

    Slogan berani berubah.Apa yang di katakan berani berubah itu?Apa yg perlu berubah?Apa yang di katakan berani?
    Perjuangan perlu berubah?
    Kempimpinan perlu berubah?
    atau kerajaan perlu berubah?
    Apa yg di katakan berani?
    berani bersuara?
    berani mencabar?
    hm...
    contoh baru baru ni mesyuarat pemuda di cawangan-cawangan.Cuba tgk bilang ahli?
    kemudian tengok kedatangan ahli?
    :)
    Aku selalu dengar akar umbi.Perubahan dari akar umbi.Duh~
    Perubahan yg hanya di lakukan di kalangan ajk,ketua cawangan.Bagaimana dgn ahli-ahli.
    Mungkin ada yg terlupa.....
    Kebanyakan sekarang ni mengharapkan apa yg beri mesti ada balasan.Sedangkan ini adalah parti NGO.
    Sepatut apa yg buleh kita sumbang kepada parti.
    Mungkin suatu kita dulu,aku tidak nampak semua ini.Selepas terlibat dgn mesyuarta di cawangan,bahagian.Baru aku tahu permainan politik ini.
    Terfikir juga aku,kepada presiden atau naib nya hanya layak di undi oleh dari perwakilan.Kalau seseorg itu mempunyai ekonomi yg kukuh,atau dapat sokongan dari luar.Apa akan berlaku?
    Sesoranng itu dapat memimpin dengan hanya membeli perwakilan saja..
    hmmm....
    kotor politik ini..
    pembaruan...macam mana ek?
    berani yg macam mana ek?

    BalasPadam
  12. Salam Dato',
    Today i was feeling so negative may be as reflected in my posting. I would rather feel positive but certain developments over the weekend, geopolitical, geo-economical and locally has just added to the gloom.
    Locally, the biggest development was Pewaris.. It seems to indicate that grassroots are getting fed-up with UMNO, and have decided to take to the streets to voice their displeasure. Now, from a pure finance point of view, I feel we cannot say this is Pak Lah's fault - because the political market should be discounting Pak Lah and pricing in DS Najib administration.
    A deeper question is the grassroots saying their fed up with UMNO as a whole, regardless of who is in charge?

    Appreciate your comments

    Wenger J Khairy

    BalasPadam
  13. Salam perjuangan,

    What's the difference between Mr. Padedoh and Padedoh King? ~confused

    Pemuda IKS does not blame the leader of UMNO alone. It is the members of UMNO that reflects the credibility of the UMNO leader. This applies to all UMNO wings. Not being able to administrate the fellow members accordingly is one thing. On the other hand, the "same 'ol same 'ol" faces on the top UMNO positions proves that it does not bring UMNO ahead. It is indeed that the leader's actions and decisions are mainly influenced by the top members (don't forget the in-laws).

    The principles and basis of UMNO is already firm but the implementation needs serious attention. The grassroots does not only urge the top players for a change, the small-time division leaders also needs to wake up. Or else they all might loose their "my-precious".

    Enough said, stop looking back, and start looking forward.

    BalasPadam
  14. Pemimpin perlu akur dan sedar akan kekuatan/keupayaan yg ada pada diri sendiri.Memegang 2 jawatan sekaligus akan menyebabkan kehilangan fokus dan keberkesanan untuk memimpin.

    BalasPadam
  15. Kepimpinan UMNO sekarang memerlukan satu anjakan baru dari segi pentadbiran,pengurusan dan juga motif perjuangan.

    Ramai ahli - ahli UMNO terutamanya sayap Pemuda mahukan kepimpinan yg berani untuk mengiyakan perkara yg benar dan menidakkan perkara yg salah. Kepada ahli, jgn membuta tuli menyokong dan menghentam org lain. Gunakan akal yg diberikan untuk menilai perilaku calon pilihan anda. Maruah anda semua bukan bernilai RM 200 hatta RM 2000.

    Berilah sokongan kepada pemimpin yg menyokong idea,cadangan dan juga rancangan yg berpihak kepada masyarakat. Konsep berkhidmat untuk masyarakat perlu ada dalam diri individu. Sokong Dato' Mukhriz! Berani Berubah!

    BalasPadam
  16. perubahan mmg perlu.manusia pun beruah mengikut waktu dan persekitaran.bumi malaysia yg sudah merdeka juga memerlukan perubahan yg betul.tapi jgn la terlalu drastik perubahan.nanti akan berlaku kekalutan.melakukan perubahan mmg payah...seperti nabi muhammad SAW mengajak kaumnya menganut islam.mmg payah kalau kita tengok.tp baginda x pula melakukan perubahan yang drastik.caranya yang teratur dan strategi mampu menarik perhatian segelintir penduduk mekah ketika itu.walaupun penuh denagan cemuhan,xnak mengaku keluarga,dipulau.tp nabi x mengalah.dia dipihak yang benar.dengan doa yang x putus, semangat yang tinggi,akhirnya baginda berjaya menjadikan madinah negara islam yang pertama. dari sini kita nampak, perubahan mmg diperlukan.tapi perubahan yang baik.dari mana datangnya perubahan yg baik?pastinya dari pemimpin yang baik.kenal diri dia siapa.tahu tahap dia di mana.dan yang penting sekali tidak mengaku kalah.selagi dia percaya dia berada di pihak yang benar, InsyaAllah tuhan akan permudahkan segala urusan dia dalam merubah sistem yang ada sekarang ini.

    BalasPadam
  17. Perubahan dalam diri juga penting. Perlu ada satu 'chemistry' yg sesuai untuk mendorong agar perubahan itu seiring dengan kehendak.Dalam kes ini ramai yg hendakkan pembaharuan tetapi masih tercari - cari 'pendorong' untuk bergerak. Ya,ikutlah apa yg telah diajar oleh Baginda Rasulullah S.A.W kerana PASTI ianya akan berjaya dan beroleh pahala.

    BalasPadam
  18. adakah awk berdekah-dekah hahahaha

    BalasPadam
  19. sy pun link blog ni..

    BalasPadam