Tatkala menjelang musim pemilihan barisan kepimpinan UMNO Malaysia, calon-calon yang bertanding masing-masing sibuk berkempen samaada di dunia nyata mahupun di dunia maya. Masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam memenangi hati para perwakilan bagi meraih undi daripada mereka. Yang kian menjadi popular hari ini adalah penggunaan "tagline" sebagai kaedah pendekatan utama terhadap sokongan daripada peringkat akar umbi.
Apa yang dikhuatiri oleh Pemuda IKS adalah matlamat utama menggunakan tagline tertentu. Adakah ianya sekadar wayang sahaja? Ini menjadi persoalan kerana dunia politik yang kotor hari ini tidak menitikberatkan dasar perjuangan. Malah kepentingan peribadi yang menjadi keutamaan. Tagline yang membuatkan Pemuda IKS ragu-ragu adalah penggunaan konsep "Setiakawan" oleh Saudara Khairy Jamaluddin.
Pertama sekali, tabik hormat kepada beliau kerana berani menyahut cabaran untuk bertanding walaupun saingan beliau adalah di kalangan Dato' dan Doktor. Apakah kelebihan beliau sehinggakan layak bertanding bersama-sama calon-calon yang hebat sedangkan beliau cuma rakyat biasa tanpa apa-apa gelaran istimewa?
Pemuda IKS berpendapat, konsep "Setiakawan" yang dibawa oleh Saudara Khairy Jamaluddin berbaur kronisme. Ini kerana sifat setiakawan itu wujud di kalangan kawan-kawan sahaja. Sudah tentu kawan-kawan adalah insan yang mengenal rapat dengan hati budi kita sebagai manusia. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berkawan atau tidak mengenali beliau dengan rapat? Adakah mereka ini akan diberi layanan dan keutamaan seperti kawan-kawannya yang lain?
setiakawan?? setiakawan apa KJ maksudkan? lepas daddy in law dah tak da nanti, barulah cari kawan ya?
BalasPadamSalam Dr. Sid,
BalasPadamYou really do know how to put my four paragraphs into one line. Hehe. Keep up!
saya lihat saudara banyak buat link blog pemuda. baguslah, teruskanlah mengumpulkan senarai blog dan hebahkan untuk bacaan umum. usaha yang baik.
BalasPadamSalam perjuangan,
BalasPadamSaya berharap usaha Pemuda IKS untuk memulihkan imej UMNO bukanlah sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Syabas diucapkan, teruskan perjuangan!
Salam IKS,
BalasPadamI didn't mean to challange Doc Sid's summary, but I could come with simpler conclusion, setia-kat-wang.
Wassalam.
Ramai ahli yg masih mempunyai maruah,otak dan menggunakan akal dalam membuat penilaian dan keputusan...Sentiasalah kita bermuhasabah diri kerana pemimpin akan dpersoalkan tanggungjawabnya dan ingatlah azab Allah SWT itu amatlah pedih.
BalasPadamSalam Pemuda IKS,
BalasPadamKalau diikutkan, ketiga-tiga calon masih belum cukup layak untuk memegang jawatan KP UMNO Malaysia. Ini adalah rumusan saya terhadap spekulasi-spekulasi yang saya telah terokai.
KJ terkenal dengan sifat "opportunist" dan merupakan salah satu punca BN kalah dalam PRU-12.
Mukhriz pula masih dibayangi kelibat ayah beliau dan kurang kredibel dari segi kepimpinan dan ideologi. Mungkin kerana faktor pengalaman.
Dr. Khir pula mempunyai "track record" yang kurang baik memandangkan Selangor sudah jatuh ke tangan pembangkang.
Dalam keadaan ini, saya berdiri selaku penyokong bebas kerana saya masih sedang meneliti sifat-sifat kepimpinan ketiga-tiga calon di atas.
Salam perjuangan,
BalasPadamSaudara Nobisha, terima kasih kerana memberi sokongan kepada perjuangan Pemuda IKS. Bila para blogger akan dapat bersua?
Saudara Pemikir, mari kita bersama-sama mendoakan perjuangan ikhlas kita ini tidak terbantut dan akan diberi kekuatan dari-Nya.
Saudara Piggy Singh, your conclusion sure have topped Dr. Sid's. But I wonder where the KJ's army are right now. Thanks bro! Got anymore Dr. Sid?
Saudara HanDynasty, terima kasih kerana menyokong perjuangan Pemuda IKS dari mula penubuhan laman blog ini. Perjuangan ikhlas!
Saudara Tukang Sapu, mungkin ada kebenaran dan kedustaan dalam setiap sumber yang saudara perolehi. Yang pasti, kita mahukan perubahan dan Dato' Mukhriz Mahathir sahaja yang berani menyuarakan kenyataan ini. Oleh itu, Pemuda IKS akan BERANI BERUBAH!
Salam Semua.
BalasPadamSetiakawan, Berani Berubah dan Pemuda Berani..
Semua hebat. Yang paling penting, apa kita nak buat lepas bulan mac ini.
Mencari Panglima Perang UMNO bukan suatu yang mudah dan enteng. Kita perlu ketepikan EMOSI apabila membuat keputusan nanti.
Saya cuma menasihatkan para perwakilan agar berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
"Berfikir Sejenak lebih baik daripada berzikir semalaman"..
Kita semua dalam satu keluarga, Keluarga besar. Pilihlah baik diantara yang terbaik.
ape pun yg yang akn jadi mac nanti biar la ia terjadi dgn ikhlas bukan kerna gilakan pangkat wang dan segalanya. yg menghancurkan umno serta semangat pemuda.kami yg di akar umbi memerlukan yg benar2 ingin memimpin pemuda kearah kemajuan..
BalasPadamkami memerlukan pemimpin yg benar2 ikhls sert jujur dgn semangat juang tggi oleh sesiapa yg inginkan jawatan ni.fikirla ia same juga seperti kte sembahyang jadi imam pada makmum2 nya.pada dato mukhriz kami sentiasa diblkg anda..lihat kejayaan ayah anda tun anda bolh juga perolehinya jika anda ade semangat sepertinya.kami inginkan berani berubah
BalasPadamsetia-kat-wang? piggy is so sacarstic. hahahaha. good work there!
BalasPadamSaya difahamkan sebab-sebab Mahathir begitu bersungguh-sungguh bercakap mengenai politik wang dalam UMNO ialah beliau hendak memerangkap calon-calon Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda yang tak sehaluan dengan dia.
BalasPadamAdakah Mahathir lupa bahawa pada zaman dialah politik wang hidup subur. Kita tak payah jadi hipokrit dengan mengatakan Mahathir tak tahu tentang politik wang. Semua orang tahu. Sekarang dia hendak menggunakan politik wang untuk menyingkirkan pemimpin umno yang tak disukainya. Begitulah liciknya politik Mahathir.
Khabarnya juga, Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tengku Ahmad Rithaudeen akan menghukum siapa saja yang ditunjuk oleh Mahathir. Beliau mempunyai sejarah yang cukup panjang dengan Mahathir dan Najib atau Pak Lah tak dapat mengawalnya.
Tunggulah siapakah yang akan dihukum oleh Mahathir melalui Ahmad Rithaudeen. Saya difahamkan ada tiga nama dalam senarai hitam Mahathir dan dia akan menggunakan Lembaga Disiplin UMNO untuk memusnahkan mereka.
Tentunya oramg itu bukan Mukhriz Mahathir!
datukshaifulkamal,
BalasPadamJangan kita terlalu cepat membuat spekulasi terhadap tindak tanduk Tun M. Beliau merupakan antara pemimpin yang paling disegani di serata dunia, jangan lah kita mempertikaikan kebolehan beliau dalam menangani isu-isu semasa.
Berani Berubah!
To: datukshaifulkamal
BalasPadamPemuda IKS: "Doc, Pemuda IKS has a commentor who states that the Mahathir-Rithauddeen allie is meant to terminate all of their “internal-enemies” only. What is your point of view regarding this matter?"
Dr. Sid: "first of all, who is their enemies? till now, we cant see one yet. but i do feel abdullah and kj have the same enemy i.e tun M and his son. other than that, semua pembodek besar. mana ada musuh."
*********************************************
To: Platun Politika
Don't take everything you see, you know and you hear for granted.
politik wang memang dari dulu dah ade saya tahu cuma dulu wang to diberi dibawah meja tapi skg walaupun dah maju dunia ni jgn la dgn wang to kte guna diberi didepan semua org.maksudnya diberi atas meja...kan taksedap bila org nampak...wang to yg akn berjalan dari segi sema aspek.nak kata zaman tun ade saya rasa sebelum to pun ade gak.jgn main tembak aje saudara datuksaifulkamal..berfikir sebelum ckp..yg ptg biar la bakal pemimpin yg akn dipilih to bebenar ikhlas untul jawatan.
BalasPadamThank you for leaving a Comment at my site and inviting me for my opinion on the slogans by these three candidates.
BalasPadamSebenarnya, saya ni memang tahu menulis dalam Melayu. Tapi saya sengaja nulis dalam Bahasa Inggeris selalunya bukan apa-apa tapi kerana English ni bahasa yang saya CARI MAKAN
Jadi, kebolehan ni paling-paling kurang kena maintain and sustain. Tapi yang lebih baik ialah IMPROVE. Dan hanya ada satu cara nak improve ni - SENTIASA GUNA.
I will most likely write a new Post at my blog about this matter - and I'll come and leave the link here. But I don't know when I'll have the time to write it.
Anyway, I seem to share the general opinion of many here - To me, Mukhriz appear to be the more credible.
It's not just the SLOGAN - it also involves the PERSON. Specifically, his character. With Mukhriz, "Berani Berubah" is definitely pertinent to Umno's curent situation - Umno must change!
So what is there to change? MANY THINGS, as we all know. Will Mukhriz bring about this CHANGE? I don;t really know, of course.
However, we must take into consideration his PAST RECORD - he has bee consistent. And he has stuck out his neck on certain matters despite the real possibility of him having action taken. This is one PLUS for Mukhriz.
Salam...
BalasPadamApa kriteria Ketua Pemuda sebenar yang dicari ketika ini? Ketika ini ... thats my main point.
Guys, please list down then vote wisely!
GOOD LUCK PEMUDA!
Jika KJ akan diberikan hanya kawan-kawan setianya sahaja yang untung dan negara akan terabai. Ketika itu Pemuda UMNO tidak akan relevan lagi...
BalasPadampada saya, ketiga2 calon sama hebat...
BalasPadammungkin KJ kena lawan Dato dan Doktor, tp dari segi akademik kt boleh cakap mereka setara, nak jd Doktor kn ad ijazah perubatan, KJ pun ad ijazah dr oxford, so??
skang yg penting pemuda kn pilih saper pemimpin yg dapan kembalikan minat org2 muda nak join UMNO semula...
pilih betul2...
salam.....
Salam perjuangan,
BalasPadamTo: Mat Cendana
Thanks for your support. Pemuda IKS appreciates your effort in sharing your thoughts with others. May the strength of a warrior guide us through this battle.
*************************************************
To: MANTRA
The possible future KP should not have the following criterias:
1. Bribe everything that's in his way.
2. Misconduct of the position given.
3. Says one thing, doing the other.
4. Too much conflict of interests.
Better yet, you guys can continue with the list. Perhaps you, MANTRA, can define what are you looking for in the future KP?
*************************************************
To: Tukang Canang
Thanks for your support towards the BERANI BERUBAH! movement. We feel you.
*************************************************
To: Boysepang
It is agreeable that all three of them are credible enough. At the end of the day, you still have to pick one. So, who's it gonna be??
By the way, apart from Medical Degree, a PhD also will put you among Doctors. If Oxford is the case, shall I say anyone that has been there are fully qualified to be a KP candidate?
wahai rakan2 pemuda IKS,sy kagum dengan semangat yg rakan2 perjungkn cuma sy melihat perkara ini dr sudut KETELUSAN adakah kita sendiri sudah membentuk barisan yg sedia ada skrg berpandukan perkara tersebut ataupun ianya hnya dibentuk semata2 utk hanya utk memperlihatkn kekuatan atau kecantikan barisan yg ada semata2....adakah kita yakin kita mampu bekerjasama tanpa mempunyai maksud yg tersirat...renung dan fikirkanlah dimana kita BERMULA....
BalasPadamcukuplah selama ini kita sudah menggadaikan bangsa kita...adakah kita sanggup pula melihat agama kita dijadikan pentas@tajuk@modul hanya semata2 utk menjatuhkan maruah ssorang....jgn kerana kita taksub akan ssuatu perkara@ssorg,sanggup kita mengorbankn agama sendiri....RENUNGKANLAH....
BalasPadam