Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


03 November 2008

Aku kata jangan lawan, kau nak lawan. Kau ni memang degil-lah Belalang.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya calon-calon jawatan Ketua Pemuda UMNO mengadakan debat terbuka untuk menerangkan misi masing-masing. Seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menyahut cabaran Khairy untuk berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masing-masing. Bagaimanapun seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir menolak untuk diadakan debat itu.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata debat di antara calon Ketua Pemuda UMNO wajar diadakan kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat bakal pemimpin masa depan. Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan itu tidak perlu kerana dikhuatiri akan memberikan gambaran yang salah serta kekeliruan masyarakat terhadap UMNO.
Pemuda IKS berasa debat ini perlu bagi memantapkan lagi UMNO itu sendiri khususnya Pergerakan Pemuda. Walaubagaimana pun, Pemuda IKS berpendapat debat ini perlu diadakan secara tertutup kerana khuatir ianya akan menjejaskan imej UMNO dan mampu mewujudkan persepsi negatif pihak pembangkang serta masyarakat umum terhadap dasar perjuangan UMNO. Kita tidak mahu mendedahkan kelemahan kita serta membuka pekong sendiri kepada pihak lain. Pemuda IKS juga mencadangkan debat ini membahaskan isu-isu belia dan golongan muda terhadap pembangunan ekonomi, sistem pendidikan serta perkembangan sosial.
Pemuda IKS tabik hormat kepada Saudara Khairy Jamaluddin yang mencadangkan debat ini dan Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menyahut cabaran ini. Walaupun Dato' Mukhriz Mahathir membantah cadangan ini, Pemuda IKS percaya beliau mempunyai agenda dan pendirian tersendiri bagi menangani apa jua cabaran yang ditempuhi. Pemuda IKS berharap sangat beliau akan terpilih menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di persidangan akan datang.
Alangkah baiknya jika konsep berdebat ini diamalkan di peringkat akar umbi. Dapatlah para perwakilan bahagian serta ahli-ahli UMNO Bahagian dapat menilai sendiri kewibawaan, penyataan visi serta wawasan pemimpin mereka. Konsep ini juga sedikit sebanyak dapat mengikis masalah politik wang yang dikatakan semakin menular di kalangan pemimpin atasan bahagian. Berharap konsep ini dapat diterapkan dalam UMNO Bahagian Batu supaya pemilihan akan datang lebih telus dan nyata.

3 ulasan:

  1. saya fikir elok kita gunakan istilah "forum". amacam?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan Salam Perjuangan..

    Rasa terpanggil untuk memberi ulasan terhadap kenyataan Pemuda IKS berhubung cadangan untuk debat bakal Ketua Pemuda UMNO.

    Rasional kepada cadangan YB Rembau untuk berdebat adalah baik.

    Akan tetapi ianya patut dilakukan sejak dulu lagi di peringkat tertinggi dan lebih menjurus kearah peringkat akar umbi. Debat yang dianjurkan dikalangan ahli-ahli parti melibatkan isu-isu tempatan dan nasional pula perlu disokong oleh mekanisma perlaksanaan yang efektif.

    Namun apa yang dapat dilihat pada hari ini ianya lebih kepada ucapan yang berkarisma dan hebat tetapi kurang tindakan dan keberkesannya.Saya takut sedikit masa lagi kita akan dianggap sebagai 'tong kosong'.

    Walau bagaimanapun,tepuk dada tanya selera..

    BalasPadam
  3. budaya tong kosong memang obvious dalam UMNO
    di peringkat Pemuda Batu sendiripun banyak
    golongan yang cakap pandai tanpa fakta
    tak ada substance!
    perlu banyak membaca .... IQRA'
    sedih lihat banyak professional dan terpelajar condong ke arah PR
    yang tinggal kat UMNO? UMNO Batu? Pemuda Batu?
    AJK Pemuda Batu?

    BalasPadam