Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


17 Oktober 2009

Tahniah Kekanda Ramlan Salleh Diatas Pencapaian Kekanda Hari Ini

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu, Kekanda Ramlan Salleh, merangkap Ketua UMNO Cawangan Taman IKS telah menerima anugerah sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.



Tahniah diucapkan kepada Datuk Ramlan Salleh! Berikut adalah petikan akhbar online yang membuat liputan mengenai majlis penganugerahan tersebut:

MB Perak ketuai senarai penerima darjah kebesaran Melaka
MStar Online, 10 Oktober 2009

Seramai 75 orang pula menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk. Mereka adalah...

...Pengarah Urusan Syarikat Perniagaan Muhar Sdn Bhd Muhar Hussain, Pengerusi Gema Padu Sdn Bhd Ng Bon Chong, Pakar KanakKanak Putra Specialist Hospital Sdn Bhd Dr Ng Kock Chai, Naib Ketua Wanita Umno Melaka Nor Adibah Abdullah, Setiausaha Bahagian Kementerian Pertahanan Nordin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Pembangunan Keluarga Melaka Norpipah Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna Melaka R.Perumal, Timbalan Ketua Umno bahagian Batu Ramlan Salleh, Timbalan Pengerusi Knight Capital Sdn Bhd Datuk Rashpal Singh a/l Jeswant Singh, Pengarah Urusan Percetakan Surya Sabdin Osman.

Photo: Razali Mohaiyin

1 ulasan:

  1. Sekalung Tahniah Chief...

    Segala pengorbanan chief telah mendapat penghargaan... jgn risau kami (Pemuda IKS) sentiasa dibelakang Datuk.... berjuangan bersamamu dalam memartabatkan UMNO itu sendiri,...

    BalasPadam