Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


25 September 2009

Peluang Pekerjaan Untuk Lepasan SPM & Universiti

Peluang pekerjaan untuk lepasan SPM dan lepasan Universiti di sektor pentadbiran akuan, khidmat pelanggan, pemasaran dan lain-lain. Temuduga terus akan diadakan di:

Volt Asia Enterprises di 879,
1st Floor Komplex Antarabangsa,
Jalan Sultan Ismail, KL

Isnin - Jumaat, 9.30pg - 4.30ptg

Tel No.: 03-21418658 >>>> sebarkan kepada ahli-ahli yang lain.
Baca selanjutnya...

20 September 2009

Salam Aidilfitri 1430H

Di kesempatan ini, Pemuda IKS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pemuda IKS berharap dengan amalan dan budaya bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi di hari yang mulia ini akan dapat merapatkan lagi ukhuwah di kalangan kita umat Nabi Muhammad s.a.w.



Pesanan kepada semua:

1. Berhati-hatilah di jalan raya.

2. Membazir itu amalan syaitan.

3. Lawat pusara mereka yang terdahulu.

4. Bersedekah membawa berkat.

5. Tunaikan zakat fitrah.
Baca selanjutnya...

17 September 2009

1Malaysia F1 Team...

Salam Perjuangan!!!

1Malaysia F1 Team. Penulis rasa tidak perlu dan belum sampai masa lagi untuk kita membentuk pasukan F1 hanya semata - mata untuk menyebarkan tema 1Malaysia ke mata dunia.

Ianya dari sudut pandang penulis adalah membazir dan membuang masa kerana kos penyelenggaraan sesebuah pasukan F1 ini adalah berjuta - juta ringgit untuk tempoh semusim. Itu baru kos penyelenggaraan, belum lagi kos - kos lain.

Ya, mungkin ada mengatakan bahawa ianya satu langkah pelaburan jangka panjang. Tapi kita juga perlu membuat pertimbangan, sekiranya kewujudan pasukan F1 ini semata - mata untuk menyampaikan 1Malaysia, seperti apa yang ditulis di perenggan pertama...sila hentikan.

Adalah lebih bagus sekiranya wang yang dilaburkan itu disalurkan kepada rakyat untuk menaiktaraf hidup rakyat. Sesuai dengan motto 1Malaysia- Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Selain itu apa yang penulis bimbangkan adalah projek ini hanya dibuat sekerat jalan. Selepas satu dua musim..bungkus..alasannya..tak mampu nak menanggung kos penyelenggaraan pasukan. Kalau dilihat dari sudut pelaburan teknologi ianya sangat bagus tetapi penulis memikirkan akan 'jangka hayat' projek ini kerana pengalaman dari perlumbaan itulah diterjemahkan dalam pembangunan teknologi dan pengalaman itu tidak dapat diperolehi dalam tempoh satu dua musim sahaja.

Lihat sahaja pada pasukan yang mengungguli tempat teratas GP F1. Ferrari, Mercedes, Renault, Toyota & Honda (Brawn GP) dan lihat juga pada pasukan Force India & Torro Rosso. Kita akan melihat 2 kelompok pasukan yang berbeza.

Di satu kelompok, ianya terdiri daripada pasukan yang veteran dari segi penyertaan, pengalaman, nilai pelaburan dan pembangunan teknologi dan pada satu pihak yang lain lebih kepada menonjolkan gaya hidup pemilik, mempromosikan jenama pemilik pasukan (Kingfisher - jenama bir) dan hanya sekadar aktiviti promosi. Dua pemahaman yang berbeza.

Dimanakah kedudukan pasukan 1Malaysia F1 Team kita? Akhir kata, penulis berharap agar perkara ini dapat di beri perhatian, dikupas dan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi.

Emperorhan - 16/09/09
Baca selanjutnya...

15 September 2009

Kenyataan Perwakilan MIC - Satu Tindakan Yang Bodoh & Biadap

Salam Perjuangan!!!

Kenyataan hendak mengkalungkan selipar yang telah dikeluarkan oleh perwakilan MIC pada mesyuarat agung yang lalu terhadap YAB Tun Dr Mahathir Bin Muhammad menunjukkan kebodohan & bersifat kurang ajar.

Kadang - kadang penulis berasa hairan, kenapa UMNO terlalu menghormati parti - parti komponen yang lain sedangkan mereka tidak ambil pusing & sama sekali tidak menghormati apabila mengeluarkan kenyataan - kenyatan yang mengguris perasan orang lain.

Selain itu, dalam kes demonstrasi kepala lembu, mengapa perlu menjaga hati sedangkan sudah terang - terangan kes itu perlu diselesaikan oleh geng - geng yang pandai tabur janji/buat apa sahaja asalkan menang tapi tak reti apa pun yang sebenarnya untuk diselesaikan.. lagi satu biar kan penduduk di situ tahu & faham sekiranya nak pilih pemimpin, biarlah orang yang hendak dipilih itu mempunyai otak & akal..bukannya setakat ada mulut macam pembesar suara!

Perumpamaan rakyat sekarang sudah pandai menilai, sebenarnya perlu ditukarkan kepada rakyat sekarang semakin bodoh dalam membuat penilaian kepimpinan. Propaganda - propaganda pakatan rakyat adalah mainan semata - mata.

Dalam Harakah hari ini kepimpinan PAS menyeru SPR agar menghormati hak undi pos. Inilah kesan akibat daripada penggunaan otak & akal yang minimum. Apabila keputusan tidak memihak kepada mereka, maka SPR & kerajaan dituduh terlibat, kafir, laknat dan lain - lain. Akan tetapi sekiranya keadaan sebaliknya, SPR telus dan berhemah

Emperor Han - 15/09/2009
Baca selanjutnya...

13 September 2009

Majlis Iftar Pemuda Batu

Tarikh: 13 September 2009 (Ahad)
Masa: 06.30 petang
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru

Barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu akan mengadakan satu majlis berbuka puasa seperti butiran di atas. Majlis ini adalah di atas usaha dan kelolaan Ketua Pemuda, Saudara Azniee Abdullah dan turut menjemput Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani bersama Timbalannya, Kekanda Ramlan Salleh.

Untuk gambar, sila klik di sini.
Baca selanjutnya...

09 September 2009

15Malaysia

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ianya merangkumi 15 buah filem pendek yang dihasilkan oleh 15 orang pengarah filem. Filem-filem ini bukan sahaja menceritakan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah menampilkan beberapa muka-muka terkenal dalam negara, termasuklah pelakon, ahli muzik dan pemimpin politik. Anda mungkin akan berasa ianya 15 buah filem pendek yang menarik dan menyuarakan kata hati rakyat Malaysia.

Sila kunjungi 15Malaysia.com dan layarinya sendiri.

Tontoni filem mereka. Perhatikan gambar-gambar mereka. Tinggalkan komen anda. Ataupun tayangkan filem anda sendiri. Dapatkan hadiah menarik. Sertai pertadingan. Temui orang mereka. Bantu mereka menyebarkan cerita. Muat turun apa yang anda suka.

Tiada sebarang caj dikenakan.
Baca selanjutnya...

07 September 2009

Politik Bubur Lambuk

Pemuda IKS perasan perkara ini dari awal bulan Ramadhan lagi. UMNO Bahagian Batu ada membuat pengagihan bubur lambuk secara percuma sepanjang bulan Ramadhan. Akan tetapi, pada setiap bungkusan terdapat logo UMNO yang cukup besar. Perlukah kita meletakkan logo tersebut?

“Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” (Al-Baqarah-264) dipetik dari AmalanSedekah.blogspot.com

Anggaplah ini sebagai teguran dan peringatan untuk kita semua agar kita tidak terpesong dari hala tuju yang asal.
Baca selanjutnya...

06 September 2009

Belia 4B WP: Pertandingan Al-Quran & Nasyid

Tarikh: 06 September 2009 (Ahad)
Masa: 2.00 petang
Tempat: PPR Pantai Permai, Pantai Dalam

Majlis anjuran Pertubuhan Gerakan Belia 4B Wilayah Persekutuan ini akan berakhir dengan majlis berbuka puasa dan Solat Tarawikh bersama-sama. Semua dijemput hadir bagi menyerikan lagi majlis ini. Baca selanjutnya...

05 September 2009

YBKJ is coming to town!

Tarikh: 12 September 2009 (Sabtu)
Masa: 7.00 malam
Tempat: Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Kampung Batu

Majlis Berbuka Puasa ini adalah anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Segambut yang diketuai oleh Saudara Mahadhir Sulaiman. Pemuda IKS berterima kasih kepada beliau kerana menjemput YB Khairy Jamaluddin ke majlis ini. Tambahan pula, majlis ini diadakan di kawasan Parlimen Batu.

Ini adalah kunjungan pertama YB Khairy Jamaluddin ke kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan untuk bulan Ramadhan. Kepada Pemuda UMNO yang anti-KJ, inilah peluang untuk mengenali KP UMNO Malaysia. Jangan kata "pemimpin tak turun jumpa akar umbi", sedangkan kita yang sebenarnya menyombong diri. Berilah beliau peluang dan ruang untuk berkhidmat demi Agama, Bangsa dan Negara.
Baca selanjutnya...

04 September 2009

Majlis Berbuka Puasa Pemuda IKS & Rakan-Rakan

Tarikh: 12 September 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430H
Masa: 7.00 ptg - 10.30 mlm
Tempat: Kelab Golf Titiwangsa

Bersesuaian dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman IKS akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pemuda IKS & Rakan-Rakan.

Bayaran adalah sebanyak RM35.00 untuk setiap seorang dewasa (kanak-kanak akan diberitahu kelak). Kepada sesiapa yang berminat, sila berikan nama dan bayaran boleh dibuat kepada AJK-AJK yang bertugas di 'pejabat tapak dan pengaduan' Pemuda IKS, Restoran Thaqwa, Taman Bullion Mewah.

"Hayatilah Bulan Ramadhan ini kerana ianya adalah bulan yang penuh dengan ganjaran dan kenikmatan..."
Baca selanjutnya...

03 September 2009

Majlis Perasmian Bubur Lambuk dan Berbuka Puasa UMNO Bahagian Batu Bersama Seniman

Tarikh: 05 September 2009 (Sabtu)
Masa: 5.30 petang
Tempat: Perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Batu

Majlis ini adalah anjuran UMNO Bahagian Batu dan akan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fuad Abdullah. Semua warga Parlimen Batu dijemput hadir. Baca selanjutnya...