Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


25 April 2009

Jom Tengok Bola: Piala FA - Selangor lwn Kelantan

Skuad Kijang yang akhirnya berjaya meredah halangan untuk melangkah ke Stadium Nasional, Bukit Jalil merebut Piala FA, turun padang memulakan sesi latihan, semalam sebagai persiapan menanti hari paling getir.

Tentu ramai yang menonton Barclay's Premier atau UEFA berbanding Piala FA dan Liga Super. Liga dan piala bola sepak nasional masih kurang mendapat sambutan. Pemuda IKS berasa sesuatu perlu dilakukan untuk menarik minat peminat sukan bola sepak.

Hari ini, mereka yang benar-benar "die hard fan" sahaja yang mengikuti perkembangan bola sepak tempatan. Mungkin kerana prestasi, politik dalaman dan kurang popular menyebabkan sambutan hambar di kalangan peminat. Ini terbukti kerana stadium hanya akan penuh apabila tibanya perlawanan akhir.

Skuad Kijang (KAFA) kini mengorak langkah jauh kerana buat pertama kalinya dalam sejarah pasukan bola ini sampai ke perlawanan akhir. Walaupun diselubungi kontroversi dan pelbagai isu hangat, Skuad Kijang tetap menyerlah pada musim ini. Ramai yang menaruh harapan tinggi terhadap pencapaian mereka. Sehinggakan Kerajaan Negeri Kelantan turut menawarkan imbuhan (RM30,000) jika Skuad Kijang berjaya merebut Piala FA.

Pasukan Selangor yang terkenal selaku pasukan pilihan dan mempunyai kelab penyokong terbesar akan berhadapan dengan cabaran hebat menentang pasukan Kelantan. Prestasi kedua-dua pasukan ini yang amat memberangsangkan pada musim ini membuatkan ramalan keputusan akhir sukar ditaakul untuk menentukan pemenang Piala FA.

Pemuda IKS ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong perlawanan yang akan diadakan pada malam ini. Pada mereka yang tinggal berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil bolehlah turun ke padang menyaksikan perlawanan ini. Dikatakan deretan bas penyokong akan tiba di perkarangan stadium menjanjikan suasana yang cukup meriah.

Jangan ada yang menimbulkan kekecohan sudah. Bersukan adalah satu budaya yang sihat dan kita tidak mahu ianya dicemari oleh "hooligans" tempatan yang kurang bertanggungjawab. Jangan kita ulangi peristiwa di Stadium Kelantan. Pasukan FRU kini bersiap sedia mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal keadaan di Stadium Nasional. Amaran juga telah dikeluarkan kepada mereka yang berniat untuk merusuh.

Marilah kita bersama menyokong arena sukan tempatan. Para ibubapa dinasihatkan untuk memberi pendedahan awal kepada anak-anak agar budaya sukan tempatan kita tidak luput dek zaman. Kepada kaki lepak, jom lepak stadium. Kepada pasangan kekasih, jom dating di stadium. Majulah sukan untuk negara.

2 ulasan:

  1. Tak lama lagi bertambah sesak lagi menyesakkan.......cuba tengok blog sasterawan negara ini cakap apa pasal pembangunan...http://senirupasiti.blogspot.com/. Kembalikan kami warisan pusaka bangsa sepenuhnya. Jangan suka tukar bahasa Melayu kepada bahasa penjajah nama tempat, jalan dan sebagainya. Jangan sibuk dengan pembangunan materealistik semata tanpa seimbangkan rohani dan jasmani anak bangsa.

    BalasPadam
  2. 30% ekuiti bumiputera dah lenyap dalam pelaburan yang disyaratkan, Kementerian Usahawan pun dah lenyap apalagi lepas ini agaknya...............

    BalasPadam