Matlamat penubuhan laman blog ini adalah sebagai medan perkongsian dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta pusat saluran maklumat terkini berkenaan perkembangan pergerakan Pemuda IKS. Setiap ulasan yang dibuat mengenai apa jua topik hendaklah dilaksanakan secara matang dan profesional. Pemuda IKS akan menapis sebarang ulasan yang tidak bernas dan tidak membina untuk menjaga nama baik laman blog ini. Terima kasih di atas kerjasama semua pengunjung.

Peti Suara


26 April 2009

DUKE: Lebih Mudah Atau Lebih Menyusahkan?

Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE) yang kini menanti masa untuk dibuka sepenuhnya mengundang banyak persoalan. Sebahagian laluannya yang kini beroperasi dijangka akan dibuka sepenuhnya pada Mei 2009. DUKE menghubungkan Jalan Duta ke Sentul, Setiawangsa, Setapak dan Jalan Semarak. Tol sebanyak RM2 dikenakan bagi setiap laluan.

Setelah melaluinya sendiri, DUKE ternyata lebih menjimatkan masa, namun sebaik sahaja melintasi susur keluar, jalannya tiba-tiba jadi sempit. Contohnya di susur keluar Jalan Semarak dan AU2 Setiawangsa. Oleh yang demikian, perjalanan yang lancar tadi menjadi terbantut dek kerana deretan kenderaan yang tiba dari arah yang berlainan.

Ada di kalangan penduduk membantah projek pembinaan DUKE kerana khuatir ianya akan menyumbang kepada tragedi banjir kilat seperti yang berlaku di Jalan Ipoh pada bulan Mac yang lalu. Namun pihak Projek Konsortium Lebuh Raya Utara-Timur Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (Kesturi) menafikannya dan menyatakan banjir kilat tersebut berpunca dari beberapa faktor lain.

Okay ke tol RM2? Dulu penduduk di kawasan Lembah Pantai membantah kutipan tol di Lebuhraya Pantai Baru (NPE). Penduduk kawasan Batu macam mana? Tak payahlah timbulkan kekecohan dan akur saja (hehehe). Tetapi tanya diri anda, wajarkah laluan dalam bandar (inner city route) dikenakan tol? Tapi kebiasaannya Expressway mesti dikenakan tol. Nama pun ekspres, mana ada free.

Apa pun jua persepsi orang, Pemuda IKS berbangga dengan pembangunan yang dijalankan dan berjaya dicapai hari ini, khususnya di kawasan Parlimen Batu. Banyak infrastruktur dan hartanah dibangunkan di kawsan ini. Cuma yang peliknya, kebanyakan kawasan yang dikatakan tanah rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini menjadi tapak pembinaan kondo mewah milik YTL Corporation Berhad. Ada apa-apa ke?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan